Saturday, August 30, 2014

HAK PESAKIT / PATIENT / CLIENT KE ATAS REKOD PERUBATAN


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Walaupun rekod perubatan merupakan dokumen hak milik hospital, maklumat di dalamnya adalah tentang client dan dari segi perundangan tidak menghalang client untuk membaca atau mendapatkan maklumat di dalam rekod perubatannya sendiri.




Kebiasaannya, client memohon mendapatkan laporan perubatan yang disediakan oleh pihak hospital. Laporan perubatan dipohon untuk pelbagai tujuan dan di antaranya adalah tuntutan insurans, Social Security Organization (SOCSO) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Employees Provident Fund (EPF) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kes perundangan di mahkamah, dan sebagainya.




Sekiranya client memohon untuk mendapatkan salinan rekod perubatannya, antara perkara yang perlu dilakukan oleh pihak hospital ialah:

  • Permohonan rasmi kepada Pengarah Hospital hendaklah dibuat oleh client sendiri dengan menyatakan tujuannya. 

  • Client perlu dijelaskan bahawa pihak hospital tidak akan bertangggungjawab ke atas apa-apa interpretasi atau laporan perubatan yang dibuat oleh pihak lain berpandukan kepada maklumat yang diperolehi dari salinan rekod perubatan. 

  • Client perlu datang sendiri untuk mengambil salinan rekodnya dan menandatangani borang pengesahan penerimaan salinan rekod untuk simpanan pihak hospital. 

  • Bagi mengenal pasti borang dan dokumen kepunyaan client di dalam rekod berkenaan, setiap muka surat borang dan dokumen hendaklah dicatatkan Medical Record Number (MRN) atau Nombor Rekod Perubatan client. 

  • Walaupun client berhak ke atas maklumat di dalam rekod perubatannya, terdapat beberapa bahagian di dalam rekod perubatan yang bukan menjadi hak client.
Contohnya maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga yang perlu dirahsiakan daripada client dan pendapat atau pandangan daripada intelektual doktor berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan. Terpulang kepada pihak hospital untuk menentukan bahagian-bahagian rekod yang bukan hak milik client tidak perlu diberikan.

Sekiranya permohonan diterima daripada client yang mana kesnya sedang disiasat kerana berkemungkinan berlaku "Medical Negligence", pihak hospital perlu merujuk kepada kementerian untuk mendapatkan pandangan.




Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Friday, August 29, 2014

HAK-HAK PESAKIT / PATIENT / CLIENT: PIAGAM PELANGGAN


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




  • Setiap client mempunyai hak untuk mendapat rawatan kecemasan dengan segera.
  • Setiap client akan dirawat dengan penuh kesopanan dan ketertiban.
  • Setiap client perlu dirawat dengan penuh perhatian, bertimbang rasa, adil, penuh hormat, dan kemuliaan.
  • Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan KERAHSIAAN semasa sesi soal jawab, pemeriksaan, dan rawatan oleh kakitangan perubatan.
  • Client perlu memberikan kerjasama semasa sebarang pemeriksaan fizikal atau rawatan dijalankan. 
  • Setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke wad mempunyai hak dan apabila memerlukan, ditemani oleh ibu atau bapa atau penjaganya pada setiap masa.
  • Client mempunyai hak untuk memilih pakar perunding sendiri sekiranya diperlukan. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan pendapat kedua apabila diminta. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat berserta penjelasan tentang keadaan dirinya, hasil penyiasatan, dan keputusan pemeriksaan yang telah dijalankan ke atas beliau. 
  • Client perlu disediakan dengan maklumat tentang anggaran kos rawatan, penyiasatan, dan prosedur yang bakal dijalankan ke atas beliau. 
  • Client yang telah mendapat maklumat lengkap tentang keadaan dirinya mempunyai hak sepenuhnya untuk menerima atau menolak rawatan sebagaimana yang dicadangkan kepada beliau. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan dalam ISTILAH BIASA SECARA JELAS, ringkas, dan padat untuk sebarang rawatan atau prosedur yang dicadangkan serta alternatifnya. Maklumat perlu disertakan dengan risiko yang berkemungkinan berlaku, kesan sampingan, dan kemungkinan kegagalan. 
  • Keizinan client perlu diperolehi sebelum mana-mana prosedur dapat dijalankan. Bagi kes minor, keizinan perlu diperolehi daripada ibu atau bapa atau penjaga yang sah. 
  • Semua maklumat client perlu dianggap RAHSIA dan tidak dibincangkan secara persendirian dengan orang lain selain daripada golongan profesional yang terlibat. 
  • Client mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan (nursing care) yang selamat, cekap, dan pantas sepanjang berada di pusat rawatan berkenaan. 
  • Sebarang rungutan atau aduan daripada setiap client MESTI didengari, dan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. 
  • Client dan waris wajar diberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan keadaan kesihatan beliau, di samping pendidikan dan kaunseling tentang penjagaan diri, pengambilan ubat, termasuk kesan sampingan yang mungkin ada, dan langkah keselamatan yang mungkin diperlukan semasa di pusat rawatan dan sebelum keluar pusat rawatan. 
  • Client mempunyai hak kepada persekitaran yang bersih, selamat, dan kondusif di pusat rawatan berkenaan. 
  • Client berhak untuk mendapatkan bil perubatan yang jelas dan terperinci dan sebarang penjelasan mengenai bil tersebut perlu diberikan jika diminta. 
  • Client akan disediakan dengan laporan perubatan dalam masa yang munasabah jika diminta oleh client pada kadar bayaran yang berpatutan.




SEMOGA IANYA MENJADI REALITI SEPENUHNYA SUATU HARI NANTI.

* Sila fahami kenapa istilah client lebih sesuai digunakan berbanding istilah pesakit atau patient.





Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Thursday, August 28, 2014

KOS DAN TEMPAT UJIAN PEMANTAUAN DARAH PLHIV (2014)



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Menjadi satu kelebihan bagi people living with HIV (PLHIV) apabila kesihatan mereka sentiasa dipantau oleh pengamal perubatan melalui temujanji yang perlu dipatuhi. Berbanding dengan non-PLHIV, yang hanya akan menemui doktor apabila sakit.

Kebiasaannya, setiap PLHIV yang baru didiagnos dikehendaki untuk hadir temujanji setiap tiga (3) bulan sekali dan bagi mereka yang keadaannya telah mula stabil, temujanji ditetapkan setiap enam (6) bulan sekali.

Temujanji tersebut untuk meneliti jumlah CD4 dan Viral Load, serta keadaan kesihatan yang lain. Ini bergantung kepada pusat perubatan masing-masing.




Namun, ada juga yang masih belum berpuas hati, atau disebabkan atas keperluan tertentu bertanya, sama ada mereka boleh melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri di klinik atau makmal perubatan seluruh negara.

Sudah tentu boleh dan tiada sebarang halangan untuk mereka melakukan pemeriksaan kesihatan sendiri selain daripada yang telah ditetapkan untuk temujanji.

Berikut adalah anggaran harga bagi ujian darah bagi HIV (ELISA dan Western Blot), jumlah CD4, dan jumlah Viral Load di Makmal perubatan:




BP Lab:
HIV Test (ELISA) - RM50.00
HIV Confirmation (Western Blot) - RM210.00
CD4 Count - RM574.00
Viral Load Count - RM400.00




Pathlab:
HIV Test (ELISA) - RM50.00
HIV Confirmation (Western Blot) - RM240.00
CD4 Count - RM300.00
Viral Load Count - RM360.00

Nota:
  • Nilai ini adalah anggaran terkini sahaja. Untuk nilai yang lebih tepat, anda boleh menghubungi BP Lab atau Pathlab yang terdekat.
  • Di pusat-pusat rawatan swasta, kosnya dijangka berlipat kali ganda.






Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Disediakan oleh Shux


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com




ENTRY WAJIB: HIV MEDICATION (HAART)





Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, apakah ubatan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART), apakah kesan sampingannya, dan apakah langkah untuk mengelakkan kesan sampingan yang teruk?

Mungkin entri ini mampu untuk memberikan sedikit informasi. Sharing ini sekadar maklumat umum dan bukti bahawa HIV boleh dirawat dan dengan rawatan yang berkesan, virus boleh dikekang sehingga ke tahap undetected.

Apabila virus rendah, people living with HIV (PLHIV) mampu mengelakkan jangkitan kepada pasangan dan zuriat termasuk melalui cecair tubuh yang pekat yang pada asalnya mempunyai pencemaran (contamination) virus yang tinggi.

Dengan HAART, pencemaran di dalam cecair tubuh yang pekat tersebut telah menjadi rendah. Sama seperti dalam cecair badan PLHIV yang tidak menyebabkan risiko jangkitan iaitu air liur, air mata dan peluh dan sebagainya.




Nota:

Untuk seseorang itu dijangkiti oleh HIV, DARAH ATAU CECAIR TUBUH PLHIV MESTI MENGANDUNGI VIRUS YANG TERSANGAT BANYAK / TINGGI / PEKAT SERTA DARAH ATAU CECAIR TUBUH TERSEBUT PERLU TERUS MASUK KE DALAM SALURAN DARAH SESEORANG NON-PLHIV UNTUK MEMUNGKINKAN NON-PLHIV ITU DIJANGKITI OLEH HIV.  


Maklumat yang dikongsikan di bawah bukan bermakna semestinya setiap PLHIV akan menerima kesan sampingan seperti yang diberitahu. Ada yang langsung tidak mengalaminya.

Biasanya, jika berlaku, adalah pada peringkat awal memulakan rawatan HAART sahaja kerana tubuh sedang menyesuaikan diri dengan ubat atau bendasing. Ianya bergantung kepada tubuh masing-masing.

Apa juga jenis makanan dan rawatan berterusan akan memberikan kesan sampingan terhadap sesiapa sahaja. Termasuk jika sekadar mengambil vitamin, paracetamol (PCM), dan ubat batuk. Tetapi kesan sampingan tersebut sentiasa dipantau dan dinilai oleh doktor.

Ianya dapat diminimakan dan dikawal. Dos yang diberikan adalah mampu ditanggung oleh tubuh.


Nota:
Data di dalam entri ini mungkin tidak lengkap dan kebarangkalian ubat-ubatan baru tidak tersenarai mungkin ada. Jadi, mohon hubungi admin laman web rasmi PPWM jika terdapat sebarang keraguan.


Kenali Ubatan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) Anda




Class: Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTIs)

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Ziagen
Abacavir
Kesan hipersensitiviti
Lakukan ujian genetik terlebih dahulu sebelum memulakan terapi
Combivir
Lamivudine + Zidovudine
Anemia (kekurangan sel darah merah)
Videx @ Videx-EC
Didanosine @ DDL
Cirit-birit, sakit perut, neuropati (penyakit atau disfungsi satu atau lebih saraf periferal, biasanya menyebabkan kebas atau kelemahan), muntah-muntah, pankreatitis (radang pankreas)
Jangan diambil bersama dengan Stavudine
Emtriva
Emtricitabine
Ruam dan kehitaman pada tapak tangan atau tapak kaki, kebas, kesemutan, atau rasa terbakar
Epzicom
Abacavir + Lamivudine
Loya, muntah, perut tidak selesa, cirit-birit, keletihan, menggigil, pening, sakit kepala, insomnia
Bactrim atau Septramay dapat meningkatkan tahap darah; jangan ambil bersama dengan Stavudine
Epivir
Lamivudine
Loya, muntah, perut tidak selesa, cirit-birit, keletihan, pening, sakit kepala, insomnia
Zerit @ Zerit XR
Stavudine, d4T
Neuropati (penyakit atau disfungsi satu atau lebih saraf periferal, biasanya menyebabkan kebas atau kelemahan), sakit kepala, menggigil, demam, cirit-birit, loya, pengurangan lemak di bahagian lengan, kaki, atau muka
Jangan diambil bersama dengan AZT atau Didanosine
Viread
Tenofovir
Loya ringan, muntah, hilang selera makan, sakit perut
Jangan diambil jika anda mempunyai masalah buah pinggang
Trizivir
Abacavir + Zidovudine + Lamivudine
Anemia, loya, sakit perut, cirit-birit, sembelit, muntah, pening, insomnia, sakit kepala, keletihan, sakit otot, tindak balas hipersensitiviti
Maklumkan kepada Doktor berkenaan semua ubat-ubatan yang anda ambil
Truvada & Tenvir EM
Tenofovir + Emtricitabine
Loya ringan, muntah-muntah, hilang selera makan, sakit kepala, ruam, kehitaman pada tapak tangan atau tapak kaki, kebas, kesemutan, atau rasa terbakar
Jangan diambil bersama Didanosine atau Lamivudine atau jika anda mempunyai masalah buah pinggang
Stribild
Tenofovir + Emtricitabine + Elvitegravir
Loya, cirit-birit
Boleh menyebabkan pembentukan asid laktik dan masalah hati yang kronik
Retrovir
AZT, Zidovudine
Anemia, loya, muntah-muntah
Jangan diambil bersama dengan Stavudine


Class: Non-Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTIs)

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Edurant
Rilpivirine
Kemurungan, susah tidur, sakit kepala, ruam
Sustiva
Efavirenz
Mimpi, kebimbangan, ruam, loya, insomnia
Viramune
Nevirapine
Ruam, demam, sakit kepala, loya, cirit-birit
Masalah hati


Class: Protease Inhibitors (PIs)

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Agenerase
Amprenavir
Loya, cirit-birit, muntah-muntah, ruam
Reyataz
Atazanavir
Peningkatan tahap bilirubin. Loya, sakit kepala, ruam, sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, kemurungan, perubahan dalam rentak jantung.
Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Ritonavir dan Victrelis untuk Hepatitis C
Prezista
Darunavir
Cirit-birit, loya, sakit kepala, ruam
Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Ritonavir dan Victrelis untuk Hepatitis C
Lexiva
Fosamprenavir
Loya, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, kebas di sekitar mulut, sakit perut
Kaletra
Lopinavir / Ritonavir
Cirit-birit, keletihan, sakit kepala, loya, lemah tubuh badan, ruam, insomnia
Keberkesanan boleh berkurangan jika diambil bersama Victrelis untuk Hepatitis C
Viracept
Nelfinavir
Cirit-birit, loya, sakit perut, lemah tubuh badan, ruam, anemia, sakit sendi
Norvir
Ritonavir
Loya, muntah-muntah, cirit-birit, perubahan pada deria rasa, sakit kepala, pening, ruam
Aptivus
Tipranavir
Peningkatan tahap enzim hati dan kolesterol, cirit birit, ruam, loya, muntah-muntah, sakit perut, keletihan, sakit kepala


Class: Fusion Inhibitor (FI)

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Fuzeon
Enfuvirtide
Kemerahan, gatal-gatal, atau ketulan keras di tempat suntikan, insomnia, kemurungan, cirit-birit, loya, lemah, sakit otot, hilang selera makan, kehilangan berat badan, tanda-tanda seperti selsema


Class: Entry Inhibitor

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Selzentry
Maraviroc
Batuk, sakit perut, keletihan, pening apabila berdiri


Class: Integrase Inhibitors

Nama Jenama
Nama Generik
Kesan Sampingan
Langkah Pencegahan
Isentress
Raltegravir
Sakit kepala, loya, pening, keletihan, insomnia
Tivicay
Dolutegravir
Sakit kepala, insomnia




Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Disediakan oleh Shux


Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com