Monday, September 24, 2012

HUKUM BERKAHWIN DENGAN PENGIDAP HIV (ODHA)



My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Tanpa membuang masa, mari kita fokus kepada perbincangan kali ini.


Soalan 1:

“Salam, saya mahu bertanya pendapat rakan-rakan. Seorang ustazah berkata HARAM kahwin bagi seorang yang menghidap HIV. Dalil: Meletakkan pasangan dalam bahaya dan merosakkan keturunan. Betul ke?”

Iskandar Firzada Osman: Jawapan daripada JAKIM di dalam ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama:

Penghidap HIV tidak digalakkan berkahwin kerana ia boleh memberi kemudaratan kepada isteri/suami. Sekiranya ia hendak berkahwin, HARUS berbuat demikian dengan NASIHAT oleh DOKTOR PAKAR bagi mencegah kuman penyakit merebak (tidak memudaratkan) kepada isteri/suaminya.”

Tidak memaklumkan status kesihatan kepada isteri/suami atau bakal isteri/suami boleh memudaratkan isteri/suami atau bakal isteri/suami.

Jika sekiranya telah memaklumkan tetapi tidak menggunakan/mengamalkan kaedah untuk mengurangkan risiko isteri/suami mendapat jangkitan seperti tidak menggunakan kondom semasa mengadakan hubungan kelamin atau tidak mendapatkan rawatan untuk mengurangkan virus di dalam badan, boleh memudaratkan isteri/suami.

Tetapi dengan rawatan sedia ada sehingga membolehkan virus tidak dapat dikesan (undetected/not detected), maka TIDAK AKAN memudaratkan isteri/suami.

Sebab itu tema hari AIDS Sedunia tahun 2011 hingga 2015 adalah ‘Menuju Sifar: Sifar Transmisi, Sifar Diskriminasi.’


Soalan 2:

“Doc, saya tidak berapa risau dengan HIV, masih mudah untuk kawal. Tetapi saya risaukan HSV. Critical tak HSV? Bacaan saya, bila ada HSV , sangat contagious seumur hidup.”


Iskandar Firzada Osman: HSV boleh dirawat & boleh sembuh dengan syarat tidak lagi terdedah kepada risiko HSV. Untuk lebih sempurna, pasangan seksual akan dirawat juga (epidemiological treatment) walaupun pasangan tidak ada symptoms (gejala) dan signs (tanda-tanda) HSV.


AHP: Moga perkongsian ringkas ini dapat menjadi info yang berguna kepada para pembaca.

Terima kasih yang tidak terhingga atas keprihatinan Dr. Iskandar Firzada bin Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan.


Sumber: FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group)

Untuk menyertai, sila hubungi:

Survivor: survivorpng@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com 
AHP: positive4eva@gmail.com



Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:

pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas

No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)