Tuesday, November 01, 2011

SAY NO TO HIV: ANTARA RAYUAN DAN TAWARAN



RAYUAN

Lama rasanya aku tak mengomel. Tumpuan lebih kepada entries berkaitan kategori “KEHIDUPAN YANG POSITIF.” Ianya difikirkan lebih valid dan penting untuk rujukan para pengunjung. Sangat-sangat memenatkan di samping pelbagai komitmen lain.

Syukurlah ramai sahabat-sahabat yang tidak putus-putus membantu dan memberikan sokongan. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan dan pertolongan.

Kepada para pengunjung, sama ada PLIHIV atau bukan PLHIV, aku mohon sedikit pertolongan. Jika difikirkan blog ini mempunyai nilai-nilai positif, tolonglah sebar-sebarkan alamat blog ini dalam apa juga media cetak dan eletronik yang ada. Tak kisahlah FB, Blog, Twitter, majalah dan sebagainya.  

Kepada yang telah sedia membantu, tahniah kerana menjadi insan prihatin. Insya-Allah akan dikurniakan dengan pahala yang berlipatkali ganda.

Mungkin dengan hanya sedikit pertolongan tersebut, kita telah menyelamatkan satu aqidah, sebuah rumahtangga, membantu mendirikan masjid dan mengembalikan harapan mereka yang telah berputus asa.

Rayuan juga khusus juga kepada guru-guru kaunseling, para pelajar IPT dan sekolah. Bersama kita menyebarkan maklumat untuk menangani dan mengekang HIV/ AIDS secara tepat. Tiada apa-apa kepentingan peribadi di sini melainkan untuk membantu.  

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.   


TAWARAN

SUKARELAWAN DIPERLUKAN.

Tarikh:            27 NOV 2011 - 24 DISEMBER 2011

Lokasi:            KL TOWER

Elaun:             RM 30.00 SEHARI

Tugas:             MENJAGA BOOTH INFOMASI MAJLIS AIDS MALAYSIA

Sila hubungi: rafieqakl@hotmail.com (LR) dengan kadar segera.  

Terima Kasih.

NOMBOR-NOMBOR PENTING UNTUK DIHUBUNGI BERKAITAN HIV/ AIDS


KONTEK

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh anda hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut, bantuan, dan kaunseling.  Jangan teragak-agak untuk menggunakan nombor-nombor ini kerana ia disenaraikan di sini untuk faedah anda.




Sila klik setiap imej untuk view yang lebih jelas.



PENGHARGAAN

Dr. Adeeba Kamaruzzaman
Dr. Bee Ping Chong
Dr. Christopher Vincent
Jaafar Daud
Dr. Kan Foong Kee
Karen Chu
Kiren
Michael Chow
Roslan Hamzah
Dr. Tan Lian Huat

Persatuan Pengasih

Pertubuhan Wanita dan Kesihatan, KL (WAKE)

Dan ramai lagi yang telah menyumbang idea dan tenaga dalam penghasilan buku ini.

Supported by
Ministry of Health

Printed by
Malaysian AIDS Council
No. 12, Jalan 13/48A, The Boulevard Shop Office,
Off Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603 4045 1033
Fax: 603-4042 6133, 4043 9455


AHP: Kredit kepada Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.

Sila print semua maklumat “Kehidupan Yang Positif” ini sebagai panduan kepada sesiapa yang memerlukan dan sebagai maklumat asas untuk membantu rakan-rakan komuniti atau sekurang-kurangnya sebagai maklumat asas memahami HIV secara tepat. Sila tampal dan edarkan di bilik-bilik kaunseling sekolah, IPTA/IPTS dan apa saja media yang difikirkan wajar.
http://akuhivpositif.blogspot.com/

.

Monday, October 31, 2011

JADUAL INTERAKSI HAART DENGAN MAKANAN

LAMPIRAN

Berikut adalah jadual yang menunjukkan interaksi ubat dengan makanan





Sila klik setiap imej untuk view yang lebih jelas.

·        Nama ubat yang dihitamkan adalah nama generik ubat yang merupakan nama rasmi.
·        Nama ubat dalam italic adalah nama jenama ubat yang diberi oleh setiap syarikat farmasi.

AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.



Sunday, October 30, 2011

KEPENTINGAN KESEIMBANGAN MINDA, JASMANI & ROHANI KEPADA PEMBAWA HIV



Dunia kini sudah mula melihat kesihatan secara menyeluruh dan bukan hanya setakat keadaan biologi (jasmani).  Itulah sebabnya yoga dan tai-chi menjadi begitu terkenal kerana senaman tersebut mengambil kira kesihatan minda, jasmani, dan rohani.  Walau bagaimanapun, setiap individu adalah berlainan dan anda mungkin mendapati bahawa sembahyang membantu anda berada dalam keadaan positif.  Petuanya adalah melakukan apa yang selesa anda lakukan.

Kita telah berbincang dengan panjang lebar berkenaan topik bagaimana seorang yang HIV-positif boleh menjalani kehidupan yang memuaskan dengan cara menjaga tubuh badan mereka.  Di sini kita akan lihat peranan minda dan rohani serta bagaimana anda boleh menguruskannya.


Jika anda mahu berasa sihat, ceriakan diri anda.
Orang yang HIV-positif biasanya akan berada dalam keadaan minda yang tertekan.  Mereka merasakan bahawa hayat mereka akan berakhir dan apabila anda meletakkan diri anda dalam keadaan sedemikian rupa, ia boleh mempengaruhi perkara-perkara lain dalam hidup anda seperti kerja, kewangan, kesihatan, keluarga, perhubungan, dan lain-lain.  Ia mempunyai kesan yang akan memburukkan lagi keadaan.

Tetapi anda boleh memutuskan untuk keluar daripada keadaan tertekan ini dengan mengatakan, “Tidak kepada tekanan.  Dan Ya kepada kegembiraan.”

Tip-tip keceriaan
·    Apabila anda telah memulakan komitmen ini, mintalah pertolongan kawan-kawan, keluarga, dan kumpulan sokongan untuk membantu anda meneruskannya.  Ada kalanya makan dengan mereka yang tersayang adalah memadai untuk menceriakan anda.
·    Keluar, bersenam, ketawa, berkongsi, dan buatlah sebarang perkara yang boleh menggembirakan anda.
·    Bangun tidur setiap pagi dan kata kepada diri sendiri, “Hari ini akan menjadi satu hari yang baik.”
·    Jika perasaan sedih serta sugul timbul, jangan menyerah.  Ingatlah, pilihan adalah di tangan anda.
·    Bacalah mengenai orang yang HIV-positif lain yang berjaya hidup dalam keadaan yang memuaskan.  Ini adalah penting kerana mereka dan anda berkongsi sesuatu yang sama dan mereka akan memahami apa yang sedang anda alami.  Tambahan pula mereka mungkin mempunyai cadangan berguna yang boleh membantu anda.
·    Sertailah kumpulan sokongan bagi mereka yang HIV-positif.
·    Kami tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, tetapi anda perlu melakukan komitmen tersebut.
·    Jangan jadikan diri anda tertekan.  Jalani kehidupan, bekerja, tunaikan tanggungjawab anda, dan lain-lain secara beransur-ansur.  Dapatkan pertolongan daripada mereka yang tersayang bagi membantu di mana yang termampu seperti menolong membayar bil, melakukan kerja-kerja rumah, dan lain-lain.
·    Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh mendengar dan memahami keadaan anda boleh membantu.  Menyertai kumpulan sokongan juga boleh membantu.  Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi pelbagai organisasi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling.  Satu senarai disertakan di akhir buku ini.
·    Sertai kelas meditasi, yoga, tai-chi, dan lain-lain atau bacalah buku mengenai cara-cara untuk bermeditasi.  Ia boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, dan menenangkan anda.


Tip-tip untuk menenangkan diri
·    Menarik nafas panjang adalah petua paling berguna.  Apabila anda berasa tidak selesa, tidak tenang, atau tertekan, lakukanlah senaman pernafasan yang mudah.  Ia adalah nafas kehidupan.
·    Penuhi masa anda dengan melakukan perkara-perkara yang anda minati semasa sebelum anda disahkan HIV-positif.
·    Memulakan satu hobi – membaca, berkebun, dan lain-lain.
·    Menonton cerita komedi.
·    Ketawa setiap kali anda berpeluang berbuat demikian.
·    Dengar muzik / lagu-lagu yang mengandungi mesej gembira.

Yang paling penting, sentiasa mempunyai pandangan positif dalam kehidupan.


AHP: Kredit kepada KKM, MAC & Saudara Mohamad Raffie bin Jaafar.


p/s- Sebagai muslim, sudah tentu cara memperolehi ketenangan yang terbaik adalah dengan mendirikan solat, qur’an, zikir, selawat, doa, munajat, redha, tawakkal dan sebagainya.