Friday, December 13, 2013

PENGLIBATAN AKU MEWAKILI PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2013





Tarikh: 5 Disember 2013
Hari: Khamis
Masa: 8 pagi – 1 petang
Tempat: Dewan Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Gemas

Pada 5 Disember 2013, aku dijemput sebagai salah seorang ahli panel sesi Perkongsian Pengalaman sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) secara terbuka kepada masyarakat oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Gemas. Para peserta terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, NGOs, wakil jabatan-jabatan kerajaan setempat, individu prihatin, orang awam, dan sebagainya. Kehadiranku ditemani oleh Kak Da, Ummie, dan Danish.



Sebelum majlis bermula, aku sempat mengambil kesempatan beramah mesra dengan beberapa sahabat FB, komuniti yang turut hadir memberikan sokongan atau terlibat sebagai sukarelawan dalam membantu perjalanan program dalam mewakili NGO masing-masing.


Aturcara majlis perasmian adalah seperti berikut:

8.00 pagi        Aktiviti ‘I Want Sihat’ (COMBI dan Belia Taman Sentosa)

8.30 pagi        Pendaftaran Peserta

9.00 pagi        Ceramah oleh Dr. Junaidah binti Abd. Rahman
                        Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Gemas

9.30 pagi        Sesi Berkongsi Pengalaman Bersama Wakil-Wakil NGO

                        Pameran Kesihatan
                        (HIV/AIDS, Program Harm Reduction, Pendermaan Organ)

                        Kuiz Kesihatan

10.45 pagi      Cabutan Bertuah

11.00 pagi      Ketibaan Dif Jemputan

                        Bacaan Doa

                        Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Dato’ Hajah Zailan binti Dato’ Haji Adnan
                        Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

                        Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dato’ Shamshulkahar bin Mohd Deli
                        Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan & Kesihatan Negeri

                        Penyampaian Cenderahati

1.00 petang   Jamuan dan bersurai


Briefing oleh Dr. Junaidah binti Abd. Rahman,
Pakar Perubatan Keluarga, KK Gemas
sebelum sesi perkongsian

Semasa perkongsian forum, aku telah cuba memberikan yang terbaik kepada audiens untuk mendapat maklumat sebaik mungkin melalui perspektif aku yang mewakili komuniti dan selebihnya terpulanglah kepada penerimaan masing-masing. Ground rules dan tumpuan khalayak semasa sesi perkongsian tidak begitu memuaskan untuk program yang sehebat ini kerana ruang pameran turut diadakan di dalam dewan yang sama. Audiens bebas bergerak ke sana sini dan suasana agak bising. Sound systemnya juga masih boleh diperbaiki.

Pameran NSEP Kit oleh Sahabat META

Sebahagian daripada audiens

Sebahagian daripada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri yang hadir memberikan sokongan

Sebahagian daripada ruang pameran di bahagian belakang dewan

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, ianya masih hebat dan dianggap berjaya. Aku berharap, usaha-usaha sebegini akan terus dilaksanakan untuk memberikan kesedaran yang tepat kepada masyarakat dalam menentang stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap ODHA.

Upacara perasmian oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, VVIP, para tetamu, jabatan-jabatan kerajaan lain, NGOs, dan mereka yang telah menjayakannya.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut: