Friday, December 13, 2013

PENGLIBATAN AKU MEWAKILI PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2013





Tarikh: 5 Disember 2013
Hari: Khamis
Masa: 8 pagi – 1 petang
Tempat: Dewan Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Gemas

Pada 5 Disember 2013, aku dijemput sebagai salah seorang ahli panel sesi Perkongsian Pengalaman sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) secara terbuka kepada masyarakat oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Sembilan di Gemas. Para peserta terdiri daripada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, NGOs, wakil jabatan-jabatan kerajaan setempat, individu prihatin, orang awam, dan sebagainya. Kehadiranku ditemani oleh Kak Da, Ummie, dan Danish.



Sebelum majlis bermula, aku sempat mengambil kesempatan beramah mesra dengan beberapa sahabat FB, komuniti yang turut hadir memberikan sokongan atau terlibat sebagai sukarelawan dalam membantu perjalanan program dalam mewakili NGO masing-masing.


Aturcara majlis perasmian adalah seperti berikut:

8.00 pagi        Aktiviti ‘I Want Sihat’ (COMBI dan Belia Taman Sentosa)

8.30 pagi        Pendaftaran Peserta

9.00 pagi        Ceramah oleh Dr. Junaidah binti Abd. Rahman
                        Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Gemas

9.30 pagi        Sesi Berkongsi Pengalaman Bersama Wakil-Wakil NGO

                        Pameran Kesihatan
                        (HIV/AIDS, Program Harm Reduction, Pendermaan Organ)

                        Kuiz Kesihatan

10.45 pagi      Cabutan Bertuah

11.00 pagi      Ketibaan Dif Jemputan

                        Bacaan Doa

                        Ucapan Aluan oleh Y.Bhg. Dato’ Hajah Zailan binti Dato’ Haji Adnan
                        Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

                        Ucapan Perasmian oleh Y.B. Dato’ Shamshulkahar bin Mohd Deli
                        Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan & Kesihatan Negeri

                        Penyampaian Cenderahati

1.00 petang   Jamuan dan bersurai


Briefing oleh Dr. Junaidah binti Abd. Rahman,
Pakar Perubatan Keluarga, KK Gemas
sebelum sesi perkongsian

Semasa perkongsian forum, aku telah cuba memberikan yang terbaik kepada audiens untuk mendapat maklumat sebaik mungkin melalui perspektif aku yang mewakili komuniti dan selebihnya terpulanglah kepada penerimaan masing-masing. Ground rules dan tumpuan khalayak semasa sesi perkongsian tidak begitu memuaskan untuk program yang sehebat ini kerana ruang pameran turut diadakan di dalam dewan yang sama. Audiens bebas bergerak ke sana sini dan suasana agak bising. Sound systemnya juga masih boleh diperbaiki.

Pameran NSEP Kit oleh Sahabat META

Sebahagian daripada audiens

Sebahagian daripada kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri yang hadir memberikan sokongan

Sebahagian daripada ruang pameran di bahagian belakang dewan

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, ianya masih hebat dan dianggap berjaya. Aku berharap, usaha-usaha sebegini akan terus dilaksanakan untuk memberikan kesedaran yang tepat kepada masyarakat dalam menentang stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap ODHA.

Upacara perasmian oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, VVIP, para tetamu, jabatan-jabatan kerajaan lain, NGOs, dan mereka yang telah menjayakannya.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:







Wednesday, December 04, 2013

SUMBANGAN KECIL PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA (PPWM) SEMPENA SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN DI KUALA TERENGGANU 2013



Aku semasa pementasan “Hanya PadaMu”


Sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 yang diadakan di Kuala Terengganu yang lalu, Majlis AIDS Malaysia (MAC) menjemput aku mewakili PPWM dalam satu slot pementasan yang diberi tajuk “Hanya PadaMu” pada 30 November (Sabtu), 8:30 pm – 11:00 pm di Gamelan Ballroom, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu bersama-sama tiga Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA) yang lain. Pementasan tersebut sebenarnya ala-ala pantomen, tetapi disebabkan aku bukanlah orang seni, kesudahannya sharing aku lebih kepada perkongsian pengalaman secara terbuka sahaja.

Antara selebriti sokongan Riben Merah yang turut memeriahkan pementasan “Hanya Pada Mu” iaitu Aaron Aziz dan Bob

Mungkin selama ini orang luar melihat aku sebagai seorang yang sangat berkeyakinan berada di khalayak, tetapi hakikatnya sebagai seorang yang public shy dan sentiasa inferior, lebih baik aku menjadi diri aku sahaja. Sukar untuk merancang pergerakan, intonasi, gaya, dan sebagainya sedangkan points utama yang ingin disampaikan lebih perlu diutamakan.

Ummie, Danish, Kak Da, Danial

Kehadiranku ditemani oleh semua ahli anggota keluargaku, iaitu Kak Da, Ummie, Danial, dan Danish. Penginapan kami selama 3 hari (30 November hingga 2 Disember 2013) ditaja di Primula Beach Hotel. Terlanjur ke sana, kebetulan Danish baharu sahaja usai menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku membawa mereka untuk belajar berkongsi sokongan sambil-sambil bercuti dan untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa kami sekeluarga tidak ada sebarang masalah menjalani kehidupan seperti biasa sekalipun aku seorang ODHA.

Dalam medan yang terhad itu, aku mahu mengoptimumkan kesempatan yang diberikan kepada PPWM, kepadaku untuk memberikan impak tertentu terhadap isu stigma, diskriminasi, dan judgmental di dalam masyarakat terhadap ODHA tanpa mengira apa juga punca jangkitan. Aku melihatnya sebagai satu jihad dan peluang melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang sangat penting. Aku hanya cuba menyampaikan info sebaik mungkin dalam waktu yang sangat terhad dan penerimaan terpulang kepada masyarakat. Menyampaikan kebenaran adalah tanggungjawab setiap individu. Penerimaan terpulang kepada hidayah Allah.

Suasana di majlis perasmian sambutan Hari AIDS Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan

Aku juga melihat peluang tersebut sebagai satu peluang yang sangat bermakna untuk mengenali dan mengukuhkan silaturrahim dengan lain-lain NGO, supporters, dan volunteers. Ini adalah peluang baik untuk aku membalas jasa baik Kementerian Kesihatan Malaysia, MAC, dan JAKIM yang diberikan kepadaku selama ini. Sudah tentu sebagai satu dedikasi kepada doktorku yang sangat hebat, iaitu Dr. Iskandar Firzada bin Osman dari Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan.

Kami memandu sendiri ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan, kami sempat singgah bertemu beberapa orang komuniti untuk saling bertukar sokongan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, hujan sentiasa turun mencurah. Alhamdulillah, perancangan asalku untuk menunggang motorsikal buruk kesayanganku secara solo bagi menjalankan kempen kesedaran HIV terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Jika tidak, mungkin aku menggigil kesejukan sepanjang perjalanan dan kempen tidak juga dapat dilaksanakan.


Alhamdulillah, selepas sesi perkongsian tersebut, aku mendapat banyak ucapan terima kasih dan tahniah daripada pelbagai pihak termasuk VVIP. Aku tidak dapat menilai penerimaan mereka kerana ianya sangat subjektif, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempamerkan rasa gembira dengan perkongsianku.

Selain slot tersebut, ada pelbagai aktiviti yang lain dan aku akui tidak mampu menghadiri kesemuanya. Antaranya:

1 Disember

Kejohanan Futsal Riben Merah
9 am – 6 pm
Sports Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam
2 pm – 4 pm
Gamelan Ballroom, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

2 Disember

Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan
9 am – 4 pm
Stadium Tertutup Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
(Tetamu jemputan: Penaung Yayasan AIDS Malaysia – Datin Seri Paduka Rosmah Mansur)

Lawatan rasmi Yayasan Sime Darby ke Rumah Perlindungan Baitul Cakna
2 pm – 5 pm
Rumah Cakna Lelaki (Ajil) dan Rumah Cakna Wanita (Batu Rakit)

Selain itu, terdapat beberapa aktiviti penting lain seperti jamuan hi-tea, mesyuarat pengurusan, dan perancangan oleh pihak MAC bersama KKM, JAKIM, dan pelbagai NGO atau supporters.

Ustaz Zakaria Othman (moderator), dan para panelis iaitu Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, Encik Fahrin Ahmad, Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd Said

Fokus aku hanya kepada Forum Perdana Ehwal Islam yang akan disiarkan di TV1 dan Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan sahaja.

Melalui pemerhatianku sebagai seorang ODHA (infected people), program yang telah dirancangkan dan diaturkan memang sangat bermanfaat dan bermakna kepada komuniti. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang telah membantu menjayakannya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan individu yang dijemput sebagai panel yang dalam slot-slot tertentu bagi membicarakan dan mengupas topik-topik khas yang diamanahkan kerana mereka hanya melihat secara surface terhadap isu-isu hidup sebagai ODHA yang aku lalui.

Sebagai seorang yang sentiasa mendengar suara hati komuniti, aku lebih memahami mereka yang berdepan dengan pelbagai ujian hidup, tanpa mengira mereka golongan yang masih mengamalkan aktiviti berisiko, bekas pengamal aktiviti berisiko, pasangan dan anak-anak kepada ODHA, ahli anggota keluarga (affected people) yang turut menerima kesan, mangsa penganiayaan, ujian seksualiti (LGBT), penyakit rohani, dan sebagainya.

Dalam membantu, membina kepercayaan dan metodologi yang tepat kepada golongan sasaran sangat penting. Ini adalah usaha dakwah dan peluang mendapat pahala yang sangat luas. Jika empati, membina kepercayaan, dan metodologi (uslub dakwah) tidak tepat, ianya hanya akan tambah merumitkan keadaan. Golongan sasaran akan membentuk kelompok tersendiri. Aku percaya, sedikit demi sedikit kekangan ini akan diperbaiki.

Akhir kata, Alhamdulillah dan jazakumullah kheir sekali lagi kepada semua pihak yang tidak mampu aku senaraikan satu persatu. Hanya Allah dapat membalas kebaikan dan jasa mereka. Sila klik link video di bawah untuk mendengar perkongsianku dalam slot yang diamanahkan.



Sebagai makluman tambahan, insya Allah pada 5 Disember 2013 aku akan berada di Gemas untuk Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri, Negeri Sembilan sebagai salah seorang panel forum dan sesi soal jawab. Pada 7 Disember hingga 10 Disember 2013, aku akan berada di Sandakan, Sabah untuk program yang sama. Facebook aku untuk dihubungi ialah Ahp Pie. Ahp – Aku HIV Positif. Pie adalah nama panggilan keluarga dan teman-teman rapat. Setakat ini, aku sentiasa update beberapa info berkaitan HIV dan kekeluargaan jika berkelapangan di FB tersebut.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:






PEMENTASAN "HANYA PADAMU"








Sambutan Hari AIDS Sedunia 2013
Pementasan “Hanya Padamu”
Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
Mewakili Persatuan Positive Warriors Malaysia



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com




SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013


Tarikh: 8 Disember 2013
Hari: Ahad
Masa: 8 pagi
Tempat: Taman Layang-Layang, Gombak (Taman Metropolitan)


TENTATIF

7.00 pagi – 8.00 pagi
Senam Robik

8.00 pagi – 8.30 pagi
Pendaftaran

9.00 pagi – 9.30 pagi
Sharing Moment (Wanita)

9.00 pagi – 10.00 pagi
Pertandingan Mewarna

9.30 pagi – 10.00 pagi
Sambungan Sharing Moment

10.00 pagi – 11.00 pagi
Acara Perasmian:
- Ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
- Meniup Sumpit (Disampaikan Oleh Kumpulan Berbasikal)
- Acara Pentomen
- Pelepasan Acara Treasure Hunt
- Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Melawat Pameran

11.00 pagi – 11.30 pagi
Persembahan Rumah Perlindungan

11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Kuiz

12.00 tengah hari – 1.00 petang
Penutup
Penyampaian Hadiah



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com