Saturday, February 04, 2012

ENTRY WAJIB: AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE WITH RIGHT WAYS



Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim

Maksud Firman Allah:
Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. [Surah Thoha ayat 25-28]

Amin, AO mulakan dengan doa lancar lidah agar apa yang ingin dikatakan oleh AO dapat difahami oleh rakan-rakan yang selalu berkunjung ke blog AKU HIV POSITIF ini.

Tujuan utama AO menulis artikel ini adalah untuk menjelaskan, memberitahu dan memberi kefahaman kepada para pengunjung blog AKU HIV POSITIF terutamanya yang baru pertama kali datang ke blog ini.

MEMAHAMI BAGAIMANA HIV BERJANGKIT

Pertama, masalah yang sering dihadapi apabila seseorang yang baru berkunjung ke blog ini adalah soalan berkaitan dirinya yang terdedah kepada aktiviti berisiko. Ramai yang datang bertanyakan soalan namun masih tidak jelas bagaimana HIV berjangkit.

Di sini AO ingin tekankan kepada para pengunjung yang baru datang agar membaca kesemua posts untuk pemahaman diri sendiri. Bahasa yang digunakan bukanlah bahasa tinggi, hanya bahasa biasa yang selalu kita gunakan dalam percakapan harian.

Jadi AO harap para pengunjung blog dapat meluangkan masa untuk membaca post-post berkaitan HIV di kategori HIV untuk memahami bagaimana HIV berjangkit. Elok juga mengambil sedikit masa membaca atau membuat sedikit carian di internet supaya dapat meningkatkan pengetahuan masing-masing.

TIADA ISTILAH MAKAN BERSUAP

AO ingin tekankan di sini tiada istilah makan bersuap. Jadilah manusia yang berdikari dan cubalah memahami bagaimana jangkitan itu berlaku dan kaitkan dengan situasi diri anda. Jangan sekadar menjadi manusia yang tahu membuka mulut untuk disuap maklumat.

Umum mengetahui yang jangkitan HIV ini berlaku pada keadaan yang sangat terhad bukan seperti penyakit lain. Contohnya diabetes, berlaku apabila pengambilan diet seharian yang mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Darah tinggi pula akibat pengambilan garam yang berlebihan dan penyakit H1N1 disebarkan melalui udara.

JADI BAGAIMANA HIV BOLEH BERJANGKIT?

HIV boleh berjangkit melalui hubungan seksual tanpa penggunaan kondom bersama pasangan yang telah dijangkiti HIV, HIV boleh berjangkit melalui air mani PLHIV, HIV boleh berjangkit melalui pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV, HIV boleh berjangkit melalui ibu PLHIV yang mengandung kepada bayi, HIV boleh berjangkit melalui susu ibu PLHIV kepada bayi, HIV boleh berjangkit melalui penerimaan organ yang telah tercemar dengan virus HIV, HIV boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan PLHIV.

Ringkasnya melalui cecair badan tetapi peratusan tertinggi jangkitan adalah melalui darah dan air mani.

HIV hanya berada dalam tubuh badan manusia. Terdedah sahaja di udara, virus akan mati serta merta. Selain daripada itu, anda tidak perlu risau. Mudah bukan?

Jelaslah di sini bagaimana HIV berjangkit.  Jadi kaitkan dengan diri anda dan jika merasakan diri berisiko, LAKUKAN UJIAN HIV DENGAN SEGERA.

Jangan biarkan diri anda dalam dilemma. Kelak mengundang bahaya terhadap diri dan menjangkitkan virus kepada orang lain.

HIV DAN SIMPTOM

Ramai yang suka bertanya tentang simptom HIV supaya lebih mudah mereka mengaitkannya dengan diri mereka. Mereka akan tanya simptom apa yang dihadapi oleh AHP sebagai PLHIV. Kemudian mereka cuba kaitkan simptom mereka dengan simptom AHP untuk tahu status kesihatan mereka.

HIV boleh berlaku sama ada dengan simptom atau tanpa simptom.
(ASYMPTOMATIC HIV patient dan SYMPTOMATIC HIV patient)

Asimptomatik maksudnya PLHIV yang tidak ada simptom. Tidak ada simptom bagi sesetengah orang tetapi terdapat beberapa simptom kepada PLHIV yang lain. Simptom berbeza-beza bagi setiap individu. Simptom juga turut berkongsi simptom dengan pelbagai simptom penyakit lain sebelum disahkan HIV positif.

Ramai yang hanya tahu status HIV mereka tanpa sedar.  Contoh, setelah dimasukkan ke hospital akibat penyakit lain, apabila menderma darah atau ketika sedang merancang perkahwinan. Cara mereka mengetahui status kesihatan adalah melalui ujian pantas HIV (HIV Rapid Test)

Jadi, jika anda rasa anda seorang yang terdedah kepada risiko dijangkiti HIV, hanya dengan menjalani ujian pantas HIV sahajalah cara untuk mengetahui status kesihatan anda.

Jangan sesekali menunggu simptom. Ini kerana apabila berlaku simptom, mungkin waktu itu anda telah menyebarkan HIV kepada orang tersayang. Ataupun anda sudah berada dalam keadaan AIDS akibat sistem imun anda begitu lemah sehingga anda begitu mudah menunjukkan simptom.

INGAT!
HIV BOLEH BERLAKU DENGAN SIMPTOM ATAU TANPA SIMPTOM DAN JANGAN SESEKALI MENUNGGU SIMPTOM UNTUK MEMBANDINGKAN SIMPTOM ANDA DENGAN SIMPTOM ORANG LAIN.  JANGAN JUGA MENGAITKAN SETIAP SIMPTOM YANG ANDA ALAMI ADALAH SIMPTOM HIV KERANA ANDA HANYA MENYEKSA DIRI SENDIRI.

Contohnya: Saya tidak pernah melakukan aktiviti berisiko (semua penyebab HIV berjangkit) tetapi saya rasa gatal-gatal seluruh badan, ruam-ruam, sakit perut, sakit dada atau pening kepala. Adakah saya dijangkiti HIV?

Tentulah tidak!

Selain itu, sudah tentu soalan peribadi tidak manis ditanya sebarangan.

Contoh: Awak PLHIV ke?

Jumpa doktor, maklumkan simptom dan doktor akan tentukan jenis ujian yang patut anda lalui.

AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE

Haa... inilah modal yang selalu digunakan oleh sesetengah pihak untuk menyalahkan kami di blog ini. Tidak kira sesiapa sahaja yang cuba membetulkan keadaan dan kadangkala mencetuskan perang emosi. Untuk apa, dan apa faedahnya?

Si mangsa yang konon-kononnya berada dalam kesempitan dan harus dibantu tetapi merasakan pertanyaanya tidak dilayan.  Dengan menggunakan modal-modal inilah mereka menyerang kembali. Ketahuilah anda sedang bercakap dengan cermin, bukan salah kami. Kami sudah menjelaskan bagaimana anda harus mencari jalan penyelesaian terhadap masalah anda.

STIGMA. Fahami bagaimana HIV berjangkit. Itulah yang dikatakan stigma bila tidak faham dan mudah melabel orang lain.

NEGATIVE THINKING. Kononya orang lain tidak memahami keadaan anda tetapi sebenarnya anda yang tidak mahu memahami bagaimana jangkitan HIV.

JUDGMENTAL. Menuduh kami terlalu cepat menghukum sedangkan anda yang tenggelam dalam kejahilan maklumat, negative thinking dan akibat paranoid ciptaan sendiri.

DISKRIMINASI. Bukan kami yang mendiskriminasi anda tetapi anda yang mendiskriminasikan kami.

MALPRACTICE. Menghormati hak dan kerahsiaan seorang PLHIV semasa menjalani rawatan. Elakkan berlaku sebarang cemuhan atau kecuaian yang disebabkan oleh segelintir kakitangan KKM. Ini adalah sikap malpractice dan tidak professional.

Kami sedaya upaya menyebarkan maklumat yang betul dan dengan cara yang tepat sehingga ayat-ayat yang digunakan di sini sangat santai untuk pemahaman orang awam.

Jika disebabkan diri sendiri tidak mahu mengambil inisiatif untuk memahami, tak perlulah melabelkan kami dengan pelbagai andaian. Cari sahaja sumber yang lain. Bukan susah untuk memahami HIV.

AGAINST STIGMA, JUDGMENTAL, NEGATIVE THINKING, DISCRIMINATION AND MALPRACTICE WITH RIGHT WAYS YANG SEBENAR

Ramai yang salah faham dengan slogan ini. Ramai yang menyangka apabila kami bercakap tentang diskriminasi ialah mereka akan dilayan ibarat raja di sini. Bukan begitu maksud dikriminasi. Diskriminasi ialah bagaimana kita menentang HIV dengan cara yang betul.

Contohnya, makan bersama dengan PLHIV tidak boleh menyebabkan anda dijangkiti HIV. Jika berkongsi pakaian atau membeli belah dengan PLHIV tidak menyebabkan anda dijangkiti HIV.

Inilah diskriminasi dan stigma yang kami maksudkan. Dengan memahami bagaimana HIV berjangkit, diskriminasi dan stigma itu boleh dielakkan.

Diskriminasi juga adalah layanan anda kepada seorang PLHIV. Contohnya anda menghukum seorang isteri yang telah dijangkiti HIV seolah-olah dia manusia yang paling hina di dunia kerana telah dijangkiti HIV daripada suaminya yang melakukan aktiviti berisiko.

Jika anda tidak mahu berurusan dengan PLHIV, ataupun anda malu berkawan dengan PLHIV walaupun akhlak PLHIV tu memang baik, inilah diskriminasi.

Kita tidak ada hak untuk menilai atau memberikan layanan yang buruk kepada PLHIV walau apapun punca jangkitan kerana mereka adalah manusia biasa sekalipun suatu ketika dulu pernah melakukan kesalahan.

Ingatlah kawan-kawan, hidayah itu milik Allah dan nilai manusia di sisi Allah adalah taqwa.

PESANAN BUAT PLHIV

Inilah pesanan AO kepada PLHIV terutamanya yang baru didiagnos. Kita di sini sama sahaja. Hati yang sama-sama merindukan rahmat Allah. Jadi marilah bersama kami menentang stigma, judgmental, negative thinking, discrimination and malpractice.

Andalah tunggak untuk masyarakat merubah pemikiran ke satu tahap yang lebih baik, anggaplah diri anda adalah duta kecil untuk perubahan ini.

Jangan sesekali bersedih walau apapun yang telah terjadi. Ingatlah Allah Maha Pengampun dan selagi belum kiamat, selagi nafas masih di kerongkong, jalan pulang sentiasa terbuka luas. Alangkah indahnya kasih sayang Allah!

INGAT, ini blog untuk PLHIV. Sudah tentu perjuangan di sini adalah untuk membantu PLHIV dan menentang HIV secara tepat.

Wallahualam.


Disediakan oleh: AO (Anonymous One)

SETELAH SETAHUN AKU DIDIAGNOS SEBAGAI PLHIV (MESTI BACA) - ENTRY WAJIB


Maaf, entry kali ini agak panjang, sila baca dengan teliti.

22 Disember 2010 adalah tarikh aku didiagnos sebagai PLHIV di Hospital Ampang. Disebabkan aku tidak berpuas hati kerana 2 kali ujian darah sebelum ini membuktikan aku negative, aku mengambil keputusan melakukan ujian semula di sebuah Pusat Perubatan Swasta di Kuantan.

Bukan setakat HIV, aku juga dikatakan dijangkiti hepatitis C. Bukanlah aku tidak dapat menerima hakikat, tetapi semuanya tak masuk akal bagiku. Aku mahukan jawapan kenapa aku dijangkiti HIV. Selain itu, aku risau isteri-isteri dan anak-anakku turut dijangkiti.

Lebih aneh, doktor di Hospital Ampang langsung tidak mencadangkan isteri-isteriku membuat ujian HIV secepat mungkin sedangkan itulah yang sepatutnya. Ketika itu rasa bingung dan rasa sakit hati tak payah ceritalah. Makan, minum, tidur, dan apa saja semuanya aku lalui seperti dalam mimpi.

Setelah sample darahku diambil, aku diminta datang seminggu kemudian untuk mengambil keputusan ujian Western Blot yang telah dijalankan.

28 Disember 2011 aku datang kembali untuk mengetahui keputusannya. Kali ini aku bertekad, jika aku betul-betul disahkan sebagai PLHIV, aku redha. Kebetulan tarikh tersebut jatuh pada tarikh lahir anak bongsuku.

Aku ke sana dalam keadaan pening dan penat yang amat sangat. Jalanpun masih melelong dan sesekali perlu dipimpin oleh isteri. Konon-konon kami berlagak romantic, berjalan berpegangan tangan tetapi sebenarnya aku takut melelong masuk longkang. Hahaha…

Sejak menjalani Bone Marrow Biopsy (yang melibatkan pemindahan darah dan menyebabkan tulang sum-sumku ditebuk 3 kali sekaligus; yang kemudian dikatakan samplenya tak cukup dan prosedur tersebut tidak perlu) dan akibat dimasukkan pelbagai jenis antibiotic dan perlu menelan bermacam-macam pil lain, kesihatan aku jadi tidak menentu (ketika itu).

Apabila kurang rehat dan perlu pula menjaga pula ibu yang sakit, maka rasa pening, letih, melayang, mamai, dan depression saling bertindan.

Sambung cerita…

Paling aku tak boleh lupa ialah semasa aku melangkah ke Pusat Perubatan tersebut, tanpa disedari aku terkencing dalam seluar kerana terlalu risau dengan result yang bakal diketahui. Terpaksalah aku beli pula sehelai kain pelekat untuk solat selepas itu. Hahaha…

Tu lah, kau orang ingat aku tabah sangat. Aku dulu lagi teruk daripada kau orang. Bezanya aku segera bangkit, bukannya melayan emosi.

Ringkas cerita, sahlah aku akhirnya menjadi seorang PLHIV tetapi syukur alhamdulillah isteri-isteriku bebas virus tersebut. Aku juga disahkan tidak mengalami jangkitan hepatitis C. Keputusan tersebut sebenarnya menjadi turning point untuk aku bangkit. Aku rela ‘menderita’ asalkan keluargaku sihat. Itulah doaku.

Kau orang boleh nampak tak silap matanya tu? 2 kali ujian darah selepas pemindahan darah aku disahkan negative, hampir 3 bulan kemudian dikatakan positive bersama hepatitis C. Kemudian disahkan pula tiada hepatitis C.

Sudahlah begitu, aku dimasukkan ke hospital tanpa apa-apa symptom jangkitan penyakit opportunistic yang biasa dikaitkan dengan HIV. Aku dimasukkan ke hospital hanya sebagai pesakit denggi.

Paru-paru, jantung, buah pinggang, hati (kecuali penyakit diabetes sedia ada) dan tekanan darah tinggi semua tak ada masalah ketika itu.

Ujian Viral Load aku pula sekitar 24,411 ekor melalui ujian darah lebih kurang 6 bulan selepas didiagnos sebagai PLHIV. Kalau dah lama aku ada virus HIV, logiknya dah ada beratus ribu atau berjuta ekor virus!

Aku bukan penagih dadah secara suntikan. Seks bebas memang ada tetapi bebas dengan yang halal lah. Maksud aku, isteri-isteri aku. Aku tak pernah pakai kondom… Salah ke? Hehehe… terkena kau orang!

Maksud aku, bila perlu dan ianya halal maka pergunakanlah. Bukankah nikah mengikut definisi syaraknya bermaksud akad (ijab qabul) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan… Tak gitu al-fadhil ustaz?

Kalau dah lama, logiknya isteri-isteri aku pun payah nak lepas virus ni sebab aku confirmed tak pernah cover dengan raincoat. Dah 21 tahun aku kahwin bro… aku dulu kahwin muda.

Tak cukup dengan itu, fail rawatanku hilang serta merta. Haaa… kau orang fikirlah sendiri dari mana puncanya.

Tak apalah, kita lupakan saja. Itu sekadar nota untuk ahli keluarga aku sendiri.

Bermula daripada zero, aku pelan-pelan bangkit, belajar banyak perkara, mula faham apa itu “Window Period”, maksud sebenar HIV, AIDS, cara mencegah jangkitan dengan tepat, rawatan, peluang, dan sebagainya.

Sehingga kini sudah setahun aku bergelar PLHIV. Masih belajar tentang HIV dan macam-macam pengalaman aku dah lalui. Nak cerita pun tak larat, mudah cerita, bacalah entries lama.




Peluang dan Harapan

Akhirnya di sebalik semua ini, apa yang aku nampak ialah sesungguhnya virus ini Allah hantar untuk mendidik aku dalam banyak perkara. Bukanlah bermaksud riak atau sombong tetapi memang kelebihannya banyak sangat!

Aku redha dan bersyukur virus ini ada dalam badanku. Allah beri aku sedikit ujian untuk beri aku begitu banyak kelebihan yang lain. Kelebihan yang takkan dapat aku rasa tanpa HIV. Serius! Jadi untuk apa aku mengeluh?

Kenapa, dah buang tebiat ke? Kalau dah seronok sangat, tak payahlah AHP dapatkan rawatan. Nak mati hina? Relax la, kau orang ni mudah sangat berfikir secara negative…

Sesungguhnya dengan HIV lah aku lebih merasai nikmat kehidupan. Susah orang biasa nak faham.

Ringkasnya, hubungan dengan Allah dan dengan keluarga lebih rapat, lebih merendah diri, lebih menjaga kebersihan, lebih bertanggungjawab, lebih menghargai, lebih prihatin, lebih panjang akal, lebih menyayangi, lebih menitikberatkan kebersihan dan peka kepada kesihatan, lebih bersabar, lebih tenang, lebih berlapang dada, dan dapat mengurangkan kecintaan terhadap dunia.

Mungkin di sebalik sikapku yang kelihatan peramah, tiada siapa yang percaya kalau aku katakan bahawa aku dulu seorang yang sangat inferior dan privacy. Sukar difahami. Alhamdulillah dengan HIV, atas rasa terpanggil untuk membantu membuatkan aku berjaya mengatasi masalah rendah diri tersebut. Mula berkeyakinan untuk bergaul dan lebih telus.

Ah, tak tersenarailah. Banyak sangat kelebihan. Semuanya perkara-perkara yang Islam tuntut tetapi aku hanya pandang sebelah mata sebelum ini.

Selain itu, ditakdirkan sejak ada HIV ni lah Allah kurniakan aku 2 orang anak dara yang solehah dan menjadi penyejuk mata serta penambah kebahagiaan kami sekeluarga.

Seorang (sulung) nama samarannya AO, dan yang kedua namanya As. Alhamdulillah keluarga kami menjadi bertambah besar dan bahagia sejak aku ada HIV. Macam-macam nikmat yang aku tak tahu sebelum ini mula aku rasai.

Bukan itu saja.  Aku punya begitu ramai sahabat tulen yang sangat-sangat hebat. Inipun kalau aku nak senaraikan tak tersenarai. Hubungan kami sangat-sangat rapat dan saling tolong-menolong tanpa apa-apa diskriminasi dalam apa jua cara. Sama sahaja di sisi Allah. Ada yang PLHIV dan yang non-PLHIV.

Paling best?

Haa… part inilah yang paling istimewa. Melalui HIV lah aku mengenali Dr. Iskandar.  Aku mungkin berpeluang menyelamatkan beberapa akidah, membantu orang mendirikan masjid (berkahwin), mengembalikan kerukunan rumahtangga, memberi peluang dan harapan kepada mereka yang berputus asa, berperanan membimbing masyarakat menjauhi zina dan meninggalkan maksiat, dan macam-macam lagilah.

Dahlah begitu, aku lebih ramai girlfriend berbanding dulu. (Hahaha… jangan jeles! Maaflah, aku ni jenis suka bergurau.)

Purata pembaca blog ini sahaja hampir mencecah 26,000 pelawat setiap bulan. Ambil jumlah paling minima. Katakan mesej positif ini diamalkan oleh 5 orang daripada 25,000 orang pengunjung tersebut, itupun sudah besar maknanya di sisi Allah s.w.t. Insya-Allah…

So, dengan segala tawaran dan kelebihan yang Allah berikan ini, adakah kau orang fikir layak untuk aku tukar dengan virus yang ada di tubuhku ini? Aku langsung tak hairan dengan virus ini. Suka hati dialah nak lepak dalam badan aku. Sudah tentu aku wajib berikhtiar menyelamatkan diri, tetapi hanya Allah yang boleh memberikan aku mudarat.

Sampai ke satu tahap, aku serius memikirkan untuk infakkan diriku semata-mata untuk komuniti. Aku nak letakkan jawatan dan memberi tempoh setahun daripada sekarang untuk aku memikirkannya. Melakukan istisyarah dan istikharah.

Perjuangan bersama komuniti memberikan aku kepuasan sebenar. Aku menjadi aku apabila dapat bersama dan membantu mereka. Sedikit sebanyak memberi kaunseling dan maklumat sebenar tentang HIV secara tepat kepada generasi muda lebih memuaskan hati aku.

Aku telah memikirkannya secara serius, telah berbincang dengan isteri-isteriku dan anak-anakku. Alhamdulillah mereka memberikan aku sepenuh sokongan. Masalah yang membelenggu aku ialah ketika zaman sihat dulu aku banyak sangat berhutang. Itulah masalahnya bila berhutang. Hutang wajib dibayar.

Maklumlah ketika itu aku tidak diberi peringatan secara direct oleh Allah. Jadi, aku rasakan umur aku ni panjang sangatlah kononnya. Hutang yang wajib dibayar hampir mencecah RM3000 setiap bulan. Bagi orang kaya, mungkin jumlah tersebut kecil, tetapi tidak bagi aku.

Itulah dilemma aku sekarang. Kalau tak, aku sudah bersedia untuk meletakkan jawatan. Setakat nak makan pakai secara asas, aku yakin rezeki ada di mana-mana. Hutang wajib tu yang buat aku pening.

Tips Untuk Berdepan Dengan Virus?

Tak ada tips kecuali kembali ke jalan Allah, redha dan hidup secara positif. Solat sangat-sangat penting. Doa-doa syifa’ kena amalkanlah setiap kali selepas solat. Tiada resah gelisah yang aku rasa. Bahkan feeling aku sentiasa seperti seorang teruna yang dah lama jatuh cinta dan baru menerima berita si dara pujaan hati turut menyimpan perasaan yang sama. Boleh bayangkan tak?

Doa aku tak banyak sangat. Kalau khusus untuk virus ini, aku sentiasa doakan sungguh-sungguh dalam setiap sujud akhirku supaya Allah berikan aku syifa’, dimatikan segala virus, ditingkatkan CD4, dijauhi penyakit-penyakit opportunistic yang lain, dipelihara jangkitan terhadap ahli keluarga, minta dianugerahkan kesihatan yang berkekalan, umur panjang yang diredhai, dipelihara iman, rasa redha terhadap segala ujian ini, dipelihara segala aib dan maruah dan dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.

Apa Allah nak beri, aku redha aje. Yang penting usaha, ikhtiar doa dan tawakkal. Aku juga tak berfikir terlalu jauh ke depan. Aku hadapi hari demi hari seperti biasa dan menikmatinya.

Bahkan aku selalu pesan kepada ahli keluarga, bersedia menerima hakikat aku pergi menyahut panggilan Ilahi bila-bila masa sahaja. Don’t cry for me HIVer’s. Hehehe… ada atau tanpa aku, kau orang mampu melawan virus dengan bergaya. Kekuatan sebenar milik Allah dan dalaman individu. Bukan bergantung sesama makhluk.

Aku redha sangat-sangat cuma doaku supaya aku mati dalam nikmat husnul khatimah, dipelihara segala aib dan maruah serta janganlah ujian-Nya ini merosakkan keimananku.

Kadang-kadang aku terbayang betapa beruntungnya banduan di bilik akhir yang menunggu hukuman gantung dan sempat bertaubat. Ramai yang kita dengar akhir kalam mereka adalah syahadah, dalam keadaan berseri-seri dan mudah diuruskan jenazahnya.

Sedangkan ada antara kita yang mencemuh mereka tetapi kekal dalam keadaan maksiat sehingga tua dan akhirnya mati dalam keadaan kufur nikmat dan laknat Allah. Apa barang…

Terpulanglah kepada orang hidup nak buat apapun terhadap jenazahku nanti. Tak kuasa aku nak fikir. Nak mandikan dengan klorok ke, asid ke, dettol ke, apa ke, suka hatilah. Semut merayap di badanpun tak mampu kita tepis ketika itu.

Kau orang nak kata, nak kutuk apapun, kalau kau buat fitnah, kau tanggunglah dosa. Jangan sedih-sedih anak-anak isteri-isteriku. Redha sahaja kerana yang lebih penting kedudukan kita di sisi Allah.

Kalau kita fikir banyak sangat, nanti kita sakit kepala. Bak kata sahabatku Survivor, A, B, C, dan D hingga seterusnya. Jangan gopoh sangat nak jump daripada A terus ke D. Nanti patah kaki dan sakit badan.

Masalah kemanusiaan, bertanyalah kepada sesama manusia dan masalah ketuhanan, bertanyalah kepada Tuhan. Siapalah kita untuk pastikan apa yang berlaku esok lusa.

Aku patuhi rawatan sama ada kaunseling dan pharmacology. Aku lawan, lawan dan lawan apa juga masalah. Selain tu aku ambil beberapa supplement food sekadar perlu. Taklah terikat sangat. Sekadar ikhtiar dan bersungguh-sungguh kawal diabetes.

Banyakkan memberi daripada menerima. Cubalah membantu dan kongsi masalah bersama komuniti. Bila menolong, kadang-kadang kita banyak memberi nasihat dan dorongan. Hakikatnya aku bukan nasihat orang pun… Aku cuma nasihat diri sendiri. Bila dah sentiasa nasihatkan diri sendiri, akhirnya aura dan nilai positif tu melekat juga sikit-sikit dalam diri.

Sebab tulah sangat penting kita mengambil peranan di bidang fardhu kifayah. Bukan setakat fardhu ain semata-mata.

Cabaran dan Halangan

Eleh, yang ni tak payah fikirlah. Hidup siapa yang tak ada masalah walaupun muda, sihat, kaya, dan berdarjat sekalipun. Kita merana, ada yang lebih merana. Kita senang, bersepah yang lebih senang. Ada masalah sikit-sikit tu biasalah. Bacaan CD4 aku masih sangat rendah, (65 cells/uL) mengalami masalah platelet yang rendah dan penyakit diabetes. Bila-bila sahaja boleh terjadi perkara luar jangka tu. Habis, orang sihat tak ada risiko ke? Hehehe....

Kalau nak ikutkan masalah, kerenah segelintir pembaca yang mengirim emel atau bertanyakan masalah di ruangan komen tetapi apabila ditegur sedikit, terus mencerca, mendoakan macam-macam keburukan dan memaki hamun lebih menyedihkan aku. PLHIV yang berputus asa juga sangat-sangat menyakitkan aku. 

Umur aku pun bukan muda. Diabetes ni lebih bahaya daripada HIV jika tak dikawal. Realisticlah dengan kehidupan. Jangan terlalu berkeras dengan diri sendiri.


Konklusi

Kesimpulannya, setelah setahun aku menjadi PLHIV, HIV tidak menakutkan aku langsung! Aku tidak takut apa-apa. Non-PLHIV yang lebih takutkan HIV dan penuh dengan pelbagai andaian negative.

Prinsip aku, sesiapa sahaja boleh mati dalam pelbagai cara yang Allah sudah tentukan. Hak kita untuk berikhtiar dan berdoa. Hina dan mulianya kita bukan pada pandangan mata manusia.

Seperti yang aku sentiasa ulang, masalah PLHIV bukanlah disebabkan bahayanya virus, peluang mendapat rawatan terbaik dan kehidupan yang berkualiti, tetapi masalah PLHIV adalah kejahilan yang mengakibatkan berlakunya diskriminasi, stigma, paranoid dan judgmental. Buat apa aku nak layan semua sikap tu?

Selamat ulang tahun sebagai PLHIV wahai diri. Berbanggalah kau dididik Allah!
 

Thursday, February 02, 2012

SUKARELAWAN DAN BANTUAN (HIV POSITIF)


  
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat berbahagia semua buat kawan-kawan komuniti dan juga pembaca setia blog ini. Selamat datang diucapkan kepada pembaca baru blog ni.

Ramai pembaca yang datang ke blog ini dengan sikap yang positif. Selain itu, Alhamdulillah ramai juga non-PLHIV datang dan sudi menghulurkan bantuan. AO dan pihak keluarga AHP mengucapkan selamat datang dan jutaan terima kasih.

Ramai yang ingin menghulurkan bantuan tetapi tidak tahu untuk rujuk bahagian mana. Jadi AO buat artikel ringkas untuk panduan kepada yang berminat menjadi sukarelawan baru, tidak kira PLHIV atau non-PLHIV.

Jika ingin menjadi sukarelawan bagi komuniti AHP (Positive Warriors), boleh menghubungi AHP sendiri iaitu di alamat e-mail: positive4eva@gmail.com. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada AHP.

Atau kalau mahu berhubung terus, sila call 017- 980 5682 (5-7pm sahaja dan SMS tidak akan dilayan)

Bagi yang ingin berbakti di medan yang lebih luas seperti melalui badan-badan NGO di Malaysia, anda bolehlah berjihad bersama Bro Luka Rafieqa kita, merangkap Tuan Penasihat komuniti AHP di alamat e-mail: rafieqakl@hotmail.com atau sila call 019-6353997

BUNTU DAN PERLUKAN KHIDMAT SOKONGAN MENGENAI MASALAH HIV?

Selain itu, bagi yang ingin mendapatkan alamat dan e-mail badan-badan yang membantu PLHIV, ini alamatnya:

Majlis AIDS Malaysia
No 12, Jln 13/48A
The Boulevard Shop Office
Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Atau

P.O. Box 11642
50762 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Phone – (603) 4045-1033
Fax – (603) 4042-6133
E-mail –
contactus@mac.org.my

PT Foundation offers telephone counseling
every Monday – Friday, 7:30pm – 9:30pm.
Call us at (03) 4044-5455 or (03) 4044-5466

PENGASIH Malaysia
3201 Jalan Syers, Off Langgak Tunku,
50480 Bukit Tunku, Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel : +603.6201 3179 / 0287
Fax : +603.6201 3013
Email :
info@pengasih.net

Rumah Perlindungan Istana Budi

Pusat Rawatan Islam Manarah
Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, 48050 Rawang, Selangor
Buka: 9 pagi – 5 petang setiap hari (sila buat temujanji)
Email:
primanarah@gmail.com
Blog:
http://www.primanara.blogspot.com/


Kepada PLHIV yang baru datang ke sini, kami ucapkan selamat datang dan tahniah. Jika memerlukan, boleh berkongsi masalah dengan kami dan jangan memendam rasa seorang diri. Tetapi bukalah pintu hati untuk bersikap terbuka terhadap teguran, saling sokong-menyokong, dan bersedia berubah.

Jika ingin mendapatkan maklumat berkaitan HIV/ AIDS, sila klik maklumat mengikut kategori yang terdapat di wall blog. Anda boleh membaca artikel-artikel lama untuk rujukan dan panduan.

Adalah penting untuk anda membaca terlebih dahulu artikel-artikel di dalam blog ini dan memahaminya bagi mengelakkan kekeliruan serta mengukuhan maklumat asas anda mengenai HIV.

Selain itu, jika anda terdedah kepada risiko jangkitan, hanya ujian HIV satu-satunya jalan untuk anda mengetahui status kesihatan anda. Jangan sesekali cuba berandaian memperjudikan masa depan diri dan mereka yang tersayang. Bersikap matanglah dalam berfikir. Tiada shortcut untuk mengetahui status kesihatan anda.

E-MAILS

Berikut adalah sebahagian daripada e-mails rakan-rakan komuniti AHP jika anda ingin mendapatkan maklumat atau berkongsi pandangan:

PENASIHAT:

(Luka Rafieqa-Malaysia)

ADMIN:
positive4eva@gmail.com
(AHP-Pantai Timur)
(Lifejacket-Pantai Timur)
delaboratoire@gmail.com
(Anonymous One)

KUMPULAN SOKONGAN AHP
(POSITIVE WARRIORS):

Anonymous One
(Makmal/Ujian Darah)
Kaunseling Bersama As
(by formspring)
(Mizan-KL)
crafoc@yahoo.com
(Crafoc-Pahang)
(Azam+ve-Sabah)
(Fareez Fauzi-Penang)
(Mael-Melaka)
via e-mail or yahoo messenger
(after office hour-KL)
(Survivor-Utara)
(Laila Isabella- Klang)

Bantuan lanjut melalui badan-badan professional dan NGOs berkaitan akan kami usahakan jika anda layak dan memerlukan sokongan.

Tawaran juga masih terbuka kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat berkongsi alamat e-mails sebagai Sukarelawan Kumpulan Sokongan. Sila hubungi AHP untuk urusan berkaitan. Terima kasih.

Saya dan komuniti mengharapkan lebih ramai PLHIV dan non-PLHIV yang mempunyai kepakaran di bidang masing-masing dapat bersama kami. Ini akan menambahkan lagi kualiti sumbangan komuniti ini. Tidak kiralah kepakaran dari segi kaunseling, perubatan hatta kewangan sekalipun amat diperlukan. Wallahu a’lam!


AO: Maaf jika e-mails dan pertanyaan anda di blog tidak mendapat respon abah (AHP) buat sementara waktu. Abah sangat-sangat sibuk dengan beberapa komitmen tertentu di bidang kerjaya.