Sunday, August 17, 2014

PANDANGAN ENCIK ZAMZURI ABD MALIK TENTANG HIV/AIDS



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Encik Zamzuri Abd Malik adalah salah seorang profesional dan aktivis sosial yang banyak berjasa kepada komuniti dan pernah menulis tentang isu HIV/AIDS dengan baik. Ini adalah salah satu coretan pandangan beliau. Walaupun telah agak lama, tetapi masih relevan:

"Bercakap soal HIV tidak boleh meninggalkan subjek seks dan dadah. Dari sudut ini, HIV itu sendiri merangkumi subjek kehidupan yang begitu luas. Begitu banyak lapisan isu yang boleh dicerakinkan.

(Nota PPWM: Termasuk affected people yang turut menerima pelbagai tekanan dan tohmahan.)

"HIV sebenarnya bukan hanya soal jangkitan virus. Ini bukan seperti Influenza atau H1N1 yang boleh diberikan ubat dan sembuh. Malah sehingga nota ini ditulis, tiada ubat yang boleh menyembuhkan HIV.

"Ramai yang merasakan mereka tahu apa itu HIV. Tetapi sebenarnya silap. Malah tidak keterlaluan saya katakan doktor-doktor sendiri tidak tahu secara mendalam apa itu HIV. Jika tidak, takkanlah ada doktor yang mengatakan virus ini asalnya daripada monyet!

"Umum (mungkin) mengetahui HIV itu merupakan akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepada penyakit. Mereka yang HIV positif dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila seseorang yang dijangkiti HIV terdedah kepada penyakit, maka dia dipanggil pesakit AIDS.


"AIDS sering disalah faham sebagai satu penyakit. Hakikatnya tidak. AIDS adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome. Syndrome merupakan kumpulan penyakit. Maka AIDS adalah satu keadaan di mana pesakit yang dijangkiti HIV mendapat batuk kering contohnya. Batuk kering bagi mereka yang dijangkiti HIV merupakan Jangkitan Opportunistik (JO). JO merupakan jangkitan yang ‘mengambil kesempatan’ kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

"JO merupakan penyakit biasa yang juga dihidapi oleh mereka yang tidak dijangkiti HIV. Cumanya mereka ini tidaklah dipanggil pesakit AIDS. Contohnya, jika saya dijangkiti batuk kering, saya cuma pesakit batuk kering. Tetapi jika saya HIV positif dan dijangkiti batuk kering, maka saya merupakan seorang pesakit AIDS. Ish! Macam doktor pulak rasanya!

"HIV telah melahirkan satu penyakit dalam masyarakat yang dinamakan stigma dan diskriminasi. Kerana salah faham mengenai cara HIV merebak dan PLHIV, maka masyarakat banyak membuat andaian sendiri.


"PLHIV sering dilabel sebagai sampah masyarakat, jahat, dan tidak patut hidup. Ada satu ketika seorang mufti menyarankan agar PLHIV ini diasingkan di satu pulau. Heh! Saya cuma nak tanya, kalau anaknya ada HIV, mahukah dia mengasingkannya di satu pulau? Yang selalu kedengaran ialah ayat “kau ni kecik-kecik mampus lagi baik!” Rendahnya nilai seorang manusia di mata manusia lain.

"HIV merebak melalui 3 cara. Yang pertama adalah seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti. Jika saya mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan 100 orang wanita sekalipun, tetapi mereka bukan PLHIV, maka saya tidak akan dijangkiti.

"Ramai yang ingat bahawa seks sejenis merupakan sebab utama. Jika saya seorang gay, tidak bermakna saya ada HIV. Bukan orangnya, tetapi perbuatannya. Saya boleh menjadi seorang gay, mak nyah (transgender), mahupun pekerja seks, namun itu tidak bermakna saya HIV positif. Tetapi apa yang menentukan status saya ialah perbuatan atau perlakuan berisiko.

"Jika saya melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, maka saya mendedahkan diri saya kepada risiko jangkitan yang sangat tinggi, tidak kira seks itu dengan lelaki mahupun wanita. Tentunya cara yang paling baik ialah menjauhi zina dan melakukan hubungan seks dengan pasangan yang sudah halal pada kita. Haa... bab munakahat ni, lain kali saya cerita.

"Cara yang kedua ialah melalui perkongsian jarum suntikan. Ramai yang menganggap dadah = HIV. Hanya pengguna dadah suntikan (IDU) sahaja yang terdedah kepada risiko jangkitan sekiranya berkongsi jarum. Kalau ambil ice atau syabu, makan la 5 kilo pun, takkan dapat HIVnya...!

"Cara yang ketiga ialah daripada ibu kepada anak sewaktu dalam kandungan, melahirkan, atau ketika menyusukan. Kerana itu, ibu mengandung yang HIV positif dimestikan melalui rawatan anti-retroviral (ARV). Ibu-ibu ini juga dimestikan melahirkan anak melalui pembedahan kerana cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada anak dan tidak dibenarkan sama sekali menyusukan anak tersebut.

"Tidak senang dan tidak mudah juga untuk kita dijangkiti. Cecair badan seperti darah, air mani, air mazi, cecair faraj (vagina), dan susu ibu mempunyai kandungan virus yang sangat tinggi dan memungkinkan jangkitan. Sekiranya salah satu daripada cecair badan seseorang PLHIV memasuki salur darah orang lain, maka orang itu akan dijangkiti. 

(Nota PPWM: Dengan rawatan ARV, virus mampu dikekang sehingga ke tahap not detected yang juga merendahkan risiko jangkitan. Perlindungan menjadi berganda dengan kepatuhan kepada rawatan dan prevention. Jangkitan tidak berlaku di luar tubuh manusia.)

Bukanlah maksudnya cecair badan yang lain tidak mempunyai virus ini. Apabila dijangkiti, virus ini akan merebak ke seluruh badan. Tetapi cecair badan seperti peluh, air kencing, dan air liur mempunyai konsentrasi virus yang sangat rendah dan tidak memungkinkan jangkitan. Macam air liur, minum la 50 liter pun, tak terjangkitnya!

"Kita sering mengambil mudah sesuatu perkara. Jika tidak berlaku kepada orang sekeliling kita, maka ikut sedap mulut la kan nak cakap apa. Kalaulah kita semua boleh memandang apa sahaja yang berlaku di dunia ini dengan kaca mata kasih sayang dan cinta, aman dunia ni, kan?"


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 


Wallaahu’alam.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Friday, August 15, 2014

HENTIKAN PEMBOHONGAN INI



Perkongsian yang dipetik daripada Facebook.
Sila share.




Isu tuala wanita yang didakwa dicemari darah People Living With HIV (PLHIV) dan memungkinkan jangkitan HIV adalah isu lama tetapi diulang-ulang tanpa jemu. Akibatnya stigma, diskriminasi, dan judgemental akibat salah faham tentang HIV tidak pernah habis.

Belum termasuk berita kononnya kemungkinan dijangkiti HIV jika memakan makanan dalam tin yang didakwa produk daripada Thailand, nanas yang dicemari darah penjual nanas (PLHIV) yang terluka, jarum suntikan yang tertanam di taman-taman permainan atau pantai, virus HIV di dalam minuman dan makanan tertentu, dan sebagainya.

Jikalau ditambah dengan berita palsu lain seperti dijangkiti HIV akibat digigit nyamuk, ketika bergelut dengan penyalahguna dadah, menolong mangsa kemalangan berdarah, batuk, bersin, bersentuhan dengan PLHIV, berkongsi kolam renang dan tandas awam, berkongsi makanan, pakaian dan sebagainya, tak tahu berapa banyak fitnah yang PLHIV dan affected people kena tanggung.

Kalaulah semudah itu HIV berjangkit, hampir semua doktor di dunia ini adalah PLHIV dan bayangkan jumlah non-PLHIV yang telah dijangkiti HIV kerana hakikatnya setiap hari non-PLHIV sentiasa bergaul dan berurusan dengan PLHIV tanpa mereka sedari.

Penyebar berita-berita hoax begini barangkali kerana demi saingan perniagaan, kurang cerdik (dan sedang membuktikan dirinya tidak cerdik), bergurau tidak kira tempat, atau sakit jiwa.

Tolonglah faham bahawa sesiapa yang menyebarkannya adalah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang zalim. 


Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(Surah al-Ahzab: 58)

HIV tidak pernah dibuktikan tersebar di luar tubuh manusia. HIV juga tidak mampu bertahan di luar tubuh manusia.

Nama virus sahaja pun sudah menunjukkan cara jangkitan.
H – HUMAN (dari dalam tubuh MANUSIA ke dalam tubuh MANUSIA sahaja)
I – Immunodeficiency
V – Virus

Tidak perlulah merapu merepek meraban yang kononnya HIV boleh berjangkit dengan cara-cara yang didakwa. Ada banyak cara lain untuk dapatkan "Like" yang banyak atau popularkan laman web atau blog anda.



Ada sesiapa yang mahu bincang tentang isu jarum suntikan yang kononnya tercemar darah HIV yang dikambus di pantai-pantai atau taman permainan yang mengakibatkan jangkitan HIV? Silakan.


Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Memahami HIV dengan tepat dapat menyekat penularan dan meningkatkan kualiti hidup infected dan affected people. Kita berperanan memperbetulkan keadaan dan mengelakkan penganiayaan. 

Wallaahu’alam.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL, DAN MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui Facebook AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com






Thursday, August 14, 2014

SULIT DAN KEBOLEHPERCAYAAN: ANTARA TEORI, SOP, DAN PRAKTIKAL TERHADAP PLHIV





Soalan:

Apabila didiagnos, adakah segala maklumat mengenai status kesihatan People Living With HIV (PLHIV) selamat dan dirahsiakan?

Jawapan:

Ya, selamat dan dirahsiakan. Semua maklumat yang diambil oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) akan dimasukkan ke dalam pangkalan data National AIDS/HIV Register (NAR). Ini adalah prosedur standard atau Standard of Procedure (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kes AIDS/STI.

Maklumat dikendalikan secara SULIT. Hanya individu tertentu sahaja yang mempunyai password tertentu untuk mengakses maklumat berkenaan (CONFIDENTIALITY).

Setiap doktor yang merawat klien baru (tetapi telah disahkan HIV positif di tempat lain), akan meminta maklumat berkaitan rawatan yang diperlukan daripada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) melalui pangkalan data NAR. Mereka tidak perlu bertanya kepada klien tentang maklumat yang sama sekali lagi.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk mencapai ZERO TRANSMISSION, PPKP diarahkan untuk mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa.

Contoh:

Jika klien yang sebelum ini bujang dan kini berkahwin, adakah pasangannya telah diberikan kaunseling atau tidak? Atau PLHIV yang baru berkahwin dan kini telah hamil, adakah telah menerima rawatan highly active antiretroviral therapy (HAART) atau tidak?

Terpulang kepada PLHIV (klien) sama ada mahu memberikan kerjasama atau tidak. Tidak bermakna PPKP boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan cara tidak berhemah.

Jika klien rasa PPKP tersebut cuba mendapatkan maklumat dengan cara tidak berhemah, tidak perlu berikan kerjasama dan laporkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah atau Penolong Pengarah, Unit AIDS/STI Negeri, Ketua Penolong Pengarah, Unit AIDS/STI Negeri, atau Pakar Perubatan Keluarga di Klinik Kesihatan berdekatan.

Jika semua kakitangan KKM memahami dan memegang amanah ini secara profesional, isu kebocoran maklumat tidak akan timbul. Bahkan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang jika terbukti menyalah guna kuasa. PLHIV pula mesti memahami hak mereka.


Nota:

1.      Public Health Inspector (PHI) / Inspektor Kesihatan / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) / Merinyu Kesihatan adalah istilah bagi jawatan yang sama.

2.      Kepada PLHIV, mungkin atas keperluan rawatan, pencegahan penularan, dan mengemaskini data seperti yang telah dijelaskan di atas yang menyebabkan anda masih dihubungi oleh PPKP walaupun maklumat awal telah diberikan semasa baru didiagnos dahulu.


Wallahu a'lam.
Semoga nota ringkas ini dapat difahami pembaca.


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:
  
Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Wednesday, August 13, 2014

ENTRY WAJIB: BUKTI HIV TIDAK MUDAH BERJANGKIT





BACA BETUL-BETUL FAKTA INI DAN ANDA AKAN FAHAM BETAPA SUKARNYA HIV BERJANGKIT DAN BETAPA SILAPNYA ANGGAPAN BAHAWA PLHIV (PEOPLE LIVING WITH HIV) MEMBAHAYAKAN ANDA

"HIV tidak boleh hidup apabila BERADA DI LUAR BADAN PLHIV. HIV tidak boleh berjangkit di dalam sampel darah yang telah kering.

"Fakta bahawa DNA / RNA HIV masih boleh didapati di dalam sampel darah yang telah kering dan DNA / RNA HIV daripada sampel tersebut boleh dicambah di dalam makmal, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SESEORANG BOLEH DIJANGKITI DARIPADA SAMPEL DARAH YANG TELAH KERING TERSEBUT.

"Untuk memastikan supaya HIV yang dijumpai di dalam sampel darah yang telah kering tadi kekal hidup, saintis / penyelidik perlu menyediakan suatu persekitaran terkawal di dalam makmal. Persekitaran terkawal di dalam makmal ini TIDAK WUJUD atau TIDAK TERDAPAT SECARA SEMULAJADI di luar daripada persekitaran makmal.

"Tambahan lagi, sampel darah yang telah kering tadi perlu mengandungi KEPEKATAN / BILANGAN / JUMLAH VIRUS YANG TERSANGAT TINGGI /BANYAK serta luka atau saluran darah yang terdedah kepada kontaminasi daripada darah yang telah kering tadi mestilah luka yang SANGAT LEBAR / LUAS bagi membolehkan HIV menjangkiti mangsa.

"Untuk itu, kemungkinan untuk mendapat jangkitan HIV daripada kontaminasi darah PLHIV yang telah kering adalah menghampiri sifar.

(Nota PPWM: Jika ianya di luar tubuh, sedikit, dan kering, sudah tentu jangkitannya SIFAR! Sila baca penjelasan seterusnya.)

"Berikut adalah komen daripada para saintis:

"WALAUPUN HIV HANYA BOLEH HIDUP SEKETIKA JIKA BERADA DI LUAR BADAN PLHIV, JANGKITAN HIV TIDAK PERNAH DILAPORKAN AKIBAT DARIPADA KONTEK / KONTAMINASI DENGAN TUMPAHAN DARAH, AIR MANI, ATAU TUMPAHAN CECAIR BADAN PLHIV. INI ADALAH KERANA VIRUS AKAN CEPAT MATI / MUSNAH SEBAIK SAHAJA TERDEDAH KE UDARA.

"Untuk seseorang itu dijangkiti oleh HIV, DARAH ATAU CECAIR TUBUH PLHIV MESTI MENGANDUNGI VIRUS YANG TERSANGAT BANYAK / TINGGI / PEKAT SERTA DARAH ATAU CECAIR TUBUH TERSEBUT PERLU TERUS MASUK KE DALAM SALURAN DARAH SESEORANG NON-PLHIV UNTUK MEMUNGKINKAN NON-PLHIV ITU DIJANGKITI OLEH HIV.

"Para saintis bersetuju bahawa HIV tidak dapat hidup di dalam persekitaran luar daripada tubuh PLHIV, menjadikan kemungkinan untuk seseorang mendapat jangkitan HIV jika terdedah kepada darah atau cecair tubuh PLHIV di persekitaran adalah SANGAT-SANGAT TERPENCIL.

"Bagi mendapatkan data tentang survival HIV, kajian di makmal biasanya menggunakan bilangan HIV yang tinggi / banyak / pekat untuk mengekalkan keaktifan virus di dalam makmal.

"Walaupun kepekatan sebegini boleh dikekalkan untuk HIV di dalam makmal hidup selama beberapa hari atau minggu di bawah keadaan makmal yang terkawal, kajian menunjukkan bahawa sebaik sahaja sampel darah atau cecair badan yang mengandungi HIV tadi kering, bilangan / kepekatan HIV akan berkurang sehingga 90 – 99 % dalam tempoh beberapa jam sahaja.

"Memandangkan KEPEKATAN HIV yang digunakan di dalam kajian-kajian makmal adalah LEBIH TINGGI daripada yang ditemui di dalam darah atau spesimen yang lain kerana HIV tersebut telah dicambah di dalam makmal di dalam persekitaran makmal yang terkawal, risiko sebenar jangkitan HIV daripada sampel darah atau cecair tubuh PLHIV telah kering di luar persekitaran makmal adalah SIFAR."

BAGAIMANA JIKA LUKA NON-PLHIV TERDEDAH KEPADA DARAH SEGAR PLHIV?

Fungsi PLATELET di dalam darah individu berperanan untuk MENUTUP RONGGA luka bagi mengelakkan apa juga virus daripada mudah memasuki tubuh. Sifat semulajadi LUKA SEGAR (baru) pula ialah darah akan MENGALIR KE LUAR, bukan KE DALAM TUBUH.

Jika HIV di luar tubuh dan sekadar terkena kulit non-PLHIV, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Jadi jelaslah betapa salahnya andaian bahawa HIV akan berjangkit melalui tuala wanita, makanan dalam tin, buah-buahan, melalui masakan atau minuman yang disediakan atau dikongsi dengan PLHIV.

Begitu juga semasa menguruskan jenazah berisiko termasuk jenazah PLHIV. Prosedur mengambil Personal Protective Equipment (PPE) yang dilakukan adalah atas dasar untuk mengelakkan jangkitan penyakit lain terutama akibat patogen, bukan kerana HIV.

Tidaklah menghairankan PLHIV yang telah menjalani rawatan layak berkahwin, pasangan dan zuriat mereka mampu bebas HIV. Yang penting, virus perlu kurang daripada 1000 copies (atau sebaik-baiknya telah mencapai tahap not detected).

Apa hujah kita sehingga sanggup mendiskriminasikan, menjatuhkan air muka sahabat-handai, anak menantu, dan jiran tetangga sendiri yang berjasa kepada kita semata-mata kerana mereka dijangkiti HIV?

Bukalah hati dan minda.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada AVERT.org:

Sumber:

Wallahu a'lam.

Kredit kepada:
Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga,
KK Jaya Gading, Kuantan.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Info Berkaitan:

Facebook Fanpage PPWM:
  
Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com