My Best Doctor
Dr. IskandarFirzada
bin Osman
MD
(USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM
(Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow
in Adolescent Health (Melbourne)
Family
Medicine Specialist / Primary Care Physician
Date: 12 March 2015
Day: Thursday
Time: 3.30 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan
Routine check-up:
Weight: 72.2 kg
Blood pressure: 130/81 (normal)
Pulse rate: 73/min (regular)
Glucose: 8.8 (random)
Temperature: 36.6°C
Mouth: No oral
candidiasis
No jaundice
Temujanji kali ini
turut ditemani Kak Da dan Ummie.
Selesai routine check-up, aku meneruskan sesi consultation dengan bertanyakan beberapa
soalan.
Soalan 1:
Terdapat satu bintik
merah hampir sebesar 5 sen pada dada saya. Adakah ianya sesuatu yang perlu
dibimbangi?
Jawapan:
Tidak. Kerana apabila ditekan, ianya akan hilang sementara. Ianya hanyalah
sekadar salur darah yang memecah dan berkembang pada kulit. Ianya dipanggil spider
naevi kerana bentuknya seakan-akan labah-labah.
Nota:
A spider nevus consists of a central arteriole with
radiating thin-walled vessels. Compression of the central vessel produces
blanching and temporarily obliterates the lesion. When released, the threadlike
vessels quickly refill with blood from the central arteriole. The ascending
central arteriole resembles a spider's body, and the radiating fine vessels
resemble multiple spider legs.
Soalan 2:
Ada individu yang
masih menganggap bahawa anonymous HIV
test adalah totally tanpa nama
dan enggan butiran peribadi mereka diambil oleh pihak Klinik Kesihatan (KK).
Jawapan:
Kaedah terbaik dan paling ideal untuk HIV test adalah secara VCT iaitu voluntary – counseling – testing.
Semasa kaunseling, individu yang mahu membuat
HIV test itu akan diberi kaunseling
tentang test yang akan dijalankan.
Jadi, secara psikologinya, dia akan bersedia untuk sebarang result yang bakal
diketahui. Butiran peribadi asas sahaja yang akan diambil oleh pihak KK.
Selepas kaunseling, individu itu akan
menjalani HIV test yang merupakan screening atau saringan sahaja, bukannya
confirmatory atau pengesahan.
Kaedah kedua adalah secara VTC iaitu voluntary – testing – counseling.
Di sini, individu itu menjalani screening terlebih dahulu. Sekiranya
didapati reaktif, maka dia akan diminta untuk menjalani kaunseling.
Pendaftaran butiran peribadi asas adalah
untuk tujuan rekod data sahaja. Ianya penting untuk pembelian test strip berdasarkan bilangan yang sudah digunakan.
Ini kerana terdapat segelintir individu yang sentiasa meminta mereka dibenarkan untuk menjalani screening test walaupun resultnya adalah non-reactive. Mereka biasanya mengalami OCD (obsessive compulsive disorder) atau anxiety disorder.
Walau bagaimanapun, jika individu tersebut didapati positif, segala data yang perlu akan diambil kerana HIV tertakluk di bawah akta kawalan penyakit berjangkit termasuk keperluan rawatan. Namun begitu, ianya tetap sulit dan hanya duruskan oleh pegawai-pegawai tertentu sahaja.
Soalan 3:
Ada pendapat yang
menyatakan bahawa HIV/AIDS hanya dapat dikesan paling awal 5 tahun.
Jawapan:
Tidak. Melalui kaedah yang digunakan sekarang iaitu HIV rapid test dan confirmatory test, HIV boleh dikesan seawal 2 hingga 4 minggu
selepas terdedah kepada risiko. Ada doktor yang menyarankan antara 3-6 bulan selepas aktiviti terakhir berisiko. Masing-masing ada rasionalnya kerana patient yang datang berjumpa mereka ada pelbagai ragam. Malah ada yang tidak bercakap dengan jujur.
Untuk bayi yang baru lahir dengan ibu positif
HIV, kaedah PCR atau polymerase chain reaction digunakan ke
atas bayi tersebut. Kaedah ini memang mahal. Tetapi, ianya tetap digunakan
untuk mengesan kemungkinan HIV pada bayi tersebut. Kaedah tersebut merangsang
HIV (jika ada) pada bayi untuk dikesan.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
berpendapat bahawa adalah terbaik untuk mengesan kewujudan HIV pada bayi yang
dilahirkan oleh ibu positif HIV seawal yang mungkin.
Kaedah ini hanya digunakan ke atas bayi di
bawah 18 bulan, sekurang-kurangnya 3 kali. Selepas bayi berusia 18 bulan,
kaedah biasa akan digunakan.
Isu yang berlaku pada hari ini adalah ada
ibu-ibu yang positif HIV mengambil mudah pengesanan HIV secara PCR ini pada bayi yang telah dilahirkan.
Antaranya termasuklah tidak mencukupkan 3
kali bilangan PCR atau pun tidak
hadir ke KK untuk menjalankan PCR
terhadap bayi mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Nota:
This test (PCR) looks for the DNA (genetic
material) of the virus. This test is different from the viral load PCR tests,
that are used in people that already know they are HIV+.
At 4 weeks of age, if an infant's PCR test
result is positive, the test is 90% accurate. At six months of age, the test is
99% accurate. If the PCR is positive it means the infant is probably HIV+.
There are very few cases of false positives.
Antibody testing
If an infant tests positive for HIV
antibodies it doesn't mean that the infant is definitely HIV+. It means the
infant carries the mother's HIV antibodies. These antibodies may be present in
the infant's blood for up to 18 months of age. A PCR test should be done to determine
whether or not the infant has HIV.
Soalan 4:
Seorang suami positif
HIV, tetapi enggan mengambil HAART.
Manakala isterinya juga positif HIV, tetapi patuh kepada rawatan HAART. Adakah terdapat risiko yang
tinggi bagi mereka untuk mendapat zuriat positif HIV?
Jawapan:
Selagi ibu yang positif HIV itu mempunyai undetected viral load dan patuh kepada
rawatan HAART, tidak ada masalah
untuk dia hamil dan mendapat zuriat yang bebas HIV tetapi PLHIV (suami) tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan keluarganya.
Soalan 5:
Seorang PLHIV yang juga positif Hepatitis B
terpaksa memastikan apa-apa sahaja yang dipegang di rumahnya akan dibersihkan
selepas dia menyentuhnya. Ini adalah kerana dia tidak mahu ahli keluarganya
yang lain mendapat jangkitan Hepatitis B akibat daripada sentuhannya.
Jawapan:
Cara jangkitan HIV, Hepatitis B, dan
Hepatitis C adalah sama. Walau bagaimanapun, peratus risiko jangkitan adalah
berbeza. Hepatitis B paling mudah berjangkit dan HIV pula paling sukar
berjangkit di dalam 3 keadaan ini.
Contohnya, bagi seks tidak selamat, peratus
jangkitan HIV adalah 3%, Hepatitis C adalah 13% – 15%, dan Hepatitis B adalah
30%.
Penyelesaian paling mudah untuk PLHIV ini adalah dengan membawa ahli
keluarganya yang terdekat untuk ke KK bagi mendapatkan vaksin Hepatitis B.
Isunya kini adalah beliau masih belum
memaklumkan tentang status kesihatan beliau kepada ahli keluarganya.
Jika sikapnya berterusan membersihkan segala
permukaan yang telah disentuh, maka beliau dinasihatkan supaya mendapatkan
khidmat psikiatri untuk membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut.
Soalan 6:
HIV mempunyai
kandungan tertinggi pada bahagian darah dan air mani. Selepas rawatan (HAART) dan viral load undetected, HIV yang masih ada di dalam tubuh sepatutnya
tidak mampu menjangkitkan, walaupun masih berisiko dengan peratus yang sangat
rendah.
Bagaimana dengan Hepatitis B?
Jawapan:
Rawatan memang ada untuk Hepatitis B. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat menyembuhkan
100%; tetapi hanya 70% sahaja.
Contoh:
Rawatan HAART
ke atas 100 orang PLHIV. Viral load 100 orang itu akan menjadi undetected.
Rawatan Hepatitis
B ke atas 100 orang penghidap Hepatitis
B. Hanya 70 orang sahaja yang akan sembuh. 30 orang lagi tidak sembuh. 70
orang yang sembuh itu tidak akan menjangkitkan Hepatitis B. Tetapi 30 orang yang tidak sembuh itu boleh
menjangkitkan Hepatitis B.
Jika didapati seseorang itu mempunyai Hepatitis B, maka orang-orang yang
terdekat dengan penghidap Hepatitis B
itu perlu mendapatkan suntikan imunisasi.
Kos rawatan HAART untuk HIV ditanggung oleh pihak kerajaan. Tetapi tidak untuk rawatan Hepatitis B. Ini adalah kerana Hepatitis B boleh disembuhkan atau curable dengan rawatan. Walau
bagaimanapun, HIV dan Hepatitis B berada di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Soalan 7:
Ika telah berhenti
haidnya pada 1 hb. Tetapi pada 8 hb, haidnya hadir kembali. Apakah masalah Ika?
Bolehkah Ika solat pada 8 hb itu?
Jawapan:
Ika mungkin mengalami gangguan hormon. Ianya
dipanggil intermenstrual bleeding
iaitu pendarahan di antara dua haid.
Gangguan hormon ini juga mungkin disebabkan oleh kepenatan. Ianya bukan
tanda-tanda menopaus kerana jika menopaus, pendarahan itu sepatutnya semakin
berkurangan.
Jika ianya berterusan, Ika perlu membuat
pemeriksaan di klinik. Pihak klinik akan memeriksa uterus atau membuat prosedur
pap smear.
Ika tidak boleh solat pada 8 hb itu kerana
pada waktu itu, Ika dianggap sedang haid. Jika pendarahan itu berterusan
sehingga melebihi 14 hari, Ika boleh solat selepas itu.
Wallahu’alam.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat
dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya
khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.
Jazakumullah khair kathira
kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading,
Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat professional dan cemerlang.
Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info
Berkaitan:
Laman Web Rasmi PPWM:
Facebook Fanpage PPWM:
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750
3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh berkongsi
pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group).
Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
(PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut: