Monday, November 19, 2012

AHP SECARA LANGSUNG DALAM MHI TV3







Assalamualaikum.

Entry kali ini, Lifejacket (would like to be known as Ummie after this) yang compose. Kenapa?

Untuk pengetahuan readers semua, AHP sekarang sedang menghadiri ‘Islam and HIV/AIDS International Conference 2012’ di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur.  Beliau adalah merupakan salah seorang speaker bagi slot ‘Sharing Experiences PLHIV Community’ yang mewakili negara kita. Persidangan tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada hari ini, Isnin, 19 November 2012 sehingga Rabu, 21 November 2012.

Seperti yang anda dapat tonton pada video YouTube di atas, itu adalah salah satu slot di dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 yang bersiaran secara langsung pada hari ini. It was really a very brief slot.  Basically, AHP memang bersedia untuk disclose himself, go public, tunjuk muka, tetapi pihak TV3 enggan atas risiko perundangan jika berbangkit kelak.

AHP juga akan dapat dilihat di semua saluran Melayu Astro bermula 1 Disember nanti sebanyak 3 kali sehari selama 2 minggu bersama beberapa orang lagi ahli Positive Warriors yang lain dengan kerjasama artis-artis sokongan dan selebriti sokongan anjuran Malaysian AIDS Council (MAC).

Suka Ummie hendak highlight di sini bahawa Persatuan Positive Warriors Malaysia (PPWM) which is also known as Positive Warriors Support Group (PWSG) akan terlibat di dalam World AIDS Day yang akan diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sebuah booth akan disediakan. Beberapa program khas turut akan diadakan termasuklah an opening act!!! In shaa Allah, AHP sekeluarga akan hadir pada sepanjang hari tersebut.

I think that’ll do for now.


Published by: Ummie


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
AHP: positive4eva@gmail.com




Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group)
Sila hubungi:
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.


Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)