Tuesday, September 25, 2012

UBAH LGBT CARA LEMBUT




Di sebalik kemelut penularan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini, pendekatan berhemah dapat membantu mereka kembali ke fitrah asal.

Tidak dinafikan, bukan semua daripada golongan terbabit mahu terus kekal dengan cara hidup songsang itu walaupun gerakan LGBT dilihat bertambah serius kebelakangan ini.

Ikuti ulasan lanjut mengenai peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daam menangani hal ini.


Oleh Shamran Sarahan
shamss@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Semua manusia boleh berubah. Itulah pendirian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) berhubung program anjuran mereka bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk kembali kepada kehidupan normal mengikut fitrah Islam.

Pengerusinya, Hanafi Abdul Malek berkata, di sebalik bantahan keras untuk menolak gaya hidup LGBT daripada subur dalam masyarakat negara ini, semua pihak juga perlu bersedia menadah tangan jika ada sebilangan daripada mereka mahu kembali kepada hidup yang normal.

Menurut Hanafi, bagi menangani masalah ini, ada baiknya masyarakat cuba berkomunikasi dengan mereka melalui pendekatan dakwah daripada membuat pembetulan secara membuta tuli.

“Mereka juga manusia dan ada perasaan, jika dapat memahami mereka, tidak menjadi masalah untuk kita menarik mereka keluar daripada cara hidup songsang ini.

“Di Sidim, kami sudah jalankan banyak program membantu LGBT, ramai sebenarnya di kalangan mereka yang mahu berubah, masalahnya mereka tidak tahu arah tuju dan ke mana hendak mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui.

Bersama Sidim, beliau melaksanakan program mukhayyam iaitu perkhemahan untuk LGBT yang dianjurkan atas inisiatif Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Program mukhayyam yang pertama diadakan di Jelebu, Negeri Sembilan, pada Mac 2011 dan selepas beberapa siri dijalankan ia terbukti berjaya membantu golongan itu untuk berubah.

Menurut Hanafi, dalam keadaan tertentu golongan ini menghadapi tekanan perasaan yang cukup menyedihkan, terutama bagi golongan transgender iaitu golongan lelaki yang membuat pembedahan pertukaran jantina.

“Bukan mudah bagi mereka, terutama yang sudah menukar jantina untuk tampil dan menyatakan hasrat mereka berubah, sebab itu kami cuba bantu mereka dengan pendekatan kasih sayang.

“Kita ajak mereka kembali kepada agama Islam, tetapi bukan secara drastik. Bermula dengan kita bawa solat Jumaat, kemudian solat lima waktu,” katanya ketika ditemui.


Sumber: sini



Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com 
AHP: positive4eva@gmail.com
 


Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas

No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)