Sunday, January 16, 2011

JENIS-JENIS UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN


Sebelum kita sambung cerita, kita baca info dulu.

Pernah buat ujian darah atau lain-lain jenis pemeriksaan kesihatan tak? Tau tak jenis-jenis ujian pemeriksaan tersebut? Aku pun tak tau. Bila dah disahkan HIV positif ni barulah belajar nak ambil tahu. Kalau berminat nak tahu info secara umum tentang jenis-jenis ujian pemeriksaan kesihatan, sila rujuk artikel di bawah ini.


JENIS-JENIS UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Red Cell Indices
Red Cell Indices memberi petunjuk kepada ketidaknormalan haemoglobin. MCV (mean corpuscular volume) merupakan pengukuran saiz purata Sel Darah Merah (SDM). MCH adalah berat haemoglobin (Hb) dan MCHC merupakan peratusan Hb dalam SDM. Nilai MCV yang rendah berkemungkinan disebabkan kekurangan zat besi, keracunan plumbum dan sindrom thalasemia. Nilai MCV yang tinggi berkemungkinan kekurangan vitamin B12 dan asid folik. Pemeriksaan smear darah periferal, sejarah keluarga dan sejarah pemakanan boleh menolong menentukan penyebabnya.

Haematocrit (PCV)
Nilai PCV yang rendah berkemungkinan disebabkan oleh anemia, kehilangan darah dan anemia haemolitik. PCV yang tinggi boleh disebabkan polycythaemia atau macrocytosis.

Haemoglobin (Hb)
Hb merupakan pigmen merah dalam SDM yang berperanan sebagai pengangkut oksigen kepada sel. Nilai Hb dibawah aras normal mungkin menandakan Anemia. Anemia boleh diakibatkan oleh (a) keperluan yang meningkat, contoh: semasa kehamilan (b) pengurangan penghasilan SDM, contoh: leukemia (c) kadar kemusnahan sel yang meningkat, contoh: Anemia Haemolitik (d) kekurangan zat yang diperlukan, contoh: asid folik, vitamin B12, zat besi (e) keturunan, contoh: thalasemia.

WBC dan DC
Sel Darah Putih (SDP) bertindak sebagai sistem pertahanan tubuh terhadap mikroorganisma yang boleh mendatangkan penyakit. SDP boleh dibahagikan kepada 5 jenis berdasarkan morfologi dan funginya; neutrophil bertindak semasa infeksi bekteria, lymphocytes semasa infeksi virus, monocytes bertindak sebagai sel fagosit dan memusnahkan bakteria, eosinophil bertindak semasa infeksi parasit dan reaksi alergik. Kehadiran sel yang tidak normal, contoh, atypical mononuclear cell, atypical lymphocytes dan toxic granulation mungkin menandakan infeksi kronik. Kehadiran sel-sel yang tak matang (blast cells) dalam darah periferal dan peningkatan SDP menanadakan leukemia.

Platelet
Platelet memainkan peranan dalam mekanisma pembekuan darah bagi menggelakkan kehilangan darah yang berlebihan. Kiraan platelet yang rendah terjadi pada pesakit demam denggi berdarah, malaria, leukemia, demam yang disebabkan oleh virus.

ESR
Erythrocyte Sedimentation Rate (ESR) merupakan kadar pemendakan komponen selular dalam plasma dalam masa satu jam. ESR meningkat dengan umur, semasa infeksi akut, autoimmune dan penyakit kronik. Kadar pemendakan ini dipengaruhi oleh umur, jumlah globulin dalam plasma.

PBF (Peripheral Blood Film)
Smear darah nipis yang diwarnakan dengan perwarna tertentu dan diperiksa di bawah mikroskop. SDM normal digambarkan sebagai normochromic (warna yang normal) dan normocytic (saiz yang normal).  Nilai MCV seolah-olah memberi pertunjuk kepada saiz SDM. Nilai MCV yang rendah selalu berhubung kait dengan saiz SDM yang lebih kecil daripada normal (microcytosis) sebaliknya nilai MCV yang tinggi berhubung kait dengan saiz SDM yang lebih besar (macrocytosis). SDP digambarkan sebagai 'morphologically normal' pada individu yang sihat. Kehadiran sel-sel atypical lymphocytes, atypical mononuclear dan toxic granulation selalunya berhubung kait dengan infeksi. Impression yang diberikan adalah berdasarkan smear darah dan keputusan ujian darah yang lain.


Jenis Kumpulan Darah (Blood Grouping)
Dua sistem yang biasa digunakan bagi penentuan kumpulan darah adalah ABO dan Rhesus (Rh), melalui sistem ABO kumpulan darah boleh dibahagikan kepada A, B, AB dan O. Taburan bagi setiap kumpulan adalah A (23%), B (23%), AB (5%) dan O (49%) Di bawah sistem rhesus (Rh) pula, darah boleh dibahgikan kepada 2 kumpulan iaitu rhesus positif atau rhesus negatif. Kebanyakan bangsa Malaysia mempunyai darah rhesus positif.


URIN
Urin (air kencing) terhasil daripada penurasan darah melalui buah pinggang. Kandungan dalam urin bergantung kepada keadaan tubuh seseorang individu dan pemakanan yang diambilnya.

pH
pH urin bagi individu normal adalah di antara 5.0 - 7.0.  Faktor yang mempengaruhi pH seseorang adalah pemakanan, jangka masa pengambilan spesimen dengan ujian yang dilakukan, infeksi pada salur urinari dan keseimbangan hormonal.

Glukos
Keputusan ujian yang positif bagi glukosa urinari merupakan tanda yang signifikan bagi penyakit Diabetes Mellitus.  Walau bagaimanapun, keputusan ujian glukosa urinari positif bagi individu dengan glukosa darah normal boleh terjadi pada individu yang mempunyai renal threshold yang rendah; keadaan yang dikenali sebagai renal glukosuria.

Keton
Keton merupakan hasil sampingan daripada metabolisma lemak dan diekskresi melalui urin.  Kehadiran keton dalam urin menunjukkan keadaan kebuluran. Keton juga kebiasaannya dapat dikesan pada pesakit diabetes disebabakan oleh sel tidak berupaya menggunakan glukos darah sebagai sumber tenaga secara berkesan.

Darah
Kehadiran darah dalam urin (haematuria) boleh terjadi daripada buah pinggang, salur urinari atau pundi kencing. Jika disertai dengan rasa sakit, berkemungkinan disebabkan oleh kehadiran batu karang atau kanser.  Walau bagaimanapun, kehadiran darah dalam urin wanita semasa haid dianggap sebagai keadaan normal.

Protein
Albumin merupakan protein urinari yang utama.  Kehadiran protein urinari meningkat pada individu yang menghadapi infeksi salur urinari, hypertension, diabetes mellitus dan sindrom nephrotic.

Specific Gravity (SG)
SG mengukur kepekatan dan kebolehan ekskresi ginjal. SG normal berada dalam julat 1.015 - 1.030.  Ia juga bergantung kepada bandingan nisbah kelarutan komponen-komponen pepejal dalamnya.

URINE MICROSCOPY
Pemeriksaan urin di bawah mikroskop.

SDP (Pus Cells)
Pada keadaan normal bilangannya adalah kurang daripada 5/HPF.  Pada keadaan infeksi salur urinari, bilangan SDP akan meningkat dan menunjukkan kehadiran bakteria dalam urin.  Pengkulturan diperlukan bagi mengesan jenis bakteria yang terlibat dan juga untuk mengenalpasti antibiotik yang sesuai.

SDM (Sel Darah Merah)
Menunjukkan kehadiran SDM dalam urin.

Sel Epitelia
Bilangan melebihi 10/HPF boleh menunjukkan infeksi salur urinari. Tumor pada buah pinggang


UJIAN FUNGSI HATI / LIVER FUNCTION TEST

Protein (Albumin & Globulin)
Albumin & globulin merupakan protein utama dalam darah. Albumin dibentuk di hati dan 50-60% secara bandingan daripada keseluruhan protein dalam serum. Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnos penyakit hati, gastrointestinal dan buah pinggang; ketidaknormalan protein; kanser dan kegagalan sel darah. Peningkatan paras globulin boleh disebabkan inflamasi dan infeksi yang kronik.

Bilirubin
Bilirubin merupakan pigmen kekuningan dalam hempedu. Ianya dibentuk hasil daripada pemecahan haemoglobin dalam sel darah merah dan diubah secara kimia oleh hati seterusnya dirembes sebagai hempedu. Peningkatan paras bilirubin boleh diakibatkan oleh hati, pundi hempedu atau kegagalan SDM dan secara klinikal mengakibatkan jaundice.

SGOT / AST / Aspartate Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang boleh ditemui terutamanya pada hati, jantung dan otot rangka. Enzim ini terhasil apabila sel-sel tercedera dan meningkat mengikut tahap kerosakan.


SGPT / ALT / Alanine Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang dijumpai terutamanya pada sel hati dan dalam kuantiti yang sedikit dalam buah pinggang, jantung dan otot rangka. Ia selalunya digunakan bersama-sama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mengdiagnos penyakit yang berkaitan dengan hati.

SAP / Alkaline Phosphatase
Alkaline phosphatase merupakan enzim yand terdapat dalam hati, salur hempedu dan tulang. Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, penyumbatan hempedu dan kegagalan tulang.


UJIAN FUNGSI GINJAL / RENAL FUNCTION TEST

Elektrolit (Electrolytes)
Aras elektrolit darah mempengaruhi penyerapan dan keseimbangan air dalam tubuh.  Berbagai-bagai keadaan klinikal yang dapat mempengaruhi arasnya dalam tubuh, seperti; penyakit buah pinggang, cirit-birit/diarrhoea, kegagalan gastrointestinal, ubat-ubat tertentu contoh; dadah hypertensive, infeksi yang teruk atau kecederaan dan juga sesetengah ketidaknormalan hormonal.  Elektrolit merupakan komponen yang penting dalam cecair tubuh dan keseimbangannya membolehkan berbagai-bagai sel dan organ berfungsi dengan normal.

Urea
Urea merupakan hasil akhir metabolisma protein dan asid amino.  Ia mengukur fungsi ginjal dan hidrasi.  Walau bagaimanapun ianya tidak boleh digunakan secara bersendirian bagi penentuan fungsi ginjal (hanya untuk ujian penyaringan sahaja).  Peningkatan aras urea boleh berlaku pada individu yang mengambil diet kaya protein.

Kreatinin
Kreatinin merupakan bahan buangan yang dihasilkan di otot rangka dan dikumuhkan melalui ginjal.  Ia merupakan ujian yang lebih khusus bagi fungsi ginjal dan selalunya diukur bersama-sama urea untuk menentukan fungsi ginjal.  Arasnya akan meningkat apabila terdapat kerosakan pada tisu-tisu ginjal.

Asid Urik
Urik asid terhasil sebagai hasil akhir metabolisma purin pada manusia. Ianya disintesis di hati dan diangkut melalui darah ke ginjal untuk dituras, sebahagiannya akan diserap, dirembes dan akhirnya dieksresi melalui urin.  Asid urik larut sedikit di dalam air dan kristal urate terbentuk secara semulajadi dalam urin yang mempunyai kepekatan urate yang tinggi bagi membentuk batu karang dalam ginjal (urate kidney stone).  Gout merupakan sindrom klinikal bagi pesakit yang mengidap asid urik yang tinggi dalam darah dan mengakibatkan penimbunan kristal urate pada tisu lembut: terutamanya sendi; mengakibatkan respon inflamasi.  Parasnya dalam serum darah juga dipengaruhi oleh jumlah asid urik yang dihasilkan dan kecekapan eksresi ginjal.  Pesakit yang mengalami paras asid urik yang tinggi hendaklah mengambil diet rendah purine.  Makanan yang tinggi kandungan purine ialah organ dalaman, ligmen, anchovies, cendawan dan yis.

LIPID STUDIES
Kolesterol darah diangkut dalam bentuk protein kompleks terutamanaya oleh LDL-Cholesterol,  VLDL dan HDL-Cholesterol.  Aras kolesterol darah menentukan kebarangkalian mengidap 'cardiovascular disease' dan juga berguna untuk menilai fungsi hati dan thyroid.

Total Cholesterol
Kolesterol merupakan komponen penting struktur membran sel, hormon steroid dan garam hempedu.  Walau bagaimanapun peningkatannya boleh mengakibatkan penimbunan pada dinding salur darah arteri; boleh menyebabkan penyempitan dan penyumbatan salur darah (artherosclerosis).

HDL Cholesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang mustahak (good cholesterol); berfungsi sebagai pengangkut bagi mengeluarkan kolesterol yang berlebihan dari sel. Nilainya boleh meningkat dengan melakukan senaman.

LDL Cholesterol
Ianya dikenali juga sebagai kolesterol yang tidak mustahak (bad cholesterol).  Kolesterol yang berlebihan akan diangkut oleh LDL ke dinding arteri dan mengakibatkan artherosclerosis.

Trigliserides
Trigliserides merupakan fatty acid yang ditemui dalam aliran darah.  Aras yang meningkat boleh mengakibatkan kebarangkalian yang tinggi untuk mengidap sakit jantung.  Pancreatitis juga boleh meningkatkan aras trigliserides.

Glukos darah
Aras glukos darah mengesan perubahan dalam metabolisma glukos. Kebiasaannya digunakan untuk mengdiagnosa diabetes mellitus atau bagi menilai tahap pengawalan glukos. Perubahan arasnya dalam darah bergantung kepada aktiviti individu dan juga jangka masa selepas makan.  Aras glukos (dalam keadaan puasa) digunakan sebagai pengukuran baseline.  Aras postprandial (pengukuran selepas 2 jam pengambilan makanan); ujian penyaringan untuk diabetes dan kerapkali digunakan bagi menilai keberkesanan terapi insulin.

T4 (Thyroxine)
T4 merupakan hormon tirod yang utama dan diperlukan bagi tumbesaran dan juga perkembangan otak, tulang, organ-organ dalaman dan juga tisu.  Aras T4 darah berguna sebagai ujian penyaringan bagi mengesan ketidaknormalan tirod.  Individu dengan aras T4 yang tinggi (hyperthyroidism) boleh kelihatan resah dan gelisah.

Kalsium dan Phosphorus
Kedua-dua ujian berguna bagi mengdiagnos ginjal dan penyakit tulang (skeletal diseases). Arasnya bertentangan antara satu sama lain dan dikawal oleh hormon paratirod.


HbsAg
HbsAg mengesan infeksi hepatitis B sama ada akut atau kronik. Hepatitis B dijangkiti melalui darah, perhubungan seks dan transmisi daripada ibu kepada anak dalam kandungan.  Individu dengan HbsAg reaktif juga dikenali sebagai Pembawa Hepatitis B (Hepatitis B carrier).  Ianya akan bertindak sebagai takungan dan mempunyai keupayaan bagi menjangkiti orang lain. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko yang tinggi bagi mengidap barah hati dan cirrhosis.

Anti-HBs
Anti-HBs merupakan antibodi yang dihasilkan bagi melawan antigen permukaan Hepatitis B. Bagi makmal kami, nilai lebih daripada 100 mIU/ml menunjukkan tahap immuniti. Individu yang nilainya kurang daripada 100 mIU/ml memerlukan dos tambahan (booster dose) bagi meningkatkan paras antibodinya. Walau bagaimanapun, bagi negara-negara membangun yang mempunyai peratusan pembawa kurang dari 10 peratus, nilai 10 mIU/ml sudah mencukupi.

Rheumatoid Factor (RF)
RF boleh dikesan pada pesakit yang mengidap arthritis dan chronic inflamation diseases seperti sifilis, hepatitis, infeksi mononukleosis dan leprosy. Pesakit rheumatoid arthritis dengan titer RF yang tinggi berkemungkinan mengidap penyakit yang teruk.

VDRL
VDRL adalah ujian penyaringan bagi penyakit sifilis. Keputusan VDRL positive tidak semestinya menunjukkan pensakit mengidap sifilis kerana berkemungkinan akibat daripada 'false positive'.  Ujian TPHA digunakan bagi mengesahkan penyakit sifilis jika ujian VDRL adalah positive.

Tumour Markers
Tumor markers merupakan salah satu ujian yang penting bagi mendiagnos sesuatu penyakit. Selain daripada mengesan dan mengikuti perkembangan sesuatu penyakit penentuan dengan penanda (markers) tertentu juga dapat menolong mengdiagnos sesuatu penyakit secara klinikal.

CEA (Carcino Embryonic Antigen)
CEA kebiasaannya didapati dalam kepekatan yang tinggi semasa perkembangan fetus dan didapati dalam kepekatan yang rendah bagi orang dewasa.  Ianya disintesis secara khusus oleh sel proliferatif (proliferating cells) yang tidak normal.  CEA dikesan dalam kepekatan yang meningkat pada pesakit yang mengidap tumor pada salur gastro-intestinal (pankreas, kolon dan rektum), paru-paru, buah dada, kelenjar prostik dan ovari.  Kepekatannya dalam serum darah juga bergantung kepada faktor kehadiran inflamasi dan juga merokok. Ujian CEA secara bersendirian tidak dapat dijadikan ujian untuk mengdiagnos sesuatu kanser tetapi peningkatan nilainya dalam tubuh seharusnya diberi perhatian dan diikuti dengan melakukan ujian yang lebih spesifik.


AFP (Alpha Feto Protein)
AFP merupakan satu antigen onkofetal yang hadir pada sesetengah 'germ line tumour' seperti teratoblastoma, testicular dan ovarian carcinomas, hepatocellular carcinoma dan penyakit hati seperti cirrhosis, hepatitis, nekrosis. Ujian ini kebiasaannya digunakan secara meluas bagi mengdiagnos kanser hati.

PSA (Prostate Specific Antigen)
PSA dijumpai hanya pada tisu prostatik. Ianya digunakan untuk mengdiagnos karsinoma prostatik.  Aras dalam darah juga meningkat pada keadaan benign seperti benign prostatic hypertrophy (BPH). PSA berguna untuk melihat keadaan semasa pesakit karsinoma prostatik. Ujian PSA dan PAP (Prostatic Acid Phosphatase) secara bersama-sama adalah lebih berkesan untuk mendiagnos.

CA-125
CA-125 merupakan glikoprotein yang ditemui pada salur fallopian, endometrium dan endoservik wanita dewasa.  Arasnya meningkat pada karsinoma ovari, adenokarsinoma servik atau salur fallopian, paru-paru dan salur gastro-intestinal.  Arasnya juga meningkat pada keadaan yang bukan kanser seperti endometriosis dan inflamasi pelvik.  Aras CA-125 berguna untuk mengesan perkembangan kanser dan nilainya mempunyai kolerasi dengan saiz kanser.

CA-153
Serum CA-153 meningkat bagi pesakit yang mengidap kanser buah dada dan kanser paru-paru.  Ianya juga berguna untuk mengesan kanser selepas 'primary theraphy' sebelum ianya dapat dikesan secara klinikal.

CA-199
CA-199 kebiasaannya meningkat bagi pesakit yang mengidap karsinoma intra-abdominal, adenokarsinoma paru-paru, perut, pundi hempedu dan kolon.

HSV II IgG (Herpes Simplex Type II IgG)
Infeksi HSV jenis II diklasifikasikan sebagai penyakit jangkitan seksual.  Kehadiran antibodi terhadap HSV jenis II tidak dapat melindungi pesakit dan akan terdedah kepada pelbagai jangkitan.

HAV IgG (Hepatitis A IgG)
Kehadiran antibodi dapat melindungi dan kekal untuk sepanjang hayat. Imunisasi perlu dilakukan bagi individu yang pergi ke tempat-tempat berisiko tinggi seperti China dan India.

Anti-HIV I & II
HIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan agen penyebab bagi penyakit AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome).  Strain virus yang utama adalah jenis I dan II dan kebanyakan kit komersial untuk pengesanan adalah mengesan kedua-dua strain.  Antigen HIV dapat dikesan dalam jangka masa yang singkat dalam serum darah selepas virus memasuki tubuh.  Antigen HIV tidak dapat dikesan lagi selepas beberapa minggu sehingga beberapa bulan kemudian dan antibodi HIV (anti HIV I & II) akan hadir dalam darah. Jangka masa antara masa infeksi dan kehadiran antibodi dalam peredaran darah berada dalam julat masa yang luas. Diagnosis serologi dan penyaringan jangkitan HIV adalah melalui pengesanan antibodi HIV (anti HIV I & II).  Pengesahan jangkitan HIV adalah melalui ujian Western Blot.  Individu dengan keputusan ujian anti HIV 1 & II negatif tidak bermakna ianya betul-betul tidak dijangkiti HIV kerana spektrum jangka masa yang luas bagi mengesan antibodi HIV.


Sumber:  Carian Internet