Friday, September 05, 2014

PENGURANGAN KEMUDARATAN


Perkongsian yang dipetik daripada laman web rasmi PPWM.
Sila share.




Apa itu harm reduction (pengurangan kemudaratan)?

Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program, dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, halaman 1)

Apa itu NSEP?

NSEP merupakan akronim Needle Syringe Exchange Program atau Program Pertukaran Jarum Suntikan. Ia mengurangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan penyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan pengguna dadah suntikan.




Pendekatan Malaysia berkaitan NSEP

Malaysia mengambil pendekatan Drop In Centre (Pusat Singgah Masuk) dan pekerja temuseru (outreach worker). Pusat Singgah Masuk menyediakan perkhidmatan:

1.  Pertukaran jarum
2.  Kaunseling
3.  Rawatan ringan
4.  Makanan dan Minuman
5.  Tempat Rehat

Pekerja Temuseru merupakan bekas pengguna dadah suntikan yang dilatih untuk menjalankan NSEP. Mereka akan ke “port” dan melakukan kerja-kerja NSEP mengikut garis panduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




Purata umur klien yang mengunjungi DIC

Untuk NSEP, ada garis panduan yang menyatakan bahawa injected drug user (IDU) atau pengguna dadah suntikan di bawah umur 18 tahun tidak boleh mengunjungi Drugs Intervention Community (DIC). Mereka harus merujuk kepada agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Umur klien adalah di antara 25 – 50 tahun.




Ada berapa Tapak Temuseru di Malaysia dan di manakah lokasinya?

Terdapat 17 Tapak Temuseru (Outreach Sites) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Kesemua Tapak Temuseru ini diselenggara oleh Badan Gabungan Negeri di bawah Malaysian AIDS Council (MAC). Lokasi adalah seperti berikut:

1.  Kedah (Cahaya Harapan)

(a)  Alor Setar
(b) Sungai Petani

2. Penang (AIDS Action Research Group)

(a) Gelugor
(b) Seberang Prai

3. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(a) Chow Kit (IKHLAS)
(b) Jalan Pudu (KAWAN)

4. Selangor (Insaf Murni)

(a) Kajang

5. Melaka (Kelab Rakan Melaka)

(a) Alor Gajah

6. Kelantan (SAHABAT)

(a) Kota Bharu
(b) Pasir Mas

7. Terengganu (CAKNA)

(a) Kuala Terengganu

8. Pahang (Drug Intervention Community)

(a) Kuantan
(b) Jengka
(c) Bera
(d) Bentong

9. Johor (Intan Life Zone)

(a) Johor Bharu
(b) Kluang
(c) Mersing




Apa itu Methadone Maintenance Therapy (MMT)?

MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti menyuntik dadah.

Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan?

1.  Pengguna tidak rasa high bila menggunakannya.
2.  Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah.
3.  Mengurangkan gian untuk menyuntik.
4.  Memberikan peluang kepada IDU untuk pulih dan kembali bekerja.

Adakah menyalahi undang-undang jika kita memiliki atau membawa lebih daripada 3 paket kondom?

Tidak ada peruntukan undang-undang mengenai kondom. Walau bagaimanapun, kondom boleh digunakan sebagai bukti berdasarkan keadaan (circumstantial evidence) jika ditangkap dengan tuduhan mencari pelanggan untuk tujuan seks (soliciting sex).

Adakah NSEP menyumbang kepada peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia?

Tidak ada bukti menyokong kenyataan ini. Malah dalam banyak kajian yang dilakukan, NSEP sebenarnya mengurangkan kadar penagih dadah suntikan kerana wujudnya khidmat rujukan.

Sumber: Apa yang Anda Perlu Tahu MengenaiHIV/AIDS, Zamzuri Abdul Malik


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Republished by: Shux


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, September 04, 2014

ENTRY WAJIB: SEBAHAGIAN DARIPADA MITOS TERHADAP PLHIV DAN CARA JANGKITAN HIV



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




(1) Jangka hayat people living with HIV (PLHIV) adalah singkat.


(2) Tiada rawatan untuk merawat HIV dan mereka hanya menunggu saat-saat kematian.

(3) Jika suami atau isteri didiagnos sebagai PLHIV, pasangan mereka pasti akan turut dijangkiti HIV.

(4) PLHIV tidak boleh berkahwin kerana akan menyebabkan zuriat turut dijangkiti HIV.

(5) PLHIV tidak mampu menjalani kehidupan sama seperti non-PLHIV.

(6) PLHIV tidak boleh berpuasa.

(7) HIV semestinya akan berakhir dengan AIDS.

(8) HIV hanya melibatkan golongan pendosa, lesbian, gay, bisexual, transgender @ transsexual (LGBT), pekerja seks, penyalahguna dadah, dan gelandangan yang tidak berpelajaran.

(9) Tidak boleh berkongsi makanan dan minuman dengan non-PLHIV.

(10) PLHIV tidak boleh berniaga dalam apa juga bidang penyediaan makanan atau minuman kepada non-PLHIV kerana seandainya darah mereka termasuk atau dimasukkan dengan sengaja ke dalam makanan atau minuman boleh menyebabkan jangkitan HIV.

(11) HIV berjangkit melalui sentuhan, ciuman, pelukan, berkongsi bekas makanan, bersalaman, berkongsi bilik mandi atau tandas, spa ikan, berenang di kolam renang yang sama, menyentuh kanak-kanak, melalui gigitan nyamuk, haiwan, merawat PLHIV, atau melalui apa jua aktiviti harian.

(12) Tidak boleh berkongsi gelas, sudu, garpu, perabut, katil, tilam, dan sebagainya dengan PLHIV.

(13) Tidak boleh menggunakan perkhidmatan di kedai gunting rambut yang sama dengan PLHIV.

(14) Membantu PLHIV yang kemalangan, semasa pengurusan jenazah, dan pengkebumian boleh menyebabkan jangkitan HIV.

(15) Batuk atau bersin PLHIV boleh menyebarkan HIV.

(16) Membenci PLHIV dapat mengurangkan penularan virus kerana orang ramai takut melakukan maksiat.

(17) Ibu bapa dan ahli keluarga PLHIV juga turut bersalah kerana gagal mendidik atau menasihati tingkah laku berisiko yang PLHIV lakukan.

(18) Tiada golongan agama yang dijangkiti HIV.

(19) Jumlah PLHIV (tidak termasuk affected people) di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 100,000 orang.

(20) Menganggap diri sendiri, ahli keluarga, dan saudara-mara pasti bebas dan tidak akan dijangkiti HIV kerana tidak mengamalkan aktiviti berisiko.

(21) PLHIV mudah dijangkiti pelbagai penyakit lain.

(22) Sebaik sahaja terdedah kepada jangkitan HIV, simptom dapat dilihat dengan pantas.

(23) Berkongsi info berkaitan HIV, menjadi sahabat Facebook dengan PLHIV, bermakna individu tersebut adalah PLHIV atau saudara-mara mereka positif HIV!
Tidak percaya? Tengok, berapa orang sahaja yang akan share info ini walaupun masing-masing tahu info ini mungkin dapat membantu menyekat penularan virus, salah faham tentang HIV dan penganiayaan terhadap PLHIV serta affected people. Ha, ha, ha... (maaf ya, PLHIV bergurau).




Sharing pertanyaan di fanpage PPWM berkaitan status di atas:

(1)  jangka hayat..kalau utk yg x jg ubat cm na

- Sebarang pnyakit sekalipun jika tanpa rawatan memang bahaya.

(2) rawatan..ubt bg slow virus..kalau sumenye x bekesan..maksudnya sistem tubuh menolak@langsung x da effect n memudaratkn si penghidap..cm na?

- Rawatan sepatutnya berkesan dan rawatan awal adalah lebih baik. Sama seperti penyakit lain, akan menjadi bahaya jika lewat dirawat.

(3) jangkitan...bukankh virus ni sm mcm kanser lmbt dikesan..ada x bekemungkinan virus akn kembali aktif wlpon slps rawatan 'art' or slps disahkn 'undetectable viral load'...ataupon dgn kadar 1% mesti bole jangkit during ' sex penetration' or pregnant mom to bb knnn or even easily spread dlm sperm (liquid),saliva or watever nmnyer yg seangkatan

Is it mean that plhiv no longer have Hiv...atau cuma kemodenan/kecanggihan mesin/alatan dsbg tdk dpt mengesan kehalusan virus n still ada n aktif..sejauh mn 'relevant fakta ni'...

Bole abg explain pasal 'spike factor'

- Agak panjang untuk dihuraikan. Ringkasnya begini. KEPATUHAN kepada rawatan terbukti dapat mencegah jangkitan. Jumlah virus yang sedikit tidak mampu menyebabkan jangkitan. Dengan prevention jadi double protection.

Dengan rawatan dan KEPATUHAN kepada rawatan, isu ini tidak timbul. Info tambahan: perempuan lebih mudah dijangkiti berbanding lelaki kerana mereka adalah penerima atau banyak rongga.

Jangkitan dikatakan dapat dikurangkan hingga 1% kerana human error atau machine error boleh berlaku di mana-mana sahaja dan bukan disebabkan oleh rawatan. Statistik menunjukkan memang tidak berjangkit.

Kita bukan Tuhan untuk kata 100% bebas. Jadi kita semua sepatutnya bersetuju bahawa jika dirawat, PLHIV jauh lebih berpeluang berbanding pesakit-pesakit lain seperti sexually transmitted infection (STI), thalassemia, hepatitis, dan sebagainya.

Jika sudah dirawat dan sihat, mengapa pula tidak boleh hidup seperti biasa? Ada PLHIV yang athlete, aktif bersukan, pemimpin masyarakat, dan sebagainya.

(4)-(7) blk persoalan diats

(8) Saya rasa ya..wlpon kurang tp mereka lebih berisiko mendedahkn penyakit ni kpd masyarakat...

- Contoh? Melalui atau cara?
Elok difahami cara jangkitan dan cecair badan (bukan semua cecair badan menyebabkan jangkitan dan mesti daripada dalam tubuh ke dalam tubuh seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini). 

Perlu difahami bahawa golongan profesional, suri rumah, dan terpelajar lebih ramai dijangkiti sekarang berbanding golongan yang disebutkan. PLHIV mungkin doktor, peguam, chief executive officer (CEO), ustaz, ustazah, imam, wartawan, chef terkenal, datuk, datin, dan sebagainya.

(9)-(12) blk pd persoalan 3.

(13) sop kkm...mesti guna glove,mask,suits....apa maknanya tu...

- Personal Protection Equipment (PPE). Ianya adalah standard of procedure (SOP) untuk sebarang prosedur tertentu dan mengelakkan jangkitan (daripada perawat atau barber) terhadap patient atau client dan daripada patient atau client terhadap perawat atau barber berkaitan jangkitan-jangkitan penyakit lain yang lebih mudah tersebar seperti melalui sentuhan, udara, pathogen, dan sebagainya. Yang lebih kita bimbangkan ialah hepatitis, tuberculosis (TB), dan lain-lain penyakit yang mudah tersebar melalui cara sentuhan dan udara.

(14)-(15) blk pd persoalan ke 13

- Perlu difahami betul-betul cara jangkitan. Luka berdarah bersifat mengalir keluar bukan masuk ke dalam. Luka mesti besar dan darah mesti banyak. Virus perlu tinggi. Tubuh manusia mempunyai platelet untuk menutup luka daripada virus. Apabila virus berada di luar tubuh, terdedah di udara atau cahaya, ianya tidak berjangkit.

(16) sedikit sebyk membantu kalau dilihat dari sudut positif

(17) mmg kebanyakkan cm tu..pernah jumpa parent/families cm ni..ditegur n beri nasihat siap dimaki kita g.."hg jaga menda **** dlm kain hg sudah"....low mentality n attitude...or "nk buat mcm mn dia da nk jd lagu tu"...

(18) setuju,p,s,d,j

(19) x pasti...for sure akn wat research

- Memang anggaran 100,000. Cuba darabkan kebarangkaliannya sekurang-kurangnya kepada 2 yang belum didiagnos iaitu yang menjangkitkan dan dijangkiti daripada 100,000 itu. Jikalau dicampur pula dengan bilangan affected people yang turut terjejas seperti anak, isteri, atau keluarga? Setiap hari, purata 10 hingga 14 orang didiagnos positif HIV. Majoriti adalah terdiri daripada golongan muda bakal pmimpin negara. Lebih kurang 70% adalah terdiri daripada umat Islam. How?

(20) btol juga..less than 1%..kalu nk jd pon disebabkn kesilapan teknikal or akibat dr pebuatan no 16...

(21) btol kn yg ni?

- Dengan rawatan. CD4 normal dan viral load undetected. Jadi, bagaimana mudah dijangkiti penyakit-penyakit lain? Ingat, non-PLHIV pun sama sahaja.

(22) tpulang pd sistem bdn individu kot.

- Simptom tidak akan muncul dengan serta-merta. Ada yang langsung tidak ada simptom dan hanya diketahui melalui ujian pra-perkahwinan. Ada yang berbelas tahun nampak dan rasa sihat. Keadaan fizikal tidak dapat hendak dibezakan.

(23) sm mcm 18...




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com





Wednesday, September 03, 2014

HIV: MORBIDITY & MORTALITY



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Morbidity bermaksud keadaan kesihatan yang mengubah kualiti hidup.

Mortality bermaksud sesuatu jangkitan yang membawa maut.

Sebaik sahaja didiagnos sebagai PLHIV, seseorang akan berdepan dengan realiti tersebut yang sebenarnya HANYALAH akibat stigma, diskriminasi, judgemental, dan salah faham terhadap HIV.

"Nyawa awak tidak panjang.”
“Awak tidak boleh berkahwin.”
“Awak tidak boleh mengandung (mendapatkan zuriat).”
“Awak tidak boleh meneruskan karier di sini.”
“Awak tidak boleh menunaikan haji.”
“Awak tidak boleh berpuasa.”
“Awak pasti menderita seumur hidup.”
“Awak akan mati berkudis akibat AIDS atau balasan Tuhan.”
“Awak mati nanti akan dimandikan dengan Clorox.”
“Awak tidak boleh bergaul dengan orang lain.”
“Ini penyakit awak sengaja cari.”
“bla, bla, bla... "

Cuba bayangkan anda berada dalam situasi seorang people living with HIV (PLHIV).

Tidak boleh buat itu dan tidak boleh buat ini. Semua tidak boleh. Habis, apa yang boleh?

Mahu terus bersikap begitu? Teruskanlah. Tetapi sedarkah kita bahawa PLHIV yang kita hina itu ada keluarga?

Ada emak ayah.
Ada suami atau isteri.
Ada mertua.
Ada ipar duai.
Ada anak.
Ada tunang.
Ada adik-beradik.
Ada saudara mara.
Ada tanggungjawab.
(Affected people yang turut terjejas akibat salah faham terhadap HIV).

PLHIV tidak minta simpati, tetapi empati terhadap affected people dalam hidup mereka.

Kenapa hukum dan tolak mereka sehingga mereka tidak mampu meneruskan kehidupan seperti insan lain? Kenapa menidakkan hak-hak mereka? Adilkah begitu? Itukah tuntutan agama kita?

PLHIV tidak membahayakan anda, tetapi anda yang mungkin membahayakan mereka. Fikirkan!




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, September 02, 2014

APAKAH STANDARD OF PROCEDURE (SOP) YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP BAYI YANG DILAHIRKAN OLEH IBU (PLHIV) SEBELUM DISAHKAN NEGATIF?


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Anak-anak yang dilahirkan oleh people living with HIV (PLHIV) perlu menjalani ujian HIV:

1. Ketika bayi itu baru lahir
2. Ketika berusia 1 hingga 2 bulan,
3. Ketika berusia 4 hingga 6 bulan
4. Ketika berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan)




Bayi akan diberikan Zidovudine syrup selama 6 minggu.

Selepas ujian ulangan HIV dilakukan semasa umur bayi 6 minggu dan bayi kekal negatif, Zidovudine syrup akan dihentikan dan DIGANTIKAN dengan Co-Trimoxazole syrup (Bactrim).

Jika ujian ulangan HIV semasa umur bayi di antara 4 hingga 6 bulan dan keputusan masih negatif, Co-Trimoxazole syrup (Bactrim) akan dihentikan dan bayi diisytiharkan bebas HIV.




Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selepas umur 18 bulan, dinasihatkan supaya bayi menjalani HIV Rapid Test. Selepas itu, tidak perlu lagi.

Prosedur ini dilakukan atas Langkah-langkah Pencegahan Jangkitan Ibu Kepada Anak atau Prevention Mother To Child Transmission (PMTCT).

Jika ayah sahaja yang PLHIV dan ibu non-PLHIV?

Semua langkah di atas tidak diperlukan.

Bagaimana caranya PMTCT dilaksanakan?

Jika bakal ibu (PLHIV) belum disarankan menjalani rawatan highly active antiretroviral therapy (HAART), masih terdapat kemungkinan bayi mereka dijangkiti HIV semasa dalam utero (rahim), melalui placenta (uri), intrapartum (proses kelahiran), dan breastfeeding (penyusuan) susu ibu.

Ini dinamakan vertical transmission (jangkitan secara menegak).

Oleh sebab itu, World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan supaya bakal ibu (PLHIV) dimulakan rawatan HAART semasa mengandung dan jika perlu, bersalin secara Caesarean lebih diutamakan.

Insya-Allah melalui PMTCT, risiko jangkitan dapat dielakkan.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com