Menjelang 28 Disember 2012, tanpa disedari sudah 2 tahun aku didiagnos sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA). Masih terlalu hijau dan perlu belajar banyak perkara.
28 Disember 2010, bertepatan dengan tarikh lahir anak keduaku Danish, confirmed aku didiagnos sebagai ODHA. Bermakna, bermulalah perjalanan baru kehidupanku yang penuh warna-warni dan suka-duka.
Pada peringkat awal diagnos, aku turut mengalami grief reaction yang sangat hebat. Terpinga-pinga dan keliru. Berhari-hari tidak tidur dan tercari-cari sokongan. Semakin aku cari, semakin keliru. Berhari-hari berkurung dalam bilik. Kekosongan dan keseorangan. Tangisan cuba disorok daripada pengetahuan keluarga.
Betul aku ada family yang sangat menyayangiku tetapi apabila berdepan dengan situasi yang tidak terjangka, masing-masing kelu dan terkedu. Sesakit mana pun, aku mesti tunjukkan sikap tabah kerana aku adalah ketua keluarga.
Tercari-cari sokongan. Buntu apabila tiada tempat untuk dirujuk. Aku sibuk menghantar e-mel dan menelefon beberapa NGO yang sepatutnya membantu, kebetulan tiada satu pun yang menjawab atau respon. Tidak tahulah di mana puncanya terjadi demikian.
Pernah juga tercari-cari sokongan sahabat-sahabatku yang terdiri daripada golongan agamawan tetapi seperti biasalah, mereka lebih banyak menghukum berbanding bersikap empati. Sejujurnya aku memang kecewa apabila ditinggalkan terkapai-kapai sebaik mereka tahu aku seorang ODHA. Terasa diri terlalu hina di mata mereka. HIV terlalu asing bagiku, jika tidak diuji mungkin aku juga akan bersikap begitu.
Aku tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang ODHA. Memang zaman remajaku huru-hara dengan budaya rock and roll serta heavy metal. Melakukan pelbagai perkara nakal sebagai escapism tetapi sampai ke tahap melakukan aktiviti berisiko dijangkiti HIV jauh sekali.
Jika aku melakukan aktiviti berisiko, sudah tentu HIV yang aku perolehi datang secara pakej sama ada terdapat jangkitan penyakit kelamin atau simptom-simptom umum. Aku sihat-sihat sahaja sebelum menjalani pemindahan darah kecuali baru didiagnos sebagai seorang pesakit diabetes.
Aku dimasukkan ke hospital hanya kerana suspek denggi akibat bacaan plateletku yang rendah. Keputusan Rapid Test lebih kurang 2 minggu selepas menjalani tranfusi darah semasa Bone Marrow Aspiration (BMA) adalah negatif. Ujian ELISA juga adalah negatif. Kenapa dan mengapa?
Macam-macam perkara yang sangat melukakan untuk dikenang. Pernah akibat tekanan terlampau, aku mengamuk, menghempas dan menterbalikkan segala barangan di bilikku. Iblis syaitan sentiasa mengambil kesempatan menghasut dan membisikkan aku supaya memilih jalan singkat untuk mati.
Aku hanya membayangkan kematian dan kehinaan sedangkan aku adalah seorang ‘imam’ di kampungku. Kononnya alangkah hinanya ‘imam’ dan anchor family mati ‘berkudis’ sebagai seorang ODHA. Aibnya isteri-isteri, anak-anakku, dan seluruh anggota keluarga. Kemungkinan isteri-isteri dan anak-anakku dijangkiti pula sangat tinggi jika aku telah lama hidup dengan HIV.
Aku sibuk berpesan kepada isteriku (Kak Da) supaya menyediakan pengurusan jenazahku dan menyediakan kain kafan yang aku inginkan semasa urusan kematian. Macam-macam wasiat aku telah buat, maklumlah ada doktor yang menjangkakan hayatku hanya tinggal lebih kurang 2 tahun sahaja lagi.
Adik-beradik dan rakan-rakan yang menziarahiku, sekadar dilayan sambil menyembunyikan kesedihan. Aku buntu untuk meneruskan kehidupan, hilang minat untuk meneruskan kerjaya atau apa saja.
Dalam masa yang sama, akibat ingin kembali sihat, aku mengambil pelbagai jenis supplement food yang didakwa kononnya boleh menyembuhkan HIV. Ribuan ringgit setiap bulan habis sia-sia. Malahan akibat dongengan palsu ini aku hampir menjual pelbagai harta-benda yang tidak seberapa. Personal loan turut dibuat untuk membeli pelbagai ‘ubat-ubatan’ tersebut. Mengarut!
Ke mana-mana sahaja aku sering ketakutan. Ke klinik aku ketakutan. Bergaul dengan orang ramai aku ketakutan. Makan bersama keluarga aku ketakutan. Apabila berada di luar rumah, hampir setiap masa memakai topeng, kononnya untuk mengelakkan jangkitan seperti yang dicadangkan oleh doktor-doktor tertentu yang bukannya faham sangat tentang HIV. Maklumlah doktor ada pelbagai kemahiran dan bidang masing-masing.
Syukur Alhamdulillah, perlahan-lahan Allah berikan pertolongan. Melalui blog ini aku berkongsi apa juga rasa hatiku. Niat asalku cuma untuk rujukan anak cucu setelah aku tiada. Aku cuba bina kekuatan dengan caraku sendiri di samping menjaga hubungan dengan Allah.
Atas kehendak Allah, pertolongan pertama dan terhebat sehingga kini yang aku perolehi adalah melalui Dr. Iskandar Firzada bin Osman. Itu hakikat yang tidak mampu aku nafikan sampai bila-bila.
Kemudian perlahan-lahan muncul pula sahabatku Luka Rafieqa yang sesekali meninggalkan komen positif dalam entries tertentu. Insan berhati emas ini membuka langkah awal kepada sokongan komuniti yang lain.
Peringkat awal blogging, aku turut mendapat kekuatan dengan cara berkongsi sokongan dan cuba membantu rakan-rakan senasib yang mengharapkan sokongan via emel atau di ruangan komen. Aku belajar banyak perkara dengan cara cuba membantu. Emel yang aku balas pula biasanya berjela-jela walaupun aku sendiri ketika itu tidak faham sangat tentang HIV.
Alhamdulillah, menjelang 6 bulan selepas didiagnos, aku semakin jelas tentang permasalahan dan asam garam cabaran seorang ODHA. Jelaslah bahawa musuh sebenar mereka bukanlah tentang peluang hidup sihat, tetapi stigma, diskriminasi, judgmental dan paranoia. Terlalu banyak perkara karut-marut dan salah faham tentang HIV.
Selain itu, aku mula memahami apa itu isu sebenar yang tersembunyi di sebalik ujian kecenderungan seksualiti seseorang. Aku mula belajar dan faham tentang pelbagai drama dan wayang yang dijadikan topeng menutup wajah seseorang ODHA. Masalah psikologi dan emosi berlegar di sekelilingku menenggelamkan isu sebenar HIV.
Aku juga lebih memahami penderitaan dan ujian insan-insan yang menerima kesan tidak langsung akibat HIV dan mangsa manipulasi iaitu golongan affected people terutama pasangan serta ahli keluarga kepada ODHA. Setiap hari, puluhan emel, whatsapp, SMS dan panggilan telefon yang aku terima. Pelbagai kerenah dan ragam. Siang malam tiada henti.
Kesemuanya melupakan aku terhadap derita yang aku tanggung sekalipun hakikatnya sehingga sekarang aku rasa diriku terlalu keseorangan dalam komuniti. Kadangkala turut rasa didiskriminasi atas sebab-sebab tertentu yang sukar untuk difahami oleh insan lain.
Melalui pengalaman ini dan ruang jaringan sokongan yang terbina dalam komuniti, aku berpeluang pula menjalin hubungan baik dengan pihak MAC. Seterusnya aku mula mengenali PAFI dan beberapa senior volunteers lain, yang kaya jasa dan pengalaman termasuk daripada PTF dan PL.
Daripada situ, perlahan-lahan tertubuhnya Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) yang terdiri daripada sahabat-sahabat yang mempunyai inspirasi yang sama. Sebuah NGO pertama di Asia dan kedua di dunia yang memperjuangkan golongan ODHA dengan prinsip Islam, Melayu dan kekeluargaan. Ianya turut melibatkan ODHA, affected people dan volunteers bukan ODHA. Kita mahu ODHA berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam masyarakat.
Banyak pengalaman manis dan terdapat beberapa pencapaian tertentu. Cukuplah sekadar menjadi kenangan peribadi. Siapa yang faham, fahamlah. Tidak terkira banyaknya terutama dari sudut fardhu kifayah dan kepuasan rohani. Pengalaman pahit pula tidak perlulah dikongsi, perkara tersebut menjadi ‘makanan harian’ yang lebih menyeksakan berbanding HIV. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, semakin hari kudrat ini semakin lemah untuk menanggung pelbagai tekanan. Sekalipun HIV tidak merisaukan, tetapi tekanan dalaman yang datang daripada komuniti sendiri amat-amat menyakitkan. Aku mahu berjuang bukannya berdrama melayan emosi. Exhausted!
Aku rindukan kehidupanku yang tenang. Driving, riding, reading, writing and thinking. Yang membuatkan aku bertahan hanyalah mereka yang betul-betul memerlukan sokongan.
Tidak sabar rasanya menunggu AGM PPWM nanti dan meletakkan jawatanku sebagai presiden. Ramai lagi yang jauh lebih layak dan hebat di luar sana. Sekadar menjadi penyokong dan ahli pun aku yakin dapat berjuang dengan lebih berkesan. Selesa berjuang dengan cara sendiri dengan tenang.
Kini 28 Disember datang lagi. Selamat Hari lahir anakku sayang. Semoga Danish menjadi anak soleh, cemerlang dunia akhirat dan pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa.
Selamat datang wahai HIV ke tubuhku jika itu membawa kepada rahmat Ilahi. Syukur dengan kehadiranmu aku banyak belajar erti hidup. Allah telah tentukan pelbagai cara untuk menguji keimanan kita.
Hari ini, selepas 2 tahun didiagnos ternyata Allah masih izinkan aku bernafas. Aku lebih menghargai kehidupan. Temui jati diriku yang hilang sekalipun banyak perkara pula perlu dikorbankan.
Aku tidak pernah ambil pusing anggapan segelintir masyarakat terhadap statusku dan ahli keluargaku. Itu bukan masalahku. Itu masalah mereka. Keji dan hinalah jika itu membuatkan kamu bahagia. InsyaAllah aku akan maafkan kerana tiada gunanya menyimpan dendam.
Sahabat-sahabatku ODHA, apa digentar dengan ujian hidup? Setelah berusaha dan melakukan yang terbaik, redha sahaja apa jua takdir Ilahi. Ada ribuan sebab untuk bahagia dan ada ribuan sebab untuk derita.
Hanya kebergantungan kepada Allah sahaja penyelesaian terhadap apa juga permasalahan.
Hari ini, selepas 2 tahun didiagnos ternyata Allah masih izinkan aku bernafas. Aku lebih menghargai kehidupan. Temui jati diriku yang hilang sekalipun banyak perkara pula perlu dikorbankan.
Aku tidak pernah ambil pusing anggapan segelintir masyarakat terhadap statusku dan ahli keluargaku. Itu bukan masalahku. Itu masalah mereka. Keji dan hinalah jika itu membuatkan kamu bahagia. InsyaAllah aku akan maafkan kerana tiada gunanya menyimpan dendam.
Sahabat-sahabatku ODHA, apa digentar dengan ujian hidup? Setelah berusaha dan melakukan yang terbaik, redha sahaja apa jua takdir Ilahi. Ada ribuan sebab untuk bahagia dan ada ribuan sebab untuk derita.
Hanya kebergantungan kepada Allah sahaja penyelesaian terhadap apa juga permasalahan.
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (Secret Group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

"Aku rindukan kehidupanku yang tenang. Driving, riding, reading, writing and thinking."
ReplyDelete- me too...
AGM Lagi 2 tahun kan..Sabarlah. ..
ReplyDeleteSemoga tabah dan sabar selalu. Doa kami sentiasa bersama.
ReplyDeleteMe here too .. always
ReplyDeleteZie
Tuan, semuga dalam keberkatan Allah sentiasa. Alhamdulillah anda mengharungi penuh tabah n jaya. InsyaAllah anda akan mampu bertahan, sihat n bahagia. To all odha, u will never walk alone.
ReplyDeleteSaya pun.baru masuk 2 minggu.tahu ada hiv
ReplyDeleteasyik berkurung dlm.bilik menangis aja
now dah tenang buat mcm.biasa
Cuma terpaksa suruh hmate kuar dr rumah,beli dettol utk.cuci.baju & clorok utk.cuci lantai
Jejakakeliru Mus
Mus,
Deleteuntuk apa hingga beli dettol, clorox dsbnya tu?
cukuplah menyiksa diri.
plhiv sendiri mesti faham hiv.
kalau tak, siksalah badan.
plhiv tak bahayakan non plhiv.
non plhiv yg bahayakan kita.
cuba fahami maksud saya.
Adik Mus ,
DeletePerlu banyak membaca dan mencari bahan untuk menghilangkan salah tafsir dan kekelruan Mus itu.Mesti Ingat bila ada hiv bukanya seperti ada tahi anjing atau babi sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa.
Mus perlu tahu apa itu hiv , AIDs , pembasmian dan cara penularannya. Banyak membaca dan cari dalam internet.
Fareez fauzi
Salam Kasih Sayang dan Salam Perjuangan
ReplyDeletex mampu berkata apa apa.. hanya linangan air mata.
tidak bisa diungkapkan dengan kata kata
Hanya yang memahami sahaja.
i love u LR. forever
Deleteto jejakakeliru,
ReplyDeletetindakan mus utk basuh rumah guna dettol dan clorox, memang amat bagus. sebab boleh hilangkan kotoran dan membasmi kuman.
tapi sekiranya tindakan itu utk menghindarkan jangkitan, saya rasa cara itu tidak tepat. saya rasa, mus kurang paham tentang cara jangkitan. sebaiknya, mus cari entry yang berkaitan bagaimana HIV berjangkit dan baca serta paham.
barulah mus tidak akan membuat tindakan "suruh housemate keluar". ramai je di sini yang ada housemate dan famili yang tinggal serumah dan mereka bebas dari hiv.
jika tidak memahami apa itu hiv, susah utk meneruskan kehidupan dengan rasa tenang dan gembira. trauma pada sendiri, adalah perkara biasa bagi yang baru diagnose. tapi, kita kena cepat bangkit dan tambahkan ilmu di dada tentang hiv, itu yang sebaiknya.
-uzzi-
t kasih uzzi.
Deletebakal pemimpin masa depan.
kagum dgn smgt dlm jiwa uzzi sekarang.
sayang uzzi
terima kasih, bang.
Deleteyang perkara basic, boleh la saya tolong2, share kan. sebenarnya penat juga nak berkurung dlm bilik dan stigma pada diri sendiri. saya bercakap berdasarkan pengalaman. letih la, nak bersedih 24 jam.
lagipun, bila saya baca status/komen mereka yg baru diagnose, saya tau mereka tidak tau dan mencari arah. jadi tugas kita utk memberikan panduan dan jalan yg betul. selebihnya, mereka kena usaha sendiri juga :)
baik saya enjoy my life ngan famili, kawan2, opismate dan buat perkara2 yang menggembirakan hati.
dalam masa yg sama, dekatkan diri ngan Tuhan. tapi tadela sampai nak jadi alim warak. biasa-biasa je. yg penting, cuba sedaya upaya utk tidak tinggal solat 5 waktu.
ustaz ckp, jika kita jaga solat, nanti lama2, kita sendirinya akan malu nak buat jahat. kemudian, jiwa kita akan terdidik utk amar makruf nahi mungkar :)
-uzzi-
bravo! terbaik!
Deletebang, saya sekarang ni nak sama mcm abg juga. tak mau amik port sangat ngan drama2 ni. setakat yang saya boleh tolong, saya tolong mana yg termampu.
ReplyDeletejika abang nak riding dan reading, saya nak karaoke dan dok umah main game ps3, serta tgk wayang. skrg ni, tak sempat nak buat itu semua. yg penting, boleh buat aktiviti yg menggembirakan hati kita dan dalam masa yang sama, boleh tolong komuniti dalam ruang lingkup keselesaaan kita.
sebab saya single lagi, saya nak tambahkan satu lagi aktiviti. iaitu, usha org di shopping kompleks sambil minum kopi dan baca paper. mana tau, ada yang tersangkut dan berkenan hati, boleh buat jadi bini. hehehe
-uzzi-
ehhh...'
Deleteusha orang tu xtvt tetap saya uzzi... hahaha
hahaha, xtvt usha org secara berjamaah bersama keluarga ke ? hehehe, menarik tu
Delete-uzzi-
dgn keluarga jatuh sahamla...hehehe
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletePada 27 Nov 2012 yg lalu saya menderma darah anjuran sebuah pusat perubatan tempatan. pada 12 Dis saya mendapat surat dari pusat perubatan mengatakan saya perlu membuat ujian darah tambahan. apabila saya membaca surat tu rasa mula rasa tak sedap hati tapi saya gagahkan juga pergi ke pusat perubatan tu utk ujian. apabila berjumpa doktor disitu betapa hancur luluh hati saya apabila doktor mengatakan saya disyaki menghidap HIV. saya ada ternampak sepintas lalu tulisan diatas sehelai kertas yg tertulis:
~~~rapid test~~~~negative
~~~2.15~~~~~
doktor tu mengatakan bahawa ini hanya rapis test tetapi belum confirm saya HIV positif. so doktor ambil darah saya pada hari tu utk ujian kedua dimana katanya ujian kedua ni sgt sensitif dan menentukan sama ada saya positif atau negatif HIV. doktor meminta saya dtg 2 mgu kemudian iaitu pada 14 Jan 2013 dan meminta saya jgn risau kerana bacaan sgt rendah (bacaan ape saya tak pasti). saya nak tanya tuan blogger atau sesiapa disini adakah kemungkinan saya HIV positif?
Terus terang saya katakan bahawa emosi saya sgt terganggu ketika ini.
Wassalam...
Tunggu result ujian ELISA tersebut terlebih dahulu.
Deleteyg penting anda sendiri lebih mengehui hakikat yg anda pernah melakukan xtvt berisiko atau tidak.
menjadi seorang plhiv bukan isu sekarang. tiada apa yg nak dirisaukan tentang hiv
Mmg saya pernah melakukan aktiviti berisiko seblm ni sekali. Jika saya didapati positif HIV, tak taulah ape akan jd pada saya akan dtg memandangkan saya ini masih belum berkahwin, mustahil akan ada org sudi menerima saya.
DeleteAnonymous,
Deletesituasi anda adalah sama seperti saya tahun lepas. take it easy.
kalau pepatah omputih berbunyi 'curiosity kills the cat', maka untuk manusia boleh diumpamakan sebagai 'uncertainty kills human brain'..
bawak bersabar, tunggu final result.
Insya-Allah, tidak ada yang mustahil. Bila dah sampai masa, akan ada orangnya. Kan dah diketahui, jodoh pertemuan di tangan Allah.
Kita semua bertemu kat blog ni pun, ketentuanNya.
the above comment was brought to you by>>
DeleteLuqman (bukan nama sebenar)..
silap cara berfikir tu...
Deletetakpelah. slesaikan 1 persatu.
kalau confirmed positif baru boleh cerita panjang.
nanti kita bantu
Terima kasih tuan.
Deletesaya telah pun pergi ke pusat perubatan dan berjumpa doktor utk pengesahan dan doktor memberitahu dan menunjukkan keputusan adalah non-reactive / false positive. syukur Alhamdulillah saya ucapkan. doktor bertanya kpd saya sekiranya saya ada ambil apa2 ubatan dan saya beritahu hanya mengambil multivitamin sahaja sejak setahun yg lalu. doktor mengatakan saya perlu hadir kembali 3 bln kemudian iaitu pada 1 april 2013 utk ambil sample ke2 dan 'clear' status HIV ni. apa yg saya lalui sebelum ini betul2 menginsafkan saya dan mahu kembali ke jalan yg diredhai Allah S.W.T
DeleteSudah genap 4 tahun sy hidup sebagai ODHA... syukur alhamdulillah..sy menjalani kehidupan ini dengan hati yg redha ats apa yg telah ditakdirkan.. alhamdulillah.. apabila saya mngetahui penyakit sy ini..kuarga dan juga beberapa kawan sekolah saya menerima sy seadanya..ketika itu sy dpt melihat betapa kecewa dan sedihnya ayah dan ibu sy bila sy beritahu hal ini..sy tak pernh rs terasing..terabai..oleh mereka. Malah adik2 sy tak meghalang saya bermain2..berpeluk..mencium..dgn ank2 mereka..sy bersyukur sgt dpt kuarga yg bertimbang rasa..tp ada juga kwn baik dan sgt rapat dgn sy membuang sy jauh2 krana takut dijangkit..tp bagi sy x mgapa..sy bole menerima walaupun sgt sedih..apa yg sy belajar drp pengalaman hidup ini adlh kita x bole aspect utk org lain menerima kita kalau mereka x mahu menerima kita..
ReplyDeleteSy ingin mengucapkan terima kasih kpd abg ahp kerana blog beliau la sy dpt berkawan..berkongsi masalah ..dinasihati..dimotivasi..dan berkongsi ilmu serta pengalaman. Sudah bbrapa tahun lps sy terkial2 mencari kawan yg senasib dgn sy kerna sy terlalu sunyi utk berkongsi rasa hati ini..Walaupun sy ada ramai kawan..tp ia tidak sama dgn kawan yg mengalami nasib yg sama..mereka tak rasa dan fikir spt kita rasa...
Walaupun sy belum berkahwin semula..tp sy tetap berdoa pd Yang Masa Esa agar sy dpt bertemu jodoh lagi dan si dia dpt menerima saya seadanya.. Segala jodoh pertemuan hanya Allah yg tentukan..
Sy berdoa agar semua teman seperjuangan tidak putus berputus asa..bersabar..berdoa..dan jgn berfikiran negatif yg bole melemahkan semngat kita..kita semua diuji kerana kita semua disayangi oleh-Nya..
Be positive so we can have better life...
-ksk
ksk, sgt hormat anda n parent. Pernah terbaca kisah benar diblog shbt saya hidup mesti diteruskan remaja dipinggirkan krn hiv. Really proud of u.
DeleteSaya ingat lagi..pada mlm tu..sy mgadu kat abah.. awat sakit x baik2 lagi ni.slalu tonsil bengkak..mulut melecet..x mkn berhari2 pun x apa sbb mmg x rasa lapar..abah kata..hang pi la cek darah.. kang sakit teruk susah plak..esoknya pagi2 lg..sy pi sorang diri klinik kerajaan.. nk bt test darah.. staff nurse kata kalau nk buat test utk perkahwinan datang belah petang..sy pun kata bukan utk perkahwinan tp utk peribadi..staff nurse terus daftarkn utk sy tanpa byk soal..bila masuk ja bilik doktor..doktor tanya kenapa nk bt test..sy pun crita segalanya dlm keadaan menangis.. dia pun terus suh sy g makmal utk bt test..dlm 10 minit menunggu..staff dimakmal pggl saya dan ikut dia ke bilik doktor..dgn hati berdebar2..sy menunggu keputusannya..bila doktor gtaw sy positif..sy hy bekata dlm hati...aku dh kata dah..apa yg sangka mmg benar..aku hy mengalir mata depan doktor n staff nurse ketika tu..Doktor nasihatkn sy trs ke hospital besar utk buat ujian semula sbb rapid test blum tentu betul..dan doktor tu tulis surat rujukan terus ke hospital.
ReplyDeleteDalam kereta, sy dok fikir mcm mn nk gtaw abah n mak..sy tekad utk gtaw walapun depa akn marah sy.. sampi aja di rumah, sy terus ke bilik mak..mak tengah tido waktu tu..sy terus peluk kaki mak dan dia terkejut..sy menangis teresak2 sambil gtaw saya sah dapat penyakit tu..mak pun terus dakap sy dan abah trs ke bilik mak..waktu tu abah tido di ruang tamu.. mak sambil nangis gtaw abah sy dapat sakit tu..abah pun turun ke ruang tamu semula dgn muka amat kecewa dan sedih..sy dpt melihat air mata abah..tangisan sy bertambah kuat...mak hy bole tenteramkn sy dgn suruh bersabar..suasana di rumah sunyi seketika..dan semua ahli kuarga tahu akn penyakit saya ni..malam tu sy bebincang dgn kuarga sy apa yg patut sy bt..sy juga gtaw mereka doktor klinik suruh ke hospital utk mengambil test yg sebenar benarnya..
Keesokkan harinya..sy bersama parents sy pi ke hospital..sy terus ke pesakit luar dan serahkn surat rujukan doktor dari klinik.. staff nurse trs bawa sy ke bilik doktor di situ serta merta tanpa mengambil no giliran...
Selepas seketika..doktor yg berkaiatan inteview sy..mcm2 dia tanya..dia kata result test sebenar bole diketahui dlm masa sebulan kerana sampel darah perlu dihantar ke kuala lumpur.. selepas sebulan..sy mendapat result sebenar yg saya memang penghidap hiv positif.. dan mereka merujuk kes sy ke klinik pakar penyakit berjangkit..
Begitulah pengalaman yg sy lalui dan sy amat berterima kasih kpd ibu bapa sy..dn juga doktor2..staff nurse kerana nembantu kesulitan yg sy lalui serta merta..alhamdulillah dan sykur kepada-Nya kerana mempermudahkn segala urusan sy waktu itu..
-ksk-
Assalamualaikum semua...
ReplyDeleteMohon berkongsi
Syabas saya ucapkan kepada AHP & the gang!
Sudah hampir 2 bulan saya mengetahui bahawa saya dijangkiti HIV. Saya membuat ujian rapid test di PTF setelah mendapat maklumat yang memerlukan saya melakukan ujian HIV.
Sebaik sahaja tahu berita (07.11.12) yang saya berkemungkinan besar dijangkiti HIV saya tak tidur semalaman.
2 malam berikut tido macam biasa.
10.11.12, saya pergi ke PTF dan saya jalani ujian rapid test. Jeng! Jeng! Jeng..!
Positive! Tapi saya dah bersedia dengan segala kemungkinan. Sedih tapi saya redha.
Seminggu selepas ujian rasa down tiba-tiba... So minta pelepasan daripada majikan untuk tempoh seminggu. My boss is the best employer. EVER! She allowed me and she was the 2nd person i informed the news after my bestest trusted friend.
17.11.12 Balik kampung. Tengok muka parents all problem blown away. But still...in my heart wallahua'lam.
28.11.12, saya pergi buat ujian pengesahan di Hospital Sg. Buloh (HSB).
Datang lewat ke hospital dan ambil ujian darah sahaja. 5 tabung uji. Ngeri...
Urusan berjalan lancar atas bantuan PTF volunteers.
12.12.12, jumpa kaunselor di HSB. Memang sah positif. Tak rasa apa dah...
CD4 test rejected. So, buat test CD4 sekali lagi...
26.12.12, my CD4 was... Cuba teka? Hehe...
330 count with 19% percentage.
Sekarang under vitamin training.
Nanti 23.01.12 pergi HSB for the next appointment.
InsyaAllah nak start HAART. Ikut aje saranan doktor dan kaunselor.
Hidup mesti diteruskan. Dapat HIV saya anggap ia sebagai ujian dan amaran daripada Tuhan.
Allah sayang kita. We are the chosen one. He knows what is the best for everyone of us.
Saya dah maklumkan pada insan yang sepatutnya pergi untuk ujian HIV. Sekadar menjalankan tanggungjawab.
Saya sudah bagitahu abang dan adik perempuan saya, kawan-kawan rapat saya yang boleh percaya dan juga majikan saya. Syukur... All of them are very supportive. Ingat nak buat staggered announcement macam AHP buat. Ikut masa yang sesuai dan kesediaan kita.
Bagi saya bila anda disahkan positif bukan sahaja bagi virus HIV, tapi lain-lain jangkitan atau penyakit yang dianggap bahaya.., perkara paling penting ialah jadi positif atau optimis terlebih dahulu. InsyaAllah orang sekeliling anda turut akan positif.
Redha dengan kehendak Allah. Cuba menjadi hambaNya yang lebih baik... InsyaAllah everything will be all right. Apa yang orang hendak cakap di belakang kita itu bukan urusan kita dan maafkanlah semua orang setiap hari. No stress, No bad thought, Happy and Jangan Lupa makan ubat. InsyaAllah selamat.
Mati adalah pasti... Kita yang ada HIV lebih bertuah kerana saya yakin warning daripada Allah ini membuatkan kita lebih bersedia dengan bekalan untuk menemuiNya nanti.
10.11.12 dan 12.12.12...
Cantik tarikh tu...
Tapi ia amat bermakna bagi saya.
Maaf En. AHP... Panjang tulis dalam blog Encik... :)
Illalliqa' wa maassalaamah... Assalamulalaikum.
MFZ
Bravo!! Smakin ramai yg nmpaknya berani bangkit dan bkongsi cabaran. Mari kita 'letupkn' dunia bhw kita lbih bmkna slps hidup dgn hiv. Pkongsian bgini sgt bsr mknanya bgi yg bru mncari kekuatan wpun kecil bagi kita. T kasih smua!
ReplyDeleteSaya amat kagum dengan semangat dan usaha AHP dalam membantu masyarakat di luar sana. Bayangkan berapa ramai orang yang telah tertolong. Walaupun AHP penat, tapi jangan sesekali berhenti membantu mereka diluar sana. Kalau bukan kita, mungkin masyarakat tidak akan pernah sedar tentang HIV. Stigma, diskriminasi akan tetap berleluasa. Syabas AHP dan rakan-rakan.
ReplyDeleteSaya sendiri sudah 2 tahun tinggal serumah dengan seorang rakan yang positif HIV. Alhamdulillah, mungkin kerana kami semua merupakan bakal doktor, jadi kami mempunyai sedikit ilmu tentang penyakit ini. Kami berkawan seperti biasa. Malah, hubungan kami bertambah rapat kerana kami sering menemani dia untuk ujian darah rutin di hospital. Alhamdulillah, level CD4 dia masih tinggi. Sekarang cuma melatih dia makan vitamin kerana tuntutan kerja kami memerlukan tubuh yang 'fit'. Saya sendiri berazam untuk menjadi seorang doktor yang tidak mendiskriminasi pesakit HIV dan ingin mendalami bidang penyakit ini disamping mahu membantu menyedarkan masyarakat terutama golongan PLU.
Saya doakan AHP dan rakan-rakan sentiasa sihat dan kuat untuk menjalankan kerja mulia ini.
betul tu.. saya pun pernah tinggal serumah dgn rakan2 sekerja saya termasuk adik bos.. sy mengambil kputusan utk beritahu situasi sy kpd mereka..kerana di rumah tu sy berkongsi peralatan rumah, makanan dan keperluan lain.. alhamdulillah..mereka trima saya seadanya dan layan sy spt kawan mereka sendiri.. adik bos sy telah memberitahu kpd abangya iaitu majikan sy secara diam-diam..tapi beliau terima saya sbg pekerjanya..malah tidak mangasing sy dr tugas2 kerja seharian di pejabat.. beliau juga tidak memberhentikan saya dr syarikatnya..alhamdulillah.. terima kasih bos..sy sayang bekas2 majikan saya..semua mereka dilimpahi rezeki yg melimpah ruah..amin..
Delete-ksk-
tahniah en Pie... makin kuat dan tabah serta makin berjasa dengan berkongsi ilmu tentang hiv di blog ini, memang sy juga semakin banyak tahu tentangnya hasil pembacaan dari catatan en Pie di sini... good job, teruskan misi anda
ReplyDeletebtw... tahniah kepada Danish... hepi besday, moga berjaya di dunia dan akhirat
T kasih yg tidak terhingga kpd semua yang tinggalkan komen dan sokongan. Maaf tak mampu reply semua komen.
ReplyDeleteAsalamualaikum...abg2..pakcik2..makcik2..kakak2..
ReplyDeletesaya baru dpt keputusan utk ELISA,Hep ABC,Diabtes...ujian darah dari tarikh berisiko utk Hiv/Elisa pada04.12.2012 dan hep ABC pada 10.12.12, dan pada 26.12.12 dpt keputusan utk Elisa/Hiv,Hep C, Diabtes shj. Kesemuanya negetif (-) utk Hep AB belum dapat lagi doktor kata lagi 1minggu..
Saya bertanyakan pada doktor tersebut bilakah Hiv test boleh dibuat utk double confirm.. dia bagitau saya KKM hanya membenarkan Elisa/hiv test hanya selepas 6bulan.. utk rapid test hanya untuk pasangan yang mau khawin sahaja.. oleh kerana saya dah khawin pihak KKM untuk hospital Awam yang saya pergi hanya membuat ELisa test tanpa perlu rapid test.katanya standard baru.. saya pom x faham..
tapi harini saya sangat gembira kerana semua test (-)
yang menjadi sedikit kerisauan saya badan tetap rasa leti,batuk sikit2, demam x der la, badan plak rasa menyucuk-cucuk d setiap urat saraf, saya ada baca entry dari AHP berkenaan virus herpes leh ganggu saraf,tadi ramai plak org kat sepital tu x sempat nak tanya pasal virus ni pasal doctor ckp dont worry kat saya tadi. Abg AHP atau saper kat sini tau x mccm mana nak detect virus herpes ni dlm badan atau sekadar ia dtg pakej sekali dgn HIV.. ker buat test hiv sudah memadai..? utk rekod hari ni hari yg ke 54 dari tarikh berisiko tu.. sekian kwn2 semua.. P/S jgn terjebak dgn aktiviti yg berisiko sedar ataupom dlm x sedar.. salam muhibah semua.. next saya shared lagi result seterusnya. TQ abg AHP skali lagi.. Mati itu pasti x kisah r penyakit apa pom janji harap sgt mati dlm iman...
Salam,
ReplyDeletePertama kali sy baca blog ni PLHIV....byk input yg sy dapat...sbnrnye sy juga slh seorg PLHIV apabila di sah kan ada HIV 4/1/13.....saya agak down pada mulanya....kerana as maedical staf,perkara ini boleh berlaku ke atas sy....mungkin ni adalah dugaan dari Allah s.w.t kepada saya dan mugkin juga musibah kerana jauh terpesong dr landasan-NYA....InsyaALLAH sy akan mula menerima rawatan di HSB mgu depan....ap yg merisau kn sy...bukan lah 'anugerah' ini tetapi keluarga sy,rakan sekerja....dan juga kawan rapat yg laen....risau dengan kekecewaan mak dan ayah saya di kampung kerana sy sorg2 nye lelaki tunggal bongsu dalam keluarga....semoga ALLAH berikan kekuatan kepada saya dlm menempuhi hidup baru ini...
NEW YEAR WITH NEW LIFE LIKE NEW BORN :)
Alhmdulillah ,
DeleteAbg suka dgn cra pemikiran adik yang faham dan redha dgn ketentuan ALLAH ini. Teruskan hidupmu seperti biasa dan kita tak mampu mengundur kembali apa yang telah berlalu. Ramai manusia lupa hiv juga mampu mengubah kehidupan manusia menjadi jauh lebih baik dari dahulu. Sayangnya berapa kerat sangat yang mampu berfikiran seperti demikian kerana pada mereka HIV adalah mati.
Kalau kita jaga diri dari terus terjebak dgn aktiviiti berisiko serta pandai dan berusaha menjaga kesihatan sebaik mungkin , insyallah semuanya akan berjalan seperti biasa dan inilah hasilnya apa yang abang lalui.
Adik perlu faham , hiv itu bukannya penyakit cuma sekadar virus yang menumpang hidup dalam badan kita yang berkemungkinan memberi kesan dalam jangkamasa yang panjang kalau kita berfikiran cetek , takut sepanjang masa , tidak pandai mengendalikan diri , kesihatan dan keadaan semasa.
Disamping berusaha menangani semua ini jgn lupa tanggungjawab dan selalulah berdoa pada ALLAH. Segalanya ujian ini adalah dari ALLAH dan pasti yang meleraikan juga adalah dari NYA. Jangan putus asa.
Berkenaan family dan rakan2 lebih baik adik merahsiakan terlebih dahulu untuk memberi laluan buat diri sendiri menutralkan keadaan . Jgn risau , bila adik dah betul2 bersedia beritahulah dgn cara yang berhemah dan saikologi utk mereka memahami dan bersedia menerimanya. Jgn sekali2 bercerita pada orang yang kita tidak yakin dan percaya kalau impaknya lebih menjuruskan pada sikap prejudis dan stigma terhadap diri sendiri.
Perlahan2 berusaha dalam menerima siapa diri kita seadanya sebab kita masih mampu tersenyum dengan anugerah IMAN dari ALLAH subhanahuwataala , hidup ini juga indah dik.
Fareez Fauzi
Terima Kasih En Fareez Fauzi
ReplyDeleteCuma setakat ni hanya Dr pakar n seorang staf nurse (department lain) yg merawat sy taw psl ni....dowg pn berjanji perkara ini akn di rahsiakan kerana memberi sebarang maklumat berkaitan dgn pesakitnya kpd org lain adalah illegal....dan juga seorang hamba Allah pada mulanya perkenalan kami melalui BBM akhirnya menjadi abg angkat sy. Dgn ikhlas dia terima saya seadanya serta byk memberi semangat pada saya...walhal kwn baik sendri pn blum mmpu nk terima kita dlm keadaan cmni....tq En FF bg respon pd komen saya....
Ashr@f