Sunday, May 01, 2011

RUMAH PERLINDUNGAN & KUMPULAN SOKONGAN HIV/AIDS


Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan maklumat yang telah diambil daripada sumber asal.

RUMAH PERLINDUNGAN UNTUK PENGHIDAP HIV/AIDS

1.   Malaysian CARE (Rumas Petros) : (03) 7785 4541/2
      Pusat dan perkhidmatan kaunseling untuk penganut agama Kristian

2.   Faith Centre : (03) 6253 1684
      Pusat dan perkhidmatan kaunseling untuk penganut agama Kristian dan
      perkhidmatan pemulihan dadah

3.   Rumah Pengasih : (03) 6201 3179
      Rumah perlindungan untuk penginap HIV/AIDS dan penagih dadah yang  
      beragama Islam dan juga penganut agama lain.

4.   Projek Komuniti Pelangi : (03) 6187 8723
      Rumah perlindungan untuk pelbagai bangsa

5.   WAKE : (03) 2691 3691
      Rumah Perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak
      Talian kaunseling : (03) 2141 6560

6.   Ikhlas : (03) 4041 4699/ 4043 4120
      Rumah perlindungan sementara, kemudahan untuk mandi, makanan    
      (RM1), rawatan perubatan asas, kaunseling dan rujukan.

7.   Bakti Kasih : (03) 4043 4120
      Rumah perlindungan sementara, kaunseling untuk pengidap HIV dan
      penagih dadah.

Penjagaan Di Rumah

Hospis Malaysia : (03) 9133 3936

1.      Perkhidmatan jagaan di rumah percuma oleh jururawat-jururawat berkelayakan
2.      Surat rujukan dan pengesahan daripada doktor adalah diperlukan.

Penderaan ‘subtance’

      1.   Rumah Pengasih : (03) 6201 3179
Program pemulihan dadah, kemudahan untuk penghidap HIV/AIDS
      2.   Pusat Pemulihan Dadah Lifezone ( untuk penganut agama Kristian ):
(03) 7956 1568 / (03) 7956 1086

Kesihatan Mental

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia : (03) 7782 5499

Kecemasan

Persatuan Bulan Sabit Merah : (03) 4257 8122


Sumber:  sini

TALIAN BANTUAN & KUMPULAN SOKONGAN HIV/AIDS (2)


Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan maklumat yang telah diambil daripada sumber asal.

Pink Triangle : (03) 4044 5455 or (03) 4044 5466

1.      Informasi sulit mengenai HIV/AIDS dan isu seksual
2.      Isnin – Jumaat : 7:30 Pagi - 9:30 Malam
3.      Talian Kehidupan Positif untuk pesakit HIV : (03) 4044 9622

The Befrienders
(03) 7956 8144
(03) 7956 8145 (Kuala Lumpur)
(05) 5477933 / 5477955 (Ipoh)
(04) 2815161 / 2811108 (P.Pinang)
(06) 2842500 (Melaka)

Kumpulan Kajian Tindakan AIDS
(04) 656 5984 (P.Pinang)


Sumber:  sini

TALIAN BANTUAN & KUMPULAN SOKONGAN HIV/AIDS (1)


Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perubahan maklumat yang telah diambil daripada sumber asal.

PERTUBUHAN AIDS MALAYSIA & MAJLIS AIDS KEBANGSAAN

1.      Perkhidmatan talian interaktif 24 jam mengenai HIV/AIDS :
(03) 7807 7007
2.      Menyediakan maklumat asas mengenai gejala HIV
3.      Pemanggil boleh meninggalkan pesanan suara dan segala pertanyaan pemanggil akan dijawab oleh kakitangan dalam masa 72 jam.

Pejabat

No. 12, The Boulevard Shop Office
Jalan 13/48A
Off Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Surat Menyurat

Peti surat 11642
50762 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: (603) 4045-1033
Faks: (603) 4042-6133 (Majlis AIDS)
Faks: (603) 4043-9723 (Pertubuhan AIDS)

E-mel: contactus@mac.org.my (Majlis AIDS)
indra@mac.org.my (Pertubuhan AIDS)

Talian Maklumat Rawatan: 1 800 881 848
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi - 5:30 Petang

PEMERIKSAAN HIV PERCUMA DAN SULIT DI HOSPITAL-HOSPITAL AWAM
1.      Hospital Kuala Lumpur : (03) 2692 1044
2.      Kecemasan : (03) 2691 3814
3.      Hospital Universiti : (03) 7956 4422
4.      Hospital Tunku Puan Rahimah (Klang) : (03) 3372 3333

PEMERIKSAAN HIV PERCUMA DAN SULIT DI HOSPITAL-HOSPITAL SWASTA

1.      Hospital Pantai (Bangsar) : (03) 2282 5077
2.      Hospital Pantai (Cheras) : (03) 9132 2022
3.      Pusat Perubatan Subang Jaya : (03) 5634 1212
4.      Pusat Rawatan Tawakal : (03) 4023 3599


AHP: Setahu aku memang semua hospital dan kebanyakan Klinik Kesihatan ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan HIV. Wallahu a'lam! 


Sumber:  sini

KELIRU TENTANG HIV & AIDS? (ENTRY WAJIB)



Ada beberapa entries yang akan sentiasa aku ulang publish setiap bulan sebagai entry wajib kerana aku fikir ianya sangat berkesan untuk menentang stigma terhadap HIV/ AIDS. Entry ini adalah salah satunya.

Bercakap soal HIV tidak boleh meninggalkan subjek seks dan dadah. Dari sudut ini, HIV itu sendiri merangkumi subjek kehidupan yang begitu luas. Begitu banyak lapisan isu yang boleh dicerakinkan. HIV sebenarnya bukan hanya soal jangkitan virus. Ini bukan seperti influenza atau H1N1 yang boleh diberikan ubat dan sembuh. Malah sehingga nota ini ditulis, tiada ubat yang boleh menyembuhkan HIV.

Ramai yang merasakan mereka tahu apa itu HIV. Tetapi sebenarnya silap. Malah tidak keterlaluan saya katakan doktor-doktor sendiri tidak tahu secara mendalam apa itu HIV. Jika tidak takkan lah ada doktor yang mengatakan virus ini asalnya dari monyet!

Umum (mungkin) mengetahui HIV itu merupakan akronim kepada Human Immunodeficiency Virus. Ianya virus yang menyerang sistem pertahanan badan yang membuatkan mereka yang dijangkiti HIV menjadi lemah dan mudah terdedah kepada penyakit. Mereka yang HIV positif dipanggil People Living with HIV (PLHIV). Apabila seseorang yang dijangkiti HIV terdedah kepada penyakit maka dia dipanggil pesakit AIDS.

AIDS sering disalahfaham sebagai satu penyakit. Hakikatnya tidak. AIDS adalah akronim kepada Acquired Immunodeficiency Syndrome. Syndrome merupakan kumpulan penyakit. Maka AIDS adalah satu keadaan di mana pesakit yang dijangkti HIV mendapat batuk kering contohnya. Batuk kering bagi mereka yang dijangkiti HIV merupakan Jangkitan Opportunistik (JO). JO merupakan jangkitan yang “mengambil kesempatan” kerana kelemahan sistem daya tahan badan. Ada lebih kurang 30 JO yang diklasifikasikan sebagai AIDS.

JO merupakan penyakit biasa yang juga dihidapi oleh mereka yang dijangkiti HIV. Cumanya mereka ini tidaklah dipanggill pesakit AIDS. Contohnya, jika saya dijangkiti batuk kering, saya cuma pesakit batuk kering. Tetapi jika saya HIV positif dan dijangkiti batuk kering, maka saya merupakan seorang pesakit AIDS. Ish! Macam doktor pulak rasanya!

HIV telah melahirkan satu penyakit dalam masyarakat yang dinamakan stigma dan diskriminasi. Kerana salah faham mengenai cara HIV merebak dan PLHIV, maka masyarakat banyak membuat andaian sendiri. PLHIV sering dilabel sebagai sampah masyarakat, jahat, tidak patut hidup. Ada satu ketika seorang mufti menyarankan agar PLHIV ini diasingkan di satu pulau. Heh! Saya cuma nak tanya, kalau anaknya ada HIV mahukah dia mengasingkannya di satu pulau? Yang selalu kedengaran ialah ayat “kau ni kecik-kecik mampus lagi baik!” Rendahnya nilai seorang manusia di mata manusia lain.

HIV merebak melalui 3 cara. Yang pertama adalah seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti. Jika saya mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan 100 orang wanita sekalipun tetapi mereka bukan PLHIV maka saya tidak akan dijangkiti.

Ramai yang ingat bahawa seks sejenis merupakan sebab utama. Jika saya seorang gay, tidak bermakna saya ada HIV. Bukan orangnya tetapi perbuatannya. Saya boleh menjadi seorang gay, mak nyah mahupun pekerja seks, tetapi itu tidak bermakna saya HIV positif. Tetapi apa yang menentukan status saya, ialah perbuatan atau perlakuan berisiko.

Jika saya melakukan hubungan seks tanpa perlindungan maka saya mendedahkan diri saya kepada risiko jangkitan yang sangat tinggi, tidak kira seks itu dengan lelaki mahupun wanita. Tentunya cara yang paling baik ialah menjauhi zina dan melakukan hubungan seks dengan pasangan yang sudah halal pada kita. Haa..bab munakahat ni, lain kali saya cerita.
 
Cara yang kedua ialah melalui perkongsian jarum suntikan. Ramai yang menganggap dadah = HIV. Hanya pengguna dadah suntikan (PDS) sahaja yang terdedah kepada risiko jangkitan sekiranya berkongsi jarum. Kalau ambik ice atau syabu, makan la 5 kilo pun, takkan dapat HIVnya..!

Cara yang ketiga ialah dari ibu kepada anak sewaktu dalam kandungan, melahirkan atau ketika menyusukan. Kerana itu ibu mengandung yang positif dimestikan melalui rawatan anti retroviral (ARV). Ibu-ibu ini juga dimestikan melahirkan anak melalui pembedahan kerana cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada anak dan tidak dibenarkan sama sekali menyusukan anak tersebut.

Tidak senang dan tidak mudah juga untuk kita dijangkiti. Cecair badan seperti darah, air mani, air mazi, cecair vagina dan susu ibu mempunyai kandungan virus yang sangat tinggi dan memungkinkan jangkitan. Sekiranya salah satu dari cecair badan seseorang PLHIV memasuki salur darah orang lain, maka orang itu akan dijangkiti.

Bukanlah maksudnya cecair badan yang lain tidak mempunyai virus ini. Apabila dijangkiti, virus ini akan merebak ke seluruh badan. Tetapi cecair badan seperti peluh, air kencing dan air liur mempunyai konsentrasi virus yang sangat rendah dan tidak memungkinkan jangkitan. Macam air liur, minum la 50 liter pun, tak terjangkitnya!

Kita sering mengambil mudah sesuatu perkara, Jika tidak berlaku kepada orang sekeliling kita, maka ikut sedap mulut la kan nak cakap apa. Kalau lah, kita semua boleh memandang apa sahaja yang berlaku di dunia ini dengan kaca mata kasih sayang dan cinta..aman dunia ni kan?


Sumber: sini