Wednesday, May 21, 2014

PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER: IA AKAN MEMBAWA KEPADA PENJAGAAN YANG LEBIH KOMPREHENSIF




Saya merujuk kepada laporan "Kementerian memikirkan penjagaan kesihatan "rahim ke kubur'" (NST, 16 April) dan editorial "Kesinambungan Penjagaan Kesihatan" dan kandungan berita "Penjagaan Di rumah Untuk Pesakit kronik" (26 April).

Sebagai seorang doktor yang telah berkhidmat selama enam dekad, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan untuk cadangan-cadangan ini, yang amat penting untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk semua.

Perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi satu anjakan paradigma dalam cara kesihatan dan penjagaan kesihatan dilihat dan dilaksanakan di dalam negara ini dan mempunyai faedah penting kepada pihak-pihak berkepentingan - orang ramai, kerajaan, dan penyedia penjagaan kesihatan.

Konsep doktor keluarga, tidak seperti di negara-negara maju, tidak dijumpai penerimaannya di Malaysia walaupun ia adalah asas kepada Deklarasi Alma-Ata 1978 "Kesihatan Untuk Semua", yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang menandatanganinya. Perisytiharan itu bertujuan untuk mencapai penjagaan kesihatan untuk semua rakyat menjelang tahun 2000.

Walau bagaimanapun, sistem penjagaan kesihatan kita adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, terutamanya perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan luar bandar, imunisasi kanak-kanak, klinik kesihatan ibu dan anak.

Seiring dengan perubahan sosio-ekonomi sejak merdeka, sistem berkenaan telah memberi kesan kepada penurunan dalam kadar kematian bayi (penanda aras perkhidmatan kesihatan yang baik), yang setanding dengan kebanyakan negara-negara membangun. Selain itu, kita mempunyai penjagaan kesihatan hampir percuma di hospital-hospital kerajaan untuk sesiapa sahaja di negara ini.

Kepentingan penjagaan kesihatan primer yang telah ditonjolkan oleh WHO dalam laporan kesihatan dunia pada tahun 2008 yang bertajuk "Kini Lebih Daripada Sebelumnya". Dengan sistem penjagaan kesihatan primer, akan wujud pusat-pusat penjagaan – rumah, komuniti, dan institusi – dan tahap-tahap penjagaan – tidak formal, primer, sekunder dan tertier.

Melalui sistem sedemikian, pelbagai dimensi kesihatan dan penjagaan kesihatan boleh direalisasikan dengan lebih baik melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, penyembuhan atau kawalan penyakit dan pemulihan.

Doktor keluarga akan mempunyai peranan penting bukan sahaja untuk penjagaan berterusan tetapi juga penyelarasan penjagaan, terutama bagi pesakit dengan pelbagai penyakit di dalam populasi yang semakin berusia dan pengamal gaya hidup yang tidak sihat.

Selain itu, akses secara langsung ke sesebuah hospital kelak adalah untuk kes-kes kemalangan dan kecemasan dan melalui rujukan oleh doktor keluarga. Hospital-hospital kelak akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melakukan tiga fungsi utama – perkhidmatan, pendidikan, dan penyelidikan.




Satu soalan yang dipertikaikan: Siapakah yang bertanggungjawab untuk kesihatan dan penjagaan kesihatan? Ia sepatutnya menjadi suatu tanggungjawab bersama di antara orang ramai dan kerajaan. Seseorang individu itu perlu bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan menjaga diri sendiri daripada penyakit-penyakit minor dan juga belajar untuk menjaga orang lain yang sakit. Kerajaan perlu menyediakan persekitaran yang menyokong, termasuk struktur-struktur, institusi-institusi dan pembiayaan, supaya kesihatan yang baik dan penjagaan kesihatan berkualiti dapat disediakan. Para penyedia penjagaan kesihatan perlu sentiasa meletakkan kepentingan pesakit sebagai keutamaan.

Dalam keadaan kesihatan awam di dunia secara umumnya adalah lebih baik berbanding beberapa dekad yang lalu, pada masa yang sama, keperluan untuk penjagaan juga telah meningkat.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, ini sebahagian besarnya adalah kesan  daripada populasi yang semakin panjang jangka hayatnya dan penyakit-penyakit kronik (NCD) menunjukkan peningkatan yang membimbangkan seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser, penyakit paru-paru kronik, dan nyanyuk.

Adalah penting untuk kita semua untuk menerima idea bahawa kebanyakannya berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat, di mana kita bertanggungjawab secara peribadi. Kita juga perlu sedar bahawa kemajuan di dalam pengetahuan dan teknologi perubatan membantu memanjangkan hayat pesakit selama bertahun-tahun pada kenaikan kos penjagaan dan kadang-kadang membawa kepada dilema-dilema moral – (untuk merawat atau tidak merawat).

Walaupun benar bahawa manusia hidup lebih lama, kebanyakan mereka hidup dengan satu atau lebih penyakit. Jadi, teras penjagaan berterusan untuk warga tua yang sakit atau yang tidak sakit atau mereka yang mempunyai NCD, perlu menjaga diri sendiri dan juga penjagaan oleh keluarga dengan sokongan daripada kerajaan atau komuniti. Satu lagi masalah ialah pembiayaan. Tanpa pembiayaan yang adil, penjagaan kesihatan yang berkualiti tidak akan tercapai.


Datuk Seri Dr T. Devaraj, Penang



Artikel asal sila rujuk di sini:

Diterjemah secara bebas oleh bukan seorang medical practitioner
AHP Pie yang English peringkat SPMnya hampir failed. Ha ha ha…



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Tuesday, May 13, 2014

SELAMAT JIKA IKUT ARAHAN DOKTOR




Apa itu ubat?

Setiap orang boleh jatuh sakit, tetapi ada pelbagai cara untuk kita pulih semula. Antaranya dengan pengambilan ubat. Namun, adakah kita benar-benar mengenali ubat yang diambil?

Sebenarnya, ramai tidak pasti dengan ubat-ubatan diambil kerana wujud lambakan di pasaran. Berdasarkan kajian peringkat kebangsaan kali kedua ‘A National Survey on Use of Medicines’ (NSUM II) yang dijalankan pada 2012, hanya separuh iaitu 56.6 peratus pengguna ubat di Malaysia tahu menggunakan ubat secara betul dan berkualiti.


Mengikut definisi, ubat adalah bahan kimia yang digunakan untuk mengawal, merawat atau mencegah penyakit. Di Malaysia, ubat-ubatan dikawal penggunaan, penjualan dan pengagihannya melalui Akta Racun 1952.

Secara umumnya, ubat selamat jika diambil mengikut arahan doktor dan ahli farmasi. Pengambilan secara berkualiti boleh menjamin keselamatan pengubatan dan rawatan yang diterima berkesan.


Selain itu, ia dapat mengelak kesan mudarat kepada pengguna. Semua ubat yang hendak dipasarkan dan digunakan di negara ini mesti didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia bagi memastikan ubat berkualiti, selamat, dan berkesan digunakan. Ketulenan sesuatu ubat boleh dikenal pasti melalui semakan nombor pendaftaran (MAL) produk dan semakan label hologram MeditagTM menggunakan alat dekoder Meditag di farmasi.


Untuk memahami kategori ubat mengikut perundangan dengan lebih lanjut, ia boleh dibahagikan kepada kategori ubat am dan ubat terkawal.

Ubat am ialah ubat yang boleh dibeli daripada farmasi dan kedai biasa seperti ubat demam (Paracetamol) dan vitamin.


Ubat terkawal pula terbahagi kepada dua iaitu ubat dengan preskripsi (slip ubat) yang boleh diperoleh hanya melalui doktor atau ahli farmasi, contohnya ubat-ubatan untuk rawatan hipertensi dan antibiotik, manakala ubat tanpa preskripsi pula boleh diperoleh daripada ahli farmasi tanpa preskripsi seperti ubat selesema, batuk dan krim kegatalan kulit.

Apabila membincangkan mengenai ubat, terus terlintas dalam bentuk biji tetapi hakikatnya ubat mempunyai pelbagai bentuk dosej.


Pengguna perlu mengetahui dosej setiap ubat yang diambil kerana ia berkait rapat dengan cara pengambilan atau penggunaannya dalam mengawal kesihatan, merawat, atau mencegah sesuatu penyakit.

Antara bentuk dosej ialah tablet, kapsul, ubat minum, ubat sapu, ubat sedut, ubat suntikan, ubat titisan atau salap mata, ubat titisan atau semburan hidung, dan ubat sisipan. Apa yang berlaku, ramai keliru untuk mengenal pasti nama sesuatu ubat.


Nama generik adalah nama kimia atau nama bahan aktif ubat yang diguna pakai di seluruh dunia, manakala nama dagangan atau jenama ialah yang diberi syarikat pengeluar atau pengilang ubat.

Oleh itu, pengguna digalakkan mengetahui nama generik ubat dan bukan nama dagangan untuk mengelak kekeliruan ketika ingin mengambil atau menggunakan ubat.


Bukan saja nama dagangan atau jenama ubat akan berlainan daripada setiap pengeluar, malah bentuk dan warna ubat juga berbeza.

Justeru, mengetahui nama generik atau nama bahan aktif ubat boleh mengelak terambil ubat salah atau mengambil dua ubat sama tetapi berbeza warna dan nama jenama. Tempat simpanan ubat juga penting bagi memastikan ia dalam keadaan baik.


Elak simpan di dalam bilik mandi, dekat sinki, atas tingkap atau dalam kereta kerana suhu dan kelembapan yang tidak sesuai boleh merosakkan ubat.

Jika masih keliru atau ada pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi talian 1800 88 6722.



Waktu operasi pusat panggilan ini dari 8 pagi hingga 5 petang. Selain itu, pengguna boleh menyampaikan soalan ke e-mel pharmacy1@moh.gov.my.


Artikel ini disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia


Sumber: sini



Republished by: Ummie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com



Wednesday, May 07, 2014

HIV: BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-36


My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 24 April 2014
Day: Thursday
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Time: 4.21 pm

Seperti biasa, aku ditemani Kak Da dan Ummie. Routine check-up iaitu weight, blood pressure, body temperature, dan mouth.

Weight: 70.1 kg (naik sikit)
Blood pressure: 118/70 (normal)
Pulse rate: 72
Temperature: 36.5°C
Glucose: 11 (3 hours after meal)
Mouth: No oral candidiasis

Dr. Iskandar turut berkongsi maklumat tentang keputusan ujian darah yang dijalankan semasa temujanji sebelum ini:

LDL Cholesterol: 2.05 (normal) [normal is < 2.5]
* LDL = Low-density lipoprotein
* LDL cholesterol = bad cholesterol
Heart: OK
Heart enzyme: OK
Kidney (serum creatinine): 61 (normal) [normal range is 60 – 120]
White blood cell (WBC): 2.6
Random blood sugar (RBS): 9.3

Aku mengadu kepada Dr. Iskandar tentang selera makanku yang kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sama ada breakfast, lunch, dan dinner, sama sahaja. Sekiranya aku dinner awal dalam kuantiti yang terkawal atau sedikit, pada lewat malam aku sangat sukar melawan rasa lapar. Ianya tidak berkaitan dengan gejala hipo, tetapi rasa lapar yang biasa.

Dr. Iskandar menyatakan bahawa setakat ini bacaan gula ku masih dikira terkawal. Tetapi, walau bagaimanapun, beberapa tips yang telah beberapa kali dikongsikan sebelum ini untuk menjaga paras gula dalam darah perlu aku ambil berat.

Berikut adalah beberapa pertanyaan dan jawapan umum yang elok dikongsikan kepada pembaca sebagai makluman bersama:


Soalan:

Apakah pandangan Dr. Iskandar tentang wabak MERS-CoV yang menjadi isu bagi mereka yang berhajat menunaikan umrah dalam waktu terdekat, khususnya terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA)? Adakah lebih baik supaya mereka menangguhkan hasrat tersebut?

Jawapan:

MERS-CoV adalah merupakan sejenis novel virus atau virus baru yang tidak pernah ditemui sebelum ini.

Menurut World Health Organization (WHO), coronavirus adalah keluarga virus yang besar yang melibatkan virus-virus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia, daripada selsema biasa kepada SARS. Virus-virus di dalam keluarga ini juga menyebabkan beberapa penyakit terhadap haiwan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MERS-CoV menyebabkan jangkitan saluran pernafasan akut di kalangan manusia. Gejala utama adalah demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru (pneumonia). Pihak WHO menyatakan punca jangkitan dan cara jangkitan bagi MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti.

Pihak WHO juga menegaskan bahawa tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Kebanyakan kes jangkitan MERS-CoV adalah ringan. Bagi individu yang kurang daya tahan jangkitan, gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical).

Coronavirus tidak akan tinggal tetap di dalam tubuh manusia yang sudah dijangkitinya. Ini disebabkan Allah telah jadikan tubuh manusia berkemampuan menghasilkan antibodi sendiri yang akan menghapuskan virus tersebut.

MERS-CoV pula merupakan virus baru yang masih belum ada sesiapa pun yang dapat develop antibodi terhadapnya. Sama sahaja keadaannya seperti H1N1 suatu masa dahulu yang merupakan virus baru. Lama-kelamaan, semakin ramai orang menghidap H1N1 dan akhirnya penyakit itu menjadi biasa kerana ianya tidak menjadi pathogenic dan virulence tidak lagi begitu teruk.

* pathogenic: infective; able to cause disease
* virulence: extreme harmfulness (as the capacity of a microorganism to cause disease

Bagi kes MERS-CoV yang ditemui di Johor baru-baru ini, walaupun masih tiada ubat, tetapi pihak KKM telah menjalankan usaha supportive kerana dijangkakan bahawa tubuh badan manusia akan melawan virus tersebut.

Menurut Dr. Iskandar lagi, tiada keperluan untuk sesiapa sahaja yang mahu mengerjakan ibadah umrah dalam waktu terdekat ini untuk menangguhkan niat mereka itu ke suatu waktu yang lain. Kita tidak tahu sehingga bila MERS-CoV akan berjaya dibasmi secara total.

Oleh itu, ODHA yang bakal menunaikan umrah boleh meneruskan rancangan tersebut, tetapi sudah tentu dengan mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah dinasihatkan oleh pihak KKM. Kawasan Mekah lebih dibimbangi mendedahkan jangkitan berbanding Madinah kerana terlalu ramai orang tertumpu di sana.

Virus bukanlah seperti bakteria yang boleh dibunuh (vaksin). Virus (apa-apa virus pun) mempunyai tempoh dan jangka hayat sendiri. Pelbagai virus baru yang muncul ada kaitannya dengan pengambilan antibiotik. Ianya menyebabkan virus baru muncul apabila mula resistant dengan antibiotik ciptaan manusia berbanding antibodi tubuh secara semulajadi.

Dr. Iskandar menasihatkan ODHA supaya mengambil rawatan Bactrim sebelum bertolak ke Tanah Suci sekalipun mereka pernah mengambilnya suatu ketika dahulu. Bactrim perlu diambil 2 biji sekali sehari selepas makan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku adalah rashes. Sama ada rashes itu temporary atau permanent adalah bergantung kepada jenis rashes dan biologi individu.

Selain itu, suntikan Influenza dan Pneumococcal juga dinasihatkan kepada para ODHA untuk mengambilnya sebagai langkah berjaga-jaga. Suntikan Influenza akan mula efektif selepas 2 minggu pengambilannya.

Bagi suntikan Pneumococcal pula, ODHA yang mahu mengambilnya hendaklah mempunyai CD4 melebihi 200. Pneumococcal tidak memberi sebarang respon sekiranya ODHA dengan CD4 kurang 200 mengambilnya.

Bukan ODHA yang dinasihatkan untuk mengambil suntikan Pneumococcal adalah mereka yang menghidap penyakit kronik tanpa mengira usia dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas, tidak kira sama ada mereka menghidap penyakit kronik atau pun tidak.

PENTING: Menurut Dr. Iskandar, ODHA (atau sesiapa juga yang perlu membawa bekalan ubat yang banyak) sepanjang berada di luar negara, mereka hendaklah mendapat surat pengesahan keperluan pengambilan dan membawa ubat-ubatan tersebut daripada doktor di tempat rawatan masing-masing bagi tujuan mengelakkan masalah semasa pemeriksaan kastam dan imigresen.

Pernah berlaku satu kes di Johor. Seorang ODHA pergi menunaikan umrah dengan membawa bekalan ubat yang banyak, tetapi enggan membawa surat pengesahan doktor kerana tidak mahu orang lain mengetahui status HIV positifnya. Akibatnya, kesemua bekalan ubat HAART yang dibawanya telah dirampas semasa berada di Arab Saudi. Bayangkan bahayanya situasi tersebut kepada ODHA kerana mereka perlu mengambil ubat pada masa yang tetap.

Soalan:

Aku mahu mendapatkan pandangan Dr. Iskandar terhadap 2 jenis kaedah rawatan penagihan dadah yang popular yang diamalkan di Malaysia. 1 kaedah Cold Turkey dan 1 lagi kaedah Methadone terhadap bekas penyalahguna dadah secara suntikan (ex-IDU).

Secara jujurnya aku lebih cenderung kepada rawatan pemulihan dengan kaedah Cold Turkey. Kaedah Cold Turkey telah membuktikan ramai ex-IDU mampu pulih sepenuhnya.

Tetapi aku mahu faham kelebihan pengambilan Methadone dan kenapa ianya diamalkan sedangkan tempoh pengambilan Methadone mengambil masa yang lama untuk dihentikan. Akhirnya seolah-olah seperti mereka ketagih dan bergantung pula kepada Methadone.

Jawapan:


Menurut Dr. Iskandar, methadone adalah sejenis opiat (opiate) yang bersifat long acting. Seorang penagih dadah tegar mempunyai saraf di dalam otaknya yang seolah-olah telah tumbuh reseptor tambahan yang lain seperti tanduk. Reseptor tambahan tersebut wujud bagi membolehkan opiat masuk ke dalam otak. Malangnya, reseptor tambahan tersebut tidak boleh hilang (kerosakan kekal di bahagian saraf otak).


Reseptor di dalam saraf otak seorang penyalahguna dadah tegar


Contoh reseptor yang berlaku di dalam otak


Methadone yang mereka ambil di klinik-klinik kesihatan bukanlah bertindak untuk merawat ketagihan mereka secara mendadak, tetapi sebagai satu usaha penggantian (substitution) supaya mereka tidak terlibat dengan pengambilan dadah yang lebih merbahaya dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar ketagihan.

Heroine atau morphine yang diambil oleh seseorang pengguna dadah hanya akan mengambil masa 3 jam sahaja untuk bertahan di dalam tubuh. Selepas tempoh tersebut, pengguna dadah akan mendapatkan lagi dose seterusnya dan kekerapannya semakin bertambah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama.

Tetapi, methadone mampu bertahan selama 24 jam di dalam tubuh. Methadone digunakan bagi mengelakkan rasa gian atau craving terhadap dadah di kalangan pengguna dadah akibat reseptor yang telah dinyatakan.


Methadone


Menurut Dr. Iskandar, KK Jaya Gading menghadkan hanya 100 clients sahaja untuk pengambilan methadone. Seboleh mungkin, pihak KK akan berusaha untuk mengurangkan dos methadone tersebut di kalangan bekas penyalahguna dadah. Contohnya, selepas tempoh tertentu, pengguna methadone akan dinasihatkan supaya mengurangkan dos daripada 60 mg kepada 55 mg dan lihat bagaimana keadaan tersebut selepas itu.


Methadone perlu diambil dengan penyeliaan KKM


Methadone ini diberikan sebagai dadah gantian kerana terbukti bahawa bekas penyalah guna dadah dapat menjalani hidup seperti biasa; dapat bekerja dan berkeluarga.

Terdapat kes di mana seorang pengguna methadone mahu pergi melaksanakan ibadah umrah. Bagi meneruskan pengambilan methadone, pengguna tersebut perlu diberikan surat pengesahan doktor dan senarai arahan untuk menyediakan bancuhan methadone berkenaan daripada cecair yang pekat kepada cair.

Pihak KK Jaya Gading telah mencadangkan supaya beliau cuba mengurangkan dos methadone sebelum ke Arab Saudi dan seterusnya tidak mengambil methadone dalam tempoh ibadah umrah tersebut. Sekembalinya pengguna itu ke tanah air, beliau telah membuat keputusan untuk menghentikan terus pengambilan methadone.

1 kes lain pula melibatkan seorang pengguna yang terpaksa membawa anaknya setiap hari ke KK Jaya Gading untuk mengambil mengambil methadone kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya itu di rumah. Lama-kelamaan, pengguna tersebut merasa malu dengan anaknya sendiri yang sentiasa bertanya tujuan mereka pergi ke KK setiap hari. Pengguna itu telah memohon untuk mengurangkan dos methadone. Pihak KK telah mengurangkan dos methadone itu sedikit demi sedikit. Akhirnya, pengguna methadone berkenaan tidak perlu lagi mengambilnya.

Menurut Dr. Iskandar, semuanya bergantung kepada willpower seseorang. Kerohanian adalah aspek yang paling penting bagi seseorang yang mahu berubah.


Siapa yang mempunyai willpower? Kucing atau anjing?


Willpower: the ability to control yourself; strong determination that allows you to do something difficult (such as to lose weight or quit smoking) (Sumber)




Berbeza pula dengan proses cold turkey. Menurut Wikipedia, "cold turkey" describes the actions of a person who abruptly gives up a habit or addiction rather than gradually easing the process through gradual reduction or by using replacement medication.Dalam bahasa mudahnya, cold turkey bermaksud satu tindakan seseorang yang menghentikan sesuatu tabiat kebiasaannya secara mendadak. (Sumber)




Para pengguna dadah yang berada di pusat-pusat pemulihan dadah menggunakan kaedah cold turkey. Di situ, mereka akan melawan rasa ketagihan dan bertahan seboleh mungkin untuk survive tanpa dadah. Tetapi, sejurus selepas tamat tempoh pemulihan dan dibenarkan keluar, sebahagian daripada mereka akan kembali mencari dadah semula. Itulah perkara yang tidak dapat difahami dan menimbulkan judgemental di kalangan masyarakat jika mereka tidak memahami kesan reseptor terhadap penyalahguna dadah. Penyalahguna dadah bukanlah penjenayah. Mereka adalah pesakit. Ada kaitannya juga dengan willpower yang telah dinyatakan.


Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com




Monday, May 05, 2014

BOLEHKAH HIV TERSEBAR DARIPADA JENAZAH ORANG YANG HIDUP DENGAN HIV (ODHA)?






Perkongsian maklumat yang sangat bagus oleh Dr. Iskandar Firzada Osman, Doktor Pakar Perubatan Keluarga, KK Jaya Gading, Kuantan:


Soalan:

Bolehkah virus HIV berjangkit melalui organ-organ dalaman, tisu badan, cecair badan, dan darah seseorang ODHA yang telah meninggal dunia?

Saya agak ragu-ragu mengenai perkara di atas semasa menulis laporan bedah siasat tentang sama ada ada atau tidak kemungkinan boleh berlaku jangkitan selepas kematian ODHA yang dikendalikan di dalam Bilik Mayat. Bolehkah HIV berjangkit melalui cara tersebut? Jika boleh, berapakah jangka hayat virus di dalam jenazah ODHA?

17 September 2012


Jawapan:

Levon Abrahamyan
University of Nebraska at Lincoln

HIV tidak boleh hidup apabila berada di luar badan ODHA. HIV tidak boleh berjangkit di dalam sampel darah yang telah kering. Fakta bahawa DNA / RNA HIV masih boleh didapati di dalam sampel darah yang telah kering dan DNA / RNA HIV daripada sampel tersebut boleh dicambah di dalam makmal, tidak bermaksud bahawa seseorang boleh dijangkiti daripada sampel darah yang telah kering tersebut. Untuk memastikan supaya HIV yang dijumpai di dalam sampel darah yang telah kering tadi kekal hidup, saintis / penyelidik perlu menyediakan suatu persekitaran terkawal di dalam makmal. Persekitaran terkawal di dalam makmal ini TIDAK WUJUD atau TIDAK TERDAPAT SECARA SEMULAJADI luar dari persekitaran makmal. Tambahan lagi, sampel darah yang telah kering tadi perlu mengandungi KEPEKATAN / BILANGAN / JUMLAH VIRUS YANG TERSANGAT TINGGI / BANYAK serta luka atau saluran darah yang terdedah kepada kontaminasi daripada darah yang telah kering tadi mestilah luka yang sangat lebar / luas bagi membolehkan virus HIV menjangkiti mangsa. Untuk itu, kemungkinan untuk mendapat jangkitan HIV daripada kontaminasi darah ODHA yang telah kering adalah menghampiri sifar.

Berikut adalah komen daripada para saintis:

Walaupun HIV hanya boleh hidup seketika jika berada di luar badan ODHA, jangkitan HIV tidak pernah dilaporkan akibat daripada berlaku kontek / kontaminasi dengan tumpahan darah, tumpahan air mani, atau tumpahan cecair badan ODHA. Ini adalah kerana HIV akan cepat mati / musnah sebaik sahaja terdedah ke udara. Untuk seseorang itu dijangkiti oleh HIV, darah atau cecair tubuh ODHA mesti mengandungi HIV yang tersangat banyak / tinggi / pekat serta darah atau cecair tubuh tersebut perlu terus masuk ke dalam saluran darah seseorang bukan ODHA untuk memungkinkan bukan ODHA itu dijangkiti oleh HIV.

Para saintis bersetuju bahawa virus HIV tidak dapat hidup di persekitaran luar dari tubuh ODHA, menjadikan kemungkinan untuk seseorang mendapat jangkitan HIV jika terdedah kepada darah atau cecair tubuh ODHA di persekitaran adalah sangat sangat terpencil. Bagi mendapatkan data tentang survival virus HIV, kajian di makmal biasanya menggunakan bilangan HIV yang tinggi / banyak / pekat untuk mengekalkan keaktifan virus di dalam makmal.

Walaupun kepekatan sebegini boleh dikekalkan untuk HIV di dalam makmal hidup selama beberapa hari atau minggu di bawah keadaan makmal yang terkawal, kajian menunjukkan bahawa sebaik sahaja sampel darah atau cecair badan yang mengandungi HIV tadi kering, bilangan / kepekatan HIV akan berkurang sehingga 90 – 99 peratus dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Memandangkan kepekatan HIV yang digunakan di dalam kajian-kajian makmal adalah lebih tinggi daripada yang ditemui di dalam darah atau spesimen yang lain kerana HIV tersebut telah dicambah di dalam makmal di dalam persekitaran makmal yang terkawal, risiko sebenar jangkitan HIV daripada sampel darah atau cecair tubuh yang ODHA telah kering di luar persekitaran makmal adalah sifar.

Maklumat lanjut boleh didapati daripada AVERT.org

01 Februari 2013



Question:

Can HIV virus be transmitted post-mortem through viscera?

I was doubtful while writing a post-mortem finding about a HIV positive patient in a mortuary. Can the HIV virus be transferred from the HIV/AIDS affected person's blood after his or her death? If so, then how many days can the virus live in the dead body?

Sep 17, 2012


Answer:

Levon Abrahamyan
University of Nebraska at Lincoln

HIV does not survive out of the body. Virus becomes non-infectious in dried blood samples. The fact that HIV DNA and/or RNA can be recovered or amplified from dry blood doesn't mean that people can be infected by dried blood sample. You need to provide a special pH and temperature (controlled environment) in order to keep HIV virus infectious in dried blood samples. This condition is not available naturally. Moreover, you need an extremely high viral titre in that dried sample and extensive contact to open wound or bloodstream in order to transmit virus to a victim. Chances to get HIV from the dried blood are close to zero.

Please check this:

“While HIV may live for a short while outside of the body, HIV transmission has not been reported as a result of contact with spillages or small traces of blood, semen or other bodily fluids. This is partly because HIV dies quite quickly once exposed to the air, and also because spilled fluids would have to get into a person's bloodstream to infect them.

Scientists agree that HIV does not survive well in the environment, making the chance of environmental transmission remote. To obtain data on the survival of HIV, laboratory studies usually use artificially high concentrations of laboratory-grown virus.

Although these concentrations of HIV can be kept alive for days or even weeks under controlled conditions, studies have shown that drying of these high concentrations of HIV reduces the amount of infectious virus by 90 to 99 percent within a few hours.
Since the HIV concentrations used in laboratory studies are much higher than those actually found in blood or other specimens, the real risk of HIV infection from dried bodily fluids is probably close to zero. Incorrect interpretations of conclusions drawn from laboratory studies have unnecessarily alarmed some people. AVERT.org has additional facts about HIV and AIDS”.

Feb 1, 2013



Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org

Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com