26 Disember 2012 diadakan meeting khas untuk membuat beberapa persiapan terakhir sebelum memulakan sesi baru menjelang 2013 di tempat kerjaku. Ianya melibatkan semua staf seramai hampir 60 orang termasuk pekerja am.
Selesai ucap utama majikan, aku memohon izin untuk bercakap lebih kurang 10 minit tentang rahsia yang aku pendamkan selama hampir 2 tahun sejak aku didiagnos sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA).
Bagi aku itu adalah kesempatan yang terbaik. Lagipun selama ini aku cukup terseksa merahsiakan status HIV positifku sedangkan HIV bukanlah sesuatu yang merisaukan pun. Kenapa perlu dilayan segala stigma, diskriminasi dan judgemental murahan tersebut?
Aku kasihan kerana ramai-rakan sekerja yang terpaksa mengambil alih tugasku jika aku terpaksa pergi mendapatkan rawatan dan berdepan dengan treatment fatigue yang sinonim dengan kehidupan seorang ODHA. Mereka terlalu banyak membantu dan bertolak-ansur.
Ianya membuatkan aku rasa bersalah. Sekurang-kurangnya jika aku berterus-terang, mungkin terungkailah kekeliruan mereka jika dalam beberapa situasi aku tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.
Sejujurnya majikanku dan sebahagian rakan sekerja telah lama mengetahui statusku. Aku terharu dengan sikap majikan yang sentiasa memberikan sokongan. Risau jika sikap tolak-ansur tersebut menyebabkan beliau dianggap bersikap bias.
Tambahan lagi sejak semakin kerap muncul di media elektronik, memang ramai yang sudah mengetahui statusku sekalipun agak keliru. Daripada mereka berteka-teki, lebih baik mereka dengar pengakuan daripada mulutku sendiri.
Setelah berterus-terang, terpulanglah kepada penerimaan masing-masing. Sejak dulu aku memang tidak pernah ambil pusing apa orang fikir tentang status HIVku. Yang penting aku mempunyai pendirian sendiri.
Berterus-terang dan bersikap jujur memang menjadi prinsipku walaupun dalam sesetengah perkara menjadi sangat pahit. Apa-apa pun, Alhamdulillah, penghujungnya tetap manis kerana berkata benar memang tuntutan agama.
Seperti biasa, aku cuba menyampaikannya dalam suasana santai. Aku telah berpengalaman menghadapi situasi tersebut dengan keluargaku, kedua-dua belah pihak keluarga mertua dan sahabat-sahabat rapat. Aku yakin approach yang aku amalkan berkesan.
Yang aku tekankan ialah cara jangkitan. HIV bukanlah virus yang membahayakan mereka dengan pergaulan kasual. Aku mengingatkan mereka bahawa tiada jangkitan seperti berkongsi makanan, berkongsi tandas, gigitan nyamuk, bersin, tidur bersama, bersukan, dan sebagainya.
Aku menekankan bahawa sebenarnya saban hari mereka mungkin bergaul dengan ODHA dan mendapatkan bantuan daripada ODHA di mana-mana sahaja tanpa disedari. Bukan ODHA yang lebih membahayakan ODHA kerana imuniti ODHA yang lemah. Dengan rawatan yang betul, ODHA mampu menjalani kehidupan sama seperti insan lain.
Penyampaian yang santai, penerangan cara jangkitan dengan jelas, kaitkan isu dengan affected people, dan menunjukkan sikap positif adalah kunci utamanya. Aku juga perkenalkan blogku ini untuk mereka memahami atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai HIV.
Aku lihat sebahagian daripada rakan sekerjaku tergamam dan terkejut. Ada yang faham dan ada yang sedih. Walau bagaimanapun, aku tekankan bahawa aku bukan bermaksud untuk mencari simpati. Aku cuma mahu diterima sekadar seadanya. Itu sahaja.
Seperti yang dijangka, tidak ada apa-apa isu pun. Malahan ketuaku dan beberapa orang pemimpin kanan turut memberikan respon positif supaya situasiku difahami oleh rakan-rakan sekerja yang lain. Barangkali mungkin ada terdetik beberapa persoalan tertentu di fikiran masing-masing tetapi itu adalah normal. Jika seorang ODHA perlukan masa untuk memahani HIV, inikan pula bukan ODHA.
Selesai meeting, ramai yang mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan, malahan sempat bergurau-senda tentang beberapa perkara berkaitan. Walau bagaimanapun, aku akui sedikit tidak selesa dipuji atau ditunjukkan simpati kerana bukan itu yang aku cari.
Apa yang aku perjuangkan ialah tentang komuniti. Berterus-terang atau tidak bukan isu kerana aku boleh sahaja merahsiakanmya. Bahkan tampil secara terbuka termasuk di media massa mengambil risiko yang sangat tinggi terhadap karierku dan keluarga. Aku tidak mampu bersikap terlalu mementingkan diri sedangkan ramai ODHA dan ahli keluarga mereka yang teraniaya di luar sana.
Aku berdepan isu yang lebih kurang sama sahaja dengan ODHA yang lain tanpa mengira apa pun punca jangkitannya. HIV sering dikaitkan dengan isu moral dan agama.
Jadi, sahabat-sahabat ODHA sekalian, marilah kita bangkit. Jangan terlalu paranoid dan hapuskanlah stigma dalaman masing-masing. Tampil secara terbuka dan positif dalam masyarakat adalah antara cara yang paling berkesan menentang salah faham dan mengekang penularan HIV.
Aku bukan mahu mendabik dada, tetapi aku telah membuktikannya. Bukan juga mengatakan semestinya sahabat-sahabat perlu mengambil tindakan yang sama. Kemampuan dan situasi kita berbeza, tetapi jika kita sendiri tidak bangkit, sampai bila-bila pun situasinya tetap sama. Kita akan terus dipandang sinis. Tetap dianggap golongan yang hina dan terpinggir.
Kita ada pelbagai cara untuk berjuang dan bangkit. Jika belum mampu berjuang secara secara terbuka di depan khalayak, kita boleh berjuang secara terbuka dalam keluarga sendiri. Jika dalam keluarga pun belum berani, kita boleh berjuang dalam komuniti. Jika itu pun tidak mampu, cukuplah sekadar menjadi penyokong. Jangan sesekali hanya menyebarkan aura negatif.
Potensi ini dilihat semakin menonjol dalam Pertubuhan Positive Warriors Malaysia. Kita bukan lagi sekadar kumpulan yang menadah tangan, dan hanya mengharapkan bantuan. Kita adalah warriors yang menghulurkan tangan. Yang melayan emosi biasanya tidak serasi bersama Positive Warriors kerana hanya yang berjiwa kental sahaja mampu bertahan.
Perlu diingatkan, aku baru sahaja 2 tahun didiagnos sebagai ODHA. Masih terlalu hijau dengan pengalaman. Banyak perkara aku cuba pelajari, tetapi demi perjuangan dan untuk membantu komuniti, aku tekadkan hati. Kerana itu aku kongsikan di sini sebagai bukti. Fahamilah bahawa hakikatnya aku juga punya masalah dan kekangan yang sama seperti sahabat-sahabat senasib yang lain.
Kesimpulannya, aku tidak nampak apa-apa isu sangat tentang HIV kecuali didikan Allah yang melimpah dengan kasih sayang supaya kita lebih mendekatkan diri kepada-Nya. Pedulikan pandangan negatif melulu. Pesakit-pesakit kronik lain ada yang jauh lebih teruk berdepan dengan stigma dan judgemental.
Contohnya, pesakit yang mendapat rawatan psikiatri akibat depression sering dianggap gila. Keluarga mereka turut menerima tekanan yang berganda-ganda. Pesakit talassemia lebih berisiko menjangkitkan penyakit kepada zuriat berbanding HIV. Pesakit kronik lain ada yang terlantar dan dirinya perlu diurus serba-serbi oleh orang lain.
Yang aku nampak ialah isu attitude, psikologi dan emosi yang dianggap sebahagian daripada pakej HIV. Apa kata kita perlahan-lahan cuba ambil pengajaran daripada didikan Allah ini untuk membuang sikap-sikap negatif. Tidak perlulah borong semuanya secara pakej.
Aku share panjang-panjang pun tidak ada gunanya, bukan? Bimbang kelihatan sombong dan menjadi bebelan. Biar sedikit tetapi dapat dihadami dan diamalkan.
Getting to Zero: Sifar stigma, diskriminasi dan jangkitan baru. Kalau bukan ODHA yang bela ODHA, siapa lagi?

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (Secret Group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Bukan semua berfikiran terbuka begitu, Di Opis saya, Ada pekerja yang kami ketahui tanpa sengaja (di beritahu oleh saudara mara mereka)salah seorang pekerja kami pengidap HIV/AIDS. Terus mencebik, dan ada slh seorang pegawai..membuang kasut yang pernah dipakai oleh pekerja tersebut. Mentaliti mereka masih kuna.Kalau kasut penyebab utama..berapa ramai manusia di dunia ini terkena jangkitan.Ada seorang staff perempuan..siap buat geli-geli dgn isyarat body language, Apa yang saya kata kepada mereka adalah " jangan terlalu memandang hina kepada mereka, keturunan kita nanti , kita tak tahu apa akan jadi" Allah yang maha mulia tidak pernah memandang HINA kepada kita.
ReplyDeleteSusah untuk saya, katakan bahawa mereka (orang awam) boleh menerima, sedikit sebanyak mereka ttp ragui dan ada sikap untuk menghindari PLHIV ni.
Rata-rata, yang saya tanya. jawapan mereka"padan muka depa, itulah balasan, isap dadah lagi" almost jawapan yang saya terima. Saya bukanlah sukarelawan HIV , namun ada dlm ahli keluarga saya mengidap HIV.Saya pengalaman benar2 membantu.
InsyaAllah, saya akan Jadi salah Seorang Sukarelawan HIV dan akan bergerak aktif.Mungkin sekarang, saya banyak terikat dengan tugas dan rutin harian yang membataskan.
Saya doakan saudara tetap kuat dan bersemangat agar dapat memberikan sinar dan harapan kepada yang lain.
As salam
Terima kasih Norasiah Nasir,
Deletesaya faham dan sangat biasa dengan situasi tersebut.
Memang sangat2 menyakitkan.
Cuma bagi saya, perkara tersebut mesti ditentang dan kerana itulah saya rasa wajib bangkit menentangnya.
salam,
ReplyDeletemelalui pengalaman saya memberitahu keluarga dan rakan setugas bahawa suami ialah ODHA, mereka memahami dan tiada nampak tanda-tanda yang luar biasa.
Alhamdulillah. Yang penting cara penyampaian dan niat yang baik.
Syabas Ahp.
Alhamdulillah ,
DeleteZaman alaf baru ni abg rasa ramai dah faham apa yang dikatakan hiv dan Aids , perawatan dan cara penularannya lebih2 lagi dikalangan para pendidik , cendikiawan malah pihak KKM sendiri.
Kalau ada yang tak faham dan memandang jelik serta sinis mungkin dikalangan yang cetek ilmu pengetahuan serta kurang mendapat maklumat yang tepat tentang hiv apalah lagi yang tidak berminat untuk memahami apa itu hiv/Aids.
Fareez fauzi
saya percaya, Allah maha mengetahui hambanya. Allah tahu pakcik sekeluarga akan mampu melalui ujian ini. Dan boleh mempromote produk komuniti di pejabat.heehe
ReplyDeleteBercakap dari pengalaman berkawan dgn odha, hampir semua menyembunyikan status kerana sikap masyarakat yang sukar memaafkan kesilapan silam mereka. Fikiran kolot ini yang mesti dikikis. Kalau dulu mereka gay dan sekarang dipoke allah dgn hiv, kita sebaiknya terima mereka dgn baik, walau apapun kesilapan silam mereka, terima mereka dgn seikhlasnya. Perjuangan mereka melawan arus sesuatu yg sgt saya tabik, bersahabat dgn mereka pengalaman terbaik saya dalam hidup. Jujur AHP andai saya ditempat mereka saya tak mampu jadi sekuat mereka. Tabah tenang dan sabar serta redha menghadapinya. Bukan mudah kerana saya melaluinya. Saya pernah bantu sahabat yg cuba mendapatkan rawatan hiv di kk krjn. Hanya bertanya dgn kaunter apa prosedur nak check hiv, petugas dikaunter memandang saya dgn pandangan yg amat sukar dimengerti. Spontan dikata maaf puan, puan dpt hiv dari mana? Saya jawab nak check saja. Mata petugas pandang muka saya mcm keliru. Bertugas di kwsn yg sama, lunch terserempak saya perasan dari gerak bibir mereka, perbualan mereka adalah tentang saya. Rasanya petugas tu berkata ko percaya tak kakak tu hiv? Semua pandang saya. Saya baru bertanya untuk sahabat yg hiv, jadi saya amat memahami tekanan mereka. Sama ditempat bertugas, bermacam tekanan mereka hadapi jadi saya faham kenapa mereka reluctant nak ke depan. But to all plhiv dont care how they get it, for me you will never walk alone, we will always by your side. May Allah bless you AHP.
ReplyDeletemak wardah,
Deletet kasih sgt2. saya menghargai segala komen dan perkongsian yang ditinggalkan tapi maaf kekangan masa saya yg menyebabkan tak semuanya saya mampu teply
AHP, tak apa saya faham sgt2 keadaan tuan. Hanya bsuara atas sikap tidak prof sesetgh pihak. Yg ptg jaga kesihatan baik2 relax n take gud rest. Allah sentiasa bsama anda.
Delete