Wednesday, August 16, 2017

JALINAN MUHIBBAH PPWM 1/2017


Telah sekian lama blog ini sunyi tanpa sebarang sentuhan papan kekunci buat sekian lama.

Di kesempatan ini, PPWM dengan berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat yang berkelapangan, samada ahli baru atau lama, aktif atau tidak aktif, telah berdaftar atau belum, untuk sama-sama hadir bagi mengeratkan silaturrahim, mengikut butiran seperti berikut:

Tarikh: 10 September 2017 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam, UPM Serdang.


* Penampilan khas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek (Sifu Hanafi).



Tentatif program adalah seperti berikut:


10.00am: Ketibaan para tetamu dan para jemputan
10.30am: Sesi Ta'aruf & Pengenalan PPWM (mengimbau sejarah penubuhan PPWM)
12.00pm: Ceramah ringkas yang akan disampaikan oleh Sifu Hanafi
1.30pm: Solat Zohor berjemaah
2.00pm: Makan tengah hari & bersurai

Para sahabat yang sudi hadir boleh SAHKAN KEHADIRAN dengan menekan butang dibawah:



 

Sebarang maklumbalas berkaitan dengan program boleh berhubung dengan jawatankuasa PPWM:

En. Abd Shukor (Shux): 013-9932291
En.
Mohamad Hisham (Esham): 013-3992291


Wallahua'lam.

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Sunday, June 21, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-47 (FINAL MEET UP)




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 18 May 2015
Day: Monday
Time: 4.17 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Blood pressure: 75/57 (abnormal)
Glucose: 16.3 (random)


Entry kali ini dikarang oleh Ummie dan disemak oleh Kak Da. Ini adalah pertemuan terakhir Allahyarham AHP Pie dengan doktor kesayangan beliau. Kepada yang masih belum maklum, Encik Mohamad bin Wahid atau AHP atau AHP Pie atau Pie telah kembali menemui penciptanya pada 27 Mei 2015, 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan akibat liver cirrhosis which led to liver failure (kegagalan hati).

Sebelum pertemuan ini, Allahyarham telah dimasukkan ke wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dari 6 Mei 2015 dan dibenarkan keluar pada 10 Mei 2015. Beliau kemudian telah didiagnos mengalami cirrhosis yang menyebabkan kegagalan hati (liver failure).

Sebelum ke hospital, Allahyarham mengadu sakit yang teramat sangat di bahagian perut sehingga ke dada. Keadaan Allahyarham sangat lemah sehingga akhirnya memaksa Allahyarham untuk redha dimasukkan ke wad hospital.

Selepas membaca laporan yang kami bawa dari hospital, Dr. Iskandar seterusnya menerangkan keadaan Allahyarham sehingga kami benar-benar faham. Berikut adalah hasil kesimpulan akhir Dr. Iskandar:

Pada waktu itu, Allahyarham sedang mengalami masalah ‘Decompensated Chronic Liver Failure’ iaitu kegagalan fungsi hati. Ini disebabkan oleh kerana sel-sel hati telah menjadi cirrhosis akibat daripada jangkitan virus Hepatitis C (HCV). Keadaannya pada ketika itu semakin tenat serta akan menjadi lebih kritikal kerana sel-sel hati yang telah menjadi cirrhosis tidak boleh serta tidak akan sembuh; ianya akan kekal dan akan semakin banyak.

Keadaan ini sememangnya dijangkakan akan berlaku, tetapi sama ada ianya cepat (beberapa minggu atau bulan atau tahun selepas dijangkiti HCV) atau lambat, tidak dapat untuk ditentukan.

Walaupun rawatan jangkitan HCV boleh menghapuskan sama sekali HCV, tetapi ianya tidak boleh membaik pulih sel-sel hati yang telah menjadi cirrhosis, berbanding dengan rawatan HAART (rawatan HIV) yang hanya boleh mengawal HIV tetapi boleh membaik pulih sistem imuniti melalui peningkatan CD4.

Walau bagaimanapun, rawatan jangkitan HCV hanya boleh dimulakan jika bacaan CD4 sekurang-kurangnya lebih daripada 200, kerana kesan sampingan daripada rawatan akan mengakibatkan CD4 menjadi terlampau rendah.

Beberapa tahun yang lalu, Dr. Iskandar bersungguh-sungguh merujuk Allahyarham ke Pakar Perubatan Hematologi apabila beliau mendapati CD4 Allahyarham tidak meningkat dengan harapan Pakar tersebut boleh mengenal pasti mengapa CD4, sel darah putih (WBC), dan platelet beliau tidak meningkat. Tetapi, Allahyarham memilih untuk tidak meneruskan prosedur dengan Pakar tersebut.

Dr. Iskandar juga cuba menukar ubat HAART dengan harapan akan ada penambahbaikan kepada CD4, walaupun pada hakikatnya hasil kajian mendapati kesan daripada ubat-ubat tersebut adalah sama sahaja. Dr. Iskandar merasa gembira dan teruja seketika apabila ada sedikit penambahbaikan kepada CD4 walaupun beliau skeptikal ianya adalah hasil daripada penukaran ubat tersebut. Berkemungkinan penambahbaikan tersebut adalah hasil sikap positif Allahyarham dengan sokongan padu daripada kami sekeluarga.

Namun, penambahbaikan tersebut masih belum membolehkan rawatan jangkitan HCV dimulakan. Dr. Iskandar akui bahawa dengan sokongan moral dan sosial daripada kami sekeluarga, Allahyarham sememangnya telah amat bersedia serta menerima hakikat bahawa HIV Allahyarham tidak boleh sembuh dan CD4 Allahyarham adalah rendah yang mendedahkan Allahyarham kepada risiko jangkitan opportunistic.

Dr. Iskandar meminta kami sekeluarga supaya berusaha membuatkan Allahyarham lebih ‘selesa’ menghadapi situasi masalah perubatan/kesihatan yang terminal pada ketika itu. Prognosis was very poor, tetapi tidak semestinya kita tidak boleh berbuat sesuatu supaya Allahyarham lebih ‘selesa’.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.





Ummie & Kak Da


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Tuesday, May 19, 2015

HARAP DIFAHAMI DAN TOLONG DOAKAN





Assalamualaikum

Alhamdulillāh. Aku diuji dengan ujian kesihatan tanda didikan dan kasih sayang-Nya. Setelah hampir sebulan menahan sakit yang on-off, aku akhirnya dimasukkan ke hospital hampir seminggu. Kemudian, aku diminta untuk meneruskan rawatan susulan di rumah dan sentiasa berulang-alik untuk pemantauan apabila diperlukan. Sampai bila? Hanya Allāh yang tahu. Cuma dijangka lama.

Ujian kesihatan sekarang adalah sehingga ke tahap aku hanya mampu menunaikan solat fardhu sambil berbaring. Cukuplah kenyataan tersebut untuk menggambarkan keadaan sakit yang ditanggung.

Banyak jemputan program sharing dan penerangan tentang HIV/AIDS terpaksa aku tolak. Semua panggilan telefon dan mesej tidak mampu aku baca dan balas pun. Aku mohon keadaan tersebut difahami dan tidak timbul salah faham. Inshā Allāh, jika sihat, aku akan kembali membantu sahabat-sahabat yang memerlukan.

Kepada yang terlalu bergantung semangat kepadaku, sedarlah bahawa ini bukti hanya Allah sebaik-baik penolong dan kekuatan bergantung kepada diri kita sendiri. Hasbunallāh wa ni’mal wakeel.

Sama ada suami, isteri, anak-anak, atau sahabat-sahabat, semuanya tetap terhad kemampuan mereka. Kehadiran mereka adalah salah satu inayah Allāh untuk kita. Kadangkala, ketika perlu, mereka tidak mampu membantu kita. Tetapi, Allāh utuskan insan-insan mulia yang lain.

Suka atau tidak, stay strong. Because being strong is the only choice we have.





Getting to Zero.
Wallāhu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, May 05, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-46





My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 20 April 2015
Day: Monday
Time: 4.10 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 70.8 kg
Blood pressure: 131/78 (normal)
Pulse rate: 79/min (regular)
Glucose: 12.0 (random)
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie.

Dr. Iskandar memberitahuku keputusan ujian darah yang lalu. Alhamdulillah, viral load ku masih below 20 atau not detected. Bilangan CD4 ku adalah 154.

Hari ini, darahku diambil lagi untuk tujuan ujian HbA1c.


HbA1c (Hemoglobin berglukosa)

Ujian ini digunakan untuk memantau keberkesanan kawalan glukosa darah anda. Ujian ini mengukur purata tahap glukosa darah untuk tiga bulan terdahulu. Ujian ini tidak memerlukan individu berpuasa dan sampel darah boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.

Hemoglobin merupakan protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen. HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin. Oleh kerana sel-sel darah merah berada di sistem pengedaran sekurang-kurangnya 120 hari, ujian HbA1c memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya.

Individu dengan kawalan glukosa darah yang baik perlu mempunyai paras HbA1c kurang daripada 6.5%.

Sumber: sini


Melalui ujian HbA1C lah seseorang doktor dapat mengesan kepatuhan sebenar seseorang diabetik terhadap rawatan. Ujian glukos biasa sebenarnya mudah dimanipulasi patient.

Selesai routine check-up, aku meneruskan sesi consultation dengan bertanyakan beberapa soalan.


Soalan 1:


Adakah dengan memaparkan diagnosis HIV seperti di dalam gambar di atas sebenarnya dibenarkan?

Jawapan:

Ya. Ianya dibenarkan. Slip preskripsi adalah bertujuan untuk edaran dalaman sahaja, iaitu daripada doktor ke pharmacist.


Soalan 2:

Perlukah ditulis keperluan atau sebab cuti sakit pada medical certificate (MC)?

Jawapan:

Menurut peraturan yang sebenarnya, mana-mana doktor kerajaan atau swasta tidak boleh menyatakan keperluan atau sebab atau penyakit mana-mana pesakit yang dirawatnya pada slip MC pesakit berkenaan. Perlu diingat bahawa diagnosis penyakit adalah SULIT.





Soalan 3:

Adakah pengambilan rawatan highly active antiretroviral therapy atau HAART boleh menyebabkan dementia?


Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian daripada pesakit dementia kurang / tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.


Sumber: sini


Jawapan:

HAART tidak boleh menyebabkan dementia. HIV yang tidak terkawal boleh menyebabkan dementia.

Contoh kes:

Ryu merupakan seorang people living with HIV (PLHIV) dan juga pengguna methadone. Tetapi, Ryu tidak mengambil rawatan sebagaimana yang disarankan oleh doktor. Selepas beberapa ketika, Ryu mengalami dementia apabila dia didapati tidak dapat mengingati sama ada sudah mengambil methadone atau belum.

Selepas mengambil HAART, Ryu pulih daripada dementia.


Soalan 4:

Adakah pengambilan rawatan highly active antiretroviral therapy atau HAART boleh menyebabkan osteoporosis?


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.

Sumber: sini


Jawapan:

Mungkin ada betulnya HAART menyebabkan osteoporosis. Bukan HAART sahaja. Malah ada banyak ubat lain yang boleh menyebabkan osteoporosis. Walau bagaimanapun, osteoporosis boleh dicegah. PLHIV yang mengambil HAART perlu mengambil langkah-langkah pencegahan osteoporosis yang patut menurut nasihat doktor.


Soalan 5:

Ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kecuali dengan arahan doktor. Ubat jenis cecair atau syrup hanya boleh digunakan dalam tempoh sebulan selepas dibuka walaupun tarikh luputnya masih lama lagi.

Adakah ini benar?





Jawapan:

Ya. Memang benar.

Ubat-ubatan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kecuali dengan arahan doktor. Ubat-ubatan diberi kepada pesakit dengan tujuan untuk dihabiskan. Setiap ubat mempunyai tempoh hayatnya (shelf life) sendiri. Shelf life merujuk kepada suatu jangka masa di mana ubat-ubatan tersebut disimpan, masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan.

Shelf life menurut Merriam-Webster:

: the length or period of time during which something or someone lasts or remains popular

: the period of time during which a material may be stored and remain suitable for use; broadly

Sumber: sini


Selepas ubat dibuka (khasnya ubat dalam bentuk cecair atau syrup), tarikh luput atau expiry date pada package ubat tersebut sudah tidak boleh diguna pakai

Tarikh luput tersebut terpakai untuk ubat yang masih belum dibuka.

Disebabkan itulah kini kita dapat melihat kebanyakan ubat-ubatan dipacking di dalam blister. Contohnya ubat-ubatan HAART, tidak dibuat dalam bentuk syrup.



Ubat dalam bentuk blister


Soalan 6:

Persoalan isu beberapa minggu yang lalu tentang kesan buruk pengambilan minuman berkultur (probiotic). Bagaimana pula dengan PLHIV yang lemah imuniti tubuh?

Jawapan:

Setakat ini tiada masalah untuk PLHIV mengambil minuman probiotic. Apa yang penting adalah memastikan expiry date dan shelf life minuman tersebut.

Bagi pesakit kanser, minuman probiotic tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka. Rawatan kemoterapi yang menyebabkan pembunuhan sel-sel baru yang terbentuk akibat kanser.


Soalan 7:

Apakah sebenarnya kesan pengambilan minuman beralkali? Bolehkah minuman dengan pH 11.5 membantu pesakit?

Jawapan:

Air terbaik adalah air Zam Zam dan air biasa.

Jika mata kita terkena percikan air beralkali, ianya boleh rosak.

Isu air beralkali adalah bersifat anecdote. Kebaikannya yang seringkali diwar-warkan oleh ejen jualan produk tidak dapat dibuktikan secara saintifik, kecuali di dalam makmal sahaja.

Empat (4) fasa ujikaji terhadap manusia memerlukan sekurang-kurangnya 20 tahun untuk dibuktikan.

Contoh clinical trial:


Fasa 1

sejumlah pesakit jumlah klinik di dalam sebuah daerah


Fasa 2

jumlah pesakit dalam Fasa 1 jumlah daerah di dalam sebuah negeri


Fasa 3

jumlah pesakit dalam Fasa 2 jumlah negeri di dalam sebuah negara


Fasa 4

jumlah pesakit dalam Fasa 3 jumlah negara seluruh dunia


Ada sesetengah kes, selepas 10 tahun ujikaji dijalankan, rawatan atau kaedah yang digunakan sebagai bahan ujikaji terpaksa ditarik balik akibat berlaku kegagalan pada fasa tertentu.


Soalan 8:

Tom Harlem telah membuat rapid test setiap hari di sebuah klinik kesihatan (KK). Dia telah dimarahi oleh kakitangan KK tersebut. Dia diminta untuk membayar RM30.00 untuk rapid test yang sepatutnya percuma.

Jawapan:

Tom Harlem boleh membuat aduan kes tersebut ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bayaran hanya dikenakan ke atas warga asing.

(AHP Pie - Walau bagaimanapun, ada kemungkinan tindakan kakitangan KK tersebut berlaku akibat terpaksa berdepan dengan sikap paranoid Tom Harlem yang berkali-kali meminta ujian saringan HIV dijalankan terhadapnya sedangkan result memang telah membuktikan beliau negatif.

Setiap rapid test tersebut sebenarnya perlu direkodkan penggunaannya. Ianya juga hak patients yang lain. Tom Harlem menghabiskan banyak masa doktor, staf KKM, dan test kit yang tidak boleh dibazirkan atas sikap negatifnya).

Sekadar makluman tambahan, warganegara Malaysia perlu membayar RM5.00 untuk bertemu dengan doktor pakar dan RM35.00 untuk bertemu dengan doktor pilihannya.


Soalan 9:

Benjy merupakan seorang non-PLHIV tetapi risau akan risiko sexual transmitted infection (STI). Bolehkah Benjy membuat pemeriksaan di klinik kesihatan?

Jawapan:

Boleh. Ianya percuma.

Pemeriksaan juga boleh dilakukan di makmal swasta dengan kos lebih kurang RM250.00 atau di klinik swasta dengan kos lebih kurang RM150.00.



Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com