My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician
Tidak kira siapa pun kita, terutama jika terlibat secara langsung membantu, menyokong dan menjaga para pesakit kronik, maklumat yang bakal aku kongsikan ini sangat penting. Jadi, sila baca dengan teliti dan sama-sama fikirkan.
Fokus aku adalah untuk memahami psikologi ODHA kerana ini medan kami dan kerana melibatkan stigma, prejudis, diskriminasi, serta judgmental.
Sebaik sahaja didiagnos positif, ODHA akan melalui fasa-fasa tertentu kesedihan atau Grief Reaction.
Mari kita ketahui apakah fasa-fasa kesedihan yang mereka lalui serta contoh-contohnya.
TERKEJUT (SHOCK)
Walau bagaimana bersedia sekali pun mental seseorang, adalah sangat sukar menerima kenyataan bahawa dirinya dijangkiti HIV. Individu tersebut merasa bingung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ketika ini mereka sangat memerlukan seseorang yang mereka percayai.
Ketika itu, jangan terkejut apabila berdepan dengan segala macam tingkah laku pelik penuh emosi yang mereka tunjukkan.
Kita perlu faham apabila terpaksa berdepan dengan segala macam bentuk soalan yang tidak masuk akal, kelakar, dan merapu semasa sesi kaunseling. Tidak kira secara berdepan, melalui panggilan telefon, e-mel, dan apa juga medan untuk mereka bertanya.
Hakikatnya, sikap tersebut sangat-sangat normal kerana golongan yang terdedah dengan risiko jangkitan, sekalipun tidak didiagnos positif, kadangkala cukup paranoid akibat kejahilan maklumat, rasa bersalah, dan berdosa.
PENOLAKAN / PENYANGKALAN (DENIAL)
Mereka enggan percaya bahawa mereka mengidap HIV. Mereka fikir bahawa mungkin berlaku machine error, tersilap maklumat, dan sebagainya.
Enggan mempercayai atau menerima keputusan sesuatu diagnosis boleh menjadi tekanan yang berat kepada individu. Reaksi ‘bela diri’ ini berlaku secara semulajadi bagi melindungi diri daripada HIV itu sendiri.
Enggan mempercayai atau menerima keputusan sesuatu diagnosis boleh menjadi tekanan yang berat kepada individu. Reaksi ‘bela diri’ ini berlaku secara semulajadi bagi melindungi diri daripada HIV itu sendiri.
Ketika ini, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada sebahagiannya mula mereka-reka cerita. Mereka mendakwa pernah diperkosa, diliwat, dipaksa menyuntik dadah, sekadar berciuman, bersentuhan, dan sebagainya walaupun hakikatnya mereka memang pengamal aktiviti berisiko.
Walaupun kita dapat menjangka berlaku penipuan melalui pertanyaan dan pengakuan mereka, kita terpaksa terima. Fasa ini akan terus berkembang sendiri ke fasa seterusnya dan punca sebenar masalah tetap akan kita ketahui.
“Biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu-labunya.”
Denial biasanya tidak akan konsisten dengan plot cerita yang sama. Membantah penafian mereka pula bermakna memulakan satu persengketaan yang besar.
Ada yang yang mengambil masa sekejap. Ada yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun. Ada yang kelihatan sangat positif.
“Apa nak dirisaukan tentang virus, ajal, maut, dan sebagainya? Entah-entah esok kiamat. Baik kita fikirkan tentang akhirat.”
“HIV bukanlah satu masalah pun, tetapi saya enggan mengambil sebarang rawatan. Cukuplah saya mengamalkan petua-petua dan doa-doa tertentu sahaja.”
Ayat-ayat tersebut adalah antara tanda-tanda penafian dalaman secara terbalik yang masih berlaku dalam jiwa individu tersebut.
Apabila berdepan situasi begini, kita hendaklah bersabar. Cubalah bantu mereka untuk review maklumat mengenai HIV secara positif. Ini adalah cara terbaik untuk mengatasi reaksi penafian tersebut.
MARAH-MARAH
Apabila berdepan situasi begini, kita hendaklah bersabar. Cubalah bantu mereka untuk review maklumat mengenai HIV secara positif. Ini adalah cara terbaik untuk mengatasi reaksi penafian tersebut.
MARAH-MARAH
Seseorang itu mungkin marah-marah setelah mengetahui dirinya HIV positif. Keadaan ini berlaku apabila mereka menyalahkan diri sendiri atau pihak lain yang menjadi punca jangkitan HIV.
“Aku tidak cukup jahat untuk mendapat HIV!”
“Ini salah suami saya!”
“Tuhan tidak adil!”
“Aku akan sebarkan virus ini.”
Perasaan marah memang normal, tetapi tidak membantu menyelesaikan masalah. Mereka kehilangan fokus apabila asyik menuding jari menyalahkan itu ini sehingga gagal mengambil tindakan yang positif.
Meluahkan perasaan kepada seseorang yang dipercayai atau yang memahami dapat membantu mengurangkan perasaan ini dan membantu mereka untuk menerima situasi yang ada.
Kemarahan adalah reaksi yang sukar untuk diatasi terutama apabila kemarahan tersebut ditujukan kepada diri sendiri. Antara cara terbaik untuk bersikap positif ialah memulakannya dengan sesuatu yang paling sukar iaitu memaafkan diri sendiri.
Kemarahan adalah reaksi yang sukar untuk diatasi terutama apabila kemarahan tersebut ditujukan kepada diri sendiri. Antara cara terbaik untuk bersikap positif ialah memulakannya dengan sesuatu yang paling sukar iaitu memaafkan diri sendiri.
Jika berdepan dengan situasi tersebut, kita mesti memahami dan tidak menambahkan masalah dengan membalas kemarahan dengan kemarahan. Senyum sahajalah jika kita yang cuba membantu tiba-tiba diherdik atau ditengking tidak tentu pasal. Berada di frontline. Memanglah kita yang kena tembak dulu.
KOMPROMI (BARGAINING)
Seseorang ODHA mungkin cuba berkompromi dengan diri sendiri dengan berfikir seperti:
“Tuhan akan menyembuhkan aku jika aku berhenti melakukan maksiat”
“Aku akan mengambil banyak supplement food untuk menguatkan badanku.”
Dalam keadaan ini, ODHA perlu dibantu dengan memberikan penjelasan atau informasi yang tepat tentang HIV supaya mereka bersikap positif, mendapatkan rawatan, dan membina kekuatan rohani.
Dalam keadaan ini, ODHA perlu dibantu dengan memberikan penjelasan atau informasi yang tepat tentang HIV supaya mereka bersikap positif, mendapatkan rawatan, dan membina kekuatan rohani.
Cuba bantu mereka faham bahawa cicak tokek, pokok bintangor, dan macam-macam produk supplement food tidak pernah dipatentkan sebagai penawar HIV.
KETAKUTAN
KETAKUTAN
Seseorang ODHA merasa takut pada beberapa keadaan seperti penghinaan, kesakitan, hilang pekerjaan, diketahui orang lain, disisih masyarakat, ditinggalkan keluarga, dan kematian.
Ketakutan ini akan berkurangan apabila mereka dapat berkongsi perasaan dengan mereka yang senasib atau yang dapat menangani masalah yang mereka risaukan. Salah satu caranya ialah mengajak mereka menyertai kumpulan sokongan.
Mereka perlu dibimbing supaya yakin bahawa mereka takut kepada sesuatu yang tidak perlu. Supaya mereka sedar bahawa tiada gunanya menipu diri sendiri.
Ketakutan ini akan berkurangan apabila mereka dapat berkongsi perasaan dengan mereka yang senasib atau yang dapat menangani masalah yang mereka risaukan. Salah satu caranya ialah mengajak mereka menyertai kumpulan sokongan.
Mereka perlu dibimbing supaya yakin bahawa mereka takut kepada sesuatu yang tidak perlu. Supaya mereka sedar bahawa tiada gunanya menipu diri sendiri.
Tunjukkan bahawa sangat ramai ODHA yang lain mampu hidup seperti biasa, saling berkongsi sokongan, dan melakukan kebaikan kepada orang lain.
Walau bagaimanapun, janganlah sesekali dilambakkan bermacam-macam maklumat sekaligus ke minda mereka. Akibatnya, mereka semakin keliru dan ketakutan. Rawatan dan kaunseling ada steps yang tersendiri.
KESEPIAN
KESEPIAN
ODHA sering merasa sangat sepi. Kesepian datang dan pergi dalam tempoh yang sangat lama. Mereka sangat tergantung kepada sokongan keluarga dan sahabat-sahabat.
Tekanan rawatan yang berterusan dan sejumlah ubat-ubatan yang mempunyai pelbagai kesan sampingan memang sedia mempengaruhi emosi. Inikan pula tekanan sekeliling.
Mereka perlu sentiasa diingatkan bahawa mereka tidak bersendirian, sentiasa dikelilingi teman dan anggota masyarakat yang prihatin kepada mereka. Mereka juga perlu diingatkan bahawa ramai lagi orang lain yang lebih menderita atau sekurang-kurangnya senasib dengan mereka.
Golongan yang dijangkiti pula mesti menyediakan keperluan sokongan yang benar-benar berkesan. Tidak lari daripada nilai-nilai Islam dan kemelayuan. Sebarkan maklumat kepada keluarga dan masyarakat bahawa ODHA tidak patut dihukum dan didiskriminasi.
Mereka perlu sentiasa diingatkan bahawa mereka tidak bersendirian, sentiasa dikelilingi teman dan anggota masyarakat yang prihatin kepada mereka. Mereka juga perlu diingatkan bahawa ramai lagi orang lain yang lebih menderita atau sekurang-kurangnya senasib dengan mereka.
Golongan yang dijangkiti pula mesti menyediakan keperluan sokongan yang benar-benar berkesan. Tidak lari daripada nilai-nilai Islam dan kemelayuan. Sebarkan maklumat kepada keluarga dan masyarakat bahawa ODHA tidak patut dihukum dan didiskriminasi.
Tanggungjawab ini adalah tuntutan fardhu kifayah dan merupakan amalan yang sangat mulia di sisi-Nya.
HILANG KEYAKINAN DIRI
HILANG KEYAKINAN DIRI
Seseorang ODHA mungkin berfikir bahawa orang lain takut, asyik menghakimi, memerhati, dan memperkatakan sesuatu yang negatif tentang dirinya.
Judgmental dan diskriminasi menambahkan lagi penderitaan mereka dan keluarga mereka yang tidak bersalah. Keadaan ini menjadikan mereka menyendiri dan tidak selesa untuk bersosial.
Ketakutan dalaman (paranoia) setiap individu adalah berbeza dan ianya perlu diterima. Kita sekadar menggalakkan mereka untuk bangkit dan selebihnya terpulang kepada mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah mereka. Rasulullah S.A.W. menyeru; hidayah adalah urusan Allah.
Masyarakat dapat membantu mereka dengan cara mendorong mereka untuk terus aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Keadaan ini dapat meyakinkan mereka bahawa ODHA adalah anggota masyarakat yang mempunyai nilai yang sama seperti orang lain.
Bantulah mereka supaya berfikiran positif dan merasa bangga pada dirinya sendiri. Tekankan bahawa mereka masih tetap penting kepada kita.
RASA TERTEKAN ATAU KEMURUNGAN (DEPRESSION)
ODHA mungkin terfikir bahawa tidak ada lagi alasan untuk meneruskan kehidupan. Mereka rasa tidak berguna dan enggan berinteraksi dengan orang lain.
Kemurungan akan mengakibatkan seseorang lemah fizikal dan minda. Berikan dorongan kepada mereka untuk mengatasi keadaan ini supaya mereka tidak menyerah kalah.
Antaranya, galakkan mereka bersikap positif seperti berpakaian kemas, mengunjungi teman-teman, mengamalkan budaya hidup aktif, memberi perhatian terhadap hobi, dan membantu orang lain.
PENERIMAAN
Kemurungan akan mengakibatkan seseorang lemah fizikal dan minda. Berikan dorongan kepada mereka untuk mengatasi keadaan ini supaya mereka tidak menyerah kalah.
Antaranya, galakkan mereka bersikap positif seperti berpakaian kemas, mengunjungi teman-teman, mengamalkan budaya hidup aktif, memberi perhatian terhadap hobi, dan membantu orang lain.
PENERIMAAN
Setelah beberapa lama, seseorang ODHA biasanya mula menerima hakikat. Mereka mula faham bahawa mereka sendiri yang salah sangka kerana menganggap bahawa HIV adalah seolah-olah hukuman mati.
Ini akan membantu mereka merasa lebih baik. Apabila sudah tenang, mereka mula memikirkan jalan terbaik untuk menjalani kehidupan.
Mereka mungkin akan berfikir:
Mereka mungkin akan berfikir:
“Apa cara terbaik yang dapat membantuku untuk terus sihat?”
“Apa perancangan aku untuk masa depan anak-anak aku atau komuniti?”
dan sebagainya.
POINT?
Apabila kita, terutamanya kumpulan sokongan, berdepan dengan perkara-perkara yang dikongsikan tadi, berlapang dadalah kerana mereka memang memerlukan bantuan dan follow up.
Kita mesti bijak dan faham tahap grief reaction mereka semasa mendengar luahan mereka.
Jika mampu, bantulah dengan berhikmah. Jika tidak, abaikan sahaja. InsyaAllah ada golongan yang lebih terlatih dan profesional untuk membantu mereka. Pertolongan Allah terdapat dalam pelbagai bentuk dan cara.
Jangan sampai kerana membantu secara sukarela kita tertekan, bersengketa, dan saling memfitnah. Tidak bagus untuk kesihatan diri dan tiada nilai keikhlasan. Virus iblis lebih bahaya daripada virus HIV.
Mari belajar daripada kesilapan dan kritikan. Pejuang kena sabar dalam banyak perkara. Termasuklah bersabar dalam bersabar. Dicerca, dihasut, ditipu golongan yang menyamar sebagai ODHA, pemanipulasi, dan sebagainya juga perkara biasa yang mungkin berlaku.
Aku sendiri merasai betapa sakitnya tekanan tersebut. Maklumlah bila berdepan dengan puluhan komen, e-mel, panggilan telefon, dan kauseling setiap hari, memang kadangkala kita tertekan. Macam-macam perangai yang kita jumpa. Seolah-olah kita langsung tiada perasaan, sentiasa cergas, dan tidak perlukan rehat.
Sabar sahajalah. Jangan sampai ada perasaan sombong kerana sombong hanya sifat kebesaran Allah.
Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika terdapat mereka yang telah didiagnos positif atau negatif tetap ingin melakukan ujian sehingga berbelas-belas kali atau melebihi 3 bulan.
Kita kata begini, dia kata begitu. Kita kata begitu, dia kata begini. Biarkan sahaja, terpulang kepada mereka. Itu hak mereka.
Disebabkan isu ini, pihak World Health Organisation (WHO) telah menetapkan standard tempoh ujian HIV sehingga 6 bulan selepas risiko jangkitan sekalipun ujian dalam tempoh 3 bulan dianggap telah konklusif.
Selepas 6 bulan jika masih mengalami grief reaction, maka pendekatan keagamaan dan psikiatri adalah langkah yang lebih tepat.
HARAPAN
Kumpulan sokongan mesti faham betul-betul isu ini. Jangan sesekali tertekan dan jangan memarahi mereka. Mari berlapang dada.
Kita dapat membantu ODHA agar tetap mempunyai harapan seperti:
- Harapan bahawa mereka mampu sihat dan panjang umur.
- Harapan bahawa pasangan atau bayi mereka tetap sihat.
- Harapan bahawa setiap kesakitan dapat dirawati.
- Harapan bahawa mereka dicintai dan diterima seadanya.
- Harapan bahawa mereka mampu hidup seperti insan biasa.
- Keimanan bahawa ada kehidupan abadi yang lebih penting selepas kematian.
Adalah sangat penting untuk setiap orang mempunyai harapan. Harapan dapat meningkatkan semangat dan memberikan kekuatan untuk menghadapi situasi yang sukar. Harapan dapat membantu seseorang untuk melawan HIV dan hidup dengan lebih berkualiti.
Ingat, apabila seseorang yang sihat dan mempunyai harapan pun ada kalanya keliru tentang kehidupan, inikan pula ODHA. Yang penting adalah usaha untuk selalu menghidupkan harapan.
KESIMPULAN
Pesakit mesti berubah, kumpulan sokongan mesti berubah, ahli keluarga perlu berubah dan anggota masyarakat perlu berubah. Semua pihak perlu berubah. Mesti dapatkan maklumat yang tepat tentang HIV.
Jangan hanya tahu menghukum sehingga terlupa sebahagian besar golongan yang dihina itu adalah saudara seagama sendiri. Ramai juga yang yang dijangkiti kerana menjadi mangsa keadaan. Zalim jika anggota keluarga mereka yang terbeban kita tambah dengan pelbagai hinaan.
Jangan anggap kita bebas daripada soalan mengenai tanggungjawab terhadap saudara seagama di akhirat kelak. Hidup bukan sekadar urusan fardhu ain dan masalah sendiri semata-mata.
Jangan anggap kita bebas daripada soalan mengenai tanggungjawab terhadap saudara seagama di akhirat kelak. Hidup bukan sekadar urusan fardhu ain dan masalah sendiri semata-mata.
Beberapa istilah menarik yang perlu difahami semasa sesi kaunseling atau membantu:
Counter Transparent
Klien rasa terlalu percaya dan rasa bergantung kepada kaunselor atau pembantu sehingga sampai berlaku pemujaan atau jatuh cinta.
Apabila sampai ke tahap tersebut, ianya memerlukan Counter Productive.
Counter Productive
Apabila kaunselor perlu melepaskan peranannya kepada pihak kedua yang dapat membantu kerana kaunseling menjadi kurang berkesan atau tidak bermanfaat.
Malingering
Klien berpura-pura sakit semata-mata demi keperluan tertentu. Contohnya ke klinik untuk mendapatkan Sijil Sakit (MC).
Munchausen Syndrome
Klien atau pesakit yakin dan benar-benar fikir bahawa mereka sakit sehingga sampai ke tahap perlu menjalani pembedahan dan rawatan segera walaupun secara klinikalnya tidak dapat sebarang simptom mereka mempunyai penyakit seperti yang didakwa.
Klien memerlukan perhatian (attention seeker) dan tidak tahu mereka mempunyai masalah psikologi. Selagi tidak dituruti apa yang diyakininya, mereka tidak akan berpuas hati.
Contoh: Klien tetap mahu melakukan ujian HIV sehingga berpuluh-puluh kali.
Eustress
Stress positif. Klien boleh menangani menerima (cope) dugaan.
Contoh: Tertekan akibat dijangkiti, ODHA bangkit untuk mencari maklumat dan kumpulan sokongan.
Distress
Stress negatif. Klien tidak mampu menangani. Menjadikan stress sebagai alasan untuk bermalas-malasan atau berfikiran negatif. Ianya mendorong kepada sikap denial. Dalam isu Orang Dengan HIV/AIDS, biasanya mereka akan enggan bergaul dan memencilkan diri.
Sumber maklumat yang aku kongsikan ini sebahagian besarnya adalah melalui sesi kaunseling aku bersama Dr. Iskandar Firzada bin Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan, Pahang.
AHP: Secara peribadi aku adalah seorang yang mengamalkan sikap jujur dan berterus-terang. Sejak aktif membantu ODHA, aku semakin belajar menyediakan diri untuk ‘ditipu’. Mula-mula memanglah geram, tetapi lama-kelamaan aku semakin lali. Dengarkan sahaja, tidak sampai 5 minit, temberang akan kelihatan.
Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:
Mizan Mirza: positivelypositive77@gmail.com
Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Arm Ly: psychonutsbeast@gmail.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com
Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM.
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:
pewahim@gmail.com
019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)