Wednesday, May 28, 2014

JANGAN DEDAH MAKLUMAT YANG TIDAK PERLU




Saya merujuk kepada satu laporan akhbar yang mendedahkan seorang ibu tunggal berusia 43 tahun, yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah, juga disahkan HIV positif.

Tidak sepatutnya status kesihatan seseorang individu dibincangkan secara umum, bahkan pendedahan tersebut juga merupakan salah satu pelanggaran hak asasi manusia.

Sesiapa yang mendedahkan maklumat sulit seperti ini sepatutnya mempertimbangkan dengan sebaik mungkin, atas dasar apa pendedahan tersebut dilakukan, dan jelas bahawa terdapat kebenaran daripada individu berkenaan, bidang kuasa yang sah, atau atas sebab yang membabitkan isu kepentingan awam.

Penulis, akhbar, atau portal atas talian sepatutnya tidak mendedahkan sebarang maklumat melainkan yang sepatutnya sahaja.

Individu yang didedahkan maklumat berkaitan dirinya juga harus diberi makluman bahawa maklumat dirinya dimaklumkan kepada umum, dan sebab-sebab makluman tersebut dibuat juga harus diberitahu.

Tiada sesiapa yang sepatutnya tahu sebarang maklumat berkaitan diri anda tanpa persetujuan daripada diri anda sendiri. Golongan profesional seperti penulis dan jurnalis, seharusnya menjadi barisan hadapan untuk menghentikan stigma dan diskriminasi terhadap golongan yang mempunyai AIDS dan HIV positif.

Bersama kita mengubah keadaan ini.

ISAAC TAN, Kuala Lumpur






Jazakallah khier kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga,
Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan.


Diterjemahkan oleh: Tuan Setiausaha Kehormat PPWM



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


PANDUAN ASAS MENJAGA KESIHATAN KEPADA ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV (ODHA), PESAKIT-PESAKIT KRONIK, DAN WARGA EMAS YANG BAKAL MENUNAIKAN UMRAH



Memandangkan musim cuti persekolahan pertengahan tahun telah tiba, aku menerima banyak pertanyaan daripada ODHA yang berhasrat melaksanakan tuntutan ibadah umrah. Sebenarnya telah banyak tips berkaitan telah aku kongsikan dalam entries sebelum ini, tetapi memandangkan soalan ini semakin popular dan bukan semua orang rajin membaca, tips yang lebih ringkas ini aku sediakan untuk semua termasuk bukan ODHA.

Sebelum pergi

- Selain suntikan meningococcal, elok juga mempertimbangkan suntikan pencegahan pneumonia iaitu pneumococcal dan influenza. Tetapi, suntikan pneumococcal hanya berfungsi jika bacaan CD4 ODHA melebihi 200 sahaja.

- ODHA juga elok mengambil semula Bactrim sebelum berangkat. Semua langkah pencegahan jangkitan ini adalah untuk mengelakkan pelbagai risiko jangkitan penyakit terutama yang tersebar melalui udara atau sentuhan. Mencegah jangkitan wabak MERS-Cov perlu diberi perhatian.

- Sediakan dan memakai mask sangat penting terutama di kawasan sesak dan kurangkan bersentuhan. Jika memilih untuk menggunakan nasal filter, sila pastikan tidak bernafas melalui mulut.

- Hand sanitizer elok dibawa dan digunakan dengan kerap. Begitu juga bekalan ubat-ubatan ringan yang lain. Cuci tangan sekerap yang boleh.

- Kepada ODHA yang perlu membawa bekalan HAART, selain membawa bekalan yang mencukupi, sangat penting membawa surat rasmi daripada pihak KKM (doktor) yang menyatakan anda memerlukan ubat-ubatan tersebut untuk mengelakkan masalah dengan pihak Kastam di negara berkenaan.

- Surat / kad yang menyatakan anda mungkin mengalami alahan terhadap ubat-ubatan tertentu juga perlu dibawa jika berkaitan.




Semasa di Mekah dan Madinah

- Jika kurang cergas, fokus kepada ibadah umrah wajib sahaja dan kurangkn aktiviti ziarah terutama ke ladang unta. Elakkan bersesak-sesak di tempat awam tanpa sebab yang penting. Lebih afdhal memperbanyakkan tawaf sunat dan solat fardhu berjamaah di Masjidil Haram berbanding berlumba-lumba memperbanyakkan bilangan umrah.

- Memandangkan suhu mencecah lebih 40°C di sana sekarang, minum air kosong secara kerap dan mencukupi adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko dehydration. Tetapi, elok kurangkan mandi kerana suhu badan yang kerap bertukar bahaya kepada kesihatan (suhu panas di sana biasanya tidak menyebabkan berpeluh tengik seperti di Malaysia).

- Kebetulan air zam-zam mudah diperolehi dan penuh dengan segala penawar. Cuba minum air zam-zam sahaja sepanjang masa di sana. Baca doa memohon shifa’ sebelum meminumnya.

- Elakkan membeli minuman dan makanan yang terdedah atau kurang bersih untuk mengurangkan risiko keracunan makanan. Makan dan minum dengan kadar yang perlu sahaja.

- ODHA yang mempunyai diabetes, sila pastikan kawal bacaan gula dengan baik. Kecergasan dan imuniti tubuh semakin lemah jika bacaan gula tidak dikawal.

- Pilih alas kaki atau selipar yang tidak serap haba dan jika alahan dengan bahan pencuci lantai (kawasan dalam masjid sentiasa dibersihkan dengan bahan pencuci kimia), sila pakai alas kaki khas yang ada dijual di sana dan sesuai untuk digunakan semasa tawaf. Terdapat fatwa yang membenarkan pemakaian mask atas sebab-sebab dharorah (Kesihatan).

- Jika anda menunaikan umrah pada musim sejuk, sila bawa pakaian yang bersesuaian.

Selebihnya berdoa dan bertawakkal kepada Allah. InsyaAllah urusan ibadah umrah akan dipermudahkan kerana anda adalah tetamu-Nya. WA.

Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



ISRA' MIKRAJ, KAITANNYA DENGAN KEFARDHUAN SOLAT DAN RAWATAN HIV



Bagi orang-orang yang beriman, solat adalah penyelesaian segala permasalahan hidup termasuk dapat mengelakkan penularan jangkitan HIV dan memberikan kekuatan menghadapi ujian Allah kepada yang telah dijangkiti.

Berdasarkan sedikit pengalaman peribadi membantu rakan-rakan senasib, rasa sukar untuk bangkit dan melawan pelbagai tekanan termasuk stigma, diskriminasi, dan judgemental adalah disebabkan kita gagal meletakkan penilaian Allah (dalam erti kata yang sebenar-benarnya) jauh melebihi kebergantungan kepada sesama makhluk. Sudahnya ada akan timbul pelbagai ujian lain yang tidak pernah putus sepanjang hayat. Jika kelihatan ‘kuat’ sekali pun, sekadar ‘kekuatan bermusim’ yang sangat rapuh.

Mukmin sejati akan sentiasa berjuang walaupun berjuta ujian dan berjaya melepasi satu demi satu halangan. Mereka kelihatan mudah sahaja menghadapi segala ujian, sedangkan jika kita berada di tempat mereka, barulah kita tahu betapa besar ujian mereka dan belum belum tentu kita mampu menghadapinya.

Baiklah, mari kita cuba cari hikmah di sebalik peristiwa Isra’ Mikraj secara ringkas.

Isra' Mikraj adalah salah satu mukjizat Rasulullah S.A.W. Melalui peristiwa Isra' Mikraj, kefardhuan solat yang mengandungi hikmah yang sangat besar telah diwajibkan kepada semua umat Islam.

Firman Allah yang berbunyi:


"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." 
(Surah al-Israk: 1)



ANTARA KEPENTINGAN SOLAT:

Solat asas Islam, iman, dan amal

Nabi S.A.W bersabda:


"Solat adalah TIANG/ ASAS agama, barangsiapa yang menegakkannya, maka ia telah menegakkan agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya, bererti ia telah merobohkan agamanya."

Solat mencegah kemungkaran dan membentuk kemuliaan akhlak

Allah SWT berfirman:


"Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." (Surah al-Ankabut: 45)

Sifat keji dan mungkar ada yang disedari dan tidak disedari. Yang tidak disedari lebih menakutkan kerana ianya mungkin bala' daripada Allah.

Contoh-contoh sifat mungkar (yang tidak disedari) dan menghampiri sifat-sifat kebesaran Allah:

A. Ujub, riya', dan takabbur
B. Buruk sangka
C. Penyakit rohani / hati
D. Cinta dunia melebihi akhirat
E. Selesa dengan maksiat

Solat penyelesaian segala ujian Allah

Allah SWT berfirman:


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang KHUSYU’, (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya." 
(Surah al-Baqarah: 46)

Solat membentuk keperibadian mulia termasuk 2 sifat penting iaitu iaitu syukur dan sabar

Rasulullah SAW bersabda: 
"Iman terbahagi kepada dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur."
(Hadith Riwayat al-Baihaqi)

Syukur dan sabar juga dapat membentuk diri menjadi seorang yang berjiwa besar dan tahan uji.

CELAAN & AMARAN ALLAH KEPADA GOLONGAN YANG CUAI/ LALAI DALAM SOLAT

Firman Allah SWT:



"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai daripada solatnya." 
(Surah al-Maun: 4-5)

Contoh-contoh sikap cuai atau lalai dalam solat yang mengakibatkan solat tidak berfungsi mencegah perkara-perkara keji dan maksiat:

A. Tidak menghiraukan
B. Tidak berhati-hati
C. Berlengah-lengah
D. Sering terlupa
E. Asyik dengan sesuatu perkara dan tidak mengambil berat

DOA SUPAYA DIRI DAN KELUARGA KEKAL MENUNAIKAN SOLAT
AMAL SETIAP KALI BERDOA

Doa Nabi Ibrahim. 


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." 
(Surah Ibrahim: 40)

Itu sahaja. Semoga catatan ringkas ini ada manfaatnya kepada para pembaca.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Sunday, May 25, 2014

BERKHATAN DAPAT MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN HIV SEHINGGA 73%





Ramai yang tidak sedar bahawa berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV. Itulah antara hikmah sesuatu tuntutan syariah yang sangat mementingkan aspek kebersihan, sama ada kesihatan dan kebersihan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual (JERI) yang kurang difahami oleh sebahagian umat Islam sendiri.

Sebenarnya isu yang diutarakan ini bukanlah perkara baru, bahkan telah lama diketahui dan dilaksanakan di sesetengah negara untuk mengurangkan risiko jangkitan virus melalui cara hubungan seks.

Aspek kebersihan sangat dititik beratkan dalam Islam, bahkan lelaki lebih rendah risiko dijangkiti HIV berbanding wanita kerana fitrahnya wanita lebih berperanan sebagai ‘penerima’ dalam hubungan seks.

Luka kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar (micro abrasion) mudah berlaku dalam faraj wanita semasa mengadakan hubungan seks. Langkah pencegahan standard seperti penggunaan kondom tetap penting untuk menjamin keselamatan terutama kepada wanita dan bakal zuriat.

Justeru, stigma dan diskriminasi bahawa kanak-kanak lelaki yang dijangkiti HIV tidak perlu dikhatankan atas sebab-sebab keselamatan sedangkan mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik (CD4 tinggi dan virus tidak dapat dikesan) adalah memualkan.

Apa kata kita baca sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini sebagai bukti.




Kuala Lumpur: Jangkitan melalui aktiviti seks bebas menyumbang kepada 2,510 kes baru HIV tahun lalu, sekaligus menunjukkan peningkatan drastik berbanding hanya 985 kes, lima tahun lalu.

Tahun lalu, 3,393 kes baru HIV direkodkan dengan 2,510 atau 74 peratus daripadanya berpunca akibat hubungan seks manakala pada 2009, sebanyak 985 kes (32 peratus) direkodkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, susulan peningkatan mendadak itu, beliau meminta pegawai di Kementerian Kesihatan mencari kaedah penyelesaian menyeluruh bagi membanteras jangkitan virus itu melalui aktiviti seksual.


“Walaupun seks dalam konteks HIV sangat sensitif dan kompleks, usaha ini perlu segera dilakukan antaranya menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menangani transmisi seksual HIV.

“Selain itu, menggalakkan khatan bagi lelaki, yang mana kaedah ini diakui dapat menurunkan kadar jangkitan HIV sebanyak 64 peratus, malah ada kajian menunjukkan penurunan sehingga 73 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman pada Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-12 Majlis AIDS Malaysia (MAC) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) dan Ketua Sektor (AIDS/STI) Dr Sha’ari Ngadiman serta Presiden MAC Datuk Dr Raj Abdul Karim.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, secara keseluruhannya setiap tahun kes jangkitan baru HIV mencatat penurunan secara konsisten sejak 2002 (6,978 kes) kepada 3,393 kes, tahun lalu.

“Jangkitan HIV baru dalam kalangan penagih dadah menggunakan kaedah menyuntik (PWID) yang dahulunya berisiko tinggi HIV juga menurun daripada 53 peratus pada 2006 kepada 22 peratus, tahun lalu.

“Ia hasil program Pengurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) yang dilancarkan bersama KKM, MAC dan pelbagai pihak berkaitan, termasuk NGO pada 2006,” katanya.


Sumber: Galak khatan elak HIV
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GalakkhatanelakHIV/Article/index_html


Nota AHP Pie:

Di kesempatan ini juga aku mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pembaca tetap blog ini kerana semakin kurang online dan berkongsi pelbagai isu mengenai HIV. Kaunseling online juga terpaksa dikurangkan kerana perlu fokus terhadap beberapa perkara penting untuk sementara waktu.

Mohon maaf atas segala salah silap. Tolong doa-doakan urusan yang bakal dilakukan dalam waktu terdekat ini dipermudahkan dan diberkati-Nya.


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com