Wednesday, May 04, 2011

HIV- JENIS-JENIS PENYAKIT BERJANGKIT MELALUI HUBUNGAN SEKSUAL



oleh Dr. Azura LPPKN Penang

Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit yang berjangkit melalui perhubungan seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang. Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis STI seperti HIV, sifilis dan gonorea boleh menjangkiti janin semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan / atau penyusuan sekiranya ibunya dijangkiti.

Berikut adalah jenis-jenis STIs yang biasa berlaku :

• Human Immunodeficiency Virus / Acquired Immune Deficiency Syndrome (HIV/AIDS)
• Chlamydia
• Gonorea
• Herpes genital
• Sifilis
• Ketuat genital (Human Papilloma Viruses )(HPVs)
• Hepatitis B

HIV boleh merebak melalui:
• Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk
   hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
• Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
• Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika
   dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu

Seseorang yang telah mengadakan hubungan seks dengan orang yang telah dijangkiti HIV boleh mendapat jangkitan ini walaupun hanya sekali melakukan hubungan seks. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan daripada lelaki yang telah dijangkiti HIV kerana faktor biologi wanita itu sendiri berbanding daripada wanita HIV kepada lelaki. Sekiranya sesiapa yang mempunyai risiko mendapat jangkitan ini boleh melakukan ujian saringan HIV di mana-mana klinik dan maklumat individu akan dirahsiakan.


Sumber: sini