Tuesday, January 27, 2015

PENGALAMAN HIDUP SEORANG ISTERI KEPADA PLHIV (AFFECTED PEOPLE)






Saya adalah orang baru sebagai affected people, iaitu sejak saya berkahwin dengan people living with HIV (PLHIV) lebih setahun yang lalu. Kini, saya masih berada dalam satu ruang transisi.

Sebelum berkahwin, saya hanya melihat segalanya dari luaran iaitu bagaimana PLHIV dan pelbagai pihak yang empati menentang stigma, diskriminasi, dan judgemental serta cuba mendidik masyarakat dalam menangani isu HIV dengan tepat, tetapi kini keadaan telah berbeza.

Kini, saya lebih memahami selepas melihat dan hidup dengan PLHIV yang mengambil antiretroviral (ARV), yang pergi ke klinik infectious diseases (ID), dan menjalani kehidupan harian. Barulah saya faham bahawa stigma dan salah faham terhadap PLHIV lebih pedih dan susah 'dirawat' berbanding HIV.

Tambahan lagi kami tinggal di tempat asal saya. Apabila berada di bandar kecil tempat kita dilahirkan dan dibesarkan, potensi untuk saling mengenali sangat tinggi. Risiko tersebarnya kerahsiaan status kesihatan suami saya dan prejudis terhadap kami semasa suami hadir menjalani rawatan adalah sangat tinggi.


Didikan Allah

Empat tahun lepas, saya sangat asing dengan dunia HIV. Malah pada waktu itu, saya pernah menolak untuk berkahwin dengan seorang PLHIV walaupun sudah lama mengenalinya.

Setelah mengenali Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), hidup dan pandangan saya tentang PLHIV dan HIV telah jauh berubah. Namun, saya belum ada kekuatan untuk berdiri di depan keluarga dan masyarakat untuk menyatakan, saya adalah seorang isteri kepada seorang PLHIV.

Jujur saya katakan, kadangkala dalam fikiran saya ada persoalan, bagaimana jikalau orang lain tahu?

Suatu ketika, saya agak pening dengan seorang rakan yang terang-terangan mengamalkan ajaran Syiah. Puas dinasihat, malah pernah rumahnya digeledah Jabatan Agama Negeri, dia tetap tegar, tetap juga menyampaikan ajaran yang diyakininya.

Lalu, suami saya berkata, "Tengok, ada orang sangat yakin dengan kesesatan dia, sehingga tidak mempedulikan apa yang orang lain katakan. Sayangnya kita belum ada kekuatan untuk menegakkan kebenaran."

Ayat-ayat suami saya tu umpama kata-kata ajaib pada saya.

Kebenarannya, saya sangat bahagia hidup dengan suami saya seorang PLHIV.

Kebenarannya, hidup kami sama sahaja dengan orang biasa, seperti suami isteri biasa. Hanya perlukan stok kondom sebagai langkah berhati-hati (tidak semestinya HIV akan berjangkit apabila viral load mereka not detected walaupun tanpa kondom) ada di dalam bilik dan beg. Sentiasa peka dengan timing ubat ARV / HAART. Bahkan untuk mendapatkan zuriat bebas HIV bukanlah suatu masalah. PLHIV tidak membahayakan sesiapa.

Lain? Tiada apa!




Kebenarannya, HIV is nothing, our happiness is everything. Hidup ini sekadar pinjaman. Dia (suami saya) juga hanya sebagai pinjaman daripada yang Maha Esa kepada saya.

Hidup ini sangat singkat untuk saya memikirkan pandangan orang lain. Tugas saya juga adalah untuk memberi kefahaman kepada orang lain. Lalu, itulah medan saya yang sebenarnya sekarang.

Rupa-rupanya, being affected people juga tidak mudah, apatah lagi sebagai infected people. Semuanya kerana stigma ini.

So, I will not fear them, but I will fight them.

Kesimpulannya, selagi hidup, selagi itu berjuang dan hujung hayat sahaja konklusi dan penamatnya.


Wallahu a'lam.


Nukilan: MGDA

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGEMENTAL & MENDIDIK MASYARAKAT secara terbuka."


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Saturday, January 24, 2015

AMBIL TAHU TENTANG HIV





Jangan fikir diri kita, anak-anak, saudara-mara, dan insan tersayang pasti selamat, sedangkan realiti dan statistik zina sangat membimbangkan.

"Sudah tiba masanya rakyat Malaysia berdepan dengan tamparan fakta HIV:

1. Lebih 74 peratus jangkitan baru HIV di Malaysia tahun 2013 adalah melalui hubungan seksual, dua kali ganda naiknya dalam tempoh lima tahun!

2. Apabila epidemik berlaku dek kerana perlakuan seksual, wanita dan lelaki sama-sama berisiko. Ini jelas ditunjukkan dalam ratio (nisbah) jangkitan baru lelaki – ke – perempuan yang makin menipis daripada 10:1 kepada 4:1 dalam tempoh 10 tahun sahaja."

- Prof Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia

Maksud Firman Allah:

Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.
(At-Tahrim: 6)

Dan janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(Al-Isra': 32)

Dan keluarkanlah hartamu di jalan Allah serta janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan.
(Al-Baqarah: 195)

Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan."
(Ali-Imran: 104)



Wallahu a'lam.


Aku, hamba-Nya yang dhaif,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


PENANGGUHAN





Sharing di blog http://akuhivpositif.blogspot.com dan apa juga urusan berkaitan secara online akan terhad / ditangguhkan ke suatu tempoh yang belum dapat dipastikan disebabkan pelbagai kemudahan berkaitan musnah akibat banjir. Satu-satunya media yang ada ialah melalui handphone, sangat terhad, dan mengikut priority.

Fokus adalah untuk survival memulihkan kembali kemusnahan yang berlaku dan membina semula pusat aktiviti komuniti yang aku sekeluarga bina atas inisiatif sendiri sekadar yang termampu. 

Time to change.

Wallahu a'lam. 


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP

Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/
Facebook Fanpage PPWM:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com

Friday, January 09, 2015

PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA PRIHATIN



Leptospirosis


Selain Leptospirosis (kencing tikus), Melioidosis adalah dua jangkitan utama yang berpunca daripada air yang sangat biasa berlaku terutama selepas banjir.

Melioidosis


Semua pihak yang terlibat terutama yang lemah imuniti tubuh patut lebih berhati-hati.

- Dr. Iskandar Firzada bin Osman,
Doktor Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan, Pahang merangkap Penasihat Pertubuhan Positive Warriors Malaysia.

Wallahu a'lam. 


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP

Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/
Facebook Fanpage PPWM:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com


Saturday, January 03, 2015

BANJIR VS HIV




Rumah kami dan pusat komuniti yang dilanda banjir


Sebelum bencana banjir besar 2014 melanda negara, khususnya di sebelah Pantai Timur Semenanjung, ramai yang tidak pernah mengalaminya mengambil mudah isu ini. 

Mereka menganggap isu tersebut tiada kaitan dengan mereka dan mereka tidak perlu ambil tahu. Jika tahu, mereka tidak alert dan sensitif. Mereka yakin mereka dan keluarga mereka pasti selamat.

Begitulah lumrah sikap manusia. "Itu di negara lain, bukan di negara kita. Itu di negeri lain, bukan di negeri kita. Itu di daerah lain, bukan di daerah kita. Itu di kampung / taman perumahan lain, bukan di tempat  kita. Itu keluarga lain, bukan keluarga kita. Itu di rumah lain, bukan di rumah kita. Itu di bilik lain, bukan di bilik kita. Itu orang lain, bukan kita!"

Sebahagiannya pula masih sempat mempersenda dan memperlekehkan musibah yang dialami oleh orang lain. Hanya segelintir yang ambil peduli dan sudi memainkan peranan membantu.

Apabila Allah utuskan tenteranya yang amat lembut (air), sebagai bukti kekuasaan-Nya memusnahkan harta benda dan nyawa, malah mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara, ramai yang melatah, terpinga-pinga, dan berantakan. Mereka mula saling menyalahkan. 

Apabila banjir, baru mereka tahu selepas diri mereka atau ahli keluarga mereka sendiri (affected people) mengalaminya, hanya tinggal sehelai sepinggang, cedera, mati lemas, kebuluran, hilang pendapatan, dan terpaksa dirawat. 

Agak lucu apabila ada yang air banjir hanya mencecah pagar rumah tetapi seolah-olah lebih trauma berbanding mangsa yang  musnah seluruh harta benda dan hanya tinggal sehelai sepinggang.

Itu belum termasuk bencana alam lain seperti kemarau dan gempa bumi. Begitu juga ujian penyakit-penyakit kronik lain, ujian kecenderungan seksualiti, naluri dan sebagainya.

Selagi tidak mengalaminya sendiri, mudah sahaja kita berkata-kata kan? 

Begitu juga dengan isu HIV. Lebih malang,  akibat kedangkalan akal dan minda, HIV hanya dikaitkan dengan isu pendosa dan pengakhir segala harapan / kehidupan. 

Sedangkan ramai mangsa HIV adalah insan-insan yang diuji  dengan berbagai sebab. PLHIV tidak membahayakan non-PLHIV dan dengan rawatan PLHIV mampu meneruskan kehidupan seperti biasa termasuk berkahwin dan mengelakkan jangkitan kepada pasangan serta zuriat.

Jarang yang melihat di situ terdapatnya peluang dakwah dan ibadah. Sudahnya fitnah, penganiayaan  dan salah faham bertebaran sehingga bukan PLHIV (affected people) pun turut menjadi mangsa.

Perlu difahami betul-betul bahawa majoriti PLHIV adalah beragama Islam, bumiputera (khususnya Melayu), dan  generasi muda. Perlu diberi peluang, disantuni dan dirawat.

Pembunuh sebenar PLHIV dan affected people adalah stigma, diskriminasi dan judgemental. Bukannya virus yang lemah tersebut.

Ingatlah, setiap ujian Allah mustahil sia-sia dan zalim. Ada sesuatu yang boleh dipelajari untuk semua. 

Semoga dengan pengajaran daripada ujian banjir ini dapat mengubah cara kita melihat kehidupan.

Berbanding menuding jari, lebih baik kita saling memainkan peranan. Tidak perlu menjadi "hero" dalam semua perkara tetapi cukuplah menjadi insan yang punya rasa empati.

Fikir-fikirkan.

Di kesempatan ini, PPWM mengucapkan JAZAKUMULLAH KHIER & TAHNIAH kepada  Kementerian Kesihatan Malaysia, agensi, jabatan kerajaan, NGOs dan insan-insan prihatin yang bertungkus lumus dan banyak berjasa  membantu mangsa banjir dan komuniti. Anda semua memang terbaik. SALUTE!!

Wallahu a'lam. 


Aku, sekadar hamba,
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP

Facebook: Ahp Pie

Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:
http://www.positivewarriors.org/
Facebook Fanpage PPWM:
https://www.facebook.com/ppwmfanpage

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com