Friday, December 12, 2014

BERKONGSI PENGALAMAN TENTANG ISU HIV ANJURAN KLINIK KESIHATAN TELUK INTAN


Ucapan Perasmian oleh ADUN Changkat Jong


Pada hari Khamis, 4 Disember 2014 yang lalu, aku dijemput sebagai wakil Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) menghadiri Karnival Red Ribbon 2014 sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia dan Hari Bersama Pelanggan Kesihatan Teluk Intan, Perak.

Ianya diadakan di Dataran Menara Condong, bermula jam 8.00 pagi – 2.00 petang. Perasmian oleh Datuk Mohd Azhar bin Jamaluddin, YB ADUN Changkat Jong. Program adalah anjuran bersama Klinik Kesihatan Teluk Intan, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Teluk Intan, dan Pertubuhan Komuniti Intan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Teluk Intan. 

Lokasinya yang sangat menarik dan peluang berkongsi pengalaman hidup sebagai people living with HIV (PLHIV) secara terbuka memang sukar aku lepaskan.

  
AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


PENAUNG:
Dr. Ruzita binti Mustafa
(Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak)

PENASIHAT:
Dr. Azira binti Baharudin
(Pakar Perubatan Keluarga UD54)

PENGARAH:
Dr. Sarah binti Zulkarnain

SETIAUSAHA:
Dr. Jazilah Lubis binti Muhyiddin

BENDAHARI:
Dr. Azyatie binti Kastari

AJK:



Jemputan:
Encik Safariza bin Shaharudin

Pameran & Pemeriksaan Kesihatan:
Cik Azimi binti Mohamad Shuhaili

Persiapan Tempat & Audiovisual:
Encik Zulkiswa bin Komar

Cenderahati:
Puan Maimuna binti Ahmad

Jamuan:
Puan Khalijah binti Abd Rahim

Pendaftaran:
Puan Norhasni binti Adnan

Protokol:
Puan Nor Aisyah binti Ghazalee



Tentatif program adalah seperti berikut:

7.45 pagi
Pendaftaran peserta
8.15 pagi
Senamrobik
8.40 pagi
Sarapan
9.00 pagi
Ceramah: HIV/AIDS dan Situasi Semasa
9.45 pagi
Cabutan Bertuah
10.00 pagi
Forum HIV/AIDS: Apakah Reaksi Anda?
10.45 pagi
Cabutan Bertuah
11.00 pagi
Perkongsian Kisah Hidup: Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
11.45 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar
Ucapan Aluan Dr. Ruzita binti Mustafa
(Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak)
Ucapan Perasmian Datuk Mohd Azhar bin Jamaluddin
(YB ADUN Changkat Jong)
Cabutan Bertuah
Penyampaian Cenderahati
Persembahan
12.45 tengah hari
Pameran Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan
1.00 petang
Jamuan makan tengah hari
Bersurai



Forum HIV/AIDS: Apakah Reaksi Anda?

Gimik Perasmian oleh YB ADUN Changkat Jong


Pimpinan ikrar kita


Barisan penceramahnya ialah:

1.
Dr. Azira binti Baharuddin
(Pakar Perubatan Keluarga KK Teluk Intan)

2.
Cik Jennifer Alexander
(Ketua Jabatan Psikologi Kaunseling Hospital Seri Manjung)

3.
Sahibul Fadilah Ustaz Harith Fadzilah bin Haji Abd Halim
(TImbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, JAIPk)

4.
Puan Suraban binti Hamid
(Wakil Pertubuhan Komuniti Intan)

5.
Encik Mohamad @ Pie bin Wahid (AHP)
(Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia)


Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan Dr. Sarah selaku Pengarah Program dan sepanjang program dijalankan, aku mendapat layanan yang sangat baik dan profesional daripada pihak penganjur.

Melalui pemerhatianku, pelaksanaan program telah diatur dengan sangat baik untuk manfaat masyarakat bagi memenuhi matlamat kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu “Getting To Zero”. Kita berharap semoga program-program sebegini sentiasa berterusan dan turut dianjurkan oleh klinik-klinik kesihatan yang lain di seluruh negara.




Kehadiranku di sana adalah pada sebelah petang sehari sebelum program yang turut ditemani oleh Kak Da dan Ummie. Mereka berdua sengaja aku bawa sebagai salah satu bukti kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya sokongan keluarga terhadap PLHIV dan menentang salah faham terhadap PLHIV. Aku yakin, mereka juga sedikit sebanyak boleh dijadikan contoh kepada masyarakat, khususnya affected people.

Jarak yang jauh (Temerloh – Teluk Intan) dan demi mengambil peluang untuk bertemu bebarapa ahli komuniti dan supporters di sana sejak kami tiba telah kami cuba manfaatkan sebaik mungkin.

Beberapa ahli PPWM juga turut hadir memberikan sokongan walaupun ada yang datang dari Kuala Lumpur. Selain itu, aku berasa sangat beruntung berpeluang berjumpa dan berkongsi pengalaman bersama supporters dan volunteers berpengalaman dari Pertubuhan Komuniti Intan.


Bual bicara bersama Dr. Jazilah Lubis


Persembahan pentomen Pertubuhan Komuniti Intan


Sebahagian daripada para peserta yang hadir


Wakil Gerakan Belia 4B menerima penghargaan daripada pihak penganjur



Kak Da dan Ummie bersama supporters yang turut hadir memberikan sokongan

Bersama sahabat supporters dan volunteers Pertubuhan Komuniti Intan


Sesi perkongsian pengalamanku dalam bentuk bual bicara dengan Dr. Jazilah telah cuba aku laksanakan sebaik mungkin demi menghargai kepercayaan dan susah payah pihak penganjur. Aku berharap ianya dapat memberikan sedikit impak untuk membuka mata masyarakat berkaitan isu-isu HIV.

Paling menarik yang aku temui dalam program kali ini ialah pihak penganjur sangat jelas dengan salah satu objektif mereka iaitu untuk menghapuskan prejudis, diskriminasi, dan stigma. Sejujurnya aku rasa sangat kagum. ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH!


Bersama para VIP dan pihak penganjur


Akhir kata, jazakumullah khier kepada pihak penganjur, penaja, dan hadirin yang telah hadir memberikan sokongan atas tanda keprihatinan. Secara peribadi, aku memohon jutaan ampun dan maaf atas segala kelemahan diri.


Bersama Dr. Sarah dan suami


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, December 11, 2014

ADAKAH KITA SEDANG MENGUNDUR KE BELAKANG DALAM SESETENGAH ISU BERKAITAN HIV?






Aku pernah kongsikan dalam salah satu entry blog sebelum ini tentang hak seseorang people living with HIV (PLHIV) yang bakal berkhidmat atau sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

Adakah benar bahawa pelajar perubatan yang telah didiagnos sebagai PLHIV tidak akan ditawarkan berkhidmat atau meneruskan perkhidmatan?

Ya. Begitulah dasar terkini KKM, tetapi kepada pelajar perubatan peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda atau degree asas sahaja.

Jika mereka telah ditawarkan atau sedang berkhidmat dengan KKM, dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana atau Master, ianya tidak menjadi isu.

Cuma, Master tersebut mungkin perlu ditukar kepada bidang lain yang tidak terlibat dengan exposure prone procedure (prosedur rawatan yang mendedahkan perawat kepada risiko) demi menjaga kebajikan staf itu sendiri dan untuk mengelakkan salah faham masyarakat.




Semua majikan, termasuk KKM, mempunyai hak untuk memilih pekerja. Contohnya, jika KKM enggan menerima seorang siswazah perubatan disebabkan beliau merupakan seorang PLHIV, maka senario itu kita tidak boleh namakan sebagai diskriminasi.

Tetapi, jika seseorang pengamal perubatan (doktor atau jururawat), contohnya, MEMANG TELAH DILANTIK, atau SEDIA ADA dalam perkhidmatan, kemudian didapati HIV positif semasa dalam perkhidmatan, dan dibuang kerja kerana status kesihatannya itu, barulah tepat jika kita menyatakan KKM melakukan diskriminasi.

KKM hanya boleh re-assign their duties (memberikan tugasan lain) kepada seseorang pengamal perubatan yang dikenal pasti positif HIV ketika berada di dalam perkhidmatan.

Contohnya, jika sebelum ini mereka bertugas di bahagian kecemasan, pengamal perubatan itu akan ditempatkan di bahagian pengurusan atau yang tidak terlalu terlibat dengan patients.

AHP Pie:
Sekali lagi diulangi, bukan kerana berisiko menjangkitkan HIV kepada patients. PLHIV  tidak membahayakan sesiapa bahkan turut mampu menguruskan kes-kes exposure prone procedure apabila viral load mereka kekal rendah, tetapi demi kebajikan mereka sendiri dan mengelakkan salah faham.

Syarat utama prosedur kes-kes begini ialah kakitangan kesihatan terbabit perlu memastikan viral load HIV rendah, viral load Hepatitis-B adalah sifar, dan viral load Hepatitis-C adalah rendah (hepatitis hanya jika berkaitan).

Mematuhi prosedur rawatan, memakai personal protective equipment (PPE), iaitu peralatan perlindungan peribadi seperti mask, gloves, dan sebagainya pula sudah tentu perlu diamalkan oleh setiap perawat.




Bagaimana pula dengan kerahsiaan maklumat PLHIV tersebut ketika meneruskan perkhidmatan di sesebuah hospital?

Hanya Ketua Jabatan yang boleh dan perlu mengetahui status positif HIV seseorang kakitangan di bawah seliaan beliau. Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerahsiaan perkara tersebut.

Jika Ketua Jabatan mahu memberikan maklumat berkenaan kepada orang lain, kakitangan tersebut perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Sekiranya berlaku kebocoran maklumat sulit tersebut, kakitangan terbabit boleh memberikan amaran untuk diambil tindakan kepada Ketua Jabatan dan kakitangan yang lain.


Isu terkini

SEBALIKNYA, Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) baru-baru ini mendapat aduan daripada sahabat komuniti yang TELAH DILANTIK dan baru memulakan perkhidmatan telah dibocorkan maklumat status kesihatannya di sebuah hospital.

Sebagai staf baru dan muda, PLHIV tersebut merasa sangat tertekan dan aib diri didedahkan, sekalipun beliau sebenarnya telah melepasi semua syarat-syarat asas untuk berkhidmat.

Bukan itu sahaja, menurut maklumat yang diterima, beliau juga telah diarahkan 'bercuti' dan terpaksa pulang ke kampung. Lesen perkhidmatan beliau sebagai doktor mungkin tidak akan diberikan.

Bayangkan tekanan yang beliau sedang hadapi, masa depan dan harapan keluarga yang dipikul terpaksa dilepaskan sedangkan beliau mampu berkhidmat.

Alasan apa yang mahu diberitahu kepada keluarga? Saya HIV positif, saya 'membahayakan' patients saya. Begitu?


Respon PPWM

PPWM tahu bahawa kami tidak ada sebarang kuasa untuk mencampuri dasar KKM, dan KKM ada rasional dan dasar tertentu. Maklumat tersebut pula hanya dari sebelah pihak.

Tetapi jika ianya benar, sebagai sebuah NGO yang menyokong sepenuhnya dan turut membantu dasar KKM menuju sifar, langkah tersebut dilihat agak kontra dan menyedihkan.


Sebagai perbandingan, mari kita baca artikel ini pula:


Larangan Bagi Doktor Yang Disahkan HIV Positif Untuk Melakukan Pembedahan Ditarik Balik.

15 Ogos 2013

Doktor yang menerima rawatan yang berkesan bagi HIV boleh melakukan prosedur pembedahan berbanding larangan yang dinyatakan sebelum ini, dilaporkan oleh kerajaan United Kingdom (UK).

Tindakan ini disahkan oleh Persatuan Perubatan British (British Medical Association (BMA)).

Jabatan Kesihatan telah mendedahkan pada hari ni bahawa pekerja kesihatan yang menerima terapi anti-retroviral (ART / HAART) dan viral load mereka pada peringkat undetectable, boleh melakukan prosedur pembedahan dan pergigian bermula awal tahun 2014.

Satu sistem pendaftaran baru yang dikendalikan oleh Kesihatan Am England akan memantau rawatan dan viral load bagi doktor, doktor gigi, dan jururawat yang dijangkiti HIV setiap tiga bulan sekali untuk memastikan keselamatan pesakit.

Jabatan Kesihatan menekankan bahawa keputusan bagi membenarkan pengamal-pengamal perubatan ini melakukan prosedur-prosedur ini bergantung kepada kes-kes tertentu.

Peraturan baru ini juga membolehkan orang awam untuk membeli kit ujian sendiri untuk digunakan di rumah bermula April 2014 sekiranya ujian tersebut memenuhi piawaian Eropah.

Kit ujian sendiri telah dilarang daripada digunakan pada awal 1990an disebabkan keputusan yang kurang tepat.


Menangani Stigma

Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan Pekerjaan BMA, David Snashall menerima perubahan yang telah terbukti, yang mampu memajukan UK setaraf dengan negara-negara barat yang lain.

Beliau berkata: "TIDAK ADA rekod mana-mana pesakit di UK yang pernah dijangkiti HIV daripada pekerja kesihatan, dan perubahan ini boleh mengurangkan lagi risiko dengan memudahkan pekerja kesihatan untuk melakukan ujian bagi diri sendiri."

AHP Pie:
Pembaca mesti faham beza antara teori dengan rekod (statistik). Kita tidak bercakap atas dasar teori.

"Ini adalah perubahan yang positif di mana perubahan ini boleh meningkatkan jumlah yang didiagnos dan membantu menangani stigma yang dihadapi mereka yang hidup dan bekerja dengan HIV di UK."

Mengumumkan tindakan tersebut, Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Dame Sally Davies berkata, isunya adalah sama ada pekerja kesihatan boleh menjangkiti berbanding sama ada mereka telah dijangkiti.

Beliau menekankan bahawa, di bawah sistem yang baru, pesakit akan menghadapi kemungkinan yang lebih tinggi untuk disambar petir berbanding untuk dijangkiti HIV oleh pekerja kesihatan.

Tiada sebarang kes dilaporkan di UK setakat ini berbanding empat kes yang dilaporkan di seluruh dunia, dan tidak satu pun daripada itu melibatkan pekerja kesihatan yang SEDANG MENJALANI RAWATAN.

Dame Sally berkata, "Kita mempunyai PERATURAN YANG KETINGGALAN. Pada ketika ini, kita melarang sepenuhnya pekerja kesihatan yang dalam proses rawatan HIV daripada melakukan banyak prosedur pembedahan."


Membantu Perkhidmatan Kesihatan Negara (National Health Service (NHS))

Dame Sally juga mengatakan  bahawa undang-undang baru ini "tidak memecahkan tradisi, tetapi bergerak selari dengan dasar terhadap jangkitan-jangkitan lain," berikutan perubahan terdahulu yang membenarkan pekerja kesihatan yang dijangkiti hepatitis B dan C untuk kembali bertugas jika mereka bertindak balas dengan baik terhadap rawatan yang diberikan.

"Sekarang, kita meletakkan HIV dalam kotak yang sama," beliau menegaskan.

"Rawatan yang baik, tindak balas yang berkesan, tidak menjangkiti, mampu meneruskan kehidupan seperti biasa, melaksanakan tugas dengan baik, dan membantu NHS."

Beliau menambah bahawa perubahan ini turut MAMPU MENINGKATKAN KESELAMATAN PESAKIT, di mana ia menggalakkan pekerja kesihatan untuk tampil mendapatkan ujian pengesahan dan terus mendapatkan rawatan.

"Ini juga bermaksud bahawa kita berlaku ADIL terhadap pekerja kesihatan kita dan kita TIDAK MEMBAZIRKAN KEWANGAN NEGARA dengan memberikan latihan dan apa yang telah dilalui oleh doktor, doktor gigi, dan jururawat."




Piawaian profesional Majlis Perubatan Am (General Medical Council (GMC)) masih lagi memerlukan doktor dan pelajar perubatan untuk melakukan ujian dan mendapatkan rawatan jika mereka percaya bahawa mereka mampu menjangkiti pesakit melalui virus yang tersebar melalui darah.

Pelajar perubatan masih akan diuji untuk virus jangkitan darah seperti HIV jika mereka berniat untuk menjalankan prosedur yang membuatkan mereka terdedah kepada risiko, sebagaimana pekerja kesihatan yang baru memulakan tugas.


Sumber:




Terjemahan: Shux (Setiausaha Kehormat PPWM)


Berdasarkan info di atas, re-assign duties pun sebenarnya tidak perlu asalkan PLHIV tersebut melepasi syarat kelayakan.

Bandingkan 2 situasi yang diberikan. Adakah kita sedang melangkah ke depan atau mengundur ke belakang dalam kempen "Getting To Zero"?


Fakta bukan cerita atau auta!

Wallahu a'lam.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, December 02, 2014

ADAKAH USTAZ AZHAR IDRUS AKAN DIJANGKITI HIV MELALUI PERGAULAN KASUAL?




Reverse psychology.

Setiap kali berjumpa ulama dan pendakwah yang aku hormati, spontan aku pasti mencium tangan mereka sewaktu bersalaman.

Ianya tidak bergantung sama ada nama mereka besar atau tidak. Ianya atas sebab-sebab tertentu dan memang begitu cara aku dididik menghormati seorang guru.

Secara jujur, aku tidak memberi respon begitu kepada semua ulama dan pendakwah. Tambahan lagi dalam usia senja begini, agak janggal untuk mencium tangan individu yang hampir sebaya.

Sekalipun people living with HIV (PLHIV) dan pembawaanku nampak biasa (ala-ala tidak sedar diri sudah tua), aku bukanlah terlalu buta dalam soal agama.

Aku dididik dengan tegas dalam soal agama. Individu yang rapat tahu siapa aku yang sebenarnya. Sedikit sebanyak tempias atau nilai Islam insyaAllah ada dalam diriku.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) adalah salah seorang pendakwah yang ada kekuatan tertentu yang menyebabkan aku rela melakukannya secara spontan.

Tindakanku bukan kerana fanatik, tetapi aku memang menghormati beliau atas segala usaha dakwah yang telah dilakukan.

Bukan semua orang sukakan UAI. Realiti perbezaan fikrah pemikiran manusia dan itulah resam perjuangan.

Antara alasan segelintir pihak yang tidak menyukai UAI kerana mereka berpendapat UAI berbahasa kasar semasa menyampaikan ceramah dan cenderung kepada pandangan politik tertentu. Itu terpulang kepada pandangan masing-masing.  

Tetapi bagi aku, pelik juga jika kita sebagai muslim tetapi tergamak memisahkan agama dan politik. Islam itu syumul (sempurna), dan Malaysia adalah negara demokrasi. Yang memudaratkan ialah faktor sikap individu dan taksub melulu. 

Secara peribadi, aku sentiasa cuba bersikap terbuka dengan kepelbagaian perbezaan pandangan. Bergaul dengan bermacam-macam golongan. Aku pentingkan effort dan ilmu yang UAI sampaikan. Sebagai dewasa, aku cukup matang membuat penilaian. Jadi, bagiku, ianya bukanlah isu. 

Kesan hasil usaha dakwah UAI tiada tandingan jika dibandingkan dengan 'kelemahan' yang digembar-gemburkan.

Baru-baru ini aku terserempak dengan UAI dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di sekitar Kuala Lumpur. Kami bersalaman, aku mencium tangan UAI, bertanya khabar, dan memeluk bahu UAI ketika bergambar sebagai kenang-kenangan.

Satu perkara yang aku terfikir ketika itu ialah apa agaknya respon UAI jika UAI tahu bahawa aku adalah seorang PLHIV? Hahaha...

Tetapi, sebagai seorang yang berilmu, aku yakin UAI sangat memahami kerana sentiasa menyantuni pelbagai golongan, UAI tidak akan bersikap negatif.

Negatif sekali pun, ada aku kisah? PLHIV tidak membahayakan non-PLHIV, tetapi non-PLHIV yang mungkin membahayakan PLHIV melalui hubungan kasual.

Point aku ialah itulah bukti bahawa siapa pun kita, sama ada kita pendakwah, ulama', imam, ustaz, suri rumah, kerani, Tan Sri, Datuk, Datin, CEO, guru, pengarah, artis dan sebagainya, setiap hari anda mungkin sentiasa bergaul dengan PLHIV tanpa disedari. Kita sahaja yang tidak menyedarinya.

PLHIV yang menjalani rawatan, meneruskan kehidupan seperti biasa dalam masyarakat, dan sentiasa berjasa kepada agama, bangsa dan negara, jauh lebih ramai berbanding dengan PLHIV di jalanan seperti yang sering digambarkan.

PLHIV mungkin individu yang sentiasa membantu anda dan merupakan orang-orang yang anda kagumi atau hormati.

Mungkin individu yang merawat anda, pengarah yang meluluskan permohonan-permohonan tertentu anda, chef di restoran kegemaran anda, peguam yang membela anda, imam yang mengimamkan solat jamaah di kariah anda, ustaz kepada anak-anak anda, pengurus jenazah ibu anda, dan pilot penerbangan anda mungkin adalah PLHIV. PLHIV sentiasa ada di mana-mana sahaja dalam masyarakat.

Peliknya, sehingga 2014 masih ramai yang stigma, diskriminasi, dan judgemental terhadap PLHIV. Masih salah faham tentang cara jangkitan.

Jika cara jangkitan HIV semudah yang dimomokkan dan sangat merbahaya seperti yang dibayangkan, aku yakin sudah lama pupus manusia di dunia ini kerana PLHIV sentiasa ada di mana-mana dalam masyarakat.

Paling cepat pupus adalah doktor, jururawat, dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri kerana mereka merawat sesiapa sahaja termasuk PLHIV yang belum didiagnos atas sebab-sebab penyakit lain.

Tidak terkecuali UAI yang memang sentiasa dikelilingi masyarakat. Setahu aku, UAI diminati oleh ramai PLHIV.  Ramai PLHIV yang menghadiri ceramah UAI, bersalaman, dan bergambar. Akan berjangkitkah HIV dengan cara tersebut?

Berdasarkan gambar yang disertakan sebagai contoh, aku percaya sedikit pun UAI tidak menyangka bahawa aku adalah PLHIV!

So, you got my points, right?

Ini fakta bukan auta!


P/S: Kepada para peminat UAI yang mungkin terbaca sharing ini, jangan risau. UAI tidak dijangkiti HIV dengan cara ini. Hahaha...



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Monday, December 01, 2014

HARI AIDS SEDUNIA






Bersama-sama kita memahami objektif sambutannya yang diadakan setiap tahun pada 1 Disember.

Faham objektif, faham pula tindakan dan usaha yang dapat kita jalankan mengikut kemampuan masing-masing. 

Fardhu ain – fardhu kifayah.
Menjaga hubungan dengan Allah.
Menjaga hubungan sesama manusia.










Fakta bukan cerita atau auta!


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:


No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com