Sunday, June 21, 2015

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-47 (FINAL MEET UP)




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman
MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Date: 18 May 2015
Day: Monday
Time: 4.17 pm
Venue: Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan

Routine check-up:

Blood pressure: 75/57 (abnormal)
Glucose: 16.3 (random)


Entry kali ini dikarang oleh Ummie dan disemak oleh Kak Da. Ini adalah pertemuan terakhir Allahyarham AHP Pie dengan doktor kesayangan beliau. Kepada yang masih belum maklum, Encik Mohamad bin Wahid atau AHP atau AHP Pie atau Pie telah kembali menemui penciptanya pada 27 Mei 2015, 11.30 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan akibat liver cirrhosis which led to liver failure (kegagalan hati).

Sebelum pertemuan ini, Allahyarham telah dimasukkan ke wad di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dari 6 Mei 2015 dan dibenarkan keluar pada 10 Mei 2015. Beliau kemudian telah didiagnos mengalami cirrhosis yang menyebabkan kegagalan hati (liver failure).

Sebelum ke hospital, Allahyarham mengadu sakit yang teramat sangat di bahagian perut sehingga ke dada. Keadaan Allahyarham sangat lemah sehingga akhirnya memaksa Allahyarham untuk redha dimasukkan ke wad hospital.

Selepas membaca laporan yang kami bawa dari hospital, Dr. Iskandar seterusnya menerangkan keadaan Allahyarham sehingga kami benar-benar faham. Berikut adalah hasil kesimpulan akhir Dr. Iskandar:

Pada waktu itu, Allahyarham sedang mengalami masalah ‘Decompensated Chronic Liver Failure’ iaitu kegagalan fungsi hati. Ini disebabkan oleh kerana sel-sel hati telah menjadi cirrhosis akibat daripada jangkitan virus Hepatitis C (HCV). Keadaannya pada ketika itu semakin tenat serta akan menjadi lebih kritikal kerana sel-sel hati yang telah menjadi cirrhosis tidak boleh serta tidak akan sembuh; ianya akan kekal dan akan semakin banyak.

Keadaan ini sememangnya dijangkakan akan berlaku, tetapi sama ada ianya cepat (beberapa minggu atau bulan atau tahun selepas dijangkiti HCV) atau lambat, tidak dapat untuk ditentukan.

Walaupun rawatan jangkitan HCV boleh menghapuskan sama sekali HCV, tetapi ianya tidak boleh membaik pulih sel-sel hati yang telah menjadi cirrhosis, berbanding dengan rawatan HAART (rawatan HIV) yang hanya boleh mengawal HIV tetapi boleh membaik pulih sistem imuniti melalui peningkatan CD4.

Walau bagaimanapun, rawatan jangkitan HCV hanya boleh dimulakan jika bacaan CD4 sekurang-kurangnya lebih daripada 200, kerana kesan sampingan daripada rawatan akan mengakibatkan CD4 menjadi terlampau rendah.

Beberapa tahun yang lalu, Dr. Iskandar bersungguh-sungguh merujuk Allahyarham ke Pakar Perubatan Hematologi apabila beliau mendapati CD4 Allahyarham tidak meningkat dengan harapan Pakar tersebut boleh mengenal pasti mengapa CD4, sel darah putih (WBC), dan platelet beliau tidak meningkat. Tetapi, Allahyarham memilih untuk tidak meneruskan prosedur dengan Pakar tersebut.

Dr. Iskandar juga cuba menukar ubat HAART dengan harapan akan ada penambahbaikan kepada CD4, walaupun pada hakikatnya hasil kajian mendapati kesan daripada ubat-ubat tersebut adalah sama sahaja. Dr. Iskandar merasa gembira dan teruja seketika apabila ada sedikit penambahbaikan kepada CD4 walaupun beliau skeptikal ianya adalah hasil daripada penukaran ubat tersebut. Berkemungkinan penambahbaikan tersebut adalah hasil sikap positif Allahyarham dengan sokongan padu daripada kami sekeluarga.

Namun, penambahbaikan tersebut masih belum membolehkan rawatan jangkitan HCV dimulakan. Dr. Iskandar akui bahawa dengan sokongan moral dan sosial daripada kami sekeluarga, Allahyarham sememangnya telah amat bersedia serta menerima hakikat bahawa HIV Allahyarham tidak boleh sembuh dan CD4 Allahyarham adalah rendah yang mendedahkan Allahyarham kepada risiko jangkitan opportunistic.

Dr. Iskandar meminta kami sekeluarga supaya berusaha membuatkan Allahyarham lebih ‘selesa’ menghadapi situasi masalah perubatan/kesihatan yang terminal pada ketika itu. Prognosis was very poor, tetapi tidak semestinya kita tidak boleh berbuat sesuatu supaya Allahyarham lebih ‘selesa’.


Wallahu’alam.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Moga ada manfaat dan panduan kepada semua. Selebihnya kami mengambil sedikit masa untuk saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan semasa kami sekeluarga.

Jazakumullah khair kathira kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading, Kuantan yang memberikan perkhidmatan yang sangat profesional dan cemerlang.





Ummie & Kak Da


Info Berkaitan:

Laman Web Rasmi PPWM:

Facebook Fanpage PPWM:
  
No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Anda juga dialu-alukan menjadi ahli Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM). Untuk menyertai, sila hubungi admins yang berikut:

Abd. Shukor Mohd Yunus: shux@positivewarriors.org
Hishamudin Rahman: carphatz_04@yahoo.com