Thursday, January 24, 2013

BEBERAPA PRODUK POSITIVE WARRIORS UNTUK DIJUAL



Berikut adalah beberapa produk yang pihak kami keluarkan sebagai sebahagian daripada usaha kami membantu komuniti.




VCD “Aku Pejuang” terbitan bersama PAFI

VCD ini memaparkan kisah benar aku sebagai Orang Dengan HIV (ODHA) dan perjuangan kami sekeluarga menentang salah faham tentang HIV. Ianya turut memaparkan perkongsian pengalaman pejuang-pejuang senior di dalam bidang ini seperti Luka Rafieqa dan Puan Norlela Mokhtar (PEWAHIM) serta beberapa orang supporters yang mengenali kami.

Aku yakin VCD ini mampu memberikan inspirasi kepada semua ODHA yang masih tercari-cari kekuatan dan kepada semua golongan masyarakat untuk memahami perjuangan kami yang hidup dengan HIV.

Harga: RM15.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.






Kalendar 2013: From Warriors To Warriors

Kalendar ini juga diusahakan dengan kerjasama PAFI. Melibatkan sebahagian besar supporters (bukan ODHA) yang prihatin sebagai model yang turut terpanggil untuk menentang salah faham terhadap ODHA dan membuktikan penerimaan mereka terhadap ODHA sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat.

Harga: RM10.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.



T-Shirt Positive Warrior (Hitam & Putih)

T-Shirt ini dianggap sebagai T-Shirt rasmi Pertubuhan Positive Warriors Malaysia atau PWSG untuk menyebarkan nilai positif di dalam kehidupan seharian. Tidak semestinya pemakai atau pemiliknya adalah seorang ODHA.

Sangat bagus sebagai cenderahari kepada rakan-rakan di samping membantu kami untuk meneruskan perjuangan membantu komuniti.

Lengan: Pendek
Saiz: S, M, L, XL
Harga: RM30.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.


Urusan tempahan: Sila hubungi Ummie 019-911-0395
No akaun: 162-106-973-705 (Maybank) HASHIMAWATI HASHIM


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi


11 comments:

  1. For me.. Banyak manusia diluar yang terlibat dgn dadah sex bebas dll.. Tapi Dugaan Allah diberikan pada kalian

    Yang pasti.. Kita mesti jauhkan stigma yang HIV Aids adalah kotor.. Saya pernah terbaca article Dari non Muslim doctor.. Mencuri, rasuah dll pun dosa.. Apa beza Nya kita nak membeza kan antara manusia

    ReplyDelete
  2. Congrats, insyallah usaha anda semua akan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. semoga allah memberkati dan limpahkan rahmat pdmu sahabat sekalian-

    ReplyDelete
  4. kepada pengunjung blog dan anon2 semua, marilah beli product kami ini, sebagai tanda sokongan kpd kami.

    ini juga sebagai sumbangan kpd kami yg akan disalurkan kpd golongan ODHA yg memerlukan pertolongan. seterusnya sbg dana kpd NGO baru ini :)

    -uzzi-

    ReplyDelete
  5. lama x update ye hrp ahp sihat selalu

    ReplyDelete
  6. Agak kurang matang tindakan ahp kerana menyingkirkan pewahim dr blog ini, sedangkan ramai wanita2 diluar sana perlukan sokongan dr pewahim, kerana perbalahan sedikit, terus dipinggirkan. Malaysia kecik ja, pusing2 jumpa juga, otak letak dikepala bukan dihati, maaf kerana menegur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallah khier...
      T kasih atas teguran.
      Apa masalah saya dengan pewahim?
      Cer citer, cer citer. Hihihik...

      Ada apa2 teguran lagi?
      Silalah... Setiap kali n3 pun xde masalah :)

      Saya kekalkan teguran anda di sini sebagai 1 penghormatan terhadap anda yang sungguh matang dan mulia budi pekertinya.

      T kasih juga krn mengiktiraf peranan blog kerdil saya.
      Tiada apa2 yang perlu dimaafkan, malahan kasihan.

      Delete
  7. salam,

    Saya rasa orang dalam komuniti kita juga ni.
    Rasanya selama ini golongan wanitalah yg paling banyak mendapat sokongan Ahp.

    Kalau tak ada blog ni ramai PLHIV wanita mati ke?
    Kurang-kurang ada jugalah peranan Ahp.
    Kau ada?

    ReplyDelete
  8. Apaapa pun harap segalanya bertindak secara matang dan proffesional, sekiranya ada apa-apa permasalahan.

    Saya yang follow blog ni pun boleh tak perasan link pewahim tiada kini.

    Tapi serius saya minta..andai mewakili mana3 NGO, nak taknak kita dah ada kredibiliti untuk jaga nama baik NGO tu.

    Semua manusia tak perfect. Tak puas hati..tegurlah secara direct pada tuan punya badan.

    Email kan ado. Dah kalau berani sangat nak tegur kerana kebenaran..kenalah berani tidak menggunakan anonymous.

    ReplyDelete

Sila berikan pandangan positif anda dan semoga segala perkongsian maklumat akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.