Friday, February 11, 2011

PERANAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN @ PPKP DALAM KESIHATAN AWAM


Semalam, 10 Februari 2011. Aku menerima SMS daripada Dr. Iskandar Firzada. Mesejnya begini:

“As Salam. InsyaAllah seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) akan menghubungi Tuan (melalui telefon) untuk memohon kebenaran mendapatkan maklumat berhubung masalah kesihatan Tuan. Tujuannya adalah untuk mengumpul data serta maklumat berkaitan masalah kesihatan tersebut. Segala maklumat akan dikendalikan sebagai SULIT (CONFIDENTIAL). Maklumat ini akan dapat membantu kami untuk menambah baik lagi perkhidmatan kesihatan yang kami berikan. Kerjasama pihak Tuan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, Dr. Iskandar.”

(Cute je mesej Dr. Iskandar ni, kan? Sangat gentleman, formal dan teliti. Malu pula rasanya bila aku dibahasakan sebagai “Tuan”)

Aku sebenarnya blur tentang maksud PPKP tersebut dan bidang tugas mereka. Jadi aku pun google di internet dan inilah hasil cariannya.

 ____________________________________________________________
Di bawah Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, jawatan Inspektor Kesihatan yang bermula dengan gelaran Merinyu Kesihatan, cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama.

Pada pertengahan tahun 1999 gelaran itu bertukar lagi kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Pada 2005, skim jawatan IK (PPKP) dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam kementerian..

Peranan utama PPKP dalam kesihatan awam adalah mencegah dari berlakunya kejadian penyakit berjangkit dan mengawal apabila berlaku kejadian wabak di sesuatu kawasan.

Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan PPKP :

1.        Unit Inspektorat dan Perundangan
2.        Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
3.        Unit Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
4.        Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan
5.        Unit Kawalan Mutu Air Minum
6.        Unit BAKAS
7.        Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
8.        Unit Kesihatan Am
9.        Unit Kesihatan Antarabangsa
10.      Unit Pendidikan Kesihatan

PPKP merupakan pegawai yang menjalankan penguatkuasaan bagi undang-undang yang berkaitan kesihatan awam.

Sumber: sini & sini


AHP:  Ooo… baru aku faham, kalau dulu-dulu mereka dipanggil Merinyu Kesihatan!

(Sebenarnya, setiap kali aku terpaksa ke mana-mana hospital atau klinik atau berurusan dengan kakitangan perubatan selain Dr. Firzada, aku rasa sangat tidak selesa. Tengok hospital pun aku  resah kerana banyak perkara yang  ‘melukakan’ aku semasa di sana)