Thursday, November 28, 2013

HIV: AKIBAT ENGGAN MENJALANI RAWATAN ATAU HANYA BERGANTUNG KEPADA RAWATAN ALTERNATIF (ENTRY WAJIB)




Apabila seseorang didiagnos sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV (ODHA), antara perkara utama yang terlintas di fikiran mereka adalah peluang hidup sihat dan rawatan. Ini juga mungkin antara yang difikirkan oleh affected people seperti pasangan dan keluarga kepada ODHA.

Menyentuh soal rawatan, sebenarnya berdasarkan sains perubatan, ianya simple. Kaunseling dan farmakologi. Sudah tentu jika mereka turut mengidap atau mendapat jangkitan penyakit-penyakit lain, ianya juga perlu dirawat demi kebaikan hidup mereka dan affected people.

Rawatan Farmakologi

Rawatan farmakologi sebenarnya sangat mudah dan terbukti berkesan. Cuma cara setiap individu berfikir adalah unik dan tersendiri. Ada yang kononnya membayangkan untuk memulakan rawatan HIV (HAART) sangat berat. Seolah-olah akan menjalani hukuman gantung. Relax lah… apa yang kau melalut ni?

Rawatan sebahagian penyakit kronik lain jauh lebih teruk. Rawatan diabetes, dialysis, darah tinggi, kanser (chemotherapy), dan thalassemia jauh lebih mencabar. JIKA berlaku sedikit kesan-kesan sampingan peringkat awal, itu normal. Bayangkan biologi kita baru belajar menerima bendasing, sudah tentu ada sedikit tindak balas pertahanan tubuh. Makan panadol atau minum ubat batuk pun ada kesan sampingan kepada sesetengah orang. Kesan sampingan tersebut pula subjektif. Umpama minum kopi, ada yang sukar tidur, ada yang semakin lena tidurnya.

Rawatan farmakologi untuk ODHA bukanlah seteruk yang disangka. Ramai juga yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan pada peringkat awal rawatan HAART. Aku pula, setiap kali makan HAART, cuma bayangkan seperti makan jamu awet muda sahaja. Peluang hidup sihat dan kebaikan diri serta family jauh lebih penting berbanding sedikit cabaran.

Akibat paranoia tidak menentu ini, ada yang mula mencari pelbagai rawatan alternatif. Konon-konon buat kajian sendiri. Saintis melakukan research sehingga berbillion ringgit. Kita setakat kutip pucuk pegaga, akar tongkat ali, beberapa ulas bawang putih, dan sebagainya, terus mendakwa itulah rawatan yang lebih baik. Terus mengeluarkan segala macam hujah. Termasuklah cicak tokek, bintangor, jamu herba itu ini, dan entah apa-apa lagi.

Ada yang berhujah, bahawa semua rawatan farmakologi termasuk HAART ini adalah permainan Yahudi dan kapitalis. Kata mereka, bukan tiada rawatan lain pun, tetapi sengaja dirahsiakan semata-mata untuk kepentingan perniagaan dan untuk meracun umat Islam. Fine! Kau ada hujah dan rasional. Aku terima, tetapi apa alternatif yang kau cadangkan? Bagaimana hujah dari sudut saintifiknya?

Ayat-ayat shifa’, mendekatkan diri kepada Allah dan pemakanan sunnah? Yup, boleh sahaja kerana hanya Allah sebaik-baik penolong. Setiap penyakit ada penawarnya. Mustahil aku mampu tolak hujah tersebut kerana aku seorang Muslim. Tetapi, adakah kau boleh tolak hakikat usia yang semakin tua, mata yang semakin rabun, atau gigi yang mula mereput? Setakat rawat sahajalah, bukan? Ada ubat untuk elak mati tak? Fir’aun pun mati bro…

Combivir & Kaletra

Rawatan Alternatif

Maksud rawatan alternatif secara umum ialah menolak rawatan farmakologi dan memilih untuk menjalani rawatan dengan cara lain sebagai ganti. Contoh, hanya memakan ubat, supplement food, atau pil itu ini yang dijual oleh pelbagai pihak. Ada yang melibatkan kos yang sangat tinggi. Ramai yang mengambil kesempatan terhadap ujian hidup orang lain. Biasalah, bisnes!

Rawatan Complementary

Rawatan complementary (gabungan). Bermaksud menggabungkan rawatan farmakologi dan alternatif.

Ya, terpulanglah selagi tidak mengabaikan rawatan farmakologi jika kau banyak duit dan tiada sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan berlakunya rencatan terhadap rawatan farmakologi. Jangan memandai makan HAART secara on-off. Jika resistant, risiko tanggung sendiri.

INGAT, apa juga rawatan ada kemungkinan menambahkan pelbagai kesan sampingan termasuk dehydration yang mengakibatkan bahaya yang lebih besar kepada tubuh masing-masing. Tindak balas tubuh setiap individu terhadap apa yang memasuki badan adalah berbeza.

Pendirian aku, rawatan farmakologi sudah memadai. Jika mahu ditambah dengan pemakanan sunnah, pemakanan berkhasiat, atau supplement food sekadar perlu, itu lebih bagus. Seelok-eloknya berbincang doktor sebelum mengambilnya kerana mereka lebih memahami kondisi kesihatan kita. Jangan memandai-mandai sendiri.

Menjaga hubungan dengan Allah dan sesama insan adalah mandatory. Budaya hidup sihat, senaman, dan pemikiran positif sangat penting. Apa sahaja penyakit, bukan hanya HIV, jika tidak dirawat, memanglah bahaya.

Setakat ini, tiada bukti sains perubatan bahawa supplement food telah menyembuhkan HIV. Ianya sekadar dakwaan pengeluar produk yang kononnya produk mereka memang terbukti berkesan dan hasil kajian pakar itu ini, begitu begini. Jika terbukti, mari kita pakat telan supplement food tersebut beramai-ramai. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu akan menggunakannya sebagai gantian HAART.

Atau boleh sahaja kita letakkan sudut terapi ais di mana-mana hospital, senaraikan farmasi terpilih untuk jual produk-produk yang didakwa berkesan tersebut atau jual kismis goreng perisa halia bermadu tualang berinti biji delima dan sebagainya.

INGAT!

Akibat enggan menjalani rawatan, maka perlahan-lahan sistem pertahanan badan semakin merosot. Maka akan timbullah dakwaan bahawa apabila dijangkiti HIV, jangka hayat ODHA untuk sihat telah tertutup, tidak boleh berkahwin, tidak boleh mendapatkan zuriat, kurus kering, berkudis, mayat hidup, dan sebagainya.

Sedangkan dengan kepatuhan kepada rawatan tidak begitu. Bahkan mungkin doktor, CEO, jururawat, imam, peguam, dan arkitek yang setiap hari membantu kita adalah seorang ODHA sama seperti aku. Ha ha ha! Lawaklah kau orang! Doktor pakar jantung pun ramai yang mati akibat penyakit jantunglah, encik!

Lebih ramai ODHA yang sihat di sekeliling kau setiap hari berbanding yang terlantar sebenarnya. Mereka yang terlantar biasanya akibat sudah terlewat untuk menjalani rawatan, tidak patuh kepada rawatan, atau sudah terlantar baharulah mahu mengambil rawatan.

Tetap Enggan Jalani Rawatan Farmakologi

“Arghhh… tipu… Aku tetap tidak mahu menjalani rawatan farmakologi!”

“Aku tidak akan izinkan isteriku / suamiku (ODHA) jalani rawatan kerana banyak kesan sampingan.”

“Kesan jangka panjangnya sangat bahaya kepada tubuh badan.”

“Baik aku gunakan rawatan alternatif sahaja, bahkan langkah pencegahan semasa hubungan intim pun aku tidak mahu ambil.”

“Semuanya takdir Allah subhanahu wataala…”

Kalau ODHA, pasangan, atau ada ahli keluarga ODHA berpendirian seperti ini, maka penyelesaian sebenar ialah kita pakat lempang mereka laju-laju. Opppsss… gurau sahaja. Janganlah marah aku yang tua ini.

Inilah yang dinamakan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri, gagal menjaga pasangan dan keturunan, serta berfikiran sempit. Jika suami, suami tersebut adalah suami yang gagal. Totally! Sanggup membahayakan isteri demi pendapat peribadi. Isteri yang patuh membuta tuli pula, taat dan naïf tidak bertempat. Kononnya sayang, tetapi mereka sendiri yang merosakkan. Gagal memahami maqashid syar’iah secara tepat, bahkan akhirnya menyebabkan kadar penyebaran virus semakin meningkat.

Tetapi…

Jika masih enggan menjalani rawatan, tiada siapa boleh memaksa kamu mengubah keputusan. Itu pilihan sendiri. Kita cuma mampu cuba beri penerangan. Jika masih berdegil, tolong fahami beberapa fakta asas berikut:

1.      Fahami apa itu CD4, viral load, Long Term Non Progressing (LTNP), keperluan menjalani ujian darah secara berkala, beza menjalani rawatan dengan KEPATUHAN KEPADA RAWATAN, jangkitan penyakit-penyakit opportunistic, resistance, dan lain-lain info asas berkaitan cara jangkitan dan rawatan HIV.

2.      Fahami bahawa apabila virus memasuki tubuh, ianya memerlukan CD4 untuk membiak.

3.      Fahami bahawa virus membiak dengan cara memanipulasi / memakan / membunuh sistem pertahanan badan (CD4) dengan kadar yang sangat-sangat pantas.

4.      Fahami bahawa semakin tinggi jumlah virus (viral load), maka fitrahnya lambat laun CD4 (imuniti / pertahanan badan) juga semakin turun.

5.      Fahami bahawa CD4 memang boleh ditingkatkan dengan pelbagai makanan atau supplement, (pengamal mungkin akan rasa lebih bertenaga dan sihat pada peringkat permulaannya), tetapi semuanya menjadi tidak bermakna jika pembiakan virus tidak dikekang.

6.      Fahami bahawa apabila pembiakan virus dikekang, maka jumlah CD4 ODHA akan meningkat semula dan dapat menjalani hidup sihat seperti manusia biasa.


Apabila rawatan HAART berkesan


7.      Fahami bahawa dakwaan yang kononnya rawatan farmakologi (HAART) akan menyebabkan kesan sampingan jangka panjang, adalah andaian. Dose yang diberikan adalah mampu ditangani oleh sistem penapisan badan seperti buah pinggang, hati dan sebagainya. Ianya sentiasa dipantau. Sebaliknya dose yang diambil untuk rawatan alternatif dan supplement food hanyalah secara umum sahaja. Hampir sama untuk setiap jenis penyakit.

8.      Fahami bahawa setiap ODHA yang belum menjalani rawatan HAART (tidak semestinya setiap ODHA memerlukan HAART), ada kaitannya dengan LTNP yang aku maksudkan tadi). Mereka bebas mengamalkan apa juga pemakanan sihat dan berkhasiat yang sesuai dengan tubuh untuk meningkatkan sistem pertahanan badan jika tiada sebarang alahan atau kesan sampingan tertentu.

9.      Fahami bahawa apabila bacaan CD4 semakin menurun dan bacaan virus semakin meningkat, ODHA sangat terdedah kepada pelbagai penyakit yang mengambil kesempatan (jangkitan opportunistic) terhadap sistem pertahanan tubuh yang lemah tersebut. Akhirnya boleh mengakibatkan rawatan lebih sukar, malah AIDS. Dengan rawatan awal, AIDS sepatutnya tidak berlaku. ODHA meninggal dunia dengan sebab-sebab kematian yang sama sahaja seperti manusia lain.

10. Fahami bahawa penyakit-penyakit kronik lain yang turut merosakkan sistem pertahanan badan seperti diabetes, cancer, leukaemia, thalassemia, dan sebagainya lebih memudaratkan. Perkara tersebut perlu diutamakan untuk dirawat jika ODHA tersebut turut mengidapnya.

11. Fahami bahawa jika tetap enggan, (suka hatilah kalau sudah degil sangat) SEKURANG-KURANGNYA LAKUKANLAH SENDIRI PEMANTAUAN BACAAN CD4 DAN VIRAL LOAD SECARA BERKALA. Jangan tawakal tidak menentu.

Boleh faham agaknya apa yang aku kongsikan ini? Jika rajin, pandai-pandailah Google info lain di blog ini kerana perkongsian ini sebenarnya telah berulang kali aku kongsikan, cuma caranya sahaja yang berbeza. Aku rasa mudah sahaja bahasanya. Tidak perlukan kamus Oxford pun untuk faham, bukan?

Jumpa lagi.


Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com




Sunday, November 24, 2013

HIV: SEBAHAGIAN DARIPADA LAPORAN TERKINI PERJUANGAN PERTUBUHAN POSITIVE WARRIORS MALAYSIA MENENTANG STIGMA, JUDGEMENTAL, DAN DISKRIMINASI



Rasanya sudah terlalu lama aku tidak berkesempatan berkongsi pengalaman dengan para pembaca. Sesungguhnya itu di luar kemampuanku atas kekangan tertentu yang tidak mampu digambarkan. Apabila sentiasa bergerak aktif melebihi 12 jam sehari untuk cuba memberikan yang terbaik kepada NGO, komuniti, keluarga, karier, dan ujian kesihatan sendiri, ianya sungguh memenatkan. Syukur di sebalik perjuangan kecil yang penuh rencah ini memberikan aku kepuasan dan rasa berguna di sisiNya. Nikmat berpeluang memainkan peranan dalam bidang fardhu kifayah amat bermakna.

Ditambah dengan sentiasa perlu travel ke sana sini tanpa mengira masa, setakat terlena bersama dingin pagi di dalam kereta di pinggir lebuhraya untuk berkejar pulang ke rumah demi menunaikan kewajiban terhadap tuntutan karier pada keesokan harinya adalah biasa. Termuntah-muntah keletihan dan sakit-sakit badan adalah biasa. Disalah anggap sebagai sibuk mencari duit extra atau difitnah adalah biasa. Tidak sempat berjumpa dan menziarahi mertua, saudara mara sendiri adalah biasa. Pokai walaupun nampak selesa adalah biasa. Apa yang hendak dikeluhkan kerana itulah resmi orang yang sedang bertatih untuk berjuang.

Semakin hari juga aku semakin matang dengan kerenah komuniti. Ianya begitu unik dan berbeza. Ujian rohani dan jiwa yang sakit sentiasa aku jumpa di mana-mana, sama ada di kalangan ODHA (Orang Yang Hidup Dengan HIV) atau tidak. Kita sama-sama sedang diuji dengan cara masing-masing. Setiap hari aku mendapat kekuatan baru dan pelbagai ilmu melalui didikan Allah ini.

Bukan setakat urusan berkaitan komuniti, pelbagai masalah sosial, keluarga, dan rumah tangga, ada sahaja individu yang cuba meminta nasihat atau pertolongan. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang mereka harapkan daripada aku sedangkan aku punya pelbagai kelemahan diri?

Dalam begitu, aku masih sempat membantu beberapa orang ‘murid tua’ yang mahu kembali belajar asas Qur’an dan fardhu ain dalam anggaran masa 3 jam sehari tanpa sedikit pun aku meminta imbuhan kewangan. SAHAM AKHIRAT jauh lebih bermakna.

Sepenat atau selayu mana pun, aku cuba berikan yang terbaik. Sekurang-kurangnya sambil ‘mengajar’, aku dapat juga mendidik diri sendiri. Aku sendiri pelik dari mana datangnya masa dan tenaga kerana aku memang sentiasa penat dan sibuk. Sentiasa terkejar-kejar. Bahkan selalu juga masih sempat melepak dan menghabiskan masa dengan teman-teman rapat. Sesekali masih tetap cuba melayan keluarga setakat yang termampu dengan keupayaan kami.

Justeru, maafkan aku jika tidak suka mempedulikan sangat perkara yang remeh-temeh dan permainan emosi. Maafkan aku, memang tidak sempat!

Katalah apa sahaja semahumu jika itu yang kamu fikirkan tentang aku sebagai seorang ODHA. Setiap ujian adalah semakin menguatkan. Usah ditanya apa yang aku rasa kerana aku bahagia sahaja dengan kehidupanku seadanya. Nilailah apa sahaja asalkan kamu gembira, asalkan jangan kamu hina komuniti senasibku dengan sewenang-wenangnya.

Aku berjuang kerana Allah. Jauh sekali mengharapkan puji dan nama. Bukan kerana periuk nasiku. Ada NGO atau tidak, disokong atau dicemuh, tidak menjejaskan aku. Sesulit mana pun, memang ini juga yang akan aku lakukan kerana itu yang aku mahu.

Baiklah. Secara ringkas, aku akan kongsikan beberapa pengalaman terkiniku untuk cuba memberikan kefahaman dan mendidik masyarakat memahami isu sebenar HIV/AIDS dengan kerjasama, jemputan, dan bantuan pihak-pihak prihatin. Setiap kali sharing, aku tidak pernah lupa membawa nama Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM), cuma fokus utamaku adalah terhadap isu yang diamanahkan.

Memang setiap kali hadir dalam mana-mana sharing aku sentiasa mempromosikan PPWM, cuma tidaklah secara panjang lebar. Kalau panjang lebar, sudah tentu objektif pihak penganjur tidak tercapai. Jadi, jelaslah bahawa tuduhan yang mengatakan aku hanya mempromosikan diri sendiri demi kepentingan peribadi tidak benar sama sekali. Kepentingan apa yang aku cari?

Sebagai makluman, memanglah aku banyak kongsikan gambar peribadiku sahaja berbanding aktiviti bersama komuniti. Jika aku dedahkan identiti komuniti, ianya bakal menjadi isu sensitif. Sedangkan video tentang penglibatan aktiviti bersama komuniti yang aku share di YouTube (sedia disiarkan oleh pihak media pun) masih ada yang marahkan aku kerana kononnya aku mendedahkan personaliti mereka.

Apa sahaja yang aku lakukan, sentiasa ada yang tidak kena di mata sebahagian individu lain. Bukan semestinya mereka yang hadir aktiviti PPWM adalah ODHA! Ramai sahaja volunteers dan supporters. Kita maksudkan lain, mereka faham cara lain. Entahlah, aku pun jujurnya tidak faham.

Antara program-program tersebut adalah:

Program Seminar Wanita dan HIV/ AIDS

Tarikh: 7 November 2013
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi – 1.30 petang
Tempat: Dewan Felcra, Pejabat Felcra Daerah Kuala Pilah
Tajuk: Perkongsian Pengalaman
Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah

Aturcara Program:

08.30 am
Pendaftaran peserta

08.45 am
Minum pagi

09.00 am
Ceramah: Epidemologi HIV/STI
Oleh: Dr. Hajah Zaini binti Haji Ishak
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit AIDS/STI, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

10.00 am
Ceramah: HIV/STI dan Wanita
Oleh: Dr. Saidatul Fadlyana binti Mohammad Isa
Pegawai Perubatan U48
Klinik Kesihatan Juasseh

11.30 am
Perkongsian Pengalaman
Oleh: Encik Mohamad bin Wahid
Presiden PPWM

01.00 pm
Penutup & Makan Tengah Hari


Sebahagian peserta yang hadir

Peserta adalah dalam anggaran 100 orang yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Pilah dan kakitangan pelbagai jabatan kerajaan daerah Kuala Pilah.


Sesi perkongsian

Alhamdulillah, sambutan dan penglibatan sangat memuaskan. Pihak penganjur berjaya menguruskan program dengan sungguh cemerlang.


Bersama Dr. Saidatul Fadlyana binti Mohammad Isa dan Dr. Rosmala binti Mohamad


Program Maal Hijrah 1435 H

Tempat: 11 November 2013
Hari: Isnin
Masa: 8:30 pagi – 10:30 pagi
Tempat: Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar, Temerloh
Tajuk: Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja Islam
Anjuran: SMK Abu Bakar, Temerloh.


Sebahagian daripada pelajar SMK Abu Bakar yang sedang mendengar ceramah


Peserta adalah dalam anggaran 200 orang pelajar yang terdiri daripada sebahagian pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.


Sesi perkongsian


Sambutan dan penglibatan juga sangat memuaskan, bahkan aku bangga dengan penglibatan sebahagian pelajar yang turut serta aktif melibatkan diri dalam sesi kuiz kefahaman dan soal jawab.


Penerima hadiah saguhati yang dapat menjawab soalan kuiz dengan tepat


Tahniah kepada pihak pentadbir SMK Abu Bakar dan salah seorang guru hebat kesayanganku, Puan Saonah ketika aku bersekolah di Tingkatan 6 Atas di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Temerloh, suatu ketika dahulu. Sekarang beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Abu Bakar.


Paling kanan, Puan Saonah, guru kesayanganku


Perkongsian pengalaman bersama para pelajar di daerah sendiri adalah satu permulaan yang sangat bagus kepada PPWM untuk membuka pandangan masyarakat memahami isu HIV/AIDS secara tepat.

Program Support Group & Ziarah Bersama Komuniti

Tempat: 16 November 2013
Hari: Sabtu
Masa: 11:00 pagi – 3:30 petang.
Tempat: Rumah Perlindungan ODHA Darul Ukhwah, Puchong.
Anjuran: PPWM dengan kerjasama pihak Darul Ukhwah.

Aturcara Program:

11.00 am – Suaikenal
11.20 am – Minum
11.30 am – Perkongsian pengalaman beberapa orang penghuni Darul Ukhwah
12.30 pm – Ucapan Presiden PPWM
01.00 pm – Solat Zohor berjamaah
01.30 pm – Jamuan makan tengah hari
02.00 pm – Bengkel / Latihan Dalam Kumpulan
03.00 pm – Penyampaian sedikit sumbangan kewangan dan pakaian terpakai kepada para penghuni
03.15 pm – Sesi ziarah kasih komuniti terlantar


Berkongsi kekuatan bersama para penghuni Darul Ukhwah


Peserta adalah dalam anggaran 50 orang ahli PPWM, supporters, volunteers, dan para penghuni Darul Ukhwah.


Salah seorang volunteer merangkap ahli PPWM yang hadir, Cik Aminah


Program kali ini merupakan sebuah program yang sungguh bermakna kerana ianya adalah atas kerja keras pihak JK Bertindak PPWM walaupun sebahagian ahli yang hadir perlu berdepan pelbagai kekangan kewangan dan komitmen. Sudah tentu pihak Darul Ukhwah sendiri memberikan kerjasama yang sangat padu dan profesional.


Salah satu hasil bengkel


Sambutan dan penglibatan adalah sangat memuaskan dan penuh bermakna. Tahniah kepada semua JK Bertindak PPWM dan pihak urusetia para penghuni Darul Ukhwah.

Akhir kata, ucapan jazakumullah kheir dan penghargaan kepada semua ahli PPWM yang komited terhadap perjuangan, Dr. Hajah Zaini binti Haji Ishak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit AIDS/STI, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, pentadbir dan para pelajar SMK Abu Bakar, pihak pentadbir, urusetia, dan sukarelawan Darul Ukhwah yang melibatkan diri.

Sekian,

Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com






Friday, November 22, 2013

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2013


Tarikh: 8 Disember 2013
Hari: Ahad
Masa: 8 pagi
Tempat: Taman Layang-Layang, Gombak (Taman Metropolitan)


TENTATIF

7.00 pagi – 8.00 pagi
Senam Robik

8.00 pagi – 8.30 pagi
Pendaftaran

9.00 pagi – 9.30 pagi
Sharing Moment (Wanita)

9.00 pagi – 10.00 pagi
Pertandingan Mewarna

9.30 pagi – 10.00 pagi
Sambungan Sharing Moment

10.00 pagi – 11.00 pagi
Acara Perasmian:
- Ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
- Meniup Sumpit (Disampaikan Oleh Kumpulan Berbasikal)
- Acara Pentomen
- Pelepasan Acara Treasure Hunt
- Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Melawat Pameran

11.00 pagi – 11.30 pagi
Persembahan Rumah Perlindungan

11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Kuiz

12.00 tengah hari – 1.00 petang
Penutup
Penyampaian Hadiah



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com


SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2013




Tarikh: 5 Disember 2013
Hari: Khamis
Masa: 8 pagi – 1 petang
Tempat: Dewan Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Gemas


TENTATIF

8.00 pagi

Aktiviti ‘I Want Sihat’ (COMBI dan Belia Taman Sentosa)


8.30 pagi – 9.00 pagi

Pendaftaran Peserta


9.00 pagi – 9.30 pagi

Ceramah oleh Dr. Junaidah binti Abd. Rahman
Pakar Perubatan Keluarga, KK Gemas


9.30 pagi – 10.45 pagi

Sesi Berkongsi Pengalaman Bersama Wakil NGO
(Mohamad bin Wahid, Pertubuhan Positive Warriors Malaysia)

Pameran Kesihatan (HIV/AIDS, Program Harm Reduction, Pendermaan Organ)

Kuiz Kesihatan


10.45 pagi – 11.00 pagi

Cabutan Bertuah


11.00 pagi

Ketibaan Dif Jemputan

Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Hajah Zailan binti Dato’ Haji Adnan
Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

Ucapan Perasmian oleh Y. B. Dato’ Shamshulkahar bin Mohd Deli
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan & Kesihatan Negeri

Penyampaian Cenderahati


1.00 petang

Jamuan dan bersurai



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com



Wednesday, November 06, 2013

FUTSAL RIBEN MERAH




Sertai Kejohanan Terbuka Futsal Riben Merah All-Star sempena Hari AIDS Sedunia anjuran Yayasan AIDS Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia di Sports Planet Gong Badak Kuala Terengganu pada 1 Disember 2013.

Hadiah menarik, termasuk wang tunai RM 1,500 untuk juara keseluruhan menanti anda!

Penyertaan terbuka untuk 40 pasukan sahaja.

Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui URL http://bit.ly/HqLXxK

Borang pendaftaran juga boleh dimuat turun dari laman web Majlis AIDS Malaysia, http://www.mac.org.my/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nazri di 012-9076517 /nazri@mac.org.my

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 November 2013.


SYARAT PENYERTAAN

* Yuran penyertaan telah ditetapkan sebanyak RM100.
* Setiap pemain hanya boleh bermain dalam satu pasukan sahaja.
* Semua maklumat hendaklah diisikan dengan lengkap, tepat dan benar.
* Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 10 orang yang terdiri daripada
• 5 orang pemain
• 3 orang pemain simpanan
• 1 orang pengurus pasukan
• 1 orang jurulatih pasukan
* Pasukan yang tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dilarang untuk menyertai pertandingan ini.
* Sebarang perubahan mesti dimaklumkan kepada penganjur selewat- lewatnya 2 hari sebelum pertandingan.
* Sebarang perubahan syarat-syarat pertandingan adalah tertakluk dibawah bidang kuasa dan tanggungjawab penganjur.
* Individu atau pasukan yang pernah mewakili negara (Malaysia), negeri dan Futsal Felda tidak layak untuk menyertai kejohanan ini.


Perincian

* Pendaftaran & undian akan dijalankan pada hari Ahad 1hb Dis 2013, Jam 7.00 pagi bertempat di Kaunter Pendaftaran Gelanggang Sport Planet Gong Badak, Kuala Terengganu. Setiap Pasukan hendaklah menghantar seorang wakil untuk sesi pengundian. Bagi pasukan yang tidak menghantar wakil, maka pihak penganjur berhak mengundi bagi pasukan tersebut.

* Yuran penyertaan sebanyak RM100 hendaklah didebitkan ke dalam akaun Malaysian AIDS Foundation (Maybank Berhad No Acc: 514105- 421257).

* Bukti pembayaran boleh dihantar melalu email arif@mac.org.my atau faks di talian 03-4047-4210 (untuk perhatian Encik Arif).



Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM: http://www.positivewarriors.org/

NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Camelia Sulaiman: camelia_sulaiman@yahoo.com

NGO Sokongan:

Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah: 018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter: twitter.com/amalfirdausi

Sokongan khusus kepada komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM: 562740121438 (Maybank)