My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
Temujanji tersebut berlangsung pada 31 Oktober 2012 (Rabu) bersamaan 15 Zulhijjah yang lalu. Kesibukan dan priority membuatkan aku menangguhkan perkongsian pengalaman berharga tersebut.
Perlu diingatkan bahawa sekalipun tidak berjumpa Dr. Iskandar Firzada bin Osman secara rasmi di KK Jaya Gading, kami sering berhubung melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS apabila perlu.
Kedatangan aku kali ini ke KK Jaya Gading turut disertai 2 orang sahabat. Seorang kerana mengalami masalah pengangkutan dan seorang lagi sahabat baru didiagnos yang mahu mendapatkan rawatan di KK yang sama.
Sahabat baru ini sebenarnya menetap di Kuala Lumpur, pernah datang untuk berkongsi pengalaman di rumah kami bersama isteri dan mereka berdua adalah insan-insan hebat. Bagi aku, Allah tambahkan sedikit ujian sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap mereka sekeluarga.
Dr. Iskandar menjalankan beberapa rutin biasa pemeriksaan kesihatanku dan Alhamdulillah secara keseluruhan adalah normal. Bahkan ubat IPT (Terapi Profilaksis lsoniazid) yang diberikan kepadaku untuk tempoh 6 bulan telah sempurna.
Info Penting:
Suka diingatkan bahawa IPT tidak boleh memastikan bahawa ODHA akan bebas TB. Di sesetengah negara maju, ODHA diberikan IPT sehingga 2 tahun, tetapi di Malaysia sekadar 6 bulan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), HIV positif adalah antara faktor risiko utama untuk mendapat penyakit TB. Risiko ini adalah di antara 20-37 kali ganda berbanding mereka yang tiada jangkitan HIV. Di samping itu, lebih 25% kematian di kalangan ODHA adalah berkaitan dengan penyakit TB.
Sejak tahun 1998, WHO dan United Nations Programme on HIV/AIDS (UNAIDS) telah menyarankan pemberian IPT sebagai salah satu strategi pencegahan penyakit TB bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan ODHA.
Pemberian IPT ini dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit TB sehingga 60% dan seterusnya mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit TB di kalangan ODHA.
Perkara ini patut diberi perhatian oleh semua ODHA kerana ini merupakan hak mereka untuk mendapatkan rawatan yang adil dan terbaik. Diharapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat memberikan perhatian tentang isu penting ini.
Sumber: sini
Dalam pertemuan itu juga, Dr. Iskandar telah mengingatkan beberapa perkara tentang perananku sebagai speaker dan Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) yang mewakili suara ODHA semasa ISLAM AND HIV & AIDS INTERNATIONAL CONFERENCE 2012 yang baru sahaja berlalu.
Antara yang Dr. Iskandar mahukan ialah seorang pelapor bagi setiap sesi dan didokumentasikan untuk rujukan dan tindakan bersama. Alhamdulillah, saranan Dr. Iskandar sebagai nasihat NGO kami telah dilaksanakan dan laporan sedang dikemaskinikan.
Dr. Iskandar turut memaklumkan bahawa tarikh ujian darah untuk mengetahui bacaan CD4 dan Viral Loadku adalah pada 17 Disember 2012.
Selesai sesi rawatanku, aku menemani kedua-dua sahabatku menjalani rawatan secara bergilir-gilir sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Berakhir 1 lagi rutin kehidupan sebagai AKU HIV POSITIF.
Okay, itu sahaja untuk perkongsian info kali ini sebagai tanda dedikasiku dengan setiap pertemuan berharga bersama Dr. Iskandar Firzada bin Osman as My Best Doctor dan Penasihat PPWM.
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
AHP: positive4eva@gmail.com
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: hamlihamdan@yahoo.com
Alamat: No. 11A, Jalan 6B/1, 43650 Selangor.
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)