My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM
(Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care
Physician
Maaf, terlalu lama
tidak sempat update entri. Ramai yang
mula menghantar macam-macam pertanyaan melalui Whatsapp dan SMS. Kesibukan
harian dengan urusan komuniti hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Baiklah, kita terus sahaja
fokus kepada perkongsian pengalamanku kali ini kerana masa sangat berharga.
Tiada masa untuk syahdu syahdan melayan kepenatan. Esok, belum pasti kita masih
diberi kesempatan bernyawa sekalipun secara fizikalnya tampak sihat dan gagah
perkasa.
Tarikh: 28 Jun 2013
(Jumaat)
Sebenarnya sejak 7.30
pagi aku yang ditemani Ummie dan sahabatku yang dikenali sebagai bro. Zainal
telah bertolak ke Kuantan. Hajat kami, sebelum ke KK Jaya Gading pada sebelah
petang, kami mahu bertemu Ustaz Nasharudin bin Ngah, Penolong Pengarah,
Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, di Pekan, Pahang atas urusan
komuniti.
Memandangkan hari
tersebut hari Jumaat, kami agak tergesa-gesa. Syukurlah Ustaz Nasharuddin pada
hari tersebut mempunyai urusan di Kuantan dan beliau sudi meluangkan sedikit
masa untuk bertemu dengan kami di sebuah gerai berhampiran pantai berdekatan Taman
Gelora.
Ada beberapa perkara
yang kami perbincangkan dan ternyata Ustaz Nasharuddin bin Ngah memang antara
golongan agamawan yang sangat memahami isu komuniti dan sedia memberikan
sokongan kepada kami menjayakan sebuah program yang bakal dianjurkan bersama dengan
pihak JAKIM di negeri Pahang.
Aku bersama Ustaz
Nasharudin bin Ngah, Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama
Islam Pahang, dan Bro. Zainal
Sesudah solat Jumaat
di sebuah masjid bersebelahan lapangan terbang TUDM Kuantan, kami mula
bergabung dengan tiga orang lagi kenalan yang asalnya terdiri daripada pembaca blog ini dari pelbagai tempat. Mereka meminta pertolonganku untuk
berjumpa Dr. Iskandar untuk mendapatkan kaunseling atas sebab masing-masing. Hajat
mereka telah aku maklumkan terlebih awal kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
Tempat: KK Jaya
Gading, Kuantan.
Masa: 2.50 p.m.
Pemeriksaan rutin:
Blood pressure: 118/68
Weight: 76 kg
Glucose: 7.2 (Aku mula risau kerana bacaan gula dalam darahku
semakin meninggi)
Mouth: No oral candidiasis
Pada hari tersebut
juga, Dr. Iskandar telah mengambil beberapa tabung darahku untuk ujian. Ujian
ini bertujuan untuk memeriksa tahap diabetes (HBa1C ) dan fungsi hati.
Dr. Iskandar turut
memberikan sedikit panduan pengambilan metformin untuk bulan Ramadhan bagi pesakit diabetes seperti aku. Pada hari pertama
Ramadhan, ambil dos penuh pada waktu sahur dan waktu berbuka puasa.
Sekiranya pada hari
kedua Ramadhan aku mengalami situasi hypoglycaemia
(kurang gula), aku hanya perlu mengambil separuh dos pada waktu sahur dan
melengkapkan satu dos setengah lagi pada waktu berbuka puasa. Aku juga perlu
segera berbuka puasa jika masalah hypo
berterusan.
Alhamdulillah setakat
ini aku tidak mengalami sebarang masalah semasa berpuasa, bahkan terasa lebih
sihat berbanding bulan-bulan yang lain.
Berikut adalah antara
sebahagian daripada soalan-soalan yang sahabat komuniti minta aku tanyakan
kepada Dr. Iskandar.
Soalan 1:
Adakah benar bahawa pengambilan
Tenvir @ Tenofovir mampu menyebabkan peningkatan CD4 dengan kadar yang agak
cepat?
Jawapan:
Kesan daripada
pengambilan Tenvir atau Zidovudine ada dua iaitu:
-
virologic
response (mengurangkan jumlah virus)
-
immunologic
response (meningkatkan imuniti tubuh)
Tenvir perlu diambil
sekali sehari, manakala Zidovudine perlu diambil dua kali sehari. Tenvir dan
Zidovudine memberikan kesan sampingan yang sama.
Menurut kajian, bagi virologic response, Orang Yang Hidup
Dengan HIV (ODHA) yang mengambil Tenvir atau Zidovudine sepatutnya akan
mengalami tahap Viral Load not detected
selepas 6 bulan.
Berbeza dengan immunologic response, hasil daripada
pemantauan kajian yang dilakukan mendapati bahawa pengambilan Tenvir yang
diambil dijangka dapat meningkatkan tahap CD4 lebih cepat berbanding
pengambilan Zidovudine. Walau bagaimanapun, kesannya adalah tidak sama bagi
setiap ODHA dan ianya bergantung kepada biologi setiap ODHA.
Rawatan yang diberikan adalah lebih kepada virologic response.
Soalan 2:
Bagaimana jika ODHA
yang terpaksa mengambil HAART second line
kerana tubuhnya tidak serasi dengan kombinasi first line suatu ketika dahulu mahu kembali ke first line selepas tubuhnya menunjukkan keserasian dengan second line?
Jawapan:
Tidak boleh kerana
telah terbukti berlaku kesan sampingan semasa mereka mengambil regime first line. Side effect is for good.
Soalan 3:
Salah seorang ahli
komuniti yang merupakan seorang PLHIV telah menjalani prosedur Laser-Assisted In Situ Keratomileusis (LASIK).
Walau bagaimanapun, tidak lama selepas daripada prosedur itu, ada tanda-tanda
beliau kembali rabun semula. Persoalannya, adakah akibat rabun semula itu ada
kaitannya dengan kesan pengambilan rawatan HAART?
Jawapan:
LASIK adalah proses
pembentukan kornea. Tujuan LASIK adalah untuk membolehkan seseorang itu melihat
jarak jauh tanpa menggunakan cermin mata. Secara fitrahnya, apabila semakin
berusia, kita turut akan kehilangan kemampuan pandangan (sight) sedikit demi sedikit.
Rawatan HAART
sepatutnya tidak memberikan sebarang kesan terhadap mata. Situasi rabun semula
itu adalah kemungkinan akibat komplikasi. ODHA tersebut perlulah merujuk doktor mata
yang merawatnya untuk tindakan selanjutnya.
Disebabkan kesuntukan
masa, aku memberi peluang kepada Bro. Zainal menanyakan beberapa perkara.
Selepas itu aku menemani seorang demi seorang ketiga-tiga kenalan yang ingin
meminta pandangan Dr. Iskandar tentang masalah yang mereka hadapi. Menjelang
pukul 7 malam barulah segala urusan tersebut selesai.
Penatnya Tuhan sahaja
yang tahu, tetapi apabila memikirkan berkemungkinan Allah balas segala penat
lelah tersebut menjadi amal ibadah, aku rasa lapang.
Sebaik selesai, sahabat-sahabat
yang belum menunaikan solat Asar bergegas menunaikannya di masjid berhampiran.
Syukur aku terlebih dahulu telah solat jamak taqdim. Selepas solat jamak taqdim
Maghrib dan Isya’, kami bertiga pun bergerak pulang ke Temerloh.
Kepada Dr. Iskandar
Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading yang telah memberikan
kerjasama dan komitmen yang profesional dan cemerlang, aku mendoakan
kebahagiaan dunia dan akhirat. Hanya Allah dapat membalas segala kebaikan.
Alangkah indahnya jika semua kakitangan KKM bersikap prihatin begini.
Beberapa info dan fakta
penting yang dikongsikan oleh Dr. Iskandar:
1.
We are not
killing the HIV but we block them from multiplying.
(Rawatan sekarang sangat efektif tetapi belum
mampu membunuh HIV. Rawatan adalah untuk
mengekang virus daripada berganda).
2.
HIV is a Virus. STIGMA is the DEADLY disease.
(HIV hanyalah virus yang boleh dikawal.
STIGMA adalah jangkitan maut yang sebenar).
3.
Selain untuk kesihatan ODHA sendiri, rawatan
juga bertujuan untuk melindungi pasangan dan zuriat kepada ODHA.
4.
Kadangkala (sangat jarang berlaku) rapid test menunjukkan keputusan HIV
positif yang palsu. Ada kemungkinan ianya disebabkan oleh lyme diseases. Untuk pengesahannya, ujian yang terperinci perlu
dilakukan. Ianya bukan disebabkan oleh HIV.
5.
Terdapat beberapa ubatan atau antigen tertentu
yang diambil oleh klien akan menyebabkan demam. Kenapa? Apabila sesuatu ubat
baru dimasukkan ke dalam tubuh, sel darah putih akan mengenal pasti ubat
tersebut sebagai bendasing. Untuk sel darah putih berfungsi, suhu badan perlu
naik (demam).
6.
Aerobic –
jangkitan melalui udara (lebih bahaya). Contoh H1N1 dan Sars.
Anaerobic –
jangkitan selain udara (bendalir badan). Jangkitan melalui udara adalah jauh lebih
bahaya dan HIV bukan jangkitan melalui udara!
7.
Efavirenz biasanya diberikan kepada ODHA yang
turut menghidap Hepatitis B.
1.
Aku hamba-Nya yang dhaif
Mohamad bin Wahid @ Pie @ AHP
Info Berkaitan:
NO AKAUN PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750
3949
Nama Pemegang Akaun:
Pertubuhan Positive Warriors Malaysia
Para pembaca boleh
berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret
Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors
Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang
berikut:
NGO Sokongan:
Pertubuhan Amal Firdausi
Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel:
amalfirdausi@gmail.com
Talian Marhabah:
018-207-0953 (Encik Hamli) @ 017-311-0306 (Encik Raffie)
Telefon / Faks: 03-9174-0934
FB PAFI:
http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)
Twitter:
twitter.com/amalfirdausi
Sokongan khusus kepada
komuniti wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM
(secret group) sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
Telefon: 019-259-5864
(Norlela) Pengasas
No akaun PEWAHIM:
562740121438 (Maybank)