Friday, November 30, 2012

BERTEMU DR. ISKANDAR FIRZADA BIN OSMAN KALI KE-23




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Peristiwa berlaku pada 28 November 2012, Rabu, bersamaan 14 Muharam 1434H pukul 11 pagi.

Beberapa hari sebelum hadir ke Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan, aku telah menghubungi Dr. Iskandar Firzada bin Osman untuk menyatakan hasratku bertemu beliau pada tarikh tersebut. Alhamdulillah, Dr. Iskandar berada di klinik pada tarikh berkenaan.

Sebenarnya, pertemuan kali ini bukanlah terlalu penting pun. Ianya sekadar untuk mengambil bekalan HAART. Boleh sahaja dilakukan tanpa bertemu Dr. Iskandar. Tetapi kebetulan Dr. Iskandar berada di klinik pada tarikh tersebut. Rugi jika aku tidak bertemu beliau.

Dr. Iskandar adalah Penasihat kepada Pertubuhan Positive Warriors Malaysia. Sudah tentu aku perlu melaporkan beberapa perkembangan terkini NGO kami dan mahu mendengar beberapa nasihat serta pandangan beliau.

Ujian darahku pula sepatutnya pada 17 Disember 2012 nanti. Itu pun aku meminta kerjasama Dr. Iskandar untuk mencadangkan tarikh lain kerana aku perlu menghadiri satu majlis peribadi lain yang sangat penting.

Bersama aku pada pagi tersebut adalah Kak Da, Ummie dan seorang sahabat bernama Asraf yang perlu menjalani ujian darah bagi mengetahui bacaan CD4 dan Viral Load.

Asraf belum menjalani rawatan HAART. Ujian tersebut sangat penting sebagai indicator kepada Dr. Iskandar Firzada Osman untuk menentukan rawatan yang sesuai di samping berpandukan beberapa kondusi kesihatan terkini.

Seperti biasa, Dr. Iskandar memeriksa tekanan darah, bacaan gula (glukos), berat badan dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, Dr. Iskandar menegur berat badanku yang semakin naik dan ianya memang tidak bagus untuk statusku sebagai penghidap penyakit kencing manis.

Bahkan perlu dingatkan bahawa masalah diabetes tanpa kawalan adalah lebih bahaya berbanding HIV.

Malu juga aku ditegur begitu. Aku akui bahawa selera makanku hanya Tuhan yang tahu. Tambahan terlalu kerap travel dan menghadiri pelbagai majlis yang menyebabkan jadual makanku tidak menentu. Banyak perkara yang sukar dikawal dengan baik. Disiplin diri sangat-sangat penting.

Selebihnya perbincangan kami lebih kepada melaporkan maklumat-maklumat terbaru NGO. Seperti biasa, Dr. Iskandar memberikan banyak nasihat dan pandangan yang berharga.

Bahkan melalui cara perkongsian beliau, aku dapat mengesan bahawa laman Facebook kumpulan sokongan kami sentiasa beliau pantau. Aku pula antara yang paling banyak melalut merapu meraban bergurau bersama sahabat-sahabat di situ. Malunya…

Selepas sesi tersebut, aku bertanyakan beberapa soalan daripada sahabat-sahabat yang ingin meminta pandangan beliau. Antaranya:

Adakah IPT (Terapi Profilaksis lsoniazid) wajar diberikan kepada ODHA walaupun mereka belum memulakan rawatan HAART?

Ya, umumnya ianya akan dicadangkan tanpa perlu menunggu rawatan HAART dimulakan, tetapi bergantung kepada kondusi dan beberapa perkara tertentu yang difikirkan sesuai oleh doktor yang merawat. ODHA perlu bertanyakan keperluan tersebut kepada doktor mereka semasa hadir temujanji dan kaunseling.

Adakah KKM menjalankan segala jenis ujian darah termasuk ujian HIV sebaik sahaja seseorang ibu mengandung?

Apabila disahkan mengandung dan semasa pertama kali datang ke klinik untuk temujanji pertama, setiap bakal ibu  memang perlu menjalani beberapa ujian rutin termasuk ujian darah dan urine. Antara yang lazimnya diperiksa ialah bacaan gula, tekanan darah tinggi, dan sebagainya.

Ujian HIV hanya dilakukan terhadap bakal ibu yang terdiri daripada pengamal aktiviti berisiko atau berkemungkinan terdedah kepada risiko (pasangannya adalah seorang ODHA).

Bagi ibu-ibu ODHA pula, memang sudah jelas bahawa mereka adalah pembawa virus. Doktor memang telah mempunyai Standard Operating Procedure (SOP) untuk meminimakan risiko jangkitan daripada ibu bapa kepada zuriat.

Jika seseorang ibu ODHA mendapatkan rawatan di hospital berbeza dengan hospital biasa mereka menjalani rawatan HIV dan pihak hospital tersebut terlepas pandang (tidak mempunyai rekod) status HIV, adalah menjadi tanggungjawab ibu berkenaan memaklumkan sendiri status mereka kepada doktor.


Nota AHP:
Para ODHA perlu faham bahawa yang dimaksudkan dengan ‘kerahsiaan’ (Private and Confidential) status kesihatan mereka adalah dalam bentuk teamwork. Pihak perawat pula hendaklah betul-betul memegang amanah kerahsiaan tersebut.

Soalan terakhir, adakah kesan rawatan HAART boleh mengurangkan keghairahan seks dan jika ianya berlaku, adakah Viagra boleh membantu?

Keghairahan seks seseorang secara umumnya berpunca daripada 2 sebab utama:

Sebab 1
Masalah libido (keinginan atau keghairahan). Ianya biasa terjadi akibat masalah psikologi seperti seksualiti, tekanan, ketakutan dan sebagainya.

Sebab 2
Erection (ketegangan). Masalah erectile dysfunction (sukar mengekalkan ketegangan) ini biasanya berkaitan dengan masalah kesihatan seperti kurangnya senaman, faktor usia, masalah jantung, diabetes tanpa kawalan dan sebagainya.

Faktor kedua ini boleh dibantu dengan Viagra dan Viagra yang diambil dengan panduan yang betul tidak memberikan sebarang kesan terhadap rawatan HAART.

Viagra cuma membahayakan jika individu tersebut mengalami masalah jantung.

Nota AHP:
Bakal-bakal isteri kepada ODHA, sila fahami apa yang dimaksudkan dengan masalah seksualiti.    

Itu sahaja sebahagian daripada perkongsian aku kali ini. Moga ada manfaatnya kepada para pembaca yang lain.

Tahniah dan Jazakumullah khier kepada Dr. Iskandar Firzada bin Osman dan semua kakitangan KK Jaya Gading Kuantan atas perkhidmatan yang cemerlang.

Jumpa aku sekeluarga pada 1 Disember 2012 (Sabtu) di Berjaya Times Square sempena World AIDS Day 2012.

Tema Hari Memperingati AIDS sedunia iaitu GETTING TO ZERO wajar kita  fahami dan hayati.


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
AHP: positive4eva@gmail.com


Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (secret group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.


Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (open group)



Tuesday, November 27, 2012

SIKAP YANG SEPATUTNYA ORANG DENGAN HIV/AIDS (ODHA) AMALKAN UNTUK MEMASTIKAN MEREKA MENDAPATKAN RAWATAN TERBAIK




My Best Doctor
Dr. Iskandar Firzada bin Osman

MD (USM), MMed (Family Medicine) (USM),
MAFPM (Mal.), FRACGP (Australia), FAFPM (Mal.),
Fellow in Adolescent Health (Melbourne)
Family Medicine Specialist / Primary Care Physician



Sebenarnya ini bukanlah khusus kepada ODHA sahaja, tetapi kepada semua patients terutama pesakit-pesakit kronik yang perlu menjalani rawatan berterusan. Disebabkan ini medan untuk ODHA, maka fokusku adalah kepada mereka.

Simple sahaja. Kita cuma perlu amalkan 2 sikap positif. Mestilah, kita kan HIV positif. So, hanya perkara-perkara positiflah yang perlu kita sentiasa fikirkan dan amalkan. Betul, tak?


Empowerment

Mudah cakap, memperkasakan diri dengan cara meningkatkan ilmu serta kefahaman tentang virus. Jangan hanya bergantung 100% kepada doktor dalam semua perkara.

Bagaimana hendak menguatkan diri?

Knowledge, skill dan support (KSS)
Cuba kuasai maklumat-maklumat asas tentang HIV dan rawatan secara positif sebanyak mungkin. Tunjukkan sikap pro aktif. Libatkan diri dengan sokongan komuniti. Sehebat mana pun kita, kita tetap memerlukan support.


Tanggungjawab terhadap diri sendiri

Mesti alert tentang tarikh temujanji, rawatan dan stok ubat-ubatan.

Jika tarikh temujanji selalu lupa, makan ubat selalu mengelat, dan tidak mengikut peraturan sudah tentulah rawatan kurang berkesan.

Hentikanlah stigma dalaman. Susah non-PLHIV mahu terima kita selagi kita sendiri terlalu stigma dan takut dalam banyak perkara. Hanya satu cara yang paling berkesan untuk menentang stigma ialah dengan cara kita sendiri mesti membuktikan bahawa kita mampu menghakis stigma dalaman.

Bukan kita seorang sahaja yang bermasalah. Orang lain pun ada masalah. Kita tidak mahu orang lain stigma, judge dan diskriminasi kita, tetapi kita pula yang sibuk stigma, judge dan diskriminasi orang lain.

Semoga dengan perkongsian ringkas tetapi penting ini dapat kita amalkan untuk kebaikan diri sendiri.

Jangan marah ya, sahabat-sahabat. Sesekali cubit sayang, tidak mengapa, kan? Janganlah terus sentap meroyan. Bilalah kita hendak maju kalau begitu.

AHP: Be positive and positive forever because being positive is the only choice you have.


Nota:
Perkongsian ringkas ini adalah berdasarkan tips yang diberikan oleh Dr. Iskandar Firzada bin Osman.
  


Para pembaca boleh berkongsi pengalaman melalui FB AHP Positive Warriors Support Group (Secret Group). Untuk menyertai, sila hubungi:
Survivor: survivorpng@yahoo.com
AHP: positive4eva@gmail.com


Sokongan khusus kepada wanita: PEWAHIM
Untuk menyertai FB PEWAHIM (Secret Group)
Sila hubungi:
E-Mel: pewahim@gmail.com
No. Telefon: 019-259-5864 (Norlela) Pengasas
Alamat: Rumah WAHIDAYAH, No. 601, Jalan 1B/5, Bandar Baru Sungai Buloh,
47600 Sungai Buloh, Selangor.


Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur (PAFI)
Sila hubungi:
E-Mel: hamlihamdan@yahoo.com
Alamat: No.  11A, Jalan 6B/1, 43650 Selangor.
FB PAFI: http://www.facebook.com/amalfirdausi (Open Group)