Tuesday, May 03, 2011

BAGAIMANA PROSEDUR UJIAN HIV DIJALANKAN?


Adakah anda golongan berisiko dijangkiti HIV? Siapa itu golongan berisiko?

ANDA DIANGGAP GOLONGAN BERISIKO JIKA:

1.             Anda mempunyai pasangan atau suami /isteri yang telah dijangkiti
HIV.
2.      Anda seorang pelacur atau pernah melanggani pelacur
3.      Anda atau pasangan anda mengamalkan homoseksual
4.      Anda mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
5.      Anda mengadakan hubungan seks dengan suami/isteri anda di
          mana dia adalah seorang penagih dadah ataupun dengan pasangan
          penagih dadah.
6.      Anda seorang penagih dadah dan pernah berkongsi jarum suntikan.
7.      Anda anak kepada pasangan pembawa HIV
8.      Anda pernah menjalani pemindahan darah atau organ di hospital
          (nombor 7 dan 8 ni aku tambah sendiri)

ADAKAH ANDA TELAH DIJANGKITI HIV?

Untuk mengetahui status anda, hanya satu cara sahaja yang boleh anda lakukan iaitu dengan menjalani ujian saringan HIV. Dengan mengetahui status diri sendiri, ianya merupakan langkah pertama anda bagi menyelamatkan nyawa anda dan orang yang anda sayangi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN UJIAN SARINGAN HIV:

1.      Pergi ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan.
2.      Berjumpa terus dengan doktor/ pembantu perubatan/ jururawat   
          bertugas dan minta ujian HIV dilakukan.
2.            Doktor/ pembantu perubatan/ jururawat yang bertugas akan 
          memberi khidmat nasihat/ kaunseling mengenai ujian tersebut.
3.            Setitis darah akan diambil dari hujung jari untuk diuji. Keputusan 
          ujian boleh diketahui dalam masa 15 minit
          (menggunakan ujian pantas – rapid test kits).
4.            Jika keputusan ujian ‘tidak reaktif’, anda akan diberi penerangan
          lanjut. Sekiranya anda mempunyai faktor risiko dijangkiti HIV, anda akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian 6 bulan akan datang.
6.      Jika keputusan ujian adalah ‘reaktif’, nasihat akan diberikan dan
          persetujuan diperolehi daripada anda untuk menjalani ujian
          pengesahan.

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan.

LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGESAHAN:

1.             Ujian pengesahan HIV dilaksanakan secara ‘sulit’. Hanya doktor atau
pegawai bertugas yang menjalankan ujian sahaja yang tahu meklumat peribadi dan keputusan ujian anda.
2.             Jumpa doktor atau pegawai bertugas pada hari temujanji yang telah
ditetapkan (2 minggu selepas sampel darah diambil) bagi mengetahui keputusan ujian pengesahan dan mendapatkan khidmat  nasihat/ kaunseling.
3.             Jika keputusan ujian anda adalah ‘negatif’ anda akan diberi temujanji
dalam masa 6 bulan untuk pengesahan ulangan.
4.             Sekiranya keputusan ujian anda adalah ‘positif’, anda akan dirujuk ke
mana-mana klinik kesihatan yang mempunyai perkhidmatan pengurusan HIV yang anda pilih.

         Jagaan seterusnya akan meliputi perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan
         kesihatan, ujian makmal dan rawatan.

KEPUTUSAN UJIAN DAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN. JALANILAH UJIAN SARINGAN HIV DEMI MASA DEPAN ANDA.



Sumber: sini