Thursday, February 03, 2011

TANDA DAN GEJALA HIV/ AIDS


Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2 - 6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:

  • demam
  • sakit tekak dan batuk
  • sakit otot
  • sakit kepala
  • cirit-birit
  • bengkak kelenjar limfa
  • letih
  • ruam
  • sakit sendi
  • turun berat badan

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?

Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8 – 10 tahun.

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
 
  • penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan
  • cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering
  • jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
  • jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
  • kanser (contohnya Kaposi's sarcoma)

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera (keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV.  Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan.


Rawatan

Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS.
Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.

Siapakah perlu dirawat dan di manakah untuk mendapatkan rawatan?

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut:
  • menunjukkan tanda-tanda AIDS
  • bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml
  • bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml
  • pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya

Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut:

  • kanak-kanak berumur kurang 12 tahun
  • dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ
  • dijangkiti melalui pekerjaan
  • wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak
  • pegawai kerajaan

Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja.

Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

  • pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
  • nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
  • rawatan penyakit kelamin
  • kaunseling (perubatan dan psikologi)

Pencegahan

Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

  • Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah jauhi diri, jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks; setia kepada pasangan anda; dan amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
  • gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang
  • jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan
  • anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.
  • individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV
  • pastikan mengunakan alat-alat yang telah disteril untuk menindik telinga dan membuat tatu.

Sumber: sini