Kali ini aku kongsikan pengalaman yang sangat berharga iaitu menghadiri Bengkel Manual Islam HIV/AIDS anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 31 Mei hingga 2 Jun 2013 di Starpoints Hotel, Kuala Lumpur.
Tuan Haji Zakuan bin Sawai sedang memantau perjalanan bengkel
Kehadiranku lebih kepada sebagai speaker dan atas kapasitiku sebagai Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Aku perlu hadir untuk menyokong komuniti dan menjaga hubungan baik dengan JAKIM.
Aku katakan pengalaman ini sangat berharga atas dua sebab iaitu:
1. Kerana pengisian bengkel kali ini adalah lebih advanced iaitu untuk melatih seberapa ramai mungkin ahli PPWM menjadi pemimpin membantu komuniti mengikut kapasiti masing-masing.
2. Bukti harapan dan kepercayaan yang tinggi pihak JAKIM terhadap PPWM bagi menggerakkan pelbagai usaha dakwah dan tuntutan fardhu kifayah dalam masyarakat.
Para peserta terdiri daripada ahli-ahli PPWM sama ada Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA), sahabat-sahabat NGO sokongan, affected people, supporters dan volunteers dari seluruh Semenanjung.
Terdapat slot-slot tertentu yang turut dihadiri secara sukarela oleh imam-imam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang prihatin untuk berkongsi pengalaman. Contohnya semasa sesi temuseru (outreach) kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Dr. Iskandar Firzada sedang bertukar-tukar pandangan dengan Ustaz Arrahman bin Awang tentang rawatan ODHA
Panduan asas bengkel tentulah Manual Islam dan HIV/ AIDS yang diterbitkan oleh pihak JAKIM. Manakala para penceramahnya pula sudah tentulah insan-insan hebat dalam usaha dakwah yang sentiasa membantu komuniti seperti Tuan Haji Zakuan bin Sawai (JAKIM), Dr. Nurul Aida binti Salleh (Klinik Tanglin), Sifu Hanafi (Ustaz Mohamad Hanafiah bin Abdul Malik; Al Iman Motivation & Training), Tuan Haji Abu Bakar Lajis (Forensik, HKL), Dr. Iskandar Firzada bin Osman, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan merangkap Penasihat PPWM dan Encik Zamzuri bin Abdul Malek (Professional Trainer).
Sifu Hanafi bersama Man Khalid (supporter) semasa sesi simulasi temuseru (outreach)
Selain itu, PPWM sendiri diberi kepercayaan untuk mengendalikan sendiri dua slot khas. Satu slot yang aku kendalikan sendiri bersama seorang sahabat iaitu Norasid Mohd Said dan satu slot lagi dikendalikan oleh Encik Zamzuri Abd. Malek, supporter yang sangat berpengalaman membantu komuniti dan mengendalikan training.
Encik Zamzuri bin Abd Malek sedang mengendalikan bengkel pengurusan NGO
Slot yang aku kendalikan sebenarnya atas 2 sebab, iaitu untuk menyelitkan amanat dan dasar perjuangan PPWM secara konsisten kepada ahli-ahli PPWM dan untuk melatih sahabatku Norasid agar tampil dengan lebih berkeyakinan berdepan audience. Jauh sekali untuk menonjolkan diri (memenatkan diri adalah agaknya).
Encik Norasid bin Md Said, ahli PPWM dan Kelab Sahabat META, Gemas
Apa-apa perjuangan pun jika hanya bergantung kepada satu dua orang sahaja yang berani tampil ke hadapan, perjuangan tidak akan ke mana bahkan hanya akan membawa sindrom tertentu.
Bukan seperti bengkel biasa yang agak santai, secara keseluruhan pengisian bengkel kali ini sangat padat dan sarat. Ilmu yang dikongsi pula memang sangat praktikal dan bermanfaat kepada bakal pemimpin pelapis serta pengurusan komuniti. Sesuatu yang mungkin paling berbeza kepada majoriti peserta ialah berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan outreach kepada golongan gelendangan.
Pengendalian bengkel pula lebih berbentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), simulasi, dan forum yang mendapat sokongan dan penglibatan yang sangat memuaskan oleh semua peserta.
Sesi LDK dan simulasi membantu komuniti
Aku dapat rasakan bahawa pihak JAKIM memberikan kepercayaan penuh kepada PPWM mengendalikan sendiri semua bengkel dan mereka sekadar memantau pelaksanaannya secara santai.
Mereka tidak perlu lagi mengendalikan segala perkara daripada A-Z kerana para peserta memang berdisiplin dan memberikan kerjasama yang baik. Jika terdapat sedikit sebanyak masalah, ianya terlalu minima.
Bagi aku, sekurang-kurangnya ianya satu pengiktirafan JAKIM yang sangat tinggi kepada PPWM. Syukur aku tidak menerima sebarang komplen daripada pihak JAKIM walaupun sering meminta diberikan teguran jika terdapat perkara-perkara yang tidak memuaskan hati. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua para peserta. Kepercayaan dan amanah mesti kita jaga dan hargai.
Insya-Allah PPWM bakal bergerak lebih cemerlang lagi selepas ini untuk menentang stigma, diskriminasi, judgmental dan paranoia terhadap ODHA serta affected people. Kita juga saling melengkapi perjuangan NGO lain atas berpandukan nilai Islam, Melayu, dan kekeluargaan.
Tuan Haji Abu Bakar bin Lajis sedang menerangkan tentang SOP pengurusan jenazah berisiko
Sesuatu yang sangat menggembirakan juga ialah pada sesi bengkel kali ini, PPWM sempat melancarkan cawangan PPWM di bahagian Utara. Semoga dengan pelancaran pembukaan cawangan Utara ini akan melebarkan sayap PPWM dengan nilai perjuangan yang dinyatakan tadi.
Akhir kata, jazakumullah kheir yang tidak terhingga kepada pihak JAKIM terutamanya Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Ustaz Arrahman bin Awang, Ustaz Sahrul Nizam bin Abu Bakar, dan Encik Firdaus bin Ibrahim atas jasa baik dan kepercayaan yang diberikan. Mereka memberikan perkhidmatan dan bantuan dengan penuh profesional dan kasih sayang. Maafkan kami yang kadang-kadang ada ketikanya memang nakal dan degil.
Begitu juga kepada para penceramah yang tidak ternilai jasa-jasa mereka. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.
Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat urusetia PPWM sendiri yang bertungkus-lumus tanpa mengenal penat lelah sejak beberapa minggu sebelum pelaksanaan program menguruskan pelbagai perkara yang melibatkan masa, tenaga, dan kewangan sendiri.
Akhir sekali kepada para peserta, sahabat-sahabat adalah antara yang terbaik. Mulakan langkah dari sekarang. Kita tiada masa untuk berlengah kerana setiap saat ada sahaja kes jangkitan baru, penganiayaan, fitnah, dan kezaliman yang dihalakan kepada komuniti.
“Getting to zero.” – Zero jangkitan baru, zero diskriminasi dan zero kematian akibat AIDS.
Insya-Allah jumpa lagi.
Aku hamba-Nya yang lemah…
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli PPWM, untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
NGO Sokongan:
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)