Monday, November 10, 2014

HIV DAN STI





HIV dan sexually transmitted infections (STI) / penyakit-penyakit kelamin sukar dipisahkan bagi yang dijangkiti HIV melalui hubungan seks berisiko.

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) mengambil pendekatan menyantuni dan mencadangkan pengamal atau bekas pengamal aktiviti berisiko yang telah dijangkiti supaya mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum penyakit tersebut tersebar kepada golongan yang tidak berdosa terutama isteri dan bakal zuriat.

Soal bagaimana mereka mahu menghentikan aktiviti berisiko tersebut, kami cuba kaunseling secara berhikmah.

Kami bukanlah penguatkuasa undang-undang. Kami memberi ruang dan peluang untuk mereka berubah secara sukarela tanpa stigma, diskriminasi, dan judgemental.

Antara penyakit-penyakit kelamin yang paling kerap menjangkiti pengamal aktiviti berisiko ini ialah Syphilis.

Syphilis merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya. Penyebabnya ialah kuman yang dikenali sebagai Treponema Palledum.

Cara jangkitan utamanya ialah melalui hubungan seksual.

Perkembangan penyakit Syphilis di dalam tubuh melalui beberapa tahap.

Peringkat awal jangkitan, biasanya tanpa gejala. Mereka yang dijangkiti biasanya merasakan bahawa mereka sudah sihat atau sembuh sedangkan kuman masih terdapat di dalam darah.

Setelah bertahun-tahun, Syphilis dapat memberi kesan kepada saraf. Biasanya terjadi setelah 2-20 bulan dijangkiti.

Selain saraf, kuman juga menyerang pembuluh darah. Biasanya terjadi setelah 7 tahun dijangkiti. Bahkan Syphilis juga menjadi salah satu penyebab stroke setelah 20 tahun dijangkiti tanpa rawatan.



  
Ujian TPHA dan VDRL

Untuk mengetahui sama ada dijangkiti Syphilis atau tidak, golongan berisiko mesti menjalani ujian darah yang dinamakan TPHA (Treponema Palledum Hemaglutination).

Selain TPHA, dilakukan juga ujian VDRL (Venereal Disease Research Laboratory). Ujian VDRL (RPR) merupakan ujian saringan untuk jangkitan Syphilis.

Ia mengesan kepekatan antibodi kuman Syphilis di dalam darah. Lagi besar ratio atau nisbah, lagi banyak antibodi terhadap kuman Syphilis dan dijangkakan makin aktif kuman Syphilis tersebut.

Negative atau Non-Reactive adalah lebih baik di mana:

·        1:63 lebih tinggi/reaktif daripada 1:32
·        1:32 lebih tinggi/reaktif daripada 1:16
·        1:16 lebih tinggi/reaktif daripada 1:8
·        1:8 lebih tinggi/reaktif daripada 1:4
·        1:4 lebih tinggi daripada 1:2
·        1:2 lebih tinggi daripada 1:1

Walau bagaimanapun, ada keadaan di mana penghasilan antibodi oleh masalah-masalah perubatan berikut boleh cross-react dengan ujian VDRL (RPR) dan menghasilkan ujian yang reaktif walaupun sebenarnya seseorang itu tidak dijangkiti oleh kuman Syphilis (false positive).

Keadaan-keadaan tersebut adalah:
·        HIV
·        Lyme disease
·        Jenis-jenis Pneumonia tertentu
·        Malaria
·        Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Untuk menentusahkan sama ada seseorang itu dijangkiti kuman Syphilis selepas ujian VDRL (RPR) didapati reaktif, pihak perawat akan menjalankan ujian TPHA/TPPA.

Jika positif atau reaktif, maka sah bahawa seseorang itu telah dijangkiti oleh kuman
Syphilis. Walau bagaimanapun, untuk menentukan sama ada jangkitan kuman Syphilis itu baru atau telah lama, tidak boleh kerana ujian TPHA/TPPA ini akan kekal positif atau reaktif sepanjang hayat, sama seperti ujian untuk HIV Ab.

Selain daripada digunakan sebagai ujian saringan, jika seseorang itu telah ditentusahkan dijangkiti kuman Syphilis melalui ujian TPHA/TPPA, ujian VDRL (RPR) akan digunakan untuk memantau keberkesanan rawatan untuk jangkitan Syphilis.

Sebaik-baiknya setelah menerima rawatan, ujian ulangan VDRL (RPR) akan menunjukkan pengurangan sehingga non-reactive atau negatif (sama seperti ujian VL).

Jika non-reactive atau negatif, seseorang itu dikatakan telah sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, untuk ujian menjadi non-reactive atau negatif mengambil masa yang lama.

Oleh sebab itu, ujian tersebut hanya akan diulangi selepas 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan, dan 24 bulan selepas tamat rawatan.

Oleh sebab jangka masa waktu yang agak lama, maka jika ratio VDRL (RPR) berkurangan sebanyak 4 kali ganda dalam masa 3-6 bulan, maka dianggap bahawa rawatan tersebut telah berkesan.

Perkara ini benar hanya untuk Primary, Secondary, dan Early Latent Syphilis sahaja iaitu Syphilis yang dijangkiti serta dapat dikesan sebelum 2 tahun selepas dijangkiti.

Untuk jangkitan Syphilis yang telah melebihi 2 tahun (late Syphilis), ratio atau titer VDRL (RPR) tidak boleh turun sehingga non-reactive atau negatif.

Jika mereka telah menerima rawatan yang sempurna, penurunan VDRL sehingga <1:4 dan/atau penurunan RPR sehingga <1:8, dianggap sebagai telah berkesan dan sempurna.

Tahap ratio atau titer akan kekal, berkemungkinan untuk sepanjang hayat.

Untuk interpretasi (menjelaskan) titer (untuk mengukur kepekatan) VDRL (RPR), maklumat-maklumat berikut diperlukan:

1. Titer VDRL (RPR) sebelum terima rawatan 4 tahun yang lalu serta titer VDRL (RPR) selepas terima rawatan.

2. Jenis antibiotik yang diberikan, dosnya, serta berapa kali telah diberikan.




Mencegah lebih baik daripada merawat. Jauhi zina.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Isra': 32)



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Friday, November 07, 2014

KEGILAAN DAN KEZALIMAN APA LAGI YANG BAKAL BERLAKU TERHADAP KANAK-KANAK HIV POSITIF INI?


Mari baca kisah benar ini. Mohon jasa baik kepada semua reporter yang prihatin supaya highlight isu ini.




"Mariani (bukan nama sebenar) seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil seorang anak angkat (kita namakan sahaja sebagai Pie) dari sebuah rumah perlindungan.

Kedua-dua ibu dan bapa kandung Pie adalah HIV positif yang telah meninggal dunia disebabkan lewat menjalani rawatan dan akibatnya Pie juga dilahirkan sebagai HIV positif.

Dari rumah perlindungan dan di bawah jagaan ibu bapa angkatmya, Pie telah menerima rawatan Anti Retroviral Therapy (ART) sejak lahir dan membesar dengan sihat. Bacaan CD4 pada tahap lebih daripada 1000 dan Viral Load HIV-1 RNA kurang daripada 20 (not detected).

Awal tahun ini, Pie telah didaftarkan ke sebuah sekolah rendah. Baru-baru ini, ibu bapa salah seorang rakan sekelas kepada Pie, secara tidak sengaja, mendapat tahu berkenaan status kesihatan Pie.

Berikutan itu, ibu bapa kepada rakan sekelas Pie telah mengupah seorang peguam untuk menyaman ibu bapa angkat Pie dengan alasan mereka tidak mendedahkan status kesihatan Pie sebagai people living with HIV (PLHIV). Pie kononnya membahayakan anak-anak mereka. Ibu bapa angkat Pie sekali lagi telah menerima saman terhadap mereka pada 6 November 2014 ( Khamis).

Kejadian ini berlaku di Kuala Lumpur. Ini adalah kejadian kedua di mana ibu bapa angkat Pie disaman atas alasan yang sama.

Kali pertama, di sebuah sekolah sebelumnya, Majistret yang mendengar perbicaraan tersebut memutuskan bahawa ibu bapa angkat Pie bersalah kerana "menyembunyikan" fakta bahawa anak angkat mereka HIV positif, yang menerima rawatan berulang di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL), daripada ibu bapa murid yang lain.

Oleh sebab itu, Mahkamah mengarahkan ibu bapa angkat Pie untuk membayar tuntutan dan anak mereka diarahkan untuk ditukarkan ke sekolah yang lain.

Di sekolah yang kedua ini, sebagaimana diceritakan pada permulaan tadi, berlaku kejadian saman-menyaman sekali lagi."




Masyarakat am beranggapan seolah-olah anak-anak yang didiagnos sebagai HIV positif tidak boleh bersekolah dan bergaul dengan anak-anak yang dilahirkan sihat.

Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) sangat terkejut isu sebegini masih berlaku terutama di kawasan Kuala Lumpur yang sepatutnya majoriti masyarakatnya lebih bermaklumat dan bersikap terbuka.

Bacaan viral load telah membuktikan kanak-kanak tersebut sihat dan tidak membahayakan sesiapa.

Bahkan jika kita memahami HIV, non-PLHIV yang membahayakan PLHIV. Bukannya PLHIV yang membahayakan non-PLHIV. HIV pula hanya berjangkit dengan cara-cara tertentu sahaja.

Adakah kita rela kejahilan menjadi penghalang kepada kanak- kanak PLHIV tersebut mendapat pendidikan dan menjalani kehidupan seperti insan lain? Dalam erti kata yang lain, kita lebih rela kanak-kanak yang dijangkiti HIV menjadi mangsa keadaan akibat "kesalahan" ibu bapa mereka. Biarkan sahaja semua PLHIV dan kanak-kanak PLHIV ini bodoh dan mati, begitu?

Jika kita yakin sikap mendiskriminasi, menghina, dan memulau PLHIV adalah kaedah yang berkesan menyekat penularan virus, kenapa statistik menunjukkannya semakin meningkat? Bahkan majoriti berlaku kepada generasi muda Muslim, profesional, dan berbangsa Melayu.

Adakah menjadi 1 dosa dan kehinaan kepada insan-insan prihatin yang cuba membantu kanak-kanak PLHIVAdakah memang tuntutan agama dan budaya kita supaya bersikap begitu terhadap PLHIV?

Perlu difahami, bahawa ini bukan kes pertama yang PPWM hadapi. Kes-kes sebegini kerap kami lihat termasuk terhadap kanak-kanak non-PLHIV semata-mata kerana ibu dan bapanya PLHIV.

Ada pula seluruh ahli keluarga menentang hasrat insan-insan prihatin untuk menjadikan kanak-kanak PLHIV sebagai anak anak angkat. Lebih malang, kes-kes salah faham mengarut sebegini biasanya terjadi di kalangan golongan berpendidikan.

PPWM juga tertanya-tanya bagaimana hak kerahsiaan mengenai status kesihatan kanak-kanak PLHIV ini boleh bocor dan bagaimana pula haknya untuk mendapat layanan sama adil terutamanya hak mendapat pendidikan dalam sebuah negara Islam yang merdeka? 

Sama-sama kita fikirkan dan bertindak memperbetulkan keadaan. Menyebarkan info ini juga mungkin dapat meningkatkan kesedaran.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Wednesday, November 05, 2014

ANDA MUNGKIN ALAMI AIDS WALAUPUN ANDA NON-PLHIV





Sila fahamkan penjelasan berikut:


Umum biasanya menganggap AIDS akan berlaku hanya kepada people living with HIV (PLHIV) sahaja. Betulkah begitu?

Tidak. AIDS mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa HIV!


Apa alasannya?

Fahami maksud AIDS dengan tepat. AIDS adalah Acquired Immunodeficiency Syndrome atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.

Jika PLHIV, ianya mungkin (mungkin sahaja kerana AIDS boleh dielakkan dan dirawat) berlaku apabila sistem pertahanan badan menjadi lemah akibat diserang oleh virus. PLHIV tidak semestinya akan mendapat AIDS.

Hakikatnya, dalam kehidupan kita terdapat pelbagai penyakit kronik yang menyerang dan mampu melumpuhkan sistem pertahanan badan selain HIV.

Malah ada yang boleh menjadi penyebab kematian dengan pantas jika tidak dirawat dengan segera.

Situasi rendah dan lumpuh sistem pertahanan tubuh tersebut juga sebenarnya adalah AIDS walaupun AIDS biasanya hanya dirujuk kepada PLHIV sahaja.


Contoh?

Contoh paling biasa dan kita patut prihatin ialah diabetes. Ramai rakyat Malaysia adalah pengidap diabetes, menganggap remeh, dan enggan mendapatkan rawatan awal.

Akibatnya, sistem pertahanan tubuh pengidapnya lemah, mudah terkena pelbagai jangkitan penyakit termasuk rabun, gangrene, jantung, buah pinggang, dan pelbagai jangkitan kuman.




Malah diabetes tanpa rawatan sebenarnya lebih bahaya. Ianya lebih pantas menjadi punca kematian tanpa disedari berbanding HIV. Cuma biasanya pengidap diabetes tidak berdepan dengan stigma, diskriminasi, dan judgemental seperti PLHIV.

Sudah pasti mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tetapi rawatan awal lebih baik daripada lewat mendapatkan rawatan dan AIDS sekalipun tetap boleh dirawat.

Jadi, jangan bergantung kepada simptom semata-mata jika anda adalah pengamal aktiviti berisiko atau terdedah kepada risiko. (Contoh "berisiko" bagi pengidap diabetes ialah obesiti, faktor usia, genetik, dan pola pemakanan.)

Sila jalani ujian saringan HIV atau ujian glukos atau lain-lain ujian penyakit yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering war-warkan dalam kempen. Contohnya Influenza, Polio, Ebola, Leptospirosis, sexually transmitted infection (STI), Thalassemia, kanser, dan sebagainya.




Jelas bahawa AIDS sekadar indicator kepada situasi seseorang berisiko tinggi mendapat jangkitan penyakit-penyakit lain akibat lemah atau lumpuh sistem pertahanan tubuh.

SALAH jika AIDS dianggap adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Seseorang itu dianggap tidak sensitif dan gagal berfikiran jauh apabila mencatatkan AIDS sebagai punca sesuatu kematian PLHIV. Mereka tidak nampak betapa besar impaknya terhadap maruah si mati dan affected people kerana masyarakat kita belum betul-betul faham tentang HIV.

Ingat, AIDS bukanlah merujuk kepada nama khusus sesuatu penyakit. Jadi, jangan terlalu ghairah mencemuh PLHIV kerana kononnya meninggal disebabkan AIDS sedangkan anda juga mungkin meninggal dunia disebabkan oleh AIDS suatu ketika nanti walaupun tanpa HIV. 

Sama-sama kita fikirkan.





Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, November 02, 2014

HIV: PLEASE BE PROFESSIONAL!





Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) memang hargai segala dan jasa dan pengorbanan para perawat (doktor dan jururawat) membantu masyarakat termasuk kepada people living with HIV (PLHIV). Tetapi terdapat segelintir yang bersikap negatif dan sikap begini memang memualkan. PPWM tidak menuntut layanan VVIP pun terhadap PLHIV. Cukup layanan yang sama seperti para pesakit atau clients yang lain.

Sharing kali ini adalah kisah benar yang telah berlaku 4 - 5 tahun yang lalu tetapi tetap ada relevannya untuk dikongsikan kerana ianya masih berlaku di mana-mana sahaja di seluruh negara sehingga sekarang.

Bayangkan akibatnya jika kejadian tersebut menyebabkan PLHIV berkenaan enggan meneruskan rawatan. Apa kesannya terhadap kempen menuju sifar jangkitan baru dan AIDS yang telah dijalankan? 

Mari kita baca sebahagian daripada pengalaman PLHIV ini:


"Assalamualaikum. Sebelum ini saya ambil darah di General Hospital Melaka. Apabila tengok pada borang ambil darah saya ada signage "Bio Hazard", staff yang bertugas di kaunter dengan selamba tanya, "Macam mana awak dapat 'sakit' ini?"

Sedangkan pada masa itu ramai orang. Tempat duduk penuh, sampai ada yang berdiri. Saya diam sahaja. Staff tu tanya lagi, "Tak dengar ke? Macam mana awak dapat jangkitan?"

Disebabkan banyak kali berdepan situasi tersebut, saya request kepada Family Medical Specialist (FMS) supaya memindahkan saya untuk menjalani temujanji rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Umbai. Di sana keadaan tetap sama dan staffnya lebih laser."

"Antara ayat yang saya ingat ketika nurse mengambil darah saya, "Awak dari Merlimau, kan? Kenapa datang ambil darah di sini since awak refer di sana? Awak ingat kami ni tak nak hidup lama ke?"


Terdapat 3 kelemahan ketara yang sepatutnya dapat dielakkan telah berlaku kepada PLHIV tersebut dalam isu ini:

1. Signage dan labelling sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana PPWM percaya bahawa Personal Protection Equipment (PPE), rekod, dan standard of procedure (SOP) sedia ada telah memadai untuk urusan rawatan dan sebagai langkah berhati-hati mengelakkan kemalangan.

Setiap client mesti dianggap berisiko dan berkemungkinan mempunyai pelbagai kuman atau virus yang boleh berjangkit melalui darah (universal precaution). Kerana itu, PPE perlu dilakukan apabila melibatkan prosedur berkaitan darah.

Akibat signage ini, berlakulah diskriminasi dan stigma.




2. Apakah hak dan keperluan staff (nurse) bertanyakan punca jangkitan kepada clients dalam keadaan tersebut dan untuk apa? Adakah rekod perubatan PLHIV tersebut tidak lengkap dan jika tidak lengkap, begitukah caranya mendapatkan maklumat? Bukankah segala maklumat sepatutnya SULIT?




3. Sepatutnya, isu-isu remeh dan mulut-mulut "mak nenek" begini telah lama dapat diatasi dan sikap mereka hanya memalukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aneh apabila perkara tersebut masih berlaku kerana PPWM sentiasa  menerima aduan tentang sikap tidak profesional tersebut. Memang segelintir, tetapi umpama petir!




Nasihat PPWM, PLHIV yang berdepan isu-isu tersebut mestilah berani mempertahankan hak dan maruah sendiri. Buat laporan rasmi atau melalui NGO. Merungut tidak akan menyelesaikan masalah.

Kepada para doktor dan jururawat yang merawat, bidang kerjaya tuan-tuan dan puan-puan sangat mulia dan banyak jasanya kepada masyarakat. Sangat sibuk dan memenatkan. Sayang jika kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat ini dicemari oleh segelintir yang bersikap negatif.

Tidak perlu melenting dengan teguran. Sekalipun PPWM hanya NGO dan bukan medical practitioner, tolong fikirkan rasional teguran tersebut.


Jika ada yang mengatakan kami tidak faham maklumat dan sekadar mencari maklumat di Internet, tolong faham bahawa ada di kalangan ahli PPWM juga adalah medical practitioners dan pakar.

Jika bukan medical practitioners pula, ramai ahli PPWM yang sudah berpuluh tahun berpengalaman hidup sebagai PLHIV. Mungkin sebaya dengan abang, ayah, atau ibu anda sendiri.

Apa juga bidang kerjaya yang melibatkan hak dan kepentingan awam memang sentiasa dikritik. Sama seperti  bidang pendidikan, polis, kemudahan awam dan sebagainya.

Guru, polis, doktor, dan staff KKM yang berdedikasi tidak perlu sensitif kerana mereka tidak bersikap demikian. Teguran hanya secara umum, bertujuan untuk penambahbaikan perkhidmatan, bukan kondem!




Kita bercakap tentang nilai kemanusia dan hak-hak sesama insan yang perlu dilaksanakan, Mudahkan perkara yang mudah. Betulkan perkara yang betul. Bukan tugas kita untuk menghukum. Anjing pun sepatutnya dirawat dengan baik, inikan pula manusia.



Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Getting To Zero.  Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com