Sunday, May 03, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-45



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 12 March 2015
Day: Thursday
Time: 3.30 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 72.2 kg
Blood pressure: 130/81 (normal)
Pulse rate: 73/min (regular)
Glucose: 8.8 (random)
Temperature: 36.6°C
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice

Temujanji kali ini turut ditemani Kak Da dan Ummie.

Selesai routine check-up, aku meneruskan sesi consultation dengan bertanyakan beberapa soalan.


Soalan 1:

Terdapat satu bintik merah hampir sebesar 5 sen pada dada saya. Adakah ianya sesuatu yang perlu dibimbangi?

Jawapan:

Tidak. Kerana apabila ditekan, ianya akan hilang sementara. Ianya hanyalah sekadar salur darah yang memecah dan berkembang pada kulit. Ianya dipanggil spider naevi kerana bentuknya seakan-akan labah-labah.



Nota:

A spider nevus consists of a central arteriole with radiating thin-walled vessels. Compression of the central vessel produces blanching and temporarily obliterates the lesion. When released, the threadlike vessels quickly refill with blood from the central arteriole. The ascending central arteriole resembles a spider's body, and the radiating fine vessels resemble multiple spider legs.

Sumber: sini


Soalan 2:

Ada individu yang masih menganggap bahawa anonymous HIV test adalah totally tanpa nama dan enggan butiran peribadi mereka diambil oleh pihak Klinik Kesihatan (KK).

Jawapan:

Kaedah terbaik dan paling ideal untuk HIV test adalah secara VCT iaitu voluntary – counseling – testing.

Semasa kaunseling, individu yang mahu membuat HIV test itu akan diberi kaunseling tentang test yang akan dijalankan. Jadi, secara psikologinya, dia akan bersedia untuk sebarang result yang bakal diketahui. Butiran peribadi asas sahaja yang akan diambil oleh pihak KK.

Selepas kaunseling, individu itu akan menjalani HIV test yang merupakan screening atau saringan sahaja, bukannya confirmatory atau pengesahan.





Kaedah kedua adalah secara VTC iaitu voluntary – testing – counseling.
Di sini, individu itu menjalani screening terlebih dahulu. Sekiranya didapati reaktif, maka dia akan diminta untuk menjalani kaunseling.

Pendaftaran butiran peribadi asas adalah untuk tujuan rekod data sahaja. Ianya penting untuk pembelian test strip berdasarkan bilangan yang sudah digunakan.

Ini kerana terdapat segelintir individu yang sentiasa meminta mereka dibenarkan untuk menjalani screening test walaupun resultnya adalah non-reactive. Mereka biasanya mengalami OCD (obsessive compulsive disorder) atau anxiety disorder.

Walau bagaimanapun, jika individu tersebut didapati positif, segala data yang perlu akan diambil kerana HIV tertakluk di bawah akta kawalan penyakit berjangkit termasuk keperluan rawatan. Namun begitu, ianya tetap sulit dan hanya duruskan oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja.


Soalan 3:

Ada pendapat yang menyatakan bahawa HIV/AIDS hanya dapat dikesan paling awal 5 tahun.

Jawapan:

Tidak. Melalui kaedah yang digunakan sekarang iaitu HIV rapid test dan confirmatory test, HIV boleh dikesan seawal 2 hingga 4 minggu selepas terdedah kepada risiko. Ada doktor yang menyarankan antara 3-6 bulan selepas aktiviti terakhir berisiko. Masing-masing ada rasionalnya kerana patient yang datang berjumpa mereka ada pelbagai ragam. Malah ada yang tidak bercakap dengan jujur. 

Untuk bayi yang baru lahir dengan ibu positif HIV, kaedah PCR atau polymerase chain reaction digunakan ke atas bayi tersebut. Kaedah ini memang mahal. Tetapi, ianya tetap digunakan untuk mengesan kemungkinan HIV pada bayi tersebut. Kaedah tersebut merangsang HIV (jika ada) pada bayi untuk dikesan.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat bahawa adalah terbaik untuk mengesan kewujudan HIV pada bayi yang dilahirkan oleh ibu positif HIV seawal yang mungkin.

Kaedah ini hanya digunakan ke atas bayi di bawah 18 bulan, sekurang-kurangnya 3 kali. Selepas bayi berusia 18 bulan, kaedah biasa akan digunakan.

Isu yang berlaku pada hari ini adalah ada ibu-ibu yang positif HIV mengambil mudah pengesanan HIV secara PCR ini pada bayi yang telah dilahirkan.

Antaranya termasuklah tidak mencukupkan 3 kali bilangan PCR atau pun tidak hadir ke KK untuk menjalankan PCR terhadap bayi mengikut waktu yang telah ditetapkan.




Nota:

This test (PCR) looks for the DNA (genetic material) of the virus. This test is different from the viral load PCR tests, that are used in people that already know they are HIV+.

At 4 weeks of age, if an infant's PCR test result is positive, the test is 90% accurate. At six months of age, the test is 99% accurate. If the PCR is positive it means the infant is probably HIV+. There are very few cases of false positives.

Antibody testing


If an infant tests positive for HIV antibodies it doesn't mean that the infant is definitely HIV+. It means the infant carries the mother's HIV antibodies. These antibodies may be present in the infant's blood for up to 18 months of age. A PCR test should be done to determine whether or not the infant has HIV.

Sumber: sini


Soalan 4:

Seorang suami positif HIV, tetapi enggan mengambil HAART. Manakala isterinya juga positif HIV, tetapi patuh kepada rawatan HAART. Adakah terdapat risiko yang tinggi bagi mereka untuk mendapat zuriat positif HIV?

Jawapan:
Selagi ibu yang positif HIV itu mempunyai undetected viral load dan patuh kepada rawatan HAART, tidak ada masalah untuk dia hamil dan mendapat zuriat yang bebas HIV tetapi PLHIV (suami) tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarganya.





Soalan 5:

Seorang PLHIV yang juga positif Hepatitis B terpaksa memastikan apa-apa sahaja yang dipegang di rumahnya akan dibersihkan selepas dia menyentuhnya. Ini adalah kerana dia tidak mahu ahli keluarganya yang lain mendapat jangkitan Hepatitis B akibat daripada sentuhannya.

Jawapan:

Cara jangkitan HIV, Hepatitis B, dan Hepatitis C adalah sama. Walau bagaimanapun, peratus risiko jangkitan adalah berbeza. Hepatitis B paling mudah berjangkit dan HIV pula paling sukar berjangkit di dalam 3 keadaan ini.

Contohnya, bagi seks tidak selamat, peratus jangkitan HIV adalah 3%, Hepatitis C adalah 13% – 15%, dan Hepatitis B adalah 30%.

Penyelesaian paling mudah untuk PLHIV ini adalah dengan membawa ahli keluarganya yang terdekat untuk ke KK bagi mendapatkan vaksin Hepatitis B.





Isunya kini adalah beliau masih belum memaklumkan tentang status kesihatan beliau kepada ahli keluarganya.

Jika sikapnya berterusan membersihkan segala permukaan yang telah disentuh, maka beliau dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat psikiatri untuk membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut.


Soalan 6:

HIV mempunyai kandungan tertinggi pada bahagian darah dan air mani. Selepas rawatan (HAART) dan viral load undetected, HIV yang masih ada di dalam tubuh sepatutnya tidak mampu menjangkitkan, walaupun masih berisiko dengan peratus yang sangat rendah.

Bagaimana dengan Hepatitis B?

Jawapan:

Rawatan memang ada untuk Hepatitis B. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat menyembuhkan 100%; tetapi hanya 70% sahaja.




Contoh:

Rawatan HAART ke atas 100 orang PLHIV. Viral load 100 orang itu akan menjadi undetected.

Rawatan Hepatitis B ke atas 100 orang penghidap Hepatitis B. Hanya 70 orang sahaja yang akan sembuh. 30 orang lagi tidak sembuh. 70 orang yang sembuh itu tidak akan menjangkitkan Hepatitis B. Tetapi 30 orang yang tidak sembuh itu boleh menjangkitkan Hepatitis B.

Jika didapati seseorang itu mempunyai Hepatitis B, maka orang-orang yang terdekat dengan penghidap Hepatitis B itu perlu mendapatkan suntikan imunisasi.

Kos rawatan HAART untuk HIV ditanggung oleh pihak kerajaan. Tetapi tidak untuk rawatan Hepatitis B. Ini adalah kerana Hepatitis B boleh disembuhkan atau curable dengan rawatan. Walau bagaimanapun, HIV dan Hepatitis B berada di bawah Akta Penyakit Berjangkit.


Soalan 7:

Ika telah berhenti haidnya pada 1 hb. Tetapi pada 8 hb, haidnya hadir kembali. Apakah masalah Ika? Bolehkah Ika solat pada 8 hb itu?

Jawapan:

Ika mungkin mengalami gangguan hormon. Ianya dipanggil intermenstrual bleeding iaitu pendarahan di antara dua haid. Gangguan hormon ini juga mungkin disebabkan oleh kepenatan. Ianya bukan tanda-tanda menopaus kerana jika menopaus, pendarahan itu sepatutnya semakin berkurangan.




Jika ianya berterusan, Ika perlu membuat pemeriksaan di klinik. Pihak klinik akan memeriksa uterus atau membuat prosedur pap smear.

Ika tidak boleh solat pada 8 hb itu kerana pada waktu itu, Ika dianggap sedang haid. Jika pendarahan itu berterusan sehingga melebihi 14 hari, Ika boleh solat selepas itu.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.






Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, April 30, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-44



My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician


Sebenarnya telah terlalu lama aku tidak berkongsi pengalaman menghadiri temujanji rawatan dengan Doktor Iskandar Firzada bin Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Jaya Gading, Kuantan.

Ianya bukanlah disengajakan. Entry berkaitan pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada sebenarnya sangat berat, tetapi aku cuba olah ke dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh setiap lapisan pembaca.

Akibat bahasa yang santai, terdapat segelintir pembaca menganggap perkongsian pengalaman tersebut tidak bernilai. Tiada validity dan hanya bergantung kepada satu sumber. Bagi aku, itu terpulang kepada pembaca untuk menilai. Aku tidak terkesan sedikit pun. Tidak yakin, sila dapatkan rujukan lain yang lebih diyakini.

Sebenarnya setiap kali temujanji, aku meminta izin doktor untuk merakam perbualan kami. Perbualan tersebut aku terpaksa dengar dengan teliti dan menulisnya beransur-ansur. Perlu juga merujuk kepada pelbagai sumber yang lain untuk tujuan check and balance.

Jadi, menyediakan entry tentang pertemuanku dengan Dr. Iskandar Firzada bukanlah semudah menyiapkan entries lain kerana aku juga perlu menjaga nama baik dan reputasi beliau sebaik mungkin.


PKPW dan rumah yang dilanda banjir


Kebetulan pula penghujung Disember 2014 yang lalu, rumahku dinaiki air (banjir) lebih 10 kaki. Ianya turut memusnahkan segala persediaan Pusat Komuniti Positive Warriors (PKPW) yang hampir siap.

Kerugian harta benda tidak perlu dikongsikan kerana kemampuan aku sekadar berusaha dan aku yakin Allah ada perencanaan-Nya sendiri dan sentiasa ada untuk mendengar doa-doaku sekeluarga. Segala peralatan penting termasuk PC dan wifi rosak serta perlu diganti baru.


Wakil MAC


Tidak cukup dengan itu, ibu kesayangan kami sekeluarga sakit tenat selepas banjir. Hampir setiap minggu perlu berulang-alik dari Temerloh ke Merapoh (Kuala Lipis) untuk menziarahinya, sebelum allahyarhamah ibu kembali ke rahmatullah pada awal Mac 2015.


Tanah Perkuburan, Merapoh


Usaha memulihkan rumah dan PKPW daripada banjir yang tiada henti sehingga sekarang, kepenatan yang tiada ruang rehat, kerap travel dan kehilangan ibu tersayang, bukanlah mudah. Tambahan lagi urusan kaunseling online via smartphone, menguruskan pelbagai urusan Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) dengan pelbagai pihak tidak pernah berhenti dan tidak mengenal masa. Bahkan penulisan atau sharing ringkas di blog sepanjang awal tahun ini kebanyakannya hanya melalui smartphone.

Baiklah. Kita fokus kepada isi pertemuan dengan Dr. Iskandar Firzada kali ke-44 pada 16 Februari 2015 (Isnin) yang lalu secara ringkas. Walaupun telah agak lama, tetapi faktanya masih relevan. Sayang jika diabaikan begitu sahaja.


Date: 16 February 2015
Day: Monday
Time: 3.30 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Weight: 71.9 kg
Masih overweight sebanyak 1 kg daripada berat ideal.
Cara mengira BMI adalah:






Blood pressure: 114/70 (normal)
Pulse rate: 73/min (regular)
Glucose: 8.5 (random) Dua jam selepas makan tengahari
Temperature: 36.5°C (normal)
Mouth: No oral candidiasis
No jaundice


Alhamdulillah doktor memaklumkan bahawa pertama kali bacaan CD4 ku menunjukkan peningkatan 100% walaupun masih jauh untuk mencapai target goal. Masih dianggap berada pada tahap “AIDS” bagi sesetengah individu kerana rawatan HAART akan dimulakan sekitar bacaan CD4 antara 250, 350, atau 500 ke bawah (bergantung kepada penilaian dan saranan doktor yang merawat).


2014

CD4 = 63

Ratio berbanding bacaan normal adalah 0.41 (Normal 1 – 2)

Bermakna, jika ratio CD4 begini, walaupun virus undetected dan tidak mampu berjangkit tetapi masih aktif. Cuai rawatan, bila-bila masa sahaja akan meningkat semula.


2015

CD4 = 154


Ratio adalah 1.06.
Naik 100%, normal, dan virus tidak aktif.

Ratio antara CD4 (sistem pertahanan badan) dan CD8 (analoginya “askar” penyerang musuh) pula sepatutnya CD4 lebih daripada CD8. Sekurang-kurangnya dengan nisbah 1 – 1 atau 2 – 1.


Bayangkan jika tubuh kita mempunyai hanya mempunyai CD4 atau imuniti atau sel darah putih hanya sebanyak 63 dan 154. Ditambah lagi dengan diabetes dan Hepatitis C. Apa agaknya kita rasa? Sekurang-kurangnya kepenatan yang tidak terkira berbanding orang normal lain, tetapi situasiku ini susah untuk difahami oleh orang-orang yang tidak melaluinya.


Soalan-soalan komuniti:


Soalan 1:

Jika seseorang people living with HIV (PLHIV) yang sedang menjalani rawatan HAART dan dalam masa yang sama mengambil rawatan methadone, adakah pengambilan Tramadol (ubat tahan sakit) untuk cuba mengurangkan kesan sampingan (sakit-sakit badan) kerana cuba mengurangkan sendiri dose methadone secara beransur-ansur?

Jawapan:

Tidak perlu mengambil Tramadol, kerana setiap dos methadone yang diberikan memang bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan yang dinyatakan terutama pergantungan kepada dadah.




Sebaik-baiknya cuba kurangkan perlahan-lahan. Dapatkan nasihat doktor. Jika dengan mengurangkan dosnya sebanyak 1 miligram, cuba konsisten dengan dos tersebut sehingga serasi.

Ianya perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama. Will power dan sokongan ahli keluarga atau sahabat terapat yang memahami sangat penting.


Soalan 2:

Adakah Kaletra (salah satu rawatan HAART) yang telah pecah dan kelihatan seperti ada cecair beku seperti kanji nasi yang terkeluar masih sesuai diambil?

Jawapan:

Tidak ada masalah, ianya boleh dimakan selagi belum expired. Tolong simpan ubat-ubatan di persekitaran suhu yang dicadangkan oleh pengeluar.


Soalan 3:

Terdapat beberapa jenis ubat HAART di negara-negara maju yang berbeza dengan Malaysia. Apa pandangan doktor tentang isu tersebut dan mengapa ianya masih tidak dilakukan di Malaysia kerana sesetengah ubat tersebut dikatakan lebih baik dan ada yang hanya perlu diambil daripada setiap 12 jam di Malaysia kepada 24 jam sahaja sekali di luar negara.

Jawapan:

Di negara-negara maju, kebiasaannya setiap rakyat dikehendaki menyumbang kepada keperluan rawatan. Mereka mengamalkan National Health Financing Scheme dan setiap rakyat mesti contribute sama ada mereka sakit atau tidak.

Contoh, di United Kingdom, PLHIV telah diberikan Atripla. Ianya menggabungkan kombinasi Efavirenz (600 mg), Emtricitabine (200 mg), dan Tenofovir (300 mg) yang hanya perlu dimakan sekali setiap hari.





Seperti yang dinyatakan di atas, rakyat di Britain tertakluk di bawah Skim Kesihatan Kebangsaan atau National Health Scheme (NHS). Ubat-ubatan yang disediakan untuk rakyat mereka seolah-olah diberikan subsidi oleh kerajaan Britain. 

Mereka perlu membayar cukai khas untuk skim tersebut. Ianya diwajibkan untuk seluruh rakyat Britain. Walaupun mereka telah menyumbang di dalam skim tersebut, tetapi kerajaan Britain turut menggalakkan rakyatnya untuk mendapatkan insurans kesihatan.

Contohnya, seorang PLHIV itu diberikan preskripsi HAART iaitu dua butir yang berasingan. Tetapi, jika PLHIV itu mempunyai insurans dan berhajat untuk membayar bagi mendapatkan Atripla®, maka pihak hospital akan memberikan Atripla® kepadanya.

Di Malaysia, tiada insurans yang melindungi pencarum daripada HIV. Ini adalah kerana pihak kerajaan telah pun memberikan rawatan HAART secara percuma. Jadi, syarikat insurans tidak akan mendapat sebarang keuntungan jika menawarkan perlindungan HIV kepada pembeli.

Di negara luar, ada syarikat insurans yang melindungi PLHIV untuk HIV. Tetapi premium yang ditawarkan adalah tinggi.

PLHIV yang berada di sana boleh mengambilnya, tetapi apabila kembali ke Malaysia perlu mengambil semula mengikut peraturan dan jenis ubat yang terdapat di Malaysia. Keberkesanannya adalah sama. Atripla lebih mudah diambil kerana hanya perlu dimakan sekali sehari tetapi kosnya agak tinggi.

Bagi yang berkemampuan dan mahu membelinya sendiri, mereka boleh import sendiri melalui farmasi swasta.


Soalan 4:

Adakah benar bahawa individu yang terkena jangkitan chicken pox (tidak kira PLHIV atau tidak) mudah dijangkiti Herpes Zoster?

Jawapan:




Kayap ular atau Herpes Zoster disebabkan oleh virus Varicella-Zoster iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox. Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti oleh chicken pox boleh mendapat jangkitan kayap ular.

Selepas pesakit pulih daripada jangkitan chicken pox, dan tidak dirawat dengan sempurna, virus yang masih hidup dan berbaki boleh memasuki sistem saraf pesakit dan tinggal diam (tidak aktif atau dormant) selama bertahun-tahun.

Akhirnya, apabila daya tahan bekas pesakit chicken pox ini menjadi lemah semula, virus ini akan menjadi aktif semula dan bergerak sepanjang laluan saraf pada kulit, menyebabkan lepuhan, dan kayap. Pergerakan sepanjang saraf ini ibarat ular yang membelit, lalu dinamakan kayap ular.


Soalan 5:

Seorang pengamal aktiviti berisiko mahukan penjelasan yang lebih jelas tentang risiko jangkitan HIV melalui cara seks oral. Boleh doktor terangkan sekali lagi dengan lebih jelas dan ringkas?

Jawapan:

Penerima seks oral berisiko dijangkiti semasa aktiviti tersebut jika PLHIV yang mengoralnya tiada rawatan dan virusnya masih tinggi.

Jika mulut pemberi oral mempunyai ulser di dalam mulut mereka, ulser mempunyai lendir dipermukaannya dan salah satu peranan lendir tersebut adalah untuk menutup kawasan yang berdarah supaya tidak keluar.

Jangkitan mungkin berlaku melalui luka-luka kecil yang tidak dapat dilihat (micro abrasion) dan jika pemberi oral mengalami masalah gusi semasa aktiviti oral tersebut.

Perhubungan seks yang berisiko secara asasnya mesti ada penetration (penembusan ke qubul, dubur, dan mulut PLHIV) yang tidak menjalani rawatan dan tidak mengambil langkah pencegahan.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.




Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com




Friday, April 17, 2015

AKU HIV & AKU DIABETIK





Selain HIV, aku adalah pesakit kencing manis (diabetes) dan beberapa penyakit kronik lain. Kesemuanya melemahkan sistem pertahanan tubuh, tetapi fokus perkongsian ini adalah pengalaman ringkas aku menghidap diabetes.

Lebih kurang pada tahun 2007 – 2008, ketika berumur 40 – 41 tahun, aku mula mengalami simptom kepenatan terlampau. Kerap kencing malam secara mendadak.

Tidur yang sentiasa terganggu dan kepenatan menjadikan aku sangat sensitif dan sukar mengawal marah. Maklum sahaja kita rasa seperti sentiasa terpaksa melakukan perkara-perkara yang di luar kemampuan kita, sedangkan perkara tersebut asalnya sekadar rutin biasa.

Malah aku sendiri pelik dengan sikapku yang tiba-tiba menjadi perengus. Keluargaku sangat banyak bersabar dengan kerenahku ketika itu. Logik mengatakan aku tidak perlu marah pada perkara-perkara remeh, tetapi seolah-olah ianya berlaku di luar kawalan secara spontan.

Pada tahun 2008, atas urusan tugas, aku berkursus selama 3 bulan di Kuala Lumpur dan menyewa sebuah bilik. Di paha kiriku timbul bisul yang besar.

Pada suatu malam, aku cuba memecahkan bisul tersebut dan darah tidak berhenti mengalir hingga ke pagi. (Aku sebenarnya jenis yang penakut hendak ke hospital dan klinik. Malah tidak pernah warded pun.)

Keesokannya, keadaan masih sama dan aku terpaksa ke sebuah klinik swasta pada sebelah malam.

Antara perkara pertama yang doktor lakukan ialah memeriksa kandungan gulaku dan ternyatalah bacaannya hampir 30mmol/L !!!

Doktor segera menyarankan aku menjalani rawatan seberapa segera, cuti selama seminggu, dan menasihatkan aku supaya tidak memandu sendirian.

Aku tetap degil dan memandu pulang ke Temerloh pada malam itu juga kerana aku rasa 'OK' sahaja.




Sebenarnya aku tidak menjangkakan aku menghidap diabetes kerana sejak muda aku seorang yang sangat aktif berkebun terutama landscaping kerana itulah minat aku. Badan sentiasa berpeluh dan biasa kerja lasak tidak berhenti-henti.

Cuma tabiat pemakananku sangat buruk kerana aku suka makan, terutama masakan kampung dan kuih-muih tradisional yang manis serta berlemak. Minuman manis memang kegemaran. Kuat pula merokok.


Tengah malam pun ada kalanya aku sanggup bangun makan walaupun sekadar nasi berlaukkan telur goreng. Siap 2 – 3 kali tambah asalkan ada sebiji cili api untuk dikunyah sedikit-sedikit sebagai pembuka selera. Berat badan antara 86 – 98 kg. Huhuhu...




Apabila difikirkan semula, barulah aku dapat menjangkakan bahawa aku mungkin telah lama menghidap diabetes tanpa disedari. Mungkin ketika penghujung umur 20an lagi kerana aku sudah kerap mengalami simptom hipo.

Diringkaskan cerita, sejak itu, aku mula menjalani rawatan untuk diabetes. Pada peringkat permulaan, aku kerap "mengelat" dan sukar mengawal tabiat pemakananku.

Kebetulan pula ramai 'doktor' tidak bertauliah yang mencadangkan macam-macam penawar atau ubat cara kampung.

Paling mengerikan apabila ramai yang mengatakan apabila ada diabetes dan mengambil rawatan farmakologi, bermakna kuranglah "tenaga batin." Isteri pula ada dua. Mak aih!!!

Semakin lama aku semakin faham cara mengawal tabiat pemakanan dan patuh kepada rawatan. Apa yang penting ialah jalani gaya hidup sihat. Aku kembali cool dan ceria.

Walaupun sekarang BMI ku belum mencapai tahap ideal, tetapi jika bertemu kawan-kawan lama yang pernah melihatku gemuk, mereka mengatakan aku sangat kurus. Apabila tahu aku ada HIV, ayat power akan keluar, "Sebab HIV, ya?" sambil merenung aku seolah-olah aku sedang nazak!

Apabila serasi dengan rawatan, barulah aku faham bahawa semua pendapat dan mitos tersebut tidak benar.

Bagaimana lelaki hendak "power" jika tidak mengawal gula, sentiasa keletihan, dan malas bersenam? Memanglah jika tanpa rawatan, banyak sistem saraf akan rosak. Sama seperti apa juga penyakit kronik tanpa rawatan.

Ubat-ubat tradisional pula tidak diambil mengikut dos dan masa yang tepat. Tidak diketahui kesan sampingan dan tiada pemantauan melalui ujian darah. Mungkin juga ditambah dengan steroid untuk memberi kesan segera dan tanpa disedari yang lebih membahayakan jantung, tekanan darah, dan buah pinggang.

Akhir kalam, 3 fakta penting yang aku mahu kongsikan di sini:

1.
Jika anda mungkin berisiko menghidap diabetes, sila jalani ujian secara berkala. Jika anda didapati menghidap diabetes, jalani rawatan farmakologi. Boleh ambil supplement food tertentu, tetapi jangan abaikan rawatan farmakologi. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2.
Emosi dan psikologi pesakit kronik perlu difahami oleh affected people kerana kadangkala tindakan mereka di luar kawalan. Banyakkan bersabar. Api jangan dilawan dengan api. Yakinkan mereka untuk PATUH kepada rawatan dan bersikap positif.

3.
Diabetes jauh lebih bahaya, cepat meninggalkan kesan terhadap penghidapnya, dan sukar dirawat berbanding HIV. Ianya antara punca utama kematian di Malaysia dan kemerosotan kualiti hidup. Cuma, people living with HIV (PLHIV) sentiasa berdepan dengan salah faham masyarakat.





Jika ada diabetes, penyakit-penyakit kronik lain, dan HIV macam aku ni, faham-fahamlah walaupun orang sentiasa lihat aku ceria, sibuk, dan huha huha sepanjang masa. Ramai yang tidak tahu ketika melayan pertanyaan-pertanyaan yang sesetengahnya tidak masuk akal itu, sebenarnya aku mungkin sedang terkial-kial menguatkan diri. 

Bayangkan anda sendiri mempunyai pelbagai penyakit kronik yang melemahkan sistem pertahan tubuh dan keletihan yang berganda-ganda berbanding orang lain tetapi sentiasa sibuk. Hanya menjadi 'kuat' sahaja pilihan yang aku ada selepas memilih bersikap terbuka dengan status HIVku kerana tidak mahu disalah anggap bahawa semuanya akibat HIV. 

Jangan ingat aku tidak pernah ada masalah atau cepat terasa hati. Apa yang penting adalah berfikiran positif, jalani rawatan, dan redha dengan ujian Allah.





Getting to Zero.
Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com