Wednesday, August 27, 2014

ENTRY WAJIB: TIADA JANGKITAN HIV KEPADA ZURIAT PLHIV?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Apabila people living with HIV (PLHIV) telah dirawat, PATUH kepada rawatan dan virusnya undetected, tiada risiko jangkitan kepada isteri dan suami.

Jika tiada jangkitan kepada isteri (isteri kekal sebagai non-PLHIV), sudah tentu zuriat juga bebas HIV.

Kes atau dakwaan yang mengatakan bahawa masih berlaku jangkitan, mungkin akibat kecuaian terhadap KEPATUHAN kepada rawatan (human error).

Rekod dan statistik membuktikan bahawa PLHIV yang PATUH kepada rawatan memang dapat mencegah jangkitan.

Bagi ibu-ibu yang memang HIV positif (PLHIV), mereka mempunyai 25% ke 40% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung.

Ianya berlaku semasa in utero (di dalam rahim ibu) melalui placenta (uri) kerana semua keperluan bayi sebelum proses kelahiran disalurkan melaluinya.

Risiko dijangkiti kepada zuriat semasa proses intrapartum (kelahiran) ialah antara 60% ke 75%.

Semasa breastfeeding (penyusuan) ialah antara 14% ke 29%.

Dengan rawatan antiretroviral (ARV) atau Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART), peratusan jangkitan akan turun di antara 5% hingga 9%.

Jika ibu HIV positif tersebut menjalani C-Section (pembedahan), kemungkinannya boleh turun kepada 1%. DIULANGI = 1%.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan C-Section bergantung kepada bacaan Viral Load si ibu. Jika undetected dan tanpa masalah kesihatan lain, mungkin tidak diperlukan.

BAGAIMANA JANGKITAN BERLAKU SEMASA PROSES KELAHIRAN?

Kerana bayi terdedah kepada darah akibat uri akan terluka semasa proses tersebut.

Nota:
Sila rujuk gambarajah berikut:



JIKA HANYA SUAMI HIV POSITIF DAN HANYA IBU NEGATIF?

Seperti yang telah dimaklumkan, selagi ibu negatif, sudah tentulah bayi akan negatif. Prosesnya sama seperti ibu-ibu mengandung yang lain.

Andaian bahawa PLHIV tidak boleh berkahwin dan jika berkahwin akan menyebabkan pasangan dan zuriat turut dijangkiti adalah mereka yang TIDAK MEMAHAMI HIV.

Adakah kita merelakan zina (takutkan virus) melebihi takutkan Allah? Adakah anda pasti bahawa menghalang PLHIV berkahwin dengan zuriat anda, dapat memastikan zuriat anda panjang umur, pasti sihat, dan bebas dijangkiti HIV?

Banyak penyakit lain yang jauh lebih bahaya dan melibatkan kesan terhadap genetik tetapi tidak mengalami stigma, diskriminasi, dan judgemental untuk berkahwin seperti yang dialami oleh PLHIV. Virus cuma makhluk Allah.



Mari melihat ujian Allah dengan ilmu dan iman (secara positif).

Nota:

1.      Hebatnya kuasa Allah, ibu (PLHIV) yang tidak mendapat rawatan dan bersalin secara biasa pun ada yang mendapat zuriat bebas HIV atau mungkin (contoh) zuriat mereka berstatus begini: Positif, negatif, positif, negatif, negatif, positif dan negatif. Logiknya mestilah semuanya positif.

2.      Perlu diulangi bahawa HIV hanya terdapat di dalam air mani (semen) tetapi tidak ada dalam sperma (sperm).



Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, August 26, 2014

APAKAH ITU PEP DAN BENARKAH BAHAWA PEP BOLEH MENCEGAH JANGKITAN HIV?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.





PEP adalah akronim kepada Post-Exposure Prophylaxis.

Post – selepas.

Exposure – satu situasi yang berlaku yang menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko jangkitan melalui darah.

Prophylaxis – tindakan yang diambil untuk mencegah jangkitan berlaku.

Golongan Yang Berisiko Dan Berkaitan

Ianya mungkin berlaku kepada para pekerja kesihatan yang tercucuk jarum tercemar dengan HIV dan sesiapa sahaja yang tercedera atau tercucuk jarum yang disyaki mengandungi virus HIV seperti pihak polis yang menjalankan operasi menangkap penyalahguna dadah secara suntikan atau injecting drug user (IDU), para pekerja kebersihan sesuatu majlis perbandaran, termasuk bayi yang baru dilahirkan oleh people living with HIV (PLHIV).

Akibat daripada tusukan tersebut, darah yang mengandungi virus mungkin termasuk ke dalam badan. Walaupun risiko jangkitan sangat rendah, tetapi ianya tetap dianggap berisiko kerana itu adalah standard of procedures (SOP) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tempoh Jangkitan Dan Layak Menerima Rawatan

Sebaik-baiknya dalam tempoh 2 jam ke bawah atau selewat-lewatnya 72 jam ke bawah.

Golongan Yang Tidak Berkaitan

PLHIV yang didapati positif HIV selepas menjalani ujian darah atau individu yang dengan sengaja melibatkan diri dengan aktiviti berisiko.




Bagaimana Ianya Dilakukan?

Walaupun tidak didapati positif kerana tempoh jendela (window period) baru bermula, golongan berisiko tersebut akan diberikan kombinasi Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) rejim 2 iaitu Combivir (lamivudine / zidovudine) dan Kaletra (lopinavir / ritonavir) selama SEBULAN.

PEP boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan dan hospital sekiranya golongan yang disebutkan tadi layak mendapatkannya. Laporan perlu dibuat kepada pihak penyelia dan pakar perubatan atau mangsa boleh terus pergi ke klinik penyakit berjangkit (ID clinic).

Ramai yang terdedah kepada risiko jangkitan beranggapan bahawa PEP adalah rawatan untuk mencegah HIV. Perlu diingatkan bahawa PEP bukanlah suatu kaedah khusus untuk sembuh daripada HIV.

Sebelum PEP diberikan, pelbagai prosedur, analisis, dan penilaian perlu dilaksanakan.

Contoh: Sekiranya seorang individu mengadu tercucuk jarum, perlu dipastikan sama ada jarum itu benar-benar tertusuk ke bahagian anggota badan.

Sekiranya tertusuk jarum, jarum tersebut digunakan untuk apa? Jika jarum untuk mengait benang, tidak perlulah mendapatkan PEP. Hehehe...

Jika sekiranya berlaku tusukan jarum suntikan dadah tanpa sengaja di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku penyalahgunaan dadah, maka mangsa tersebut dianggap berisiko dan PEP dilaksanakan.

Mangsa berisiko yang memerlukan PEP hendaklah turut menjalani ujian HIV, Hepatitis B, dan Hepatitis C dalam tempoh 6 minggu, 3 bulan, dan 6 bulan selepas kejadian kerana virus-virus tersebut jauh lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Sekiranya kesemua ujian darah terbukti negatif, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Contoh Lain Golongan Yang Tidak Layak Menerima Rawatan PEP

Apabila seseorang PLHIV tidak mengambil sebarang rawatan HAART. Pada suatu masa, beliau terlupa (abai) memakai kondom ketika melakukan hubungan intim bersama isteri. Isterinya non-PLHIV dan mereka mendesak supaya isteri diberikan PEP.

Untuk kes sebegini, pihak KKM tidak menyokong pemberian PEP kerana tiada bukti yang PEP akan membantu dan risiko jangkitan sangat subjektif.



Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, August 24, 2014

KITA BAYANGKAN PLHIV ITU ORANG YANG BAGAIMANA SEBENARNYA?



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Mungkin doktor yang merawat kita itu PLHIV,
Mungkin jururawat yang dressing luka kita itu PLHIV,
Mungkin chef restoran mewah kegemaran kita itu PLHIV,
Mungkin imam solat kita itu PLHIV,
Mungkin ustaz yang menyampaikan tazkirah setiap malam kepada kita itu PLHIV,
Mungkin jurunikah kita itu PLHIV,
Mungkin peguam yang membantu kes kita itu PLHIV,
Mungkin CEO syarikat kita itu PLHIV,
Mungkin yang menguruskan jenazah ayah kita itu PLHIV,
Mungkin pemandu teksi kita itu PLHIV,
Mungkin pensyarah kita itu PLHIV,
Mungkin si A yang rajin menolong komuniti di kariah kita itu PLHIV,
Mungkin wartawan yang menemuramah kita itu PLHIV,
Mungkin penjual buah-buahan yang kita beli itu PLHIV,
Mungkin kontraktor binaan rumah kita itu PLHIV,
Mungkin Datuk / Datin yang banyak membantu kita itu PLHIV,
Mungkin Profesor kepada anak kita itu PLHIV,
Mungkin pegawai tinggi polis yang menyelesaikan aduan jenayah terhadap kita itu PLHIV,
Mungkin murid paling cemerlang di sekolah kita itu PLHIV,
Mungkin kakak di sebelah rumah kita yang baik hati itu PLHIV,
Mungkin penjual sayur kepada kita itu PLHIV,
Mungkin jurutera yang memantau projek kita itu PLHIV,
Mungkin guru kita itu PLHIV,
Mungkin eksekutif bank yang meluluskan pinjaman kita itu PLHIV,
Mungkin akauntan yang menjaga akaun syarikat kita itu PLHIV,
Mungkin pegawai imigresen yang menguruskan passport kita itu PLHIV,
Mungkin pramugara / pramugari yang serve di dalam penerbangan kita itu PLHIV,
Mungkin juruterbang penerbangan kita itu PLHIV,
Mungkin menantu kesayangan kita dan bapa kepada cucu-cucu kita itu PLHIV,
Bahkan mungkin anak kebanggaan kita pun PLHIV...

YOU NAME IT, YOU GOT IT!


Semua golongan atau kerjaya yang disebutkan adalah rakan-rakanku di dalam komuniti.

Habis, wajarkah stigma, diskriminasi, dan judgemental? Mengapa bimbang sangat berkemungkinan berjangkit? Sedangkan setiap hari kita berjumpa, berurusan, bersalaman, berpelukan, bergelak ketawa, dan dibantu oleh PLHIV.

Kalaulah HIV mudah berjangkit dan bahaya sangat, rasanya sudah hampir pupus manusia sejak kes pertama HIV dikenalpasti hampir 30 tahun yang lalu.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Saturday, August 23, 2014

TB DAN PLHIV


Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Terapi Profilaksis Isoniazid ialah Isoniazid Prophylaxis Therapy (IPT). Ianya sangat penting kepada PLHIV bagi mencegah jangkitan tuberculosis (TB).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), HIV positif adalah antara faktor risiko utama untuk mendapat penyakit TB.

Risiko ini adalah di antara 20 – 37 kali ganda berbanding mereka yang tiada jangkitan HIV. Di samping itu, lebih 25% kematian di kalangan HIV positif adalah berkaitan dengan penyakit TB.




Sejak tahun 1998, WHO dan United Nations & AIDS (UNAIDS) telah menyarankan pemberian IPT sebagai salah satu strategi pencegahan penyakit TB bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti di kalangan HIV positif.

Nota:
Morbiditi = Masalah kesihatan yang mengubah kualiti hidup.
Mortaliti = Punca kematian.

Pemberian IPT ini dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit TB sehingga 60% dan seterusnya mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit TB di kalangan HIV positif.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Teknikal AIDS Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bersidang pada 26 April 2010 telah bersetuju dengan pelaksanaan pemberian lPT di kalangan HIV positif.

Di Malaysia, pada tahun 2009, penyakit TB telah boleh dirawat sepenuhnya. Suntikan Bacillus Calmette–Guérin (BCG) semasa childhood boleh melindungi tubuh seseorang daripada TB sebanyak 80%.

Namun begitu, pada masa kini, kuman TB menjadi resistant terhadap BCG yang ada di dalam tubuh badan kita.




Mengapa ini berlaku?

Salah satu daripada puncanya adalah proses globalisasi. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau imigran yang majoritinya datang dari Myanmar dipercayai membawa kuman TB tersebut disebabkan mereka tidak mendapat suntikan BCG seperti kita di Malaysia.

50% daripada People Living With HIV (PLHIV) yang mempunyai TB mendapat penyakit TB itu disebabkan oleh imuniti badan yang rendah.

PLHIV yang terdedah kepada kuman atau pengidap TB mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB berbanding individu normal dengan hanya 2% chances. That’s a pretty big figure.

Statistik penghidap TB terkini semakin meningkat, manakala HIV pula menurun. Jelas bahawa TB lebih bahaya berbanding HIV.

9 juta penduduk seluruh dunia sebenarnya adalah merupakan penghidap TB yang aktif setiap tahun. 12% daripada mereka pula dijangkiti HIV yang datang dari Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimana jika PLHIV tersebut memiliki CD4 (imuniti tubuh) yang rendah?

Seboleh-bolehnya hindarkan diri daripada kawasan berisiko dan memakai mask (jika perlu) di kawasan sesak.

Bagaimana jika sekiranya seseorang PLHIV itu telah dirawat dan memiliki CD4 yang tinggi dan viral load (VL) yang rendah? Adakah dia masih turut mempunyai 40% chances untuk mendapat infection kuman TB tersebut?

Chances PLHIV yang patuh dan positif terhadap rawatan adalah kembali normal seperti non-PLHIV.

Untuk makluman semua, KKM menyarankan bahawa IPT perlu diberikan kepada SEMUA PLHIV, kanak-kanak, dan seluruh isi rumah yang mempunyai ahli yang telah dijangkiti TB.

IPT melibatkan dua jenis ubat iaitu Isoniozid 100 mg dan Pyridoxine HCI 10 mg.

(Sila rujuk pekeliling Bil(15)KKM-171/BKP/07/35/0519 JLD 4)

Dosage: Isoniozid 100 mg 3 biji sekali makan, 1 kali sehari. Pyridoxine HCI 10 mg 5 biji sekali makan, 1 kali sehari. Total: 8 biji sekali makan untuk IPT.

IPT bertindak untuk mencegah kuman TB daripada menjangkiti PLHIV. Pyridoxine HCI 10 mg adalah sejenis vitamin B6 yang bertindak untuk memelihara saraf.

Side effect?

"Minimum." Depends on individual.

Selepas sebulan IPT ini diambil atau dijalani, PLHIV perlu diambil sampel darah untuk ujian liver (hati). Ini adalah untuk memantau sama ada ianya memberi sebarang kesan terhadap fungsi hati.




Apa itu Latent TB Infection?

Jika diterjemahkan secara terus, ianya bermaksud Jangkitan TB Terpendam. Latent TB Infection adalah merupakan jangkitan TB secara dormant (pasif).

Kuman TB tersebut tidak aktif dan hanya mengeram di dalam tubuh badan manusia yang telah dijangkitinya.

Jangkitan jenis ini tidak mempunyai sebarang simptom dan tidak menjangkiti orang lain. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai CD4 yang rendah boleh dijangkiti.

SEMUA PLHIV MESTI MEMULAKAN IPT DAN BUKAN SEMESTINYA PLHIV SAHAJA AKAN DIJANGKITI TB.

Jangan risau. Rawatan ini adalah free of charge (FOC). Sebarang penyakit berjangkit, ubat adalah FOC, walaupun kepada foreigners.


Kredit kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga,
KK Jaya Gading, Kuantan.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com