Thursday, January 24, 2013

BEBERAPA PRODUK POSITIVE WARRIORS UNTUK DIJUAL



Berikut adalah beberapa produk yang pihak kami keluarkan sebagai sebahagian daripada usaha kami membantu komuniti.




VCD “Aku Pejuang” terbitan bersama PAFI

VCD ini memaparkan kisah benar aku sebagai Orang Dengan HIV (ODHA) dan perjuangan kami sekeluarga menentang salah faham tentang HIV. Ianya turut memaparkan perkongsian pengalaman pejuang-pejuang senior di dalam bidang ini seperti Luka Rafieqa dan Puan Norlela Mokhtar (PEWAHIM) serta beberapa orang supporters yang mengenali kami.

Aku yakin VCD ini mampu memberikan inspirasi kepada semua ODHA yang masih tercari-cari kekuatan dan kepada semua golongan masyarakat untuk memahami perjuangan kami yang hidup dengan HIV.

Harga: RM15.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.






Kalendar 2013: From Warriors To Warriors

Kalendar ini juga diusahakan dengan kerjasama PAFI. Melibatkan sebahagian besar supporters (bukan ODHA) yang prihatin sebagai model yang turut terpanggil untuk menentang salah faham terhadap ODHA dan membuktikan penerimaan mereka terhadap ODHA sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.

Harga: RM10.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.



T-Shirt Positive Warrior (Hitam & Putih)

T-Shirt ini dianggap sebagai T-Shirt rasmi Pertubuhan Positive Warriors Malaysia atau PWSG untuk menyebarkan nilai positif di dalam kehidupan seharian. Tidak semestinya pemakai atau pemiliknya adalah seorang ODHA.

Sangat bagus sebagai cenderahari kepada rakan-rakan di samping membantu kami untuk meneruskan perjuangan membantu komuniti.

Lengan: Pendek
Saiz: S, M, L, XL
Harga: RM30.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.


Urusan tempahan: Sila hubungi Ummie 019-911-0395
No akaun: 162-106-973-705 (Maybank) HASHIMAWATI HASHIM


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi


BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OTHMAN KALI KE-25




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician




Friday, 18 January 2013

Another visit to Dr. Iskandar’ clinic. Maaf agak lewat dikongsikan kerana kesibukan melampau.

Alhamdulillah, aku, Kak Da, dan Ummie selamat tiba di KK Jaya Gading at about 3.30 pm. Lebih kurang 5 minit menunggu, Dr. Iskandar menjemput kami masuk.

Rutin biasa, pemantauan klinikal. Berat 74.7 kg. BP 120/74. Suhu badan 36.4°C. Bacaan gula, eheh, memang border line!

Aku dimaklumkan bahawa result Viral Load (VL) masih belum diperolehi. Tetapi Dr. Iskandar telah menyampaikan concern beliau terhadap situasi CD4. Daripada ujian terakhir yang telah dilakukan, CD4 terkini aku hanyalah 75. Rekod-rekod sebelum ini menunjukkan naik turun CD4 yang sangat sedikit.

Dr. Iskandar menyatakan keadaan tersebut agak ‘unik’. Dengan kepatuhan terhadap rawatan HAART, well-responded to the medication, VL yang not detected, Dr. Iskandar menyatakan bahawa beliau merasakan yang keadaan CD4 tersebut bukanlah disebabkan oleh HIV.

Ianya mungkin hypogammaglobulinemia (disorder that is caused by a lack of B-lymphocytes and a resulting low level of immunglobulins (antibodies) in the blood). Sebenarnya aku pun tidak berapa jelas tentang istilah-istilah tersebut. Yang jelas ianya adalah ‘masalah’ dan Dr. Iskandar memerlukan second opinion untuk menetapkan apakah sebenarnya punca kepada keadaan tersebut.

Aku bertanya tentang kesan jangka panjang bagi keadaan tersebut. Dr. Iskandar menjawab kesannya aku dengan mudah mendapat jangkitan kuman. Keadaan kesihatanku yang masih bertahan dengan bacaan CD4 yang rendah agak luar biasa. Ermmm... satu lagi ketentuan dan ujian Allah, Alhamdulillah.

Apabila ditanyakan adakah keadaan tersebut akan menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik lain seperti leukimia dan sebagainya?

Dr. Islandar menyatakan, sekiranya leukimia, tidak mungkin kerana white blood cell (WBC) dan red blood cell (RBC) aku adalah tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah.

Dr. Iskandar menyatakan bahawa keadaan yang aku alami adalah sangat rare di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pengamal perubatan. Beliau sendiri personally tidak berpuas hati dan ingin mengetahui mengapakah keadaan tersebut berlaku.

Disebabkan oleh dark experience yang aku received in HTAA, Dr. Iskandar telah mencadangkan untuk reference ke HSB. Well, this has been the news that me and my family had never hoped for. Thinking of another BMA, another potential harsh interrogation upon ‘how did you get HIV?’, aku cuma mampu memberitahu Dr. Iskandar bahawa aku perlu memikirkan hal tersebut terlebih dahulu.

The psychological effect will be very bad and Dr. Iskandar knows it. It has officially dropped down more of my CD4 already with that news!

Allahu akbar... sejujurmya aku hanya mahu tenang menikmati sisa-sisa hidup. Penat dengan semuanya. Ingat ya, ini bukan tentang HIV, tetapi ini tentang masalah kesihatan lain dan kebetulan aku ada HIV.

Aku ada bertanya sekiranya keadaan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan platelet yang rendah? Dr. Iskandar menafikan kerana walaupun tahap platelet adalah rendah, tetapi ianya telah jauh meningkat berbanding semasa admitted to HOSHAS due to dengue about 2 years ago. Ada kemungkinan ianya telah berlaku lama sebelum aku didiagnos sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA).

Sejujurnya, berita tersebut membuatkan aku down teruk tetapi hakikat wajib diterima walau sepahit mana pun. Aku masih berharap masalah CD4 ku disebabkan kesibukan yang berterusan dan tidak pernah cukup rehat selama berbulan-bulan. Waktu tidurku hampir setiap hari sekitar 3-4 jam sahaja.


OK, kita lupakan. Aku kongsikan di sini beberapa info basic tentang HIV sebagai perkongsian bersama hasil panduan Dr. Iskandar. Berikut adalah respond yang diberikan oleh Dr. Iskandar:

Menurut standard of procedure (SOP) bagi KKM, HAART perlu dimulakan bagi empat situasi yang berikut:

(1)  CD4 < 350 bagi lelaki

(2)  CD4 < 250 bagi perempuan

(3)  PLHIV yang hamil; tidak kira berapa bilangan CD4; selepas tempoh 14 minggu kehamilan. Tahap VL pula adalah untuk menentukan sama ada proses kelahiran perlu dilakukan secara Caesarean atau normal. Jika VL < 1000, proses kelahiran boleh dilakukan secara normal.

(4)  AIDS dikesan secara klinikal; tidak kira berapa bilangan CD4.
e.g. oral candidiasis, tuberculosis (TB), prolonged fever, etc.

Menurut WHO yang memang sentiasa mengemaskini SOP mereka setiap tahun pula, rawatan HAART perlu dimulakan bagi ODHA yang mempunyai pasangan non-PLHIV. Rawatan HAART terbukti mampu melindungi pasangan jika patuh kepada kepada rawatan sekali pun tanpa langkah pencegahan jangkitan. Pencegahan yang dilakukan hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

Berbeza dengan keadaan 5 tahun dahulu. Seorang wanita PLHIV yang hamil telah diminta untuk menjalani Bilateral Tubal Ligation (BTL) bagi mengelakkan beliau hamil lagi. BTL adalah satu prosedur bagi menghalang wanita untuk hamil secara kekal or they also refer it as ‘having your tubes tied’.

So, bagaimana jika doktor enggan memulakan rawatan HAART terhadap pasangan yang ingin berkahwin kerana bacaan CD4 masih tinggi?

Jumpa doktor lain untuk dapatkan second opinion. ODHA mesti tahu menggunakan hak mereka.

Aku turut bertanya soalan bagi situasi di mana ada doktor yang tidak mahu mengizinkan patient yang ODHA untuk memulakan rawatan HAART dalam keadaan ODHA tersebut mempunyai pasangan non-ODHA dan sangat mahukan zuriat?

In that case, according to Dr. Iskandar, ODHA tersebut pun mempunyai hak untuk mendapatkan other opinions. Second opinion, third opinion, forth opinion, it’s the patient’s privilege. Jika patient tersebut membuat keputusan untuk mendapatkan second opinion, doktor merawatnya sekarang perlu menyediakan segala dokumentasi sebagaimana yang ada di dalam fail peribadi patient untuk rujukan doktor seterusnya (the one whose second opinion is being sought).

Fail seseorang patient adalah milik doktor. Tetapi segala maklumat yang terkandung di dalamnya adalah milik patient. Patient perlu faham hak tersebut.

Bagaimana jika seorang ODHA yang bekerja di bidang tertentu dan majikan mereka mesti memastikan mereka bebas daripada sebarang rawatan kerana bidang kerjayanya memang begitu (katakanlah dalam bidang petroleum) di mana-mana pelantar minyak sedangkan mereka mahukan zuriat?

Menurut Dr. Iskandar, masalah mereka sama sahaja dengan mana-mana patient yang mengalami penyakit kronik lain yang memerlukan rawatan berterusan. Suka atau tidak, mereka mesti memilih antara kerjaya atau mahukan zuriat.

AHP: Jika berkemampuan, gunakan kaedah In vitro fertilisation. Teknik persenyawaan di luar rahim, di mana embryo yang dihasilkan akan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Kaedah ini adalah antara yang paling selamat namun sangat mahal. Approximately 15K-20K untuk satu cycle treatment.


Aku juga telah menyampaikan soalan seorang rakan untuk mendapat pencerahan daripada Dr. Iskandar. Rakan tersebut mengadu bahawa tonsil yang dialami tidak bengkak, tetapi terasa sakit apabila menelan air liur. Tidak mampu makan seperti biasa kecuali aiskrim.

Beliau telah diberi preskripsi Zeenath dan antibiotik Augmentin. Dr. Iskandar menyatakan bahawa preskripsi yang diambil tersebut adalah antara yang sangat kuat dan berkesan jika sekadar tonsil biasa. Tetapi, memandangkan beliau masih lagi merasa sakit, Dr. Iskandar menyatakan bahawa ianya mungkin pharyngeal candidiasis atau gonococcal pharyngitis. Pharyngeal candidiasis merujuk kepada penyakit oral yang merebak sehingga ke bahagian mulut dan tekak. Gonococcal pharyngitis is an infection of the throat involving the tonsils and the larynx (pharynx), caused by the bacterium Neisseria gonorrhoeae.

Menurut Dr. Iskandar lagi, keadaan ini boleh jadi disebabkan oleh sistem imuniti tubuh yang rendah dan juga tabiat seksual seseorang.

Walau bagaimanapun, aku dimaklumkan kemudiannya oleh rakanku tersebut, ada kemungkinan beliau mengalami alahan akibat Nasal Spray yang digunakan untuk merawat masalah sinus.

Soalan terakhir, kepada siapakah antara golongan yang layak diberikan PEP?

PEP adalah akronim kepada Post-Exposure Prophylaxis.

Post adalah selepas. Exposure adalah satu situasi yang berlaku yang menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko jangkitan melalui darah. Prophylaxis adalah tindakan yang diambil untuk mencegah jangkitan berlaku.

Golongan yang berisiko dan berkaitan:

Ianya mungkin berlaku kepada para pekerja kesihatan yang tercucuk jarum tercemar  dengan HIV, sesiapa yang tercedara akibat tercucuk jarum yang disyaki mengandungi virus HIV seperti pihak polis yang menjalankan operasi menangkap penyalahguna dadah (IDU), para pekerja kebersihan sesuatu majlis perbandaran, dan termasuk bayi yang baru dilahirkan oleh ibu yang ODHA.

Tempoh jangkitan dan layak menerima rawatan: sebaik-baiknya dalam tempoh 2 jam ke bawah atau selewat-lewatnya 72 jam ke bawah.

Golongan yang tidak berkaitan: ODHA biasa yang didapati positif selepas menjalani ujian darah.

Bagaimana ianya dilakukan?

Walaupun tidak didapati positif kerana tempoh jendela (window period) baru bermula, golongan berisiko tersebut akan diberikan kombinasi HAART rejim 2 iaitu Combivir dan Kaletra selama SEBULAN.

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi.


Hamba-Nya yang dhaif: AHP



Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins:


Survivor: survivorpng@yahoo.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi