Monday, September 22, 2014

PENGURUSAN JENAZAH PLHIV: ANTARA MITOS DAN REALITI



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Sebelum saya menulis, haruslah kita ingat bahawa HIV bukanlah penyakit. Ianya tidak akan menjadi penyebab kematian secara langsung. Pada masa kini, kematian akibat AIDS adalah hampir kepada sifar. Itu pun bergantung kepada banyak faktor.

Namun, kematian adalah pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini, walau sesihat mana pun seorang manusia itu. Seorang yang hidup dengan HIV boleh meninggal dunia dengan pelbagai sebab. Sama seperti orang lain. Kemalangan, kanser, tibi, denggi, sakit jantung, stroke, paru-paru berair, atau apa sahaja sebab kepada setiap kematian.

Sekiranya kematian seorang people living with HIV (PLHIV) berlaku di rumah, jenazah boleh diuruskan seperti biasa, kerana apabila telah mati seorang anak Adam itu, matilah HIV di dalam badannya. Menjaga aib jenazah adalah tanggungjawab individu yang menguruskan kematian tersebut.

Bayangan jenazah PLHIV yang bernanah, berkudis, dan sebagainya adalah tidak benar. Kes sedemikian yang selalu berlaku pada waktu dahulu adalah akibat AIDS. AIDS adalah tahap terakhir sekiranya seorang PLHIV tidak pernah mendapatkan rawatan. Pada masa sekarang, amat jarang PLHIV sampai ke tahap AIDS.

Sekiranya seorang PLHIV meninggal dunia di hospital di mana beliau mendapatkan rawatan Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART), pihak hospital akan memberi pilihan kepada keluarga sama ada bawa pulang dan menguruskannnya di rumah atau menyerahkan pengurusan kepada pihak hospital.

Di bilik mayat di mana jenazah diuruskan, petugas akan menggunakan standard of procedure (SOP) yang biasa digunakan kepada semua JENAZAH BERISIKO. Berisiko di sini adalah meliputi jenazah yang meninggal akibat kemalangan, kanser, tibi, denggi, sakit jantung, stroke, paru-paru berair, dan sebagainya. Bukan bermaksud hanya jenazah PLHIV sahaja adalah jenazah berisiko.




Hanya jenazah yang sewaktu meninggal masih mempunyai luka-luka, kudis, masih berair walaupun setelah dimandikan dan perlu dipakaikan pampers, kain kafannya akan diselang-selikan dengan plastik putih. Kondisi ini kini amat jarang dan hampir tidak lagi berlaku kecuali kepada pengidap AIDS (diulang, AIDS hanya berlaku kepada PLHIV yang tidak mendapat rawatan langsung, dan kini AIDS mencapai angka sifar, iaitu hampir tidak berlaku).

Namun, kematian dengan luka-luka, keluar cecair badan, dan sebagainya juga boleh berlaku kepada pesakit kanser dan kematian akibat kemalangan, mayat reput, terbakar, atau pembunuhan.

Pelbagai jangkitan lain melalui sentuhan, udara, dan pathogen adalah perlu lebih diambil perhatian. HIV tidak berjangkit dengan cara tersebut.

Jenazah akan dikafankan dan kemudiannya akan diserahkan kepada waris untuk urusan pengkebumian. PLHIV yang mendapat rawatan HAART, kebiasaannya kondisi jenazahnya sama seperti jenazah non-PLHIV yang lain, yang boleh ditatap dan dicium wajahnya oleh sanak saudara.

Setakat ini yang diketahui daripada dua sumber iaitu hospital di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, kos pengurusan jenazah iaitu mandi dan mengkafan ialah RM700 di Johor Bharu dan RM600 di Kuala Lumpur.

Harus diingat, kos ini adalah upah personal yang diminta dan atas budi bicara oleh pihak pengurus jenazah, bukannya caj daripada pihak hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Setelah dikafankan iaitu keluar dari bilik mayat, waris bolehlah membawa jenazah ke masjid dan sebagainya untuk solat jenazah dan seterusnya dibawa ke kariah yang telah diuruskan keluarga. Sebaik sahaja keluar dari bilik mayat, tidak perlu dimaklumkan bahawa individu tersebut adalah PLHIV.




Jika waris meminta pihak hospital menguruskan jenazah PLHIV, pihak hospital juga biasanya menjemput ahli (pengurus jenazah sekitar) yang biasa menguruskan jenazah dan menguruskannya dari bilik mayat dan solat jenazah. Pengkebumian pula bergantung pada kehendak pihak waris untuk menguruskan sendiri atau menyerahkan kepada pihak hospital untuk menghantar jenazah ke kariah yang dikehendaki.

Di sini, kos pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak atau kariah sesuatu tempat.

Menguruskan jenazah adalah tanggungjawab kepada yang masih hidup. Ianya adalah fardhu kifayah.

Nota:

1. Perlu difahami PERBEZAAN dan PERSAMAAN antara Pengurusan Jenazah Berisiko dan Jenazah PLHIV.

2. Setiap pengurus jenazah sesebuah kariah sepatutnya telah terlatih (atau sekurang-kurangnya seorang wakil) telah didedahkan dengan kursus sedemikian. Mereka juga telah faham SOP tersebut.




Sebenarnya, jika sekadar menguruskan jenazah PLHIV biasa, penggunaan basic Personal Protective Equipment (PPE) seperti boots dan gloves sudah memadai. Prosedur ini memang standard dan sepatutnya digunakan semasa menguruskan mana-mana jenazah pun.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Disediakan oleh:
MGDA


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, September 21, 2014

GADIS REMAJA MATI AKIBAT HIV?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




A seorang gadis remaja berusia 17 tahun. Mengandung anak luar nikah apabila diperdaya teman lelaki.

A cuba meminta teman lelakinya bertanggungjawab, tetapi teman lelakinya enggan. Teman lelaki A menuduh bakal anak disebabkan oleh hubungan A dengan lelaki lain.

A cuba memberitahu masalah kepada keluarga. A dipukul sehingga nazak dan dihalau.

A terpaksa menumpang kawan-kawan. Mula terjebak dengan gejala sosial lain yang lebih teruk seperti arak, dadah, dan seks rambang (berbilang pasangan).

A dicari keluarga dan 'disorokkan' di rumah kenalan bapanya di sebuah kampung sehingga melahirkan anak.

A dibawa ke hospital untuk melahirkan anak. A didapati HIV positif. Akibatnya A dan anaknya tiada siapa yang sudi terima dan sekali lagi dibuang keluarga.

A buntu, mengambil keputusan untuk membuang bayinya sendiri dan merancang untuk membunuh diri.

A tertangkap semasa cuba membuang bayi. Gambarnya menjadi mangsa viral di alam maya. Semua orang menyalahkan A.
“Dahlah berzina. Kenapalah bangang benar sampai tergamak buang anak?”
“Tak ada iman. Haiwan pun tahu sayangkan anak.”
Tekanan A tidak tertanggung.

A disiasat polis. Semasa siasatan, A didapati turut menjadi mangsa rogol ahli keluarganya sendiri sejak berusia bawah umur. Keluarga enggan bekerjasama untuk membuat laporan polis kerana akan memalukan seluruh ahli anggota keluarga. A dituduh sengaja mereka-reka cerita.

A dijaga oleh datuknya, tetapi tidak dibenarkan menjalani rawatan kerana bimbang akan memalukan keluarga.

A dicintai oleh seorang lelaki dan berhajat untuk meminangnya sekalipun tahu A pernah terlanjur dengan lelaki lain.

A berterus-terang tentang status kesihatannya. Lelaki tersebut enggan menerima A kerana kononnya jangka hayat A tidak panjang dan akan membahayakannya. Bahkan lelaki tersebut membocorkan status kesihatan A kepada orang ramai sehingga mengakibatkan A dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah.

Akibat tertekan dan tanpa bimbingan, A meminum racun dan meninggal dunia di sebuah hospital.

Bayangkan jika kita berada di tempat A; remaja yang belum matang dan berdepan ujian yang sangat besar seperti itu.




Persoalannya:

Betul atau tidak, bahawa A boleh dibantu daripada melakukan pelbagai kesilapan lain dan memperbaiki diri jika kita semua adalah anggota masyarakat yang prihatin semasa A baru didapati mengandung?

Betul atau tidak HIV turut melibatkan aqidah?

Betul atau tidak bahawa ramai yang lebih bergantung kepada sesama makhluk dan takutkan makhluk berbanding Allah?

Betul atau tidak, bahawa stigma, diskriminasi, dan judgemental merupakan pembunuh sebenar PLHIV, meningkatkan dan menjadi punca jangkitan tidak dapat dikawal?

Sekadar mencemuh dan menghina tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan lebih memudaratkan. Ianya cermin pemikiran kita sendiri.

Menguasai kaedah dakwah dan berfikiran secara makro dapat membantu membanteras gejala sosial. Uslub dakwah perlu pembaharuan dan sesuai untuk generasi Y.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com 


Friday, September 19, 2014

COMPASSION LEADS TEACHER TO HIV PATIENTS





Hanani Rahayu Abdul Jalil, 32 dan suaminya Omar Manan, 46 (gambar), pasangan suami isteri dan masing-masing merupakan Exco dan volunteers kepada Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) yang sangat banyak terlibat membantu people living with HIV (PLHIV) dan affected people.

Semuanya adalah atas keprihatinan dan kesedaran mereka tentang tanggungjawab serta tuntutan fardhu kifayah. Mereka faham bahawa PLHIV adalah insan biasa yang berhak meneruskan kehidupan seperti biasa.

Berikut adalah berita tentang perjuangan mereka membantu komuniti yang disiarkan di akhbar baru-baru ini (18 September 2014). Semoga info ini dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat di luar sana bahawa stigma, diskriminasi, dan judgmental adalah pembunuh sebenar kepada PLHIV dan punca jangkitan virus sukar dihapuskan. Tidak perlu menjadi PLHIV untuk memahami apa yang PLHIV rasa. Cukup sekadar emphati dan keprihatinan.

Mari baca:


MALACCA: A secondary school teacher strives to reach out to those who are HIV positive despite the stigma attached to the community.

Relating her story, Hanani Rahayu Abdul Jalil, 32, said she started reaching out the marginalised group in 2012, after reading the life story of an HIV positive patient in a blog titled, Aku HIV Positif (I’m HIV Positive).

Hanani said she was saddened by the fact that many HIV positive patients had their lives destroyed even before the disease could do anything due to the stigma from the society.

That was when her perspective towards the group changed and decided to devote her time to doing something for HIV patients.

“I was also curious whether HIV patients can enjoy a healthy life by undergoing consistent medical treatment and was determined to find out what sort of medications were used to help HIV patients.

“So I started by becoming a volunteer in programmes organised by various non-governmental organisations (NGOs) that dealt with HIV patients. The opportunity enabled me to see how HIV patients lived,” she said.

Hanani said that she was impressed that many HIV patients lived a happy life, with several of them even getting married and having children, minus the disease.

On the stigma against HIV patients, Hanani said society should change its negative perception on the group.

“ Keep an open mind when dealing with HIV patients. Try to get to know people suffering from the disease as well,” she said.

Hanani’s work with HIV patients also has a special significance to her life as that was how she met another volunteer who hails from Johor.

The volunteer, Omar Manan, 46, subsequently became her husband in February this year.

On her future plans, Hanani said: “My husband and I hope to open a shelter for children suffering from HIV.”




As published in New Straits Times Online
18 SEPTEMBER 2014 @ 8:10 AM



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, September 18, 2014

HIV & SUNTIKAN TYPHOID



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Tiada jangkitan HIV melalui penyediaan makanan, tetapi terdapat pelbagai jenis jangkitan lain yang boleh tersebar semasa mengendali, menyedia, dan memasak.

Bagi pengendali, penyedia, atau tukang masak, imunisasi atau vaksin typhoid adalah WAJIB untuk mengekang merebaknya penularan bakteria Salmonella Typhi (S. Typhi) yang menyebabkan penyakit typhoid (kepialu).


Terdapat 2 jenis vaksin untuk typhoid:

1. Vivotif Oral - merupakan vaksin hidup (live vaccines), diambil secara titisan ke dalam mulut.

2. Sama ada Typherix atau Typhim Vi (bukan vaksin hidup). Diambil melalui suntikan.

Vivotif Oral TIDAK BOLEH diberikan kepada mereka (PLHIV & non-PLHIV) yang mengalami masalah immunocompromised iaitu seperti sedang menjalani kemoterapi disebabkan kanser, dan sebagainya.

Tetapi Typherix dan (atau) Typhim Vi BOLEH diberikan kepada PLHIV sama ada sedang atau tidak mengambil HAART.


Nota:
Non-PLHIV yang lemah imuniti tubuh akibat sebab-sebab penyakit kronik tertentu dianggap berada seperti PLHIV di stage AIDS (CD4 <200).

Tetapi stage AIDS bagi PLHIV adalah agak subjektif kerana turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sama ada mendapat rawatan, telah dijangkiti penyakit-penyakit opportunistic atau tidak, dan sebagainya.

Jadi, PLHIV yang terlibat dalam bidang perniagaan berasaskan penyediaan makanan mesti faham jenis vaksin dan jika bacaan CD4 mereka mereka melebihi 200, tidak menjadi masalah untuk mendapatkan mana-mana jenis vaksin typhoid.


Nota:
Diulangi. Bukan kerana risaukan jangkitan HIV kepada non-PLHIV, tetapi suntikan tersebut mungkin membahayakan PLHIV.


Mitos:
Makanan yang disediakan dan kendalikan oleh PLHIV kononnya bahaya kepada non-PLHIV adalah karut.

Bahkan dikatakan jika tidak dijangkiti HIV sekalipun, makanan tetap bahaya kerana PLHIV mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit-penyakit lain yang mungkin menjangkiti orang lain.

Ini disebabkan dalam mind setting mereka terbayangkan PLHIV semestinya adalah individu yang menjijikkan dan mesti dijauhi.

Sedangkan dengan rawatan, PLHIV mampu hidup sihat seperti orang lain dan setiap penyakit ada cara jangkitan tertentu. Yang penting ialah menjaga kebersihan.

Ramai PLHIV yang terlibat dalam bidang penyediaan makanan, bahkan mungkin waiter atau waitress dan chef terkenal yang menyediakan makanan di restoran kegemaran anda setiap hari adalah seorang PLHIV.

Adakah anda dapat memastikan status kesihatan mereka dan berapa peratuskah jangkitan HIV dengan cara tersebut dalam statistik yang anda ketahui?


Info tambahan daripada KKM:

Typhoid lebih dikenali sebagai demam kepialu.

Demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan yang disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi (S. Typhi).




Bagi mereka yang dijangkiti demam kepialu, bakteria ini akan masuk ke dalam darah dan usus mereka.

Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.


Apakah jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan? 
  • Makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang seperti etok, kerang, kepah, kupang, lala, dan tiram.
  • Sayuran mentah (ulam dan salad).
  • Cendol.
  • Susu mentah.                                                                                            `


Apakah gejala jangkitan?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1-2 minggu selepas terdedah kepada jangkitan, tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas itu.


Antaranya: 
  • Demam berterusan dan berpanjangan dan suhu melebihi 40˚C
  • Cirit-birit.
  • Sembelit.
  • Sakit perut.
  • Sakit kepala.
  • Sakit badan / lemah / letih lesu.
  • Kurang selera makan.
  • Batuk tanpa kahak.
  • Denyutan jantung perlahan (bradycardia).
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan).
  • Bengkak limpa dan hati. 


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

1. Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis) manusia yang mengandungi bakteria Salmonella Typhi.

2. Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).


Komplikasi Penyakit

1. Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.

2. Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh daripada demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (pembawa typhoid).




Rawatan

Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.

Rawatan dengan antibiotik seperti Chloramphenicol, Ampicilin, dan Ciprofloxacin biasanya diberikan.


Bagaimanakah untuk mencegah demam kepialu? 
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan.
  • Hanya makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya.
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti ais, sayuran mentah atau ulam, buah-buahan dan makanan yang dibeli daripada penjaja semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. 
  • Elakkan ais kecuali ais yang dibuat daripada air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. 
  • Mendapatkan pelalian vaksin demam kepialu. 
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja (najis) yang sesuai terutama selepas banjir atau bencana alam. 
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan.




Apakah tindakan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu?

Jumpa doktor anda segera.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie
https://www.facebook.com/ahp.positif


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com