Syukur alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk berkongsi pengalaman menjelang akhir tahun 2012.
Semakin hari, rutin harianku semakin tidak menentu. Tambahan menjelang 1 Disember 2012, sempena World AIDS Day (WAD 2012) kesibukan semakin menggila. Sangat-sangat memenatkan dan padat.
Antara VVIP yang melawat booth Positive Warriors
Pada hari tersebut, pertama kalinya Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM @ PWSG) diberi kepercayaan untuk terlibat secara langsung menjayakannya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Selebriti sokongan – Aaron Aziz turut memberikan sokongan
Selain diberikan kepercayaan sebagai NGO pertama yang memulakan persembahan sempena upacara majlis perasmian dengan sebuah deklamasi sajak serta pantomin berunsurkan Islam, kami juga dipelawa membuka sebuah booth untuk memperkenalkan pertubuhan kami.
Kami menyediakan brosur, jualan kemeja-T, kalendar, dan CD “AKU PEJUANG” dengan kerjasama PAFI dan PEWAHIM. Untuk menjayakannya bukan sekadar bermula pada hari tersebut, tetapi telah mengambil masa hampir sebulan untuk membuat perancangan dan persediaan.
Bukan sedikit masa, tenaga, dan wang ringgit yang dikorbankan. Hanya yang berjiwa besar dan pemimpin sahaja mampu melaksanakannya. Manakala pandangan yang berjiwa kecil tetap dianggap perlu untuk penambahbaikan, sekalipun kadang-kadang kelihatan hanya pandai mengkritik dan memberi arahan. Hal remeh kami ketepikan.
Kepada semua ahli keluarga PWSG dan pihak yang membantu, aku ucapkan “JAZAKUMULLAH KHEIR.” Moga semuanya akan menjadi amal ibadah. Jika terdapat kelemahan, kita akur dan cuba perbaiki. Kita masih baru belajar. Effort yang lebih penting.
Aku sangat-sangat menghargainya. Sudah tentu tidak lupa kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman (Tuan Penasihat PPWM), MAC, PTF, PL, dan sesiapa sahaja yang membantu secara langsung atau tidak langsung.
Kerjasama dengan NGO lain
Perlu diingatkan, PPWM masih terlalu baru. Perlukan sokongan semua. Saling melengkapi dan jauh sekali untuk bersaing. Kita mahu menjalin kerjasama serapat mungkin dengan NGO lain untuk membantu komuniti.
Pendekatan PPWM mungkin agak berbeza kerana objektif utama kami adalah untuk melahirkan seramai mungkin Positive Warriors yang berani tampil secara terbuka di dalam masyarakat bagi membanteras salah faham tentang HIV dengan nilai-nilai Islam, Melayu dan kekeluargaan.
Kami juga mensasarkan media alternatif seperti laman-laman web, blog, Facebook, dan Twitter untuk menyampaikan maklumat selain media-media utama. Sudah tentu khidmat advokasi turut dilakukan tetapi tidaklah terlalu diwar-warkan kerana fokus kami agak berbeza.
Jika ada kelemahan kami yang menyinggung NGO lain, yang jauh lebih berjasa dan berpengalaman tanpa disedari, aku dengan rendah hatinya memohon maaf. Anggaplah kami masih baru belajar.
Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan kemampuan kami terhad. Kebanyakan keluarga kami masih baru dalam bidang pertubuhan sukarelawan, mempunyai karier tetap sedia ada, dan tinggal berselerak di seluruh negara.
Kami tidak bekerja sebumbung. Kami bekerja ala-ala SOHO. Funding pula belum ada, jadi macam-macam kekangan. Kami bergerak atas kapasiti dan kemampuan kami yang serba terhad.
Sehingga sekarang, blog ini masih aku terpaksa uruskan secara solo untuk menjaga originality legasinya. Nasib baiklah abang Fareez Fauzi dan beberapa orang sahabat lain rajin membantuku menjawab soalan pembaca. Kebelakangan ini ada masanya aku sudah tidak sempat langsung memberikan sebarang respon. Bukan tidak sudi, tetapi tidak sempat, dik…
Beza FB Support Group dengan NGO (PPWM)
FB support group sekadar FB, ianya bukan NGO. FB dan NGO berbeza. Insya Allah, kita akan buat laman web rasmi untuk PPWM. Memang sedia ada dalam perancangan pun, cuma kekangan yang menjadi penghalang.
Dalam begitupun bermacam-macam isu yang perlu ditangani dengan baik. Maklumlah kami keluarga besar. Sekalipun namanya Positive Warriors, untuk melihat Warriors sebenar memerlukan sedikit masa. Sesekali apabila mereka sensitif pada perkara yang tidak perlu, terbabas dengan sikap atau pemikiran negatif, aku terpaksa menelan segala sakit dan cemuhan.
Setakat sesekali meroyan secara berjemaah, aku tidak kisah. Normal. Memang itulah tempatnya yang sesuai dan selamat. Aku ini nasib baik tua, terpaksalah cover sebab malu. Kalau tidak, rasanya akulah ‘imam’ segala macam aktiviti meroyan.
Tetapi janganlah hanya kerana kita terasa hati kepada sahabat yang lain, membebel macam mak nenek di wall dan habis satu group terkebil-kebil membacanya. Isu begitu, carilah sahabat-sahabat dalam komuniti yang boleh membantu atau mengadu secara terus kepada aku. Bukan susah pun...
Tidak selesa bersama group, tidak mengapa. Pilihlah jalan yang selesa. Kita tiada paksaan. Banyak groups lain yang mungkin sesuai dengan jiwa. No issue!
Kadang-kadang nampak juga yang menyeleweng dan tidak faham tujuan ianya diwujudkan. Aku juga yang terpaksa telan segala macam tanggungjawab. Takkan nak buka aib orang.
Selalu terfikir, aku ni sepatutnya hadapi masalah akibat virus tetapi peliknya virus dengan aku elok sahaja ‘berkawan baik’. Yang kecohnya mentaliti atau sikap segelintir ODHA sendiri.
Tekanannya menanggung, hanya Tuhan yang tahu. Dik, CD4 orang tua ni tidak sampai seratus pun. Ada macam-macam penyakit kronik lain yang sengaja tidak mahu dikecoh-kecohkan. Empatilah sedikit pada diri sendiri, sayang.
Insya Allah, dalam waktu terdekat, aku akan membuat keputusan muktamad untuk memelihara tujuan asal ianya diwujudkan. Malu jika kononnya nama Positive Warriors; berpaksikan Islam, Melayu, dan kekeluargaan tetapi objektifnya tidak dipelihara. Aku utamakan kualiti bukan kuantiti. Cukuplah dengan drama. Penatlah melayan emosi. Musuh jangan dicari. Kita sama sahaja, masing-masing ada HIV.
Menziarahi keluarga di Sarawak
2-9 Disember 2012 aku sekeluarga berada di Kampung Hilir, Dalat, Sibu, Sarawak menziarahi keluarga yang mengasuh Danial ketika aku dan Kak Da bertugas di sana suatu ketika dulu.
Danial, Kak Da, Danish, Ummie
Sudah 6 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Sarawak. Hampir 16 tahun pula tidak ke Dalat. Tujuan ke sana semata-mata untuk menziarah dan mengekalkan silaturrahim. Bukanlah objektif untuk bercuti pun kerana sejujurnya aku tidak mampu, kecuali pergi atas tuntutan kerjaya atau kecemasan.
Jika setakat sendirian, insya Allah aku mampu, tetapi apalah maknanya kerana aku berdiri sebagai seorang lelaki berkeluarga. Pelik dan janggal sungguh rasanya jika pergi bercuti ke mana-mana tetapi salah seorang ahli keluarga tidak bersama. Memang pelik!
Kehadiran kami di sana umpama pulang ke kampung halaman. Aku memberi peluang kepada keluargaku meneroka sepenuhnya keunikan budaya Sarawak dan keindahan silaturrahim sepanjang berada di Kuching, Sibu, Dalat, Oya, dan Mukah. Banyak pengalaman dan pengajaran hidup yang sepatutnya mereka teladani.
Aku berpeluang memperkenalkan seluruh ahli keluarga kepada beberapa orang kenalan lama yang masih sangat-sangat menghargai silaturrahim. Sudah tentu paling istimewa apabila berkesempatan bersatu kembali dengan keluarga yang menjaga Danial.
Jelas bahawa mereka bersungguh-sungguh cuba melayan dan memberikan keselesaan kepada kami sepanjang 4 hari menginap bersama mereka dan menitiskan air mata apabila mahu berpisah.
Demam
Walaupun berada di Sarawak, panggilan telefon, SMS, Whatsapp, dan emel untuk komuniti hampir seperti biasa. Hujan panas aku redah sahaja hingga tengah malam. Mengangkut luggage bukannya ringan. Berjalan kaki ke segala macam tempat (kes nak jimat bajetlah ni) tidak henti-henti. Itu pun masih perlu memimpin Ummie yang sukar bergerak pantas kerana mengalami masalah kesihatan.
Makanan pula usah cakaplah. Pagi sampai ke malam, menu aku cuma dabai (buah tempatan), umai (ikan mentah segar ala-ala sushi yang mempunyai kombinasi rasa pedas, masam dan segar), sagu kering segar, dan ulam-ulaman. Menu lain aku tak pandang. Makan selama hampir seminggu, faham-faham sahajalah padahnya.
Balik sahaja daripada Sarawak, aku mula diserang demam yang teruk. Sakit-sakit otot, pening, sakit perut, menggigil, dan selsema. Aku tidak tahu puncanya, tetapi kemungkinan ada kaitan dengan kepenatan yang terlampau, makanan dan tekanan. Akibatnya aku terpaksa menolak beberapa jemputan untuk berkongsi pengalaman dalam di events tertentu sempena WAD 2012. Syukurlah hari ini sudah ada tanda pulihnya.
16-17 Disember 2012 aku sekeluarga terpaksa ke KL lagi atas urusan peribadi termasuk menghadiri Usrah anjuran PAFI di Pusat Islam dan pertemuan dengan beberapa ahli komuniti. Marilah…
Penutup
Jujurnya, aku tidak mampu bertahan dengan segala macam kesibukan ini kerana kondusi kesihatanku tidak sama seperti ODHA lain yang masih muda. Aku rasa terlalu penat dan perlukan reserved time untuk diri sendiri.
Semoga apabila NGO ini mula berjalan lancar, aku dengan sukarela, bangga, dan seronoknya melepaskan jawatan untuk melihat ianya dipimpin oleh mereka yang lebih layak.
Aku telah buktikan bahawa ODHA sendiri lebih baik hadir secara terbuka menentang ketidakadilan terhadap mereka. Bukan setakat diri sendiri, satu keluarga aku boleh dikenali melaui CD dan YouTube. Aku rasa cukup tercabar apabila TV3 enggan menunjukkan wajah sebenarku ketika ditemuramah di dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) atas sebab-sebab perundangan walaupun aku sudah cukup bersedia. Bukan semua ODHA penakut seperti yang digambarkan.
Ehh… Jangan judge dan diskriminasi aku dengan mengatakan bahawa mudah untuk aku melakukannya atas sebab-sebab tertentu jika kamu belum betul-betul kenal siapa aku.
Cukuplah aku sekadar menjadi penyokong dan membantu dengan caraku di sini. Kembali kepada hidupku yang tenang.
Aku lebih selesa dengan caraku: Ride and rock, driving, nature, writing, and spending quality time bersama family.
Jumpa lagi. Insya Allah.
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
AHP: positive4eva@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (Secret Group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi



Saya nak petik status FB Imam Muda Ashraf ni je untuk renungan kita bersama...
ReplyDelete"Tidak sama antara orang yg tak sempat jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad 2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting, menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure, pendakwah dsbg...
Berbanding org yg hanya duduk di depan FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah Nabi yg lebih teruk diuji..
Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2 kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus mekar..
Inilah yg dipanggil bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.."
jazakallah khier sahabat. speechless!
DeleteJangan risau dik , kami akan buat yang terbaik.
DeleteBukan baru lagi untuk kami mengenali siapa anda dalam sudut hati kami. Semoga tenang2 nanti dan kita sama2 mendoakan.
Fareez fauzi
Harap pakcik dapat cari masa rehat. Moga kesihatan semakin baik.amin
ReplyDeletejazakallah khier MGDA...
Deleteamin.. :)
Jujurnya, aku tidak mampu bertahan dengan segala macam kesibukan ini kerana kondusi kesihatanku tidak sama seperti ODHA lain yang masih muda. Aku rasa terlalu penat dan perlukan reserved time untuk diri sendiri.
ReplyDeleteCukuplah aku sekadar menjadi penyokong dan membantu dengan caraku di sini. Kembali kepada hidupku yang tenang.
Aku lebih selesa dengan caraku: Ride and rock, driving, nature, writing, and spending quality time bersama family.
Kak da juga sangat setuju memandangkan keadaan kesihatan Ahp yang perlukan penjagaan sepenuhnya, sering kepenatan dan tidak seaktif generasi muda.
Fikir-fikirkanlah..
there are lots of advices by the presidents to all of us in this entry. take a lil of your precious times to think about it and DO something about it. "rules are made to be broken" is not for Muslims. WA.
ReplyDeletesalam sy doakan abg Ahp sentiasa sihat dbwh perlindungan Allah yg Maha Hebat lagi Maha Berkuasa... bukan senang hidup sbgai pejuang.. lagi2 nk bjuang mujahadah melawan stigma & nafsu yg dtg dr diri sendiri... ya Allah kuatkanlah diri kami utk melawan sgala mehnah yg dtg... ameen ya Rabbal a'lameen...
ReplyDeleteya saya sokong kak da PW, jika mahu saya membantu... saya akan terus membantu. :) Rehat, rehat rehat rehat. Saya pun kini dalam tanggungjawab yang besar tapi tak lah sebesar orang yang mengalami sakit kronik, melayan pelbagai karenah orang lain, kekangan tanggungjawab dan di usia 45 tahun. hehe... tapi sedikit ujian buat saya menjadikan saya memahami segalanya ( walaupun tak sepenuhnya).
ReplyDeletebagi saya empati itu sangat-sangat di perlukan, setiap orang boleh berubah ke arah lebih baik dengan mahu menggalas tanggungjawab..insyallah. Lagipun jom kita menggunakan konsep "memberi " pecayalah cakap saya bila kita niat nak memberi..kita akan di uji tapi itu tidak akan mematahkan semangat kita dan memberi nilai yang manis.
:) good luck PWSG semua... !
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSgt2 memahami situasi yg abg hadapi.. Semoga Allah SWT mengurniakan kshtn yg baik utk abg & fmly abg.. pe pun terjadi kshtn sgt2 penting utk dijaga.. AA
Saya baru tau saya ada hiv pd 15 dec lepas
ReplyDeleteskrg buat further checking kat hkl
masih.lg confuse & sedih xtau.nak.buat apa
Adik ,
DeleteJgn sedih2. Apa yang penting apa juga yang tidak menarik dan tidak produktif biarlah berlalu dan jgn di kenang. Adik mesti kuat dan redha dgn ujian ini.
Bukan adik seorang malah sudah berjuta manusia senasib seperti adik.
Teruskan membaca ilmu2 yang terdapat dalam blog ini , insyallah adik pasti mampu berfikir secara positif. Mulai sekarang bina azam baru dan jaga kesihatan diri.
Apa saja ujian Allah ada rahsianya yang kita tidak tahu.
Fareez Fauzi
Saya spt.dibawah
DeleteTiap2 hari saya menangis.bila teringat pasal ni especially parent
ReplyDeletenow saya kat klinik.pakar respirator utk ujian.tb
Saya pun dah suruh hmate.saya kuar dr rumah takut berjangkit.walaupun.saya tau.ianya.x
Xtau nak.luahkan.kat.sapa masaalah saya.ni.mcm2 fikir
mcm mana ngan kerjaya masa depan dll
saya asyik.berkurung.dlm.bilik buat apa.yg patut
Mcm mana utk motivate diri
Anyone boleh bg kaunseling saya x
Faham perasaan anda. Semua dah berlaku, adek terima takdir Allah dgn redha sebab Allah menguji adek sebab adek kuat untuk menerimanya. Dek, ramai org ada HIV berjaya dan sihat tapi mesti jaga kesihatan dan ikut nasihta doktor. Memang stress sgt bila tahu ada hiv, rasa macam2 perasaan ada, kalau adek rasa nak luahkan perasaan ada banyak blog yang sgt2 membantu, selain dari blog ini ada blog Hidup Mesti Diteruskan, Azam Ali yang rasanya amat membantu. HIV bukan pengakhiran kehidupan tetapi adek boleh jadikan permulaan kehidupan. Percayalah adek mampu laluinya seperti mereka yang lain. Adek mesti boleh...
DeleteUtk pengetahuan semua saya xjunpa lg sapa2 utk kainseling saya
Deletesampai saya sanggup mengaku.saya anak.yatim & bekerja sendiri & anak tunggal
saya suruh hnate saya kuar cari rumah lain
saya beli cucian clorok utk lantai cucian dettol utk baju &.sanitizet dettol.utk tangan semuanya gara2 fobia
memerap dlm.bilik menangis xmau jumpa hmate
lepak surau sampai isyak then.balik masuk bilik coz this week cuti seminggu
next week 24&28 pi.buat.ujian tibi
saya terfikir klu sakit nak pi klinik mana apa patut.ckp
kdg2 bawa kereta , stay sorg & stay surau pun menangis kecuali klu.saya tido xmimpi apa2 kecuali.ada satu mlm saya mimpi ada sekumpulan manusia buat solay.taubat & mengaji
pukul.2 terbangun then tido but.mimpi.still continue sampi pukul 4pg saya bangum buat solat taubat
Soal perasaan tak penting kalau tak membina dan tidak memberi impak positif. kalau frust bercinnta bolehlah cerita mcm ni.
DeleteCuba anda cari dan baca terdapat banyak cerita bagaiman insan lain mengharungi pahit getir ditmpa ujian , mengapa harus fobia , paranoid dan bertindak yang pelik2. Adakah anda seorang sajakan yang mendapat ujian seperti ini.
Banyak berdoa , jgn tinggal solat , berfikiran positif dan berfikirlah cara dewasa.
Skg alhamdullah solat xtinggal kdg.asyik ke surau
Deletecuma xtau mcm mana nak.ckp ngan hmate
kdg saya ok.kdg xok
cuma xada kwn.utk luahkan segalanya takut org xleh terima
klu.saya sakit.nak pi.klinik or hospital mana especially weekend
now.bibir bengkak & pecah lidah putih
saya tak jaga klinik atau hospital cuba berusaha cari sendiri dan guna pendekatan yang mudah untuk berinteraksi dgn doktor bila dah jumpa klinik atau hospital.
DeleteBagus kalau dah tahu apa yang sepatutnya awak buat. Jgn tinggal sembaahyang dan selalu ke surau tu dah kira bagus tapi jgn hangat2 tahi ayam pula
Harap2 begitula supaya saya terus dapat hidayah daripadaNya
Deletekeadaan pun serba sedikit dah semakain tenang & terima keadaan cuma xtau nak ckp dengan hmate mcm mana aja
harap sangat awak dah email siapa2 seperti email yang tertera di sidebar
DeleteAmbil langkah positif kerana hanya anda boleh mengubah diri anda. Bukan anda sahaja yg diduga tapi ramai lagi. Cari, baca n fahamkan. Kl perlukan kaunselor dlm blog ini tertera semua dgn lengkap. Semuanya bmula dgn kekuatan diri n bakhir dgn ketabahan diri. Kalau org lain hadapinya dgn baik, anda pasti boleh
ReplyDelete