Saturday, June 15, 2013

HIV: BENGKEL TRAINING OF TRAINERS MANUAL ISLAM DAN HIV/AIDS




Kali ini aku kongsikan pengalaman yang sangat berharga iaitu menghadiri Bengkel Manual Islam HIV/AIDS anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 31 Mei hingga 2 Jun 2013 di Starpoints Hotel, Kuala Lumpur.

Tuan Haji Zakuan bin Sawai sedang memantau perjalanan bengkel

Kehadiranku lebih kepada sebagai speaker dan atas kapasitiku sebagai Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Aku perlu hadir untuk menyokong komuniti dan menjaga hubungan baik dengan JAKIM.

Aku katakan pengalaman ini sangat berharga atas dua sebab iaitu:

1.      Kerana pengisian bengkel kali ini adalah lebih advanced iaitu untuk melatih seberapa ramai mungkin ahli PPWM menjadi pemimpin membantu komuniti mengikut kapasiti masing-masing.

2.      Bukti harapan dan kepercayaan yang tinggi pihak JAKIM terhadap PPWM bagi menggerakkan pelbagai usaha dakwah dan tuntutan fardhu kifayah dalam masyarakat.

Para peserta terdiri daripada ahli-ahli PPWM sama ada Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA), sahabat-sahabat NGO sokongan, affected people, supporters dan volunteers dari seluruh Semenanjung.

Terdapat slot-slot tertentu yang turut dihadiri secara sukarela oleh imam-imam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang prihatin untuk berkongsi pengalaman. Contohnya semasa sesi temuseru (outreach) kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Dr. Iskandar Firzada sedang bertukar-tukar pandangan dengan Ustaz Arrahman bin Awang tentang rawatan ODHA

Panduan asas bengkel tentulah Manual Islam dan HIV/ AIDS yang diterbitkan oleh pihak JAKIM. Manakala para penceramahnya pula sudah tentulah insan-insan hebat dalam usaha dakwah yang sentiasa membantu komuniti seperti Tuan Haji Zakuan bin Sawai (JAKIM), Dr. Nurul Aida binti Salleh (Klinik Tanglin), Sifu Hanafi (Ustaz Mohamad Hanafiah bin Abdul Malik; Al Iman Motivation & Training), Tuan Haji Abu Bakar Lajis (Forensik, HKL), Dr. Iskandar Firzada bin Osman, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan merangkap Penasihat PPWM dan Encik Zamzuri bin Abdul Malek (Professional Trainer).

Sifu Hanafi bersama Man Khalid (supporter) semasa sesi simulasi temuseru (outreach)

Selain itu, PPWM sendiri diberi kepercayaan untuk mengendalikan sendiri dua slot khas. Satu slot yang aku kendalikan sendiri bersama seorang sahabat iaitu Norasid Mohd Said dan satu slot lagi dikendalikan oleh Encik Zamzuri Abd. Malek, supporter yang sangat berpengalaman membantu komuniti dan mengendalikan training.

Encik Zamzuri bin Abd Malek sedang mengendalikan bengkel pengurusan NGO

Slot yang aku kendalikan sebenarnya atas 2 sebab, iaitu untuk menyelitkan amanat dan dasar perjuangan PPWM secara konsisten kepada ahli-ahli PPWM dan untuk melatih sahabatku Norasid agar tampil dengan lebih berkeyakinan berdepan audience. Jauh sekali untuk menonjolkan diri (memenatkan diri adalah agaknya).

Encik Norasid bin Md Said, ahli PPWM dan Kelab Sahabat META, Gemas

Apa-apa perjuangan pun jika hanya bergantung kepada satu dua orang sahaja yang berani tampil ke hadapan, perjuangan tidak akan ke mana bahkan hanya akan membawa sindrom tertentu.

Bukan seperti bengkel biasa yang agak santai, secara keseluruhan pengisian bengkel kali ini sangat padat dan sarat. Ilmu yang dikongsi pula memang sangat praktikal dan bermanfaat kepada bakal pemimpin pelapis serta pengurusan komuniti. Sesuatu yang mungkin paling berbeza kepada majoriti peserta ialah berpeluang merasai sendiri pengalaman melakukan outreach kepada golongan gelendangan.

Pengendalian bengkel pula lebih berbentuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), simulasi, dan forum yang mendapat sokongan dan penglibatan yang sangat memuaskan oleh semua peserta.

Sesi LDK dan simulasi membantu komuniti

Aku dapat rasakan bahawa pihak JAKIM memberikan kepercayaan penuh kepada PPWM mengendalikan sendiri semua bengkel dan mereka sekadar memantau pelaksanaannya secara santai.

Mereka tidak perlu lagi mengendalikan segala perkara daripada A-Z kerana para peserta memang berdisiplin dan memberikan kerjasama yang baik. Jika terdapat sedikit sebanyak masalah, ianya terlalu minima.

Bagi aku, sekurang-kurangnya ianya satu pengiktirafan JAKIM yang sangat tinggi kepada PPWM. Syukur aku tidak menerima sebarang komplen daripada pihak JAKIM walaupun sering meminta diberikan teguran jika terdapat perkara-perkara yang tidak memuaskan hati. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua para peserta. Kepercayaan dan amanah mesti kita jaga dan hargai.

Insya-Allah PPWM bakal bergerak lebih cemerlang lagi selepas ini untuk menentang stigma, diskriminasi, judgmental dan paranoia terhadap ODHA serta affected people. Kita juga saling melengkapi perjuangan NGO lain atas berpandukan nilai Islam, Melayu, dan kekeluargaan.

Tuan Haji Abu Bakar bin Lajis sedang menerangkan tentang SOP pengurusan jenazah berisiko

Sesuatu yang sangat menggembirakan juga ialah pada sesi bengkel kali ini, PPWM sempat melancarkan cawangan PPWM di bahagian Utara. Semoga dengan pelancaran pembukaan cawangan Utara ini akan melebarkan sayap PPWM dengan nilai perjuangan yang dinyatakan tadi.

Akhir kata, jazakumullah kheir yang tidak terhingga kepada pihak JAKIM terutamanya Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Ustaz Arrahman bin Awang, Ustaz Sahrul Nizam bin Abu Bakar, dan Encik Firdaus bin Ibrahim atas jasa baik dan kepercayaan yang diberikan. Mereka memberikan perkhidmatan dan bantuan dengan penuh profesional dan kasih sayang. Maafkan kami yang kadang-kadang ada ketikanya memang nakal dan degil.

Begitu juga kepada para penceramah yang tidak ternilai jasa-jasa mereka. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat urusetia PPWM sendiri yang bertungkus-lumus tanpa mengenal penat lelah sejak beberapa minggu sebelum pelaksanaan program menguruskan pelbagai perkara yang melibatkan masa, tenaga, dan kewangan sendiri.

Akhir sekali kepada para peserta, sahabat-sahabat adalah antara yang terbaik. Mulakan langkah dari sekarang. Kita tiada masa untuk berlengah kerana setiap saat ada sahaja kes jangkitan baru, penganiayaan, fitnah, dan kezaliman yang dihalakan kepada komuniti.

“Getting to zero.” – Zero jangkitan baru, zero diskriminasi dan zero kematian akibat AIDS.

Insya-Allah jumpa lagi.

Aku hamba-Nya yang lemah…

            

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli PPWM, untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)

Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi


Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertainya FB PEWAHIM, (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)



DVD "AKU PEJUANG"





DVD “Aku Pejuang” terbitan bersama PAFI


DVD ini memaparkan kisah benar aku sebagai Orang Dengan HIV (ODHA) dan perjuangan kami sekeluarga menentang salah faham tentang HIV. Ianya turut memaparkan perkongsian pengalaman pejuang-pejuang senior di dalam bidang ini seperti Luka Rafieqa dan Puan Norlela Mokhtar (PEWAHIM) serta beberapa orang supporters yang mengenali kami.

Aku yakin DVD ini mampu memberikan inspirasi kepada semua ODHA yang masih tercari-cari kekuatan dan kepada semua golongan masyarakat untuk memahami perjuangan kami yang hidup dengan HIV.

DVD ini telah berjaya dilancarkan semasa Program Pengukuhan Bagi Penghidap HIV/AIDS (PLHIV) yang telah diadakan pada 23 – 25 April 2013 di Starpoints Hotel, Kuala Lumpur anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia dan Majlis AIDS Malaysia.

Harga: RM15.00
Tambahan RM5.00 untuk bayaran poslaju.

Urusan tempahan: Sila hubungi Ummie 019-911-0395

Call, SMS, Whatsapp, Viber, WeChat, Line


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)


Thursday, June 06, 2013

ENTRY WAJIB: PENJELASAN MUDAH BAGAIMANA RAWATAN HAART DAPAT MENGELAKKAN JANGKITAN HIV KEPADA PASANGAN DAN ZURIAT




Maklumat ini telah banyak kali aku kongsikan tetapi kali ini aku cuba jadikannya lebih lengkap dan mudah untuk difahami. Maklumat yang lebih tepat dan terperinci, sila rujuk pandangan pakar perubatan.

PERKAHWINAN ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV (ODHA) DENGAN BUKAN ODHA.

ODHA yang berkahwin dengan bukan ODHA mampu mengelakkan jangkitan dan memperolehi zuriat bebas HIV dengan kaedah dan rawatan yang betul.

Penjelasannya:

Pasangan yang bakal berkahwin dan berhasrat memiliki zuriat sendiri perlu mendapatkan rawatan HAART terlebih dahulu. Apabila rawatan HAART berkesan dan dengan amalan aktiviti seks yang halal dan selamat, risiko jangkitan dianggap tidak berlaku.

Istilah ‘dianggap tidak berlaku’ wajib digunakan kerana kita bukan Tuhan dan jika berlakunya kecuaian pasangan ketika melakukan hubungan intim.

Dengan rawatan HAART, virus boleh dikekang sehingga ke tahap undetectable. Apabila sampai ke tahap tersebut, jumlah virus tidak mampu tersebar.

Bahkan menurut kajian terkini WHO, apabila virus berada di tahap undetectable, tanpa penggunaan kondom sekalipun dianggap selamat.

Jika ditambah dengan penggunaan kondom, sudah tentu tahap perlindungan adalah sangat tinggi. Ini bermakna pasangan tersebut juga mampu memperolehi zuriat bebas HIV.

BAGAIMANA JIKA DOKTOR BELUM MENCADANGKAN RAWATAN HAART?

Sepatutnya setiap ODHA yang bakal berkahwin berhak mendapatkan rawatan HAART atas keperluan untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada pasangan dan bakal zuriat. Sila bincang dengan doktor tentang hasrat anda dan anda berhak mendapatkan pandangan dan sokongan daripada seberapa ramai doktor yang lain jika tidak berpuas hati dengan jawapan mereka.

Penggunaaan kondom adalah mandatori dan pasangan tidak digalakkan memiliki zuriat selagi belum memulakan rawatan HAART.

SAYA TELAH MEMULAKAN RAWATAN HAART, VIRAL LOAD UNDETECTABLE DAN INGIN MEMILIKI ZURIAT, TETAPI BAGAIMANA CARANYA INGIN MEMILIKI ZURIAT SEDANGKAN SAYA MENGGUNAKAN KONDOM?

Sila bincang dengan doktor tentang kitaran haid dan waktu subur isteri. Ketika itu, tidak perlu gunakan kondom ketika melakukan hubungan intim.

‘Tidak perlu menggunakan kondom’ bermaksud, ketika hampir klimaks, anda boleh menanggalkan kondom. 

Satu lagi pilihan ialah, jika suami bukan ODHA, adalah lebih selamat air mani dimasukkan ke dalam syringe sebelum disuntik ke dalam faraj isteri.  

Berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, dengan rawatan dan kaedah yang tepat, belum pernah terjadi jangkitan kepada pasangan dan zuriat masing-masing. Tidak kira sama ada mereka memilih untuk menanggalkan atau tidak menggunakan kondom pada waktu subur tersebut. Syarat utama ialah virus not detected.

Jika suami bukan ODHA, kaedahnya pun adalah sama.

Nota: Pastikan anda bebas atau telah mendapat rawatan daripada sebarang jangkitan penyakit kelamin dan Hepatitis.

PERKAHWINAN ODHA DENGAN ODHA

Sama seperti di atas. Walaupun masing-masing adalah ODHA, tetapi rawatan dan menggunakan perlindungan sewaktu hubungan intim adalah mandatori kerana terdapat perbezaan jumlah virus antara setiap individu. ODHA yang mempunyai bacaan Viral Load lebih rendah berisiko download higher Viral Load.

TOLONG JELASKAN BAGAIMANA HAART DAPAT MENGELAKKAN JANGKITAN?

Untuk memahaminya, sila rujuk gambarajah di bawah:


Apabila HIV memasuki tubuh, ianya akan menyerang sistem pertahanan badan yang dinamakan CD4.

Rawatan HAART mengekang virus sejak mula memasuki CD4 untuk berintegrasi dengan sel DNA sebelum berjaya keluar membiak dengan bantuan enzim Protease.

Rawatan HAART mula bertindak pada nombor 1 dan 4.

Apabila rawatan HAART berjaya mengekang pembiakan virus (setiap virus mempunyai jangka hayat), maka CD4 kembali bertambah dan jumlah viral load semakin berkurangan sehingga boleh mencapai tahap undetectable.

Undetectable bermaksud rawatan HAART ODHA tersebut berkesan.

'Berkesan' bermaksud ODHA tersebut mampu hidup sihat seperti insan lain, dapat mengelakkan risiko penularan virus melalui apa juga cecair badan kepada pasangan dan zuriat termasuk ketika menyusukan bayi.

Jangkitan HIV tidak ada kena-mengena sama sekali dengan tahap imuniti bakal zuriat pasangan ODHA selagi zuriat tersebut bebas HIV. Jika sekalipun zuriat mendapat jangkitan HIV, tetap tiada sebab untuk mengatakan ianya akan mempengaruhi kecergasan fizikal dan minda anak-anak yang mendapat rawatan dan pemantauan yang tepat.

JANGKITAN HIV HANYA MELALUI 4 CARA BERIKUT:

Melalui hubungan seks dengan ODHA (tanpa rawatan) dan tidak mengambil langkah pencegahan.

Berkongsi jarum dan alat suntikan yang tercemar dengan HIV.

Secara vertical iaitu daripada pasangan ODHA kepada zuriat sama ada semasa mengandung, proses kelahiran atau penyusuan ibu (tanpa rawatan).

Menerima tranfusi darah atau transplant organ yang tercemar dengan HIV.

Nota: Virus hanya mampu bertahan di dalam cecair badan, jika terdedah di luar tubuh manusia, virus akan mati.

Rujukan:

WHO Guidelines on HIV & Infant Feeding 2010
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Zaiton binti Yahaya
Manual Latihan dan Pembangunan Kapasiti MAC


Aku, hamba-Nya yang dhaif,

Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)

ENTRY WAJIB: PENJELASAN MUDAH BAGAIMANA RAWATAN HAART DAPAT MENGELAKKAN IBU YANG DIJANGKITI MENYEBARKAN HIV KEPADA ZURIAT DAN PENYUSUAN BAYI


Untuk memahaminya, sila rujuk gambarajah di bawah:


Ibu yang positif mempunyai 25% ke 40% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Ianya berlaku semasa in utero melalui placenta (uri) kerana semua keperluan bayi sebelum proses kelahiran disalurkan melaluinya.

Risiko dijangkiti semasa proses intrapartum (kelahiran) antara 60%-75% dan semasa breastfeeding (penyusuan) antara 14%-29%.

KENAPA RISIKO SEMASA PROSES KELAHIRAN SANGAT TINGGI?

Kerana bayi terdedah kepada darah dan uri akan terluka semasa proses tersebut.

Tinggi risikonya, bukan? Cool.

Mari rujuk gambarajah di bawah:


Dengan rawatan ARV / HAART, peratusan jangkitan akan turun di antara 5% hingga 9% dan jika ibu HIV positif tersebut menjalani C-Section (pembedahan), kemungkinannya boleh turun kepada 1%.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan C-Section bergantung kepada bacaan Viral Load si ibu.

JIKA HANYA SUAMI HIV POSITIF DAN HANYA IBU NEGATIF?

Bagi ibu bukan ODHA pula, selagi beliau negatif sudah tentulah bayi akan negatif. Air mani memang mengandungi virus tetapi virus tiada dalam sperma.

Golongan yang beranggapan bahawa ODHA tidak boleh berkahwin dan jika berkahwin akan menyebabkan pasangan dan zuriat turut dijangkiti adalah mereka yang tidak memahami HIV. Bersepah penyakit lain lebih bahaya dan melibatkan faktor genetik tetapi tidak mengalami stigma dan diskriminasi. 

Jangan memandai menggunakan istilah Maqasid Syariah, kelak mencerminkan kedangkalan ilmu sendiri. Boleh menggalakkan penyebaran fitnah dan menghalang masjid daripada terbina.

CECAIR BADAN YANG MEMPUNYAI KONSENTRASI HIV YANG TINGGI BERDASARKAN TAHAP RISIKO IALAH:

- Darah
- Air mani
- Air mazi
- Cecair faraj
- Susu ibu

“Jika telah mendapat rawatan HAART dan virus undetectable, adakah risiko tersebut masih wujud murid-murid?” (He he he. Tension sebenarnya ni)

APAKAH PIAWAI PROSEDUR (SOP) RAWATAN YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP BAYI YANG DILAHIRKAN OLEH IBU HIV POSITIF?

Anak yang dilahirkan oleh ibu ODHA perlu menjalani HIV test ketika bayi itu baru lahir, ketika berusia 1 hingga 2 bulan, ketika berusia 4 hingga 6 bulan, dan yang terakhir selepas berusia 1 tahun 6 bulan atau 18 bulan.

Bayi dari ibu ODHA akan diberikan Zidovudine syrup selama 6 minggu. Selepas ujian ulangan HIV dilakukan semasa umur bayi 6 minggu dan bayi kekal negatif, Zidovudine syrup akan dihentikan dan digantikan dengan Co-Trimoxazole syrup (Bactrim).

Jika ujian ulangan HIV semasa umur bayi antara 4 hingga 6 bulan dan keputusan masih negatif, Co-Trimoxazole syrup (Bactrim) akan dihentikan dan bayi diisytiharkan bebas HIV.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selepas umur 18 bulan, dinasihatkan supaya bayi menjalani HIV Rapid Test. Selepas itu, tidak perlu lagi.

Walaupun WHO menyarankan ibu BOLEH memberi penyusuan susu ibu, tetapi pendekatan KKM masih lagi tidak membenarkannya tetapi diberikan penyusuan susu formula atau susuan ibu tumpang yang bebas HIV.

Suntikan imunisasi BCG DITANGGUHKAN terlebih dahulu kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu ODHA sehinggalah bayi tersebut diisytiharkan BEBAS HIV melalui ujian HIV sekurang-kurangnya sebanyak dua kali (usia 4 hingga 6 bulan).

Jika negatif, imunisasi BCG hendaklah DISEGERAKAN. Walau bagaimanapun, imunisasi untuk vaksin-vaksin lain (live attenuated) perlu diberikan mengikut jadual imunisasi sedia ada tanpa mengira status HIV.

Umum sedia maklum, susu ibu merupakan nutrisi terbaik serta lengkap untuk bayi. Penyusuan susu ibu juga akan merapatkan bonding antara ibu dan bayi. WHO & KKM menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif, sekurang-kurangnya 8 kali (atau lebih) sehari semalam sehingga bayi berusia 6 bulan.

Para ibu digalakkan untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun bayi telah diberikan makanan pelengkap (complementary foods) sehingga kanak-kanak berusia 2 tahun. Walau bagaimanapun, ibu ODHA (yang tidak menerima rawatan) masih berkemungkinan menyebabkan bayi mereka dijangkiti HIV melalui penyusuan susu ibu (transmisi vertical).

Oleh sebab itu, WHO dan KKM menyarankan supaya SEMUA ibu ODHA dimulakan rawatan HAART semasa mengandung, bersalin secara Caeserean, bayi TIDAK diberikan penyusuan susu ibu, tetapi diberikan penyusuan susu formula dan rawatan pencegahan (prophylaxis)- Zidovudine diberikan kepada bayi.

Prevention Mother Child Transfusion (PMCT) dapat membantu mengelakkan jangkitan sekiranya ibu (ODHA) belum menerima rawatan HAART. Bakal ibu tersebut akan diberikan rawatan HAART selepas 12 minggu kehamilan sehingga melahirkan anak.

Nota penting:

Syarat untuk pemberian susu formula pula adalah:

A – acceptable (boleh diterima)
F – feasible (munasabah)
A – affordable (mampu)
S – sustainable (lestari)
S – safe (selamat)

Oleh sebab itu, KKM menggariskan polisi bahawa semua bayi dan ibu ODHA layak serta akan dibekalkan dengan susu formula oleh KK atau hospital sehinggalah bayi berusia 6 bulan kecuali jika ibu bapa bayi mohon untuk beli sendiri.

Di negara dunia ketiga, disebabkan ramai bayi meninggal dunia akibat malnutrisi dan jangkitan kuman pada sistem penghadaman (gastrointestinal) berbanding jangkitan HIV, WHO menggalakkan ibu ODHA memberikan penyusuan susu ibu dan ibu 0DHA diberikan ART.

Hasil maklumat yang terkumpul dan dengan bukti kajian yang mencukupi, didapati HAART boleh mencegah ibu ODHA menjangkiti bayi mereka dengan HIV.

Saranan terkini WHO Guidelines on HIV & Infant Feeding 2010 adalah:

Ibu ODHA yang memilih untuk memberikan penyusuan susu ibu MESTI diteruskan ART / HAART yang diberikan semasa atau sebelum mengandung sepanjang hayat dalam usaha untuk mencegah transmisi HIV melalui penyusuan susu ibu.

Ibu ODHA sebagaimana yang di atas MESTI memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama sekurang-kurangnya 6 bulan, memberikan makanan pelengkap (complementary foods) apabila bayi berusia 6 bulan dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga usia bayi sekurang-kurangnya 12 bulan.

Ibu ODHA yang mengamalkan penyusuan susu ibu, jika hendak menghentikan penyusuan, MESTI menghentikannya secara sedikit demi sedikit dalam masa 1 bulan. Jika prophylaxis ARV / HAART diberikan kepada ibu ODHA dan bayi, prophylaxis ARV tersebut MESTI diteruskan sehingga selepas 1 minggu pemberhentian penyusuan susu ibu.

Ibu ODHA dengan bayi yang juga disahkan HIV positif DIGALAKKAN untuk memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan serta meneruskan penyusuan susu ibu tersebut sekurang-kurangnya hingga usia bayi 24 bulan. Kedua-duanya (ibu dan bayi) MESTI diberikan ART / HAART.

Walau bagaimanapun, WHO menyarankan setiap negara perlu menetapkan sendiri polisi yang akan diikuti kerana kedua-duanya ada justifikasi masing-masing. KKM telah bersetuju untuk masih kekal dengan polisi asal iaitu TIDAK MENGGALAKKAN ibu PLHIV memberikan penyusuan susu ibu. Tetapi polisi ini akan dinilai dari semasa ke semasa.

Cukuplah untuk kali ini. ‘Berasap’ kepala aku menaip dan mencari rujukan.


Rujukan:
WHO Guidelines on HIV & Infant Feeding 2010
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
Dr. Zaiton Yahaya
Manual Latihan dan Pembangunan Kapasiti MAC


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com
Luka Rafieqa: rafieqakl@hotmail.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
Laman Web: http://www.amalfirdausi.org
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)